Kelate.net

Aksi Persahabatan Bukan Ukuran

Kemaskini pada December 10, 2013 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Stave Darby

KOTA BHARU – Kekalahan 0-2 The Red Warriors kepada pasukan Harimau Kumbang pada aksi persahabatan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang kelmarin bukan ukuran sebanar kekuatan juara treble 2012 itu untuk mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Pengendali Kelantan, Stave Darby berkata, dia tidak gusar dengan kekalahan tersebut sebaliknya menganggap ia sebagai satu proses memperkemaskan pasukan untuk mengharungi saingan musim depan.

“Ini adalah perlawanan persiapan pra musim dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Masih banyak lagi perkara yang perlu difikirkan termasuklah soal kecergasan pemain.

“Apa yang penting saya dapat melihat corak permainan setiap pemain yang beraksi dan mereka telah menunjukkan sikap positif sepanjang perlawanan tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Darby memberitahu, dia berpuas hati dengan komitmen dan persembahan yang ditunjukkan oleh barisan pemainnya sepanjang aksi tersebut.

Katanya, pemainnya baru sahaja menjalani latihan bersama selama enam hari berbanding dengan Pulau Pinang yang berlatih sejak dua bulan lalu.

“Pada perlawanan tersebut, mereka menurunkan tiga pemain import dan itu memberi kelebihan kepada pasukan tersebut.

“Kesemua pemain import akan menyertai pasukan hari ini dan pada pertemuan dengan Perak 10 November nanti berkemungkinan besar kita akan menurunkan barisan terkuat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Darby berkata tiga tonggaknya pertahananya Zairul Fitree Ishak, Muhammad Aziz Ismail dan Nik Shahrul Azim Ab. Halim masih lagi berada dibawah pengawasan fisioterapi akibat kecederaan.

www.utusan.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman