Kelate.net

5 Terbaik Mampu Dicapai – Badhri

Kemaskini pada May 13, 2014 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
rp_image.jpg
Mohd. Badhri Radzi

KOTA BHARU – Kapten Kelantan, Mohd. Badhri Radzi optimis Red Warriors mampu menamatkan saingan Liga Super musim ini dalam kelompok lima pasukan terbaik.

Keyakinan tersebut disuarakan Badhri selepas Kelantan kembali menemui sentuhan berbisa di bawah kendalian jurulatih baharu, Goerge Boateng.

Katanya, jurang mata antara lima pasukan terbaik ketika ini tidak jauh dengan Kelantan, yang kini menghuni tangga keenam liga menerusi 22 mata selepas mengharungi 15 perlawanan.

Selangor mengungguli liga de­ngan 31 mata, meninggalkan Pahang di tangga kedua menerusi 28 mata, diikuti Johor Darul Ta’zim (25) dan Terengganu 23 mata.

Sarawak, Kelantan dan Sime Darby terikat dengan 22 mata tetapi dipisahkan oleh perbezaan gol.

“Peluang masih terbuka, justeru kita tidak boleh terus keciciran mata dalam perlawanan selepas ini andai mahu menamatkan saingan dalam kalangan lima pasukan terbaik musim ini.

“Seboleh-bolehnya, tiga mata harus diraih setiap kali beraksi di gelanggang sendiri. Kita juga perlu mencuri mata di tempat lawan,” katanya.

Menurut Badhri, kemenangan 2-0 ke atas PKNS dalam aksi Liga Super, Sabtu lalu telah membuka semula laluan pasukan­nya untuk memperbaiki kedudukan dalam carta liga.

Katanya, moral rakan-rakan sepasukannya kini berada pada tahap terbaik untuk terus berusaha memastikan Kelantan kembali ke landasan sebenar bagi mengharungi baki saingan selepas ini.

Jeneral padang Red Warriors itu mahu rakan-rakan seperjuangan terus konsisten dalam setiap perlawanan yang diharungi selepas ini bagi memastikan impian itu menjadi kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Badhri mendedahkan, dia dan rakan sepasukannya semakin serasi dengan corak permainan dan taktikal yang diterapkan oleh pengendali baharu, Boateng.

www.utusan.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman