Berita Mengenai KAFA

Topik untuk berbicara mengenai pengurusan Kelantan FA

Postby myie » Sun Nov 04, 2007 3:16 pm

Sumber : Sinar Harian

KOTA BHARU - Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) mengumumkan pelantikan Norizan Bakar selaku jurulatih baru skuad Liga Malaysia bagi menghadapi saingan musim 2007/2008.

Pemilihan Norizan diumumkan oleh Presiden KAFA, Datuk Seri Annuar Musa selepas mempengerusikan mesyuarat kali pertama di bawah pengurusan baru di pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu, dekat sini semalam.

Katanya, pemilihan Norizan yang juga bekas jurulatih skuad kebangsaan merupakan langkah terbaik untuk mengembalikan kepercayaan peminat bola sepak negeri ini sekali gus memartabatkan maruah sukan berkenaan yang mengalami kemerosotan pada musim lepas.

“Kita yakin dan meletakkan keyakinan yang penuh kepada kemampuan Norizan untuk membimbing skuad Liga Perdana dan Piala Presiden untuk memburu kejayaan.

"KAFA berharap beliau dapat menggunakan pengalamannya membimbing pemain kebangsaan dan beberapa pasukan lain, termasuk Perlis dan Pulau Pinang sebelum ini untuk membawa kejayaan kepada pasukan Kelantan pula,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Pada mesyuarat itu, Annuar turut mengumumkan lima muka baru sebagai Ahli Majlis Tertinggi KAFA iaitu Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yacob; Ahli Dewan Undangan Negeri Gual Periok, Datuk Shaari Mat Hussain; Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan, Ismail Mat Noor; bekas Timbalan Presiden KAFA, Azman Ibrahim dan bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Wan Mohd Najim Wan Mohamed.

Di samping itu, Ahmad yang juga ADUN Pasir Pekan dilantik bersama-sama Speaker Dewan Un-dangan Negeri, Datuk Wan Abd. Rahim Wan Abdullah, Pengerusi Lembaga Kema-juan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Ramzi Ab. Rahman; ahli perniagaan, Datuk Nik Sufian Nik Yusoff dan legenda bola sepak Kelantan, Dali Omar sebagai Panel Penasihat KAFA.

Tambah Annuar, Teng-ku Temenggung Kelantan, Tengku Fakhry Petra pula bakal dilantik sebagai Penaung KAFA manakala Ketua Pegawai Eksekutif Redland Holding Berhad (Redland), Datuk Ismail Hassan dipilih sebagai Bendahari.

"Saya yakin dengan tersenarainya nama-nama ba-ru dalam kepimpinan KAFA musim depan, persatuan ini mampu menggerakkan skuad Kelantan dengan baik untuk terus maju dan mengembalikan maruah bola sepak negeri ini,” ujarnya.

Menyentuh mengenai persiapan pasukan, Annuar berkata, Timbalan Presiden KAFA, Ahmad Jazlan Ya-akub diberikan kepercayaan menguruskan pasukan dibantu Nik Ismail Che Muda yang juga Naib Presiden KAFA manakala jurulatih dan penolong jurulatih Liga Simpanan tahun lepas, Salim Mahmood dan Zahasmi Ismail diberikan kepercayaan sebagai penolong Norizan.

Sementara itu, Norizan berkata, beliau akan beru-saha bersungguh-sungguh dan menggalas amanat yang diberikan oleh KAFA dengan baik agar pasukan itu mampu berubah wajah pada musim depan.

"Kelantan dibarisi oleh pemain muda dan saya akan mencari pemain import yang berpengalaman untuk digandingkan dengan pemain tempatan,” katanya.

myie
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 62
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: klate..kedoh

Postby ORCADlayout » Sat Dec 01, 2007 10:33 am

Kafa sedia lahirkan jurulatih berkaliber

Hasrat untuk melahirkan ramai jurulatih yang berkaliber amat ditekankan pihak Kafa bagi merealisasikan impian mencungkil bakat baru bola sepak di peringkat akar umbi

ABDUL HALIM ABDUL SAMAD

KOTA BHARU – Persatuan Bola sepak Kelantan (Kafa) bersedia memberikan ruang kepada jurulatih baru di negeri ini untuk menggalas tugas mengemudi pasukan terutamanya di peringkat remaja dan akar umbi.

Bilangan jurulatih berkaliber di negeri ini masih kurang dan Kafa berhasrat meningkatkan jumlahnya terutamanya kepada jurulatih yang terdiri daripada bekas pemain negeri.

Ia mampu dilaksanakan seiring dengan kerjasama yang dilakukan persatuan tersebut dengan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan yang melancarkan Projek Kijang Emas bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Kafa membuka ruang seluas-luasnya kepada jurulatih baru untuk mengasah kemahiran dan kepakaran masing-masing melahirkan lebih ramai pemain muda berpotensi dari seluruh negeri ini.

“Ianya selaras dengan wawasan Presiden Kafa, Datuk Seri Annuar Musa yang mahukan penekanan diberikan kepada pembangunan serta pencarian pemain muda di seluruh negeri ini,” jelas Timbalan Presiden Kafa, Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau yang menyampaikan ucapan penutup Kursus Kejurulatihan Lesen C anjuran Kafa dengan kerjasama Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mahukan para peserta serius dan komited bersama-sama persatuan itu merealisasikan impian memartabatkan kembali maruah bola sepak Kelantan seperti yang pernah di kecapi sebelum ini.

Katanya, peserta kursus tersebut juga diingatkan supaya tidak mementingkan lesen yang bakal dimiliki sebaliknya memberikan kerjasama erat kepada persatuan bola sepak negeri membangunkannya demi kemajuan sukan bola sepak di Kelantan.

ORCADlayout
 

Postby feez » Sat Dec 01, 2007 4:50 pm

Kelantan FA

The Football Association of Kelantan enters a team in Malaysian football competitions to represent the state of Kelantan. The team currently plays in the Malaysian Premier League.

The team won the the Malaysian League Division II title in 2000, and finished runners-up in the Malaysia Cup in 1955 and 1970


Full name Football Association of Kelantan
Founded unknown
Ground Sultan Mohammad IV Stadium, Kota Bharu
(Capacity 30,000)
Coach Norizan Bakar
League Malaysian Premier League






From Wikipedia, the free encyclopedia

feez
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 316
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: SSM4 KOTA BHARU , Manchester United Old Traford + Kubang Batang+ Bandar Utama

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby Merang » Tue Apr 08, 2008 9:12 am

Kafa kesan 1,000 tiket palsu

http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/ ... u_01.1.jpg

STADIUM penuh, tetapi kutipan tiket tidak seberapa.

Walaupun saingan bola sepak Liga Perdana musim 2007/2008 menyaksikan sokongan penyokong Kelantan begitu konsisten membanjiri stadium, namun ada pihak 'menangguk di air keruh'.

Setelah sekian lama, Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akhirnya mengesan kegiatan menjual tiket palsu yang semakin berleluasa dengan menyasarkan pembeli di kalangan peminat fanatik termasuk menggunakan nama beberapa kelab penyokong.

Terbaru, ia dikesan pada perlawanan antara Kelantan menentang Harimau Muda di Stadium Sultan Mohamad Ke IV, Kota Bharu Jumaat lalu apabila sejumlah penonton dihalang daripada memasuki stadium kerana memiliki tiket palsu.

Setiausaha Agungnya, Mohd. Noordin Awang memberitahu bahawa Kafa mengesan terdapat unsur-unsur penyelewengan setelah mendapati jumlah tiket yang dijual kurang berbanding jumlah penonton yang memenuhi stadium.

Menurutnya, dia yang hairan dengan suasana tersebut membuat pemeriksaan semula ke atas tiket yang dijual dan mendapati banyak tiket kelab penyokong yang dijual dengan harga RM5 telah dipalsukan.

"Mereka menggunakan mesin pengimbas untuk memalsukan tiket tersebut kemudian mencetaknya sebelum dijual kepada penyokong.

"Namun, tiket palsu boleh dikesan kerana ia menggunakan kertas kualiti rendah dan menyebabkan warnanya agak pudar, tidak mempunyai tanda lutsinar serta lubang-lubang yang ditebuk khas," katanya kepada Kosmo! di pejabatnya di Kota Bharu semalam.

Tambahnya, Kafa mula syak wujudnya kegiatan tidak bertanggungjawab itu ketika pertemuan dengan Proton FC serta PKNS FC sebelum ini setelah mendapati jumlah kutipan tiket tidak memadai dengan kehadiran penonton.

"Kita hairan apabila mendapati jumlah tiket yang dijual sekitar 13,000 keping sahaja tetapi jumlah penonton yang menyaksikan perlawanan sentiasa melebihi angka tersebut.

"Ketika perlawanan terakhir menentang Harimau Muda Jumaat lalu kita berjaya mengesan lebih 1,000 tiket palsu dan menghalang pemegang tiket daripada memasuki stadium," ujarnya.

Jelasnya, sebagai tindakan susulan pihaknya akan mengetatkan lagi kawalan di pintu masuk stadium serta semua penyokong mesti memegang tiket masing-masing untuk diperiksa sebelum memasuki stadium.

"Kita tidak lagi membenarkan penyerahan tiket secara berkumpulan kerana dengan cara itu mereka akan mengambil kesempatan menyelitkan tiket-tiket palsu sebaliknya setiap orang mesti pegang tiket masing-masing," tambahnya.

Mohd. Noordin juga menasihatkan para penyokong supaya mengelakkan diri membeli tiket dengan 'ulat-ulat' sebaliknya terus berurusan dengan kaunter yang sah.

Dalam pada itu, kata Mohd. Noordin, Kafa juga bakal berdepan tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) buat kali kedua gara-gara tindakan luar kawalan para penyokong.

"Kita akan berdepan panel FAM pada Khamis ini dan berdepan hukuman kerana sikap penyokong yang membaling mercun serta mengibarkan bendera parti ketika pertemuan dengan Johor 10 Mac lalu," katanya.

Merang
Moderator
Moderator
 
Posts: 523
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: teacher's garden-one step

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby ORCADlayout » Thu Apr 10, 2008 4:47 pm

Tindakan undang-undang kepada penjual dan pembeli tiket palsu

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap sindiket tiket palsu yang kini semakin berleluasa bagi menjamin persatuan tidak terus mengalami kerugian.

Malah tindakan berat juga turut menanti penyokong yang membeli tiket palsu dan menggunakannya untuk memasuki Stadium Sultan Mohamad Ke-IV untuk menonton perlawanan bola sepak.

Setiausaha Agung Kafa, Mohamad Noordin Awang berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis dan anggota keselamatan Perbadanan Stadium Sultan Mohamad Ke-IV bagi mengurangkan masalah itu.

Katanya, peruntukan undang-undang memang ada termasuk undang-undang jenayah ia akan digunakan jika keadaan dan penjualan tiket semakin berleluasa.

“Jika keadaan ini terus berleluasa dan penyelewengan terus berlaku ia akan merencatkan pendapatan Kafa sekali gus melambatkan proses pembangunan bola sepak Kelantan malah Kafa akan kehilangan sumber pendapatan.

“Bayangkan 13,000 keping tiket sahaja dijual setiap perlawanan namun jumlah penonton melebihi daripada angka tiket berkenaan,’’ katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Mohamad Noordin berkata demikian selepas diminta mengulas aktiviti penjualan tiket palsu yang semakin berleluasa menyebabkan kerugian kepada Kafa.

Jelasnya, pihaknya juga akan memastikan penyokong tidak menggunakan tiket palsu menerusi pemeriksaan dan tapisan ketat bagi mengurangkan aktiviti berkenaan.

“Kita mahu kerjasama penyokong dalam usaha mengangkat martabat bola sepak Kelantan bukan sekadar mahu menonton perlawanan bola sepak yang menarik sahaja.

“Mereka harus berurus niaga di kaunter tiket bukannya dengan sindiket tiket palsu kerana Kafa tidak pernah melantik mana-mana agen untuk tiket bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini,’’ ujarnya.

ORCADlayout
Webmaster
Webmaster
 
Posts: 1933
Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby Joerard » Thu Aug 21, 2008 10:46 am

Kalu buleh bui penjelasan lanjut... Setakat mana "tinggi" pegawai KAFA terlibat... Paling Tinggi???... Atau setakat tinggi saja...? :o

Joerard
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 793
Joined: Tue Jun 03, 2008 5:45 pm
Location: Bachok --> Pasir Puteh --> Bukit Permata

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby baduk » Thu Aug 21, 2008 12:22 pm

kalu benar supo hok demo kata,maknanya oghe tu dosa besar la..rasuah nga fitnah stopa..tapi mugo x dop bukti..x leh nak kata gapo..harap ubah la sikap..nyaknyo ko peminat..cari la oghe hok ada ilmu agama urus kafa pulok..

baduk
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 1498
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: bachok->bangi->seremban

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby adib_n70 » Thu Aug 21, 2008 11:04 pm

kalu betul apa yang dikatakan oleh rosediana itu, bermakna orang tertinggi atau orang yang berpengaruh telah menjual maruah bola sepak kelantan, jadi memang betul apa yang dikatakan oleh beberapa pemain di mana kafa terlalu banyak orang politik yang hanya mempertaruhkan wang bagi mendapatkan hak mereka dan mereka ini tidak sesuai dengan bola sepak, mereka ini mejual semua maruah kerana politik berbeza dengan pemain yang bermati-matian bermain untuk mendapatkan kepuasan diri setelah berusaha dengan bayran gaji yang setimpal,namun usaha mereka semua tidak berhasil dengan campur tangan orang yang tidak minat kepada bola sepak.

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby Hasyim23 » Fri Aug 22, 2008 8:13 am

Stetqment cik ROSE bagi saya hanya sekadar khabar2 angin saja,
kalu betul pun, meme susah untuk di buktikan.. Stopa pun xdop cerita pun hal nih?

Hasyim23
Presiden
Presiden
 
Posts: 117
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Jinjang Utara.

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby Joerard » Fri Aug 22, 2008 9:27 am

Hasyim23 wrote:Stetqment cik ROSE bagi saya hanya sekadar khabar2 angin saja,
kalu betul pun, meme susah untuk di buktikan.. Stopa pun xdop cerita pun hal nih?


Cik Rose tu ore dale KAFA ko...? Ko salah sore AJK KDN?... :?

Joerard
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 793
Joined: Tue Jun 03, 2008 5:45 pm
Location: Bachok --> Pasir Puteh --> Bukit Permata

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby ORCADlayout » Fri Aug 22, 2008 9:31 am

Joerard wrote:Cik Rose tu ore dale KAFA ko...? Ko salah sore AJK KDN?... :?

Ahli lama KDN yang proaktif suatu ketika dulu

ORCADlayout
Webmaster
Webmaster
 
Posts: 1933
Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby azjuan » Fri Aug 22, 2008 1:17 pm

kalau melibatkan rasuah sampai berjuta-juta RM, sangat berbaloi kalau sekiranya ia dilaporkan kepada pihak polis, BPR dan FAM sendiri, bersertakan fakta dan bukti, pasti ia bakal mencetuskan tsunami rasuah yang akan menggegarkan negara dan mungkin juga senatero dunia

seeloknya, laporkan saja perkara ini ke pihak yang terbabit

azjuan
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 3739
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Hilir Bandar London

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby Joerard » Fri Aug 22, 2008 5:17 pm

Buat maso lo ni kita xpayah ulas panje la...
Sep2 AJK / Unit Berita KDN tok leh tulum risik2 ko...?
Atau pun ejas biar KAFA keluar statement rasmi... :?

Joerard
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 793
Joined: Tue Jun 03, 2008 5:45 pm
Location: Bachok --> Pasir Puteh --> Bukit Permata

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby anuarSZ » Fri Aug 22, 2008 5:39 pm

masterpiece wrote:Bagi pendapat saya ini merupakan keterangan dengar cakap ( hersay ) yang tentunya tidak dapat disahihkan dengan bukti yang tepat setakat ini. Andainya perkara ini berlaku tentunya ianya merupakan satu kejahilan yang amat sangat berlaku dalam bola sepak Kelantan. Sekira sebaliknya, ianya merupakan tiupan khabar angin yang cuba mencetuskan polemik baru bola sepak Kelantan. Sesiapa boleh mereka-reka isu baru ini. mungkin betul dan mungkin tidak betul jugak. Tanpa menyebut nama siapakah pengurusan tertinggi KAFA yang terlibat, itu merupakan satu tuduhan yang serius. Secara peribadi. saya tidak mempertahankan pihak KAFA. Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Dan yang salah harus dihukum.

Saudara CIK ROSEDIANA harus bertanggungjawab diatas kenyataan yang dipaparkan pada web ini. Samada percaya atau tidak ianya terpulang kepada individu masing-masing. Andai ianya bersifat tohmahan, fitnah mahupun propaganda saudara tidak harus memaparkan pada laman web ini kerana boleh mencetuskan salah tafsiran dikalangan forumers KDN ini. Anda harus menyertakan BUKTI-BUKTI yang tepat sekiranya mahu memaparkan isu ini. Lebih tepat lagi anda boleh melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) sekiranya anda seorang peminat bola sepak Kelantan yang prihatin tentang masalah ini.

Ada baiknya anda duduk diam-diam, buat keje sendiri di RUMAH BARU anda tanpa hadir menimbulkan kekeruhan di http://www.kelate.net.


saya amat bersetuju dengan pendapat masterpiece, isu ini adalah isu serius dan tidak sesuai untuk dijadikan tatapan dalam forum ini. Dengan penyataan melibatkan kes yg serius dan juga melibatkan individu yg agak penting dlm KAFA, isu ini tanpa kita duga boleh menimbulkan salah faham atau salah tafsiran dikalangan KDNers. Jika saudara penulis mempunyai bukti yg kukuh berkenaan isu ini, laporkan kepada pihak berwajib, tidak perlu untuk kita membincangkan isu yg boleh menimbulkan provokasi seperti ini.... :x

anuarSZ
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 447
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Ampang ~~Tanoh meroh

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby hareez15 » Sun Aug 24, 2008 4:55 pm

rosediana wrote:Assalamualaikum,

Berita ini saya dapat daripada mereka yang 'rapat' dengan pengurusan dan mula didedahkan oleh beberapa pemain Kelate. Peminat diminta 'PERCAYA atau TIDAK' ajer.... tak perlu ulas dari mana, fitnah, propaganda dan sebagainya..... tujuan saya mendedahkan kerana 'kesian' melihat penyokong di Paroi semasa melawan N9 yang sanggup datang w/pun peluang Kelate amatlah tipis.

Penamatan kontrak Stopa selaku penjaring terbanyak Kelate pada PialaMalaysia amatlah mengejutkan dan ianya menjadi faktor utama kegagalan Kelate menyerlah di dalam beberapa perlawana terakhir. Namun ianya telah dijelaskan oleh Tim.Presiden kepada peminat (paper + web). Penjelasan daripada sebelah pihak nampaknya seolah2 Stopa yang 'bersalah'. Stopa pula selaku profesional telah 'memendam' punca masalah ini sehingga hari ini.

Namun maklumat ini mungkin mengejutkan (seperti yg saya syaki) dimana ianya berkaitan bookie. Individu tertinggi didalam KAFA telah mengarahkannya 'melepaskan' perlawanan dengan Terengganu adalah merupakan punca sebenar kejadian pergaduhan tersebut. Dimana Stopa dikatakan menolak dan mengamuk apabila diminta 'memberikan' kemenangan kepada Terengganu terutama oleh pimpinan KFA sendiri. Mengamuk ini datang daripada kekecewaan dan terkejutnya beliau diatas arahan tersebut! (tergamak!!). Ini merupakan perkara baru bagi pemain profesional seperti beliau walaupun sering berlaku di Liga Malaysia, Singapura dan HongKong.

Bayaran 'kekalahan' malam tersebut melibatkan RM1,000,000.00 (sejuta)... tidak percaya?... Mengikut kajian PDRM pertaruhan mingguan Liga M melibatkan taruhan mingguan antara RM30-RM50 juta dimana lot2 taruhan yang boleh dibeli adalah antara RM1000-RM50000 setiap perlawanan. Jadi bookie mempunyai pelbagai 'tool and equipment' untuk memastikan urusannya mendapat keuntungan setimpal. Kita lihat tuduhan kepada pemain Perlis (Vs Selangor). Tuduhan rasuah pada game tersebut melibatkan puluhan ribu. Itu untuk pemain yang ditangkap, macamana untuk pemain lain atau yang tidak cukup bukti? tentu labih besar kan.

Game Kelate Vs T'ganu cukup besar taruhan kepadfa Kelate kerana Kelate telah menang 4 kali berturut2 dan menang di KualaTerengganu. So mengikut perkiraan pasti akan menang di KotaBharu..... tapi bookie lebih bijak daripada 11 pemain dan 20 ribu penyokong.... mereka beli 'boss' Kafa ajer..... beres.

Jadi bagi saya yang mengenali mereka2 ini, bolasepak hanyalah tempat untuk kita melepaskan teriakan, maki hamun, menjerit bagi menghilangkan penat/tensin bekerja.

Bagi mereka yang tidak percaya penglibatan bookie dan statement saya sebelum ini yang Liga M dikuasai bookie dan selangor pasti ke perlawanan akhir.... nah.... perlawanan akhir.. SELANGOR Vs KEDAH....... Saya nasihatkan saudara2 lihat balik Game Selangor Vs Polis.... heheheehe.......apa pun Selangor mesti menang w/pun melalui perkiraan jaringan tempat lawan..... gol penalti minit 90........

very sad...

Bye

Rose/.....


em, assalamualaikum..kalu betul la ape yg cik rose bgtau, sy cabar cik rose mengemukakan bukti yg mengatakan ade rasuah dlm pengurusan KAFA dan menyebut nama pegawai tersebut..sy bkn nk mempertahankan KAFA tp smlm sy bgtau perkara ni kpd ayahanda sy..ayahanda sy tnye sy balik, siapa pegawai itu dan xkan la antara dato war, saudara jazlan atau ayahanda sy sdiri yg terlibat..sbb 3 individu ini adalah pegawai t'tinggi KAFA..lagipon, stopa tiada menyebut hal ni masa sidang akhbar aritu..die skadar bgtau ayahanda sy dan saudara jazlan memanggilnya nigger..tp tu semua tipu..kalu betul statement yg anda bgtau ni, mungkin stopa akan menyebut hal ni dlm sidang akhbar baru2 ni..sy bkn nk pertahankan sape2..kalu anda ada bukti, sila kemukakan bukti itu..supaya org luar x memandang serong terhadap KAFA kalu tiada bukti..skali lg sy minta saudari kemukakan bukti...sekian, trima kasih....maaf kalu ada kata2 sy ni menyinggung perasaan anda..

hareez15
Moderator
Moderator
 
Posts: 4336
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: kb <--> bangi

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby Hokage_boy » Wed Aug 27, 2008 11:53 pm

tujuan saya mendedahkan kerana 'kesian' melihat penyokong di Paroi semasa melawan N9 yang sanggup datang w/pun peluang Kelate amatlah tipis.

-XPERLU KESIAN PADA PENONTON KERENA MEREKA PERG TGK ATAS DASAR SEMANGAT KESUKANAN


Namun maklumat ini mungkin mengejutkan (seperti yg saya syaki) dimana ianya berkaitan bookie. Individu tertinggi didalam KAFA telah mengarahkannya 'melepaskan' perlawanan dengan Terengganu adalah merupakan punca sebenar kejadian pergaduhan tersebut. Dimana Stopa dikatakan menolak dan mengamuk apabila diminta 'memberikan' kemenangan kepada Terengganu terutama oleh pimpinan KFA sendiri. Mengamuk ini datang daripada kekecewaan dan terkejutnya beliau diatas arahan tersebut! (tergamak!!). Ini merupakan perkara baru bagi pemain profesional seperti beliau walaupun sering berlaku di Liga Malaysia, Singapura dan HongKong.

-KFA??...KELATE KAFA...LEN KALI TGK BTL2 JGN SALAH TULISKENO SAMAN NTI XDOK DUIT NK BYR??STAKAT NK KECEK BULEH BLAKO...BG BUKTI...!!!! :twisted: :twisted: :twisted:
BUKTIKAN ROSEDIANA KALO ANDA LELAKI...!!!!! :twisted: :twisted: :twisted:

Hokage_boy
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 1752
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Serambi Siam...Bandaraya Anggerik...Kota Singa...

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby hareez15 » Fri Aug 29, 2008 4:56 pm

Hokage_boy wrote:tujuan saya mendedahkan kerana 'kesian' melihat penyokong di Paroi semasa melawan N9 yang sanggup datang w/pun peluang Kelate amatlah tipis.

-XPERLU KESIAN PADA PENONTON KERENA MEREKA PERG TGK ATAS DASAR SEMANGAT KESUKANAN


Namun maklumat ini mungkin mengejutkan (seperti yg saya syaki) dimana ianya berkaitan bookie. Individu tertinggi didalam KAFA telah mengarahkannya 'melepaskan' perlawanan dengan Terengganu adalah merupakan punca sebenar kejadian pergaduhan tersebut. Dimana Stopa dikatakan menolak dan mengamuk apabila diminta 'memberikan' kemenangan kepada Terengganu terutama oleh pimpinan KFA sendiri. Mengamuk ini datang daripada kekecewaan dan terkejutnya beliau diatas arahan tersebut! (tergamak!!). Ini merupakan perkara baru bagi pemain profesional seperti beliau walaupun sering berlaku di Liga Malaysia, Singapura dan HongKong.

