Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
85 posts
• Page 3 of 5 • 1, 2, 3, 4, 5
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
slamat berjuang....harape kawe smoga klate memperoleh kmenange yg ke-2..
kuk mano2 pn msti mene bru seleso dduk d tanggo pertamo kumpulan...
my predict kelate 2 vs kedoh 0
gomo klate gomo...... [41.gif]![[41.gif] [41.gif]](./images/smilies/41.gif)
kuk mano2 pn msti mene bru seleso dduk d tanggo pertamo kumpulan...
my predict kelate 2 vs kedoh 0
gomo klate gomo...... [41.gif]
![[41.gif] [41.gif]](./images/smilies/41.gif)
- anok qlate
- Pemain Sekolah Rendah

- Posts: 149
- Joined: Tue Apr 07, 2009 3:22 am
- Location: klang.....kelantam.
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
kawe raso mene game nie..2-1..gomo kelate gomo
- mat pie07
- Pemain Sekolah Rendah

- Posts: 24
- Joined: Tue Jan 20, 2009 6:41 pm
- Location: kuala lumpur,malaysia
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
lps kawe tgk game kedoh-atm aritu, pado pandangan kawe(hok x brapo reti nilai game), kawe raso kito mempunyai byk kelebihan berbanding kedoh terutamonyo beraksi di hadapan penyokong sendiri..yg keduonyo, player2 kedoh rama injured t'masuk striker b'bahayo mereka iaitu khyrill muhymeen..dlm game tu, striker kedoh x brapo tajam dpn gol..tp kawe x tau la kot2 kedoh nk sipe 'taring' mereka..tambahan plok, loni kawe perati player kedoh x rama doh hok laju..sblm ni, dio dok harap kpd khyrill..tp loni khyrill injured..kedoh hanya mengharapkan azrul tp kawe perati azrul kurey tajam dpn gol..so, ini kelebihan kpd kito..cumo player2 jgk keno awasi pergerakan pemain sayap mereka iaitu sabree abu sbb bahayo jgk dio nih..sore lagi hok bahayo, fauzi shaari..apo2 pon, kawe harap semo player fokus lbh 100% kpd game..sebarang kelalaian, akan membawa padah..kalu kito meney, harapan utk ke suku akhir dgn lbh awal agak cerah..ayuh the red warriors, buktikan yg anda hebat dan buktikan kekalahan dlm saingan liga super tempoh hari adalah yg terakhir..kpd penyokong2 kelate, samo2 kito penuhkan setiap inci stadium dan laungkan kato2 semangat kpd player2 agar kemenangan dpt dicapai..samo2 kito doakan..amin....
GOMO KELATE GOMO!!
my prediction :
Kelate 2-1 Kedoh
p/s : harap2 prediction kawe akan menjadi kenyataan..amin..![[63.gif] [63.gif]](./images/smilies/63.gif)
GOMO KELATE GOMO!!
my prediction :
Kelate 2-1 Kedoh
p/s : harap2 prediction kawe akan menjadi kenyataan..amin..
![[63.gif] [63.gif]](./images/smilies/63.gif)
- hareez15
- Moderator

- Posts: 4336
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: kb <--> bangi
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
makluman buat semua ahli kdn dan hkc,
pihak radio gegar fm dgn kerjasama kdn akan membuat liputan suara secara langsung
jadi masukan url ini di winamp anda http://202.75.62.198:8080/listen.pls atau layari http://www.jomgegar.ning.com
10q

- adib_n70
- Ahli Berdaftar

- Posts: 3281
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: new Castle. old traford, klate
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
adib_n70 wrote:makluman buat semua ahli kdn dan hkc,
pihak radio gegar fm dgn kerjasama kdn akan membuat liputan suara secara langsung
jadi masukan url ini di winamp anda http://202.75.62.198:8080/listen.pls atau layari http://www.jomgegar.ning.com
10q
aku wie sedap ayat skik.. kekeke..
SIARAN SECARA LANGSUNG DIBAWAKAN SECARA EKSKLUSIF DI GEGARFM DENGAN KERJASAMA LAMAN WEB SIBER BOLA SEPAK KELANTAN, WWW.KELATE.NET
PERTEMUAN DIANTARA
KELANTAN VS KEDAH
JANGAN LUPA UNTUK MENDENGARKAN GEGARFM BERMULA JAM 8.30 MINIT MALAM BERSAMA PENGULAS ANDA, MR JB BETTERMAN DAN DJ REDSDELIYZ DENGAN KERJASAMA DJ BLAKE DAN KREW-KREW GEGARFM SERTA UNIT MEDIA KELATE.NET KOTA BHARU.
LAYARI:
http://jomgegar.ning.com/
http://redsfc-news.blogspot.com/
URL Winamp: http://202.75.62.198:8080/listen.pls
- RedsFC
- Ahli Jawatan Kuasa

- Posts: 6767
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: UUM Sintok+Wakaf Bharu+Pasir Peke+Tok Ube
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
Kelantan semakin ghairah
Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my
KOMITMEN Norhisham sekali lagi ditagih pasukan Kelantan menjelang pertemuan dengan Kedah dalam saingan Piala Malaysia di Kota Bharu malam ini.
SELEPAS berjaya menundukkan Pulau Pinang di Stadium Negeri Batu Kawan, Sabtu lalu Kelantan kini semakin ghairah untuk memburu mata dalam kempen Piala Malaysia.
Optimis untuk menjadi pasukan terawal melayakkan diri ke peringkat suku akhir, Kelantan sedar cabarannya cukup besar, dan usaha membenam Kedah di gelanggang sendiri malam ini pasti menjadi kayu pengukur kepada sejauh mana mereka boleh melangkah.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Pasukan, Azman Ibra- him berkata, misi bertemu juara Piala Malaysia 2008 juga adalah misi untuk membalas dendam berikutan kekalahan mereka ditangan Kedah dalam saingan Liga Super di gelanggang sendiri Julai lalu.
Menurutnya, keserasian antara pemain dan jurulatih baru, B. Sathianathan kini mula menunjukkan kesan yang positif.
"Hampir 90 peratus pemain sudah mengenali beliau (B. Sathianathan) kerana mereka pernah berada di bawah jurulatih tersebut sebelum ini semasa di dalam skuad kebangsaan.
"Kita juga telah mengesan beberapa kelemahan pada aksi menentang Pulau Pinang Sabtu lalu, dan berharap kelemahan itu dapat diatasi pada pertemuan dengan Kedah," katanya ketika dihubungi semalam.
Tambahnya, faktor kecergasan mungkin disebabkan sesi latihan yang dikurangkan sepanjang bulan Ramadan selain cuti perayaan, namun ia akan diatasi dengan segera.
Jelasnya, skuad Kelantan kini bebas daripada masalah kecederaan dan pemain menunjukkan persaingan yang positif untuk merebut tempat dalam kesebela- san utama.
"Kita tetap berwaspada dengan ancaman Kedah walaupun aksi mereka agak goyah ketika bertemu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
"Kita akan menurunkan pasukan yang benar-benar mantap untuk mengelakkan berlakunya kesilapan bagi mengekang asakan Kedah," ujarnya.
Dalam pada itu, Azman berkata, pihak pengurusan sangat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kedua-dua pemain pinjaman mereka, Nazru- lerwan Makmor serta Norhisham Hassan.
Katanya, kemasukan kedua- dua pemain tersebut memantapkan lagi pasukan yang sedia ada terutama di barisan benteng Kelantan yang kini semakin kukuh menahan asakan.

- nawaitu84
- Pemain Sekolah Menengah

- Posts: 251
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: kelate
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
"timbuk leng,timbukkk!!!" diharap tiada lagi kata2 ini di stadium sultan mohamad malam ini..hahaa..abe leng ok doh ke??risau weh kawe...takut keno kad meroh dio malam nih...sek2 kedoh pung suko gocoh jugok...kaki atah palo sokmo..kalu abe leng x leh tahan,abih la kene provoke..pulun kelantan pulun!!
Kelantan 2
indra
farhan
Kedah 1
saramsak kramm krom kreng
Kelantan 2
indra
farhan
Kedah 1
saramsak kramm krom kreng
- nna86
- Pemain Sekolah Rendah

- Posts: 180
- Joined: Fri Nov 28, 2008 6:11 pm
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
main molek puok kito male ni....biar mene pulok deh....gomo sekak2 nok...kelebihan ado ko puok kito tu...jgn lepah pelue ni..hok mano game home tu nk mene blakow.....
gol more kelate gol more.........
![[41.gif] [41.gif]](./images/smilies/41.gif)
gol more kelate gol more.........
![[41.gif] [41.gif]](./images/smilies/41.gif)
- anok qlate
- Pemain Sekolah Rendah

- Posts: 149
- Joined: Tue Apr 07, 2009 3:22 am
- Location: klang.....kelantam.
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
parok main male ni..memei teruk sgt..gol harap ko free kick jah..abe lim pong x jd mn..bnyk wat silap..trimo kasih ko nazrul..memei kelate x silap pinje dio..mitok2 main trus nga kelate musim dpn..
sathia..mitok tlng player tnjukkan prestasi sbnr lawe atm nnt..takut nnt keno ko atm jah nnt..kalu main supo td soh ko final sparuh akhir pun ngakok sero..
stadium memei penuh ari ni tp masih ado sngelingtir hk wat onar..jange sapa tragedi hok lepah kembali..
sathia..mitok tlng player tnjukkan prestasi sbnr lawe atm nnt..takut nnt keno ko atm jah nnt..kalu main supo td soh ko final sparuh akhir pun ngakok sero..
stadium memei penuh ari ni tp masih ado sngelingtir hk wat onar..jange sapa tragedi hok lepah kembali..
- nawaitu84
- Pemain Sekolah Menengah

- Posts: 251
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: kelate
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
RedsFC - Menulis..
Kijang Melompat Tinggi, Kenari Berterbangan Hampa
Cengkaman Kelantan dipersada kumpulan E saingan Piala Malaysia 2009 kian kukuh apabila berjaya menundukkan Kedah dengan jaringan 1-0 di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.
Terima kasih kepada Indra Putra Mahayudin apabila sepakan percuma lencongnya pada minit ke-49 menjunam rendah ke sebelah kiri pintu gol menewaskan sama sekali Helmi Eliza Elias yang tidak terjangkau bola tersebut untuk memberikan satu-satunya gol pada perlawanan ini.
Kelantan yang menurunkan kesebelasan sama ketika menewaskan Penang tempoh hari tidak menunggu lama untuk melancarkan gerakan ke kubu Kedah apabila Khalid Jamlus berjaya melepaskan sepakan kencang dari kawasan Kedah tetapi sepakan tersebut terus ke dakapan Helmi Eliza mengecewakan 30 ribu penyokong yang membanjiri Stadium.
Kedah juga kadangkala melakukan serangan berbahaya ke kubu Kelantan tetapi kebanyakan bola yang sepatutnya menerjah jaring gagal disudahkan ke dalam gawang. Peluang terbaik mereka untuk berada di depan pada minit ke-27 apabila Afif Amirudin melepaskan rembatan dari jarak dekat tetapi bola tersebut berjaya dikeluarkan pemain pertahanan Kelantan diatas garisan gol.
Kedah sekali lagi memberikan ancaman kepada Kelantan apabila bola lintangan pemain winger mereka gagal disambung Badrol Bakhtiar walaupun ketika itu Halim Napi sudahpun tertewas. Selang beberapa minit kemudian, Kedah sekali lagi mencemaskan Kelantan apabila bola sepakan percuma jarak jauh dari Badrol memaksa Halim melayangkan badan menepis keluar bola tersebut.
Kelantan juga harus berterima kasih kepada Nazrol Erwan Makmor dan Farisham Ismail yang terpaksa bertungkus lumus mengawal benteng dari ditembusi pemain lawan terutamanya melalui ancaman Badrol Baktiar dan pemain wingernya yang digelar Paklong.
Kelantan yang terdesak kerana kerap diserang mula mengatur serangan melalui Norfarhan Mohamad, Khalid Jamlus dan Che Hishamudin tetapi kesemua percubaan mereka berjaya diselamatkan penjaga gol dan ada juga tersasar jauh keluar dari kawasan perlawanan.
Ketika wisel penamat hampir dibunyikan, Kedah berjaya mendapat peluang untuk menjaringkan gol hasil tandukan Fauzi Shaari yang mendapat hantaran lintang dari sebelah kiri pintu gol tetapi tandukan tersebut sempat dikuis keluar Halim Napi memberi kelegaan kepada penyokong dan B Sathianathan yang kelihatan tidak senang duduk di bangku pemain.
Bersambung babak kedua, Kelantan mengatur serangan pantas ke kubu Kedah yang dikawal kapten pasukan, Victor Andrag. Hasilnya, Kelantan berjaya memperoleh sepakan percuma dari luar kotak penalti apabila Che Hishamudin dijatuhkan pemain pertahanan Kedah 25 meter dari kotak penalti menyebabkan pengadil perlawanan, Abu bakar Mohd Nor tidak teragak-agak membunyikan wisel.
Sepakan percuma yang diambil Indra Putra pada minit ke-49 akhirnya menggamatkan stadium apabila sepakan lencongnya terus menerjah jaring menewaskan Helmi Eliza walaupun kelihatan seakan-akan mampu diselamatkan penjaga gol Kedah itu.
Selepas gol tersebut, Kelantan terus melancarkan beberapa serangan untuk mencari gol kedua tetapi kesemuanya gagal disudahkan dengan berkesan. Untuk menambahkan sengat, Kelantan mengeluarkan Che Hishamudin digantikan dengan Ailim fahmi dan Daudsu Jamaludin digantikan dengan Rizal fahmi. Kemasukan mereka berdua tidak mampu menambahkan nafsu Kelantan di bahagian depan untuk mencari gol malahan kelihatan Kelantan pula diserang hebat pemain Kedah yang ingin menjaringkan gol penyamaan.
Kedah juga mampu melancarkan serangan berbahaya ke kubu Kelantan tetapi kehebatan pemain pertahanan tuan rumah berjaya mengekang serangan demi serangan yang diatur menyebabkan Azrai Khor terpaksa melakukan dua pertukaran bagi membantu jentera tengah mengatur percubaan ke kubu Kelantan.
Beberapa minit sebelum masa tamat, Kelantan mengeluarkan Khalid Jamlus digantikan dengan Norhisam Hasan bagi mengukuhkan bahagian tengah. Percaturan tersebut hampir mengundang padah apabila Kedah berjaya melakukan tiga percubaan saat-saat akhir memaksa Halim Napi melayangkan tubuh menepis percubaan tersebut.
Setelah tambahan masa empat minit, pengadil perlawanan meniupkan wisel penamat menggembirakan puluhan ribu penyokong Kelantan yang menanti penuh debar wisel dibunyikan.
Kesebelasan Utama:
Kelantan:
Halim. Daudsu(Rizal), Nazrol, Farisham, Ropi, Che Mudin (Ailim), Khairan, Indra(c), Zamri, Khalid (Norhisam) dan Farhan.
Kedah:
Helmi Eliza, Victor(c), Afif, Shafizan, ShahrulNizam, Azrul, Fauzi, Khairul Helmi, Sabree Abu, Badrol Bakhtiar dan Faizal Abu Bakar.
Sub: Farizal Rozali, Ronny Harun dan .....
Kad Kuning:
Kelantan: Halim Napi dan Khalid Jamlus
Kedah: Shahrulnizam Mustapha
Pengadil Perlawanan:
Abu Bakar Mohd Nor
W. Abd. Muhaimi w. Ahmad (pen 1)
Suhaimi Mat Hasan (Pen 2)
Ku Alaudin Ku Muhammad (Pegawai ke-4)

syukur laa menang team kito........
hrp2 teruskan lah improve whole team utk kejayaan bersama......

