B. Sathianathan
3 posts
• Page 1 of 1
B. Sathianathan

Full name : Bhaskaran R Sathianathan
Date of birth: May 9, 1958 (age 51)
Place of birth: Negeri Sembilan, Malaysia
Club information
Teams managed
1992 :NS FA Gold Cup Team
2006-2008 : Malaysia U-23
2007-2009 : Malaysia
9/2009-present: Kelantan FA
pengalaman : 1.bekas jurulatih skuad kebangsaan dan bawah 23
2.Membawa kelantan ke final piala Malaysia pada tugas pertamanya
- ORCADlayout
- Webmaster

- Posts: 1933
- Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
- Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai
Re: B. Sathianathan
B. Sathianathan merupakan bekas ketua jurulatih bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia dan pasukan bola sepak bawah 23 tahun Malaysia. Sebelum dilantik menjadi jurulatih Malaysia, B. Sathianathan merupakan salah seorang jurulatih di Sekolah Bola Sepak Arsenal, Malaysia. Sathianathan juga merupakan jurulatih pasukan Piala Emas Raja-Raja Negeri Sembilan pada tahun 1992. Dia juga memegang jawatan selaku penolong jurulatih bagi pasukan Olimpik Malaysia pada 1997-1999 dan 2002-2004.
Pada tahun 2007, Sathianathan dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia untuk menjadi jurulatih skuad bawah 23 tahun Malaysia. Selepas memenangi Pestabola Merdeka 2007, Sathianathan dilantik oleh presiden FAM DYMM Sultan Ahmad Shah.
Perlawanan pertama Sathianathan selaku jurulatih berakhir dengan kekalahan 4-1 kepada Bahrain sebelum seri dengan lawan yang sama dengan keputusan seri 0-0. Selepas itu, Sathia diberi tugas untuk membawa cabaran Malaysia ke Sukan SEA Korat 2007 di Thailand. Pada kejohanan tersebut, Malaysia terpaksa akur apabila gagal membawa pulang sebarang pingat buat kali pertama sejak 1999 selepas hanya mampu mencatat keputusan 1 menang, 1 seri dan 1 kalah.
Pada tahun 2008, Sathianathan membawa pasukan Malaysia untuk bertemu dengan gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea. Pada perlawanan tersebut, Malaysia tewas 0-2 kepada gergasi Liga Perdana Inggeris itu. Walaubagaimanapun, jurulatih Chelsea Luiz Felipe Scolari memuji persembahan pemain Malaysia kerana memberikan perlawanan yang sengit.
Dalam kejohanan Pesta Bola Merdeka 2008, Sathianathan membawa Malaysia ke perlawanan akhir dengan rekod tanpa dibolosi sepanjang kejohanan. Walaubagaimanapun, Malaysia kecundang 6-5 menerusi sepakan penalti kepada pasukan bawah 23 tahun Vietnam.
Sathinathan kemudian membawa Malaysia ke AFF Piala Suzuki 2008 di Phuket. Meskipun bermula baik, Sathianathan terpaksa akur apabila pasukan bimbingannya tewas kepada Vietnam dan Thailand. Meskipun gagal menepati sasaran FAM, kontraknya disambung selama setahun dengan syarat dia perlu memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking FIFA.[1]
Walaubagaimanapun, kontraknya ditamatkan pada awal Februari 2009 selepas kekalahan memalukan kepada UAE. Dia juga mengkritik Liga Malaysia dengan mengatakan liga itu bukan bola sepak sebenar.[2]
Selepas dipecat selaku jurulatih pasukan Malaysia, Sathianathan ditawarkan kontrak untuk melatih Kelantan selepas jurulatih Peter Butler meletak jawatan sebelum Piala Malaysia.

- mrgunn
- Pemain Sekolah Menengah

- Posts: 251
- Joined: Wed Dec 17, 2008 11:37 am
- Location: PUTRAJAYA
3 posts
• Page 1 of 1
Who is online
Users browsing this forum: No registered users and 1 guest