SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Annuar Diberi Amaran Keras

PETALING JAYA – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa (gambar) yang digantung dua tahun setengah sejak 4 April lalu, diberi amaran keras supaya mengelak sebarang aktiviti bola sepak atau berdepan tindakan keras termasuk dipecat.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufik Razak menegaskan, Annuar yang turut digantung daripada semua jawatan lain dalam FAM mahupun Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) juga diarahkan mematuhi pelaksanaan hukumannya mengikut surat rasmi kepadanya pada 5 April lalu dan Perkara 6.11.5 Kod Tataetika FAM 2011.

Katanya, jawatankuasa merujuk kepada laporan dan pandangan pihak luar berhubung penglibatan Annuar di Kafe The Red Warriors, Pusat Dagangan Kelantan (KTC), Kota Bharu, kelmarin ketika merasmikan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA 2012 dan pelancaran cakera padat Dikir Warriors.

“Kehadiran Tan Sri Annuar di situ menjurus kepada pengertian aktiviti bola sepak tetapi kami masih bertimbang rasa untuk hanya memberikannya amaran terlebih dulu supaya beliau mematuhi hukuman 4 April lalu.

‘‘Jika beliau masih gagal atau mengingkari, jawatankuasa akan mendengar kesnya semula dan boleh mengenakan hukuman yang lebih berat.

“KAFA dan mana-mana persatuan bola sepak yang bergabung dengan FAM, turut diingatkan supaya mengambil perhatian hal ini kerana mereka juga boleh dikenakan tindakan jika melibatkan pelanggaran hukuman terhadap Tan Sri Annuar,” tegasnya selepas mesyuarat hampir tiga jam di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Taufik juga merujuk semula hukuman penggantungan dua kali, empat tahun (2001) dan setahun (2006) ke atas bekas Naib Presiden FAM, Allahyarham Datuk Ahmad Basri Akil yang ditambah selepas beliau masih mengkritik badan induk itu menerusi media walaupun ketika menjalani hukuman terdahulu.

Ditanya sama ada Annuar boleh menghadiri perlawanan akhir Piala FA antara Sime Darby dengan Kelantan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini, katanya: “Kami tidak boleh menghalang kehadirannya secara peribadi atau sebagai seorang penonton biasa yang amat meminati bola sepak.”

Mengenai cadangan Annuar supaya Jawatankuasa Eksekutif FAM menubuhkan Tribunal Timbang Tara terhadap kesnya, kata Taufik: “Ia hanya boleh dibuat sekiranya beliau dibenarkan membuat rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FAM dan jika keputusannya didapati masih tidak menyebelahinya. Dalam kes ini, hukumannya sudah minimum dan tidak boleh dirayu.

“Malah, untuk membawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS di Lausanne, Switzerland) perlukan proses rayuan di peringkat FAM terlebih dahulu tetapi apabila tiada kes untuk dibuka bagi Jawatankuasa Rayuan, bagaimana hendak buat,” tegasnya.

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!