- chumeji
- Pemain Sekolah Menengah

- Posts: 361
- Joined: Mon Dec 15, 2008 6:44 pm
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
RedsFC wrote:RedsFC - Menulis..

===========================================================
credit utk demo..ulase yg baguh..
mintok admin letak fontpage kalu ada ulase game sebegini.baru up to date font page kito
tahniah kelate..
gomo kelate gomo
- kayrol
- Pemain Sekolah Rendah

- Posts: 19
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Shah Alam
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
Alhamdulillah meney lagi...Suku akhir sudah dlm genggaman...Tahniah!!
- r3dh3ad
- Ahli Berdaftar

- Posts: 564
- Joined: Mon Nov 24, 2008 1:19 am
- Location: Kelate-->PJ-->Puncak Jalil
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
poktar wrote:kawe mipi kelate mene 2-0
mimpi pah ceroh..hahahhaha..
- ayiez
- Ahli Berdaftar

- Posts: 1738
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Pulai Chondong+Kedai Piah +Putrajaya
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
http://www.youtube.com/watch?v=MKQto_VRTLg
gol kemenangan kelate yang dijaringkan indra..
tahniah indra...

- mzdin
- Moderator

- Posts: 1034
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Pasir Mas -----> Terey
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
Syukur mene smale...sebutir pong sbutir laa...janji mene jahh!
Tok kesoh mene nasib kor, game tok sedap kor...hok peting 3 mata mutlak milik kelate smalee...
Tapigak...harak2 slp ni game Kelate koho meningkat/betambah baik...
Buat adik deli...tq. for your ulasee....

- kelate2346
- Moderator

- Posts: 690
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
Sentuhan Indra tambah derita Kedah
Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my
KELANTAN terus membuktikan mengapa mereka harus menjadi pilihan dalam saingan Piala Malaysia apabila melebar rentak gemilang buat kali kedua, kali ini dengan menjadikan penyandang juara, Kedah sebagai mangsa dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Sultan Muhamad IV, malam tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Kelantan menghuni tangga teratas Kumpulan E dengan enam mata selepas anak buah B Sathianathan menewaskan Pulau Pinang 2-1 di Stadium Bandaraya pada perlawanan pertama.
Indra Putra Mahayuddin, kapten baru pasukan berkenaan menggantikan Badri Radzi yang mengalami kecederaan jangka panjang, menjadi wira pasukannya apabila menjaringkan gol tunggal Kelantan pada minit ke-49 selepas melencongkan bola hasil sepakan percuma dari luar kotak penalti yang menewaskan Helmi Eliza.
Ketika diminta mengulas mengenai perlawanan itu, Sathianathan menyifatkan aksi dipamerkan pasukannya belum dianggap baik berbanding kemampuan sebenar mereka.
“Kini Kelantan memang dianggap pilihan selepas menang dua perlawanan, tetapi kami belum bermain dengan baik seberapa yang boleh. Pendapat saya, kita boleh main lebih baik daripada sekarang,” katanya.

- epiebeck
- Moderator

- Posts: 1477
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Pasir Pekan, Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelate & UPM Serdang
- adib_n70
- Ahli Berdaftar

- Posts: 3281
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: new Castle. old traford, klate
Re: Piala Malaysia: KELANTAN lwn KEDAH 29.09.09 8.45 mlm
Tahniah untuk tim KELATE smale.....kito pakat ppenuh stadium slaye pulok ari sabtu ni. Gomo Kelate Gomo! ![[113.gif] [113.gif]](./images/smilies/113.gif)
![[113.gif] [113.gif]](./images/smilies/113.gif)
- yakbokte
- Ahli Berdaftar

- Posts: 255
- Joined: Wed Feb 25, 2009 2:00 am
85 posts
• Page 3 of 5 • 1, 2, 3, 4, 5
Who is online
Users browsing this forum: No registered users and 1 guest
![[104.gif] [104.gif]](./images/smilies/104.gif)