-KFA??...KELATE KAFA...LEN KALI TGK BTL2 JGN SALAH TULISKENO SAMAN NTI XDOK DUIT NK BYR??STAKAT NK KECEK BULEH BLAKO...BG BUKTI...!!!! :twisted: :twisted: :twisted:
BUKTIKAN ROSEDIANA KALO ANDA LELAKI...!!!!! :twisted: :twisted: :twisted:


ilek boh..jgn mrh2..sabar..kalu betul, msti dio ake bls komen kito tp dio senyak sapa loni..kalu x silap kawe, rosediana ni tino dan bkn lelaki..

hareez15
Moderator
Moderator
 
Posts: 4336
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: kb <--> bangi

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby Kamikazie » Fri Aug 29, 2008 5:53 pm

releks boh
biar polis dan BPR yang siasat
kawe rasa nak print artikel roalinda tuh n bagi kat bpr
nanti bpr akan siasat secara menyeluruh...
dia akan cek siapa rosalinda dengan suruhanjaya komunikasi
takde masalah...
biar ore hok buat kerja terkutuk tu akan terima pembalasan
tergamok dia hampakan harapan ribuan penyokong kelate
kalu betul lah jadi gitu.. harapkan pagar.. pagar makan padi

Kamikazie
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 2033
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Kadok (kota Bharu) - Seksyen 19 (Shah Alam)

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby Joerard » Fri Aug 29, 2008 6:51 pm

Kamikazie wrote:releks boh
biar polis dan BPR yang siasat
kawe rasa nak print artikel roalinda tuh n bagi kat bpr
nanti bpr akan siasat secara menyeluruh...
dia akan cek siapa rosalinda dengan suruhanjaya komunikasi
takde masalah...
biar ore hok buat kerja terkutuk tu akan terima pembalasan
tergamok dia hampakan harapan ribuan penyokong kelate
kalu betul lah jadi gitu.. harapkan pagar.. pagar makan padi


ROSALINDA mari lik mano pulok...? :D :D :D
Kuat mena tegok drama Rosalinda nih...

p/s: sori off topik sebab Kamikazie... kena "timbot" selalu, xleh wi dey lamo... :) :)

Joerard
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 793
Joined: Tue Jun 03, 2008 5:45 pm
Location: Bachok --> Pasir Puteh --> Bukit Permata

Re: Berita Mengenai KAFA

Postby Hokage_boy » Fri Aug 29, 2008 6:54 pm

hareez15 wrote:
Hokage_boy wrote:tujuan saya mendedahkan kerana 'kesian' melihat penyokong di Paroi semasa melawan N9 yang sanggup datang w/pun peluang Kelate amatlah tipis.

-XPERLU KESIAN PADA PENONTON KERENA MEREKA PERG TGK ATAS DASAR SEMANGAT KESUKANAN


Namun maklumat ini mungkin mengejutkan (seperti yg saya syaki) dimana ianya berkaitan bookie. Individu tertinggi didalam KAFA telah mengarahkannya 'melepaskan' perlawanan dengan Terengganu adalah merupakan punca sebenar kejadian pergaduhan tersebut. Dimana Stopa dikatakan menolak dan mengamuk apabila diminta 'memberikan' kemenangan kepada Terengganu terutama oleh pimpinan KFA sendiri. Mengamuk ini datang daripada kekecewaan dan terkejutnya beliau diatas arahan tersebut! (tergamak!!). Ini merupakan perkara baru bagi pemain profesional seperti beliau walaupun sering berlaku di Liga Malaysia, Singapura dan HongKong.

-KFA??...KELATE KAFA...LEN KALI TGK BTL2 JGN SALAH TULISKENO SAMAN NTI XDOK DUIT NK BYR??STAKAT NK KECEK BULEH BLAKO...BG BUKTI...!!!! :twisted: :twisted: :twisted:
BUKTIKAN ROSEDIANA KALO ANDA LELAKI...!!!!! :twisted: :twisted: :twisted:


ilek boh..jgn mrh2..sabar..kalu betul, msti dio ake bls komen kito tp dio senyak sapa loni..kalu x silap kawe, rosediana ni tino dan bkn lelaki..


check molek tino ko jate kawe sero jato tgk b*t* do juweh tuh... :D :D

Hokage_boy
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 1752
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Serambi Siam...Bandaraya Anggerik...Kota Singa...

Next

Return to Kelantan Amatur Football Association (KAFA)

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron

Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)