Kelate.net

Amutu Tidak Sabar Untuk Beraksi

Kemaskini pada June 22, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Austin Amutu

KOTA BHARU – Penggempur import Kelantan, Austin Amutu mengakui dia sudah tidak sabar untuk beraksi selama 90 minit pada pertemuan Liga Super menentang Sime Darby di Stadium Majlis Pembandaran Selayang, malam esok.

Amutu berkata, walaupun sekadar 80 peratus pulih daripada kecederaan yang dialami sebelum ini, dia tetap bersemangat mahu membantu Kelantan meraih tiga mata dalam pertemuan itu nanti.

Menurutnya, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat beraksi dan seterusnya membantu Kelantan menang ke atas Sime Darby.

“Ini adalah sebahagian daripada tugas bersama pasukan dan saya bersedia untuk bermain walaupun terpaksa berdepan dengan risiko kesakitan.

“Saya juga bertekad membantu Kelantan membawa pulang tiga mata menentang Sime Darby nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Amutu yang masuk menggantikan Emmanual Kengmone pada pintu perpindahan pemain April lalu setakat ini meledakkan empat gol, satu jaringan dalam saingan Liga Super dan tiga jaringan dalam Piala FA.

Nama Amutu kemudiannya meniti di bibir penyokong serta peminat The Red Warriors berikutan persembahan serta kemahiran tinggi menakjubkan yang dipamerkan dalam setiap perlawanan.

Amutu bagaimanapun mengakui berdepan Sime Darby bukanlah satu tugas mudah buat The Red Warriors biarpun dilihat mempunyai kelebihan berbanding pasukan berkenaan.

Katanya, keputusan seri 1-1 pada saingan suku Piala FA April lalu perlu diberikan perhatian oleh Kelantan kerana itu menunjukkan pasukan berkenaan bukanlah mudah untuk dijinakkan.

“Apa yang penting kami perlu bekerja lebih keras dan beraksi sebagai satu pasukan jika mahu memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super musim ini,” ujarnya.

www.utusan.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman