Info Sukan Malaysia
Re: Info Sukan Malaysia
mzdin wrote:lawe sapo di 1/2 akhir???
lawey bao chunlai kalih..
O'aloh la... Panje po galoh kawe tuh...!!!
- Joerard
- Ahli Berdaftar

- Posts: 793
- Joined: Tue Jun 03, 2008 5:45 pm
- Location: Bachok --> Pasir Puteh --> Bukit Permata
Re: Info Sukan Malaysia
Chong Wei Mara Separuh Akhir
BEIJING, 14 Ogos (Bernama) -- Lee Chong Wei mara ke separuh akhir perseorangan badminton lelaki apabila menang mudah 21-9, 21-11 ke atas pemain Indonesia Sony Dwi Kuncoro hari ini, hanya satu perlawanan lagi untuk beliau memperolehi sebarang pingat.
Chong Wei, pilihan kedua di belakang juara dunia Lin Dan dari China, akan berdepan sama ada Bao Chunlai juga dari China atau Lee Hyunil dari Korea Selatan dalam kelompok terakhir pemain yang akan bertarung di gimnasium Universiti Teknologi Beijing esok.
"Bao dan Lee adalah dua pemain yang sukar ditewaskan. Saya tidak akan membuang masa untuk memikirkan betapa hebatnya mereka, apa yang saya perlu lakukan ialah menumpu perhatian dan membuat persiapan sebaik mungkin," kata pemain berumur 26 tahun itu yang merupakan pertaruhan terbaik negara untuk memungut pingat.
Chong Wei mengakui menjadi sandaran terakhir dalam acara badminton, beliau merasai tekanan di perlawanan separuh akhir bagi mengikut jejak langkah Rashid Sidek yang berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk negara pada Olimpik Atlanta 1996.
"Saya tidak memikirkan soal sebarang pingat sekarang tetapi hanya pada perlawanan yang bakal dihadapi satu demi satu. Saya akan berehat dan menonton televisyen petang ini apabila Bao dan Lee bermain," katanya.
China menempah tiket ke separuh akhir pagi ini apabila pilihan keempat Chen Jing menewaskan pemain Taiwan, Hsieh Yu Hsing 21-8, 21-14.
Pemain pilihan Lin Dan bermain di peringkat suku akhir menentang pemain veteran Denmark, Peter Gade di mana pemenang antara keduanya akan bertemu Chen.
Chong Wei tertekan ketika menentang Sony, pemenang pingat gangsa di Athens pada peringkat awal, tetapi apabila mendahului 11-8, beliau bermain dengan yakin dan menewaskan lawannya dengan serangan pantas yang berterusan.
"Saya tidak menjangka mencapai kemenangan mudah tetapi hari ini prestasi saya kurang baik. Saya mengejar setiap bola dan strategi saya ialah bermain lebih pantas di jaring," katanya yang menamatkan pertarungan dalam 32 minit.
-- BERNAMA
-----------------------
chong wei wak kelik MAH sungguh duk raso..

- poktar
- Ahli Berdaftar

- Posts: 1448
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: pulai chondong-->bangi
Re: Info Sukan Malaysia
anuar7282 wrote:kawe sero pung.... gangso xsey.... perok xsey.... nok mah jugop
[b]buke stakak mah la duit sjuto pun bulis kalu meney akhir gak...
- mzdin
- Moderator

- Posts: 1034
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Pasir Mas -----> Terey
- adib_n70
- Ahli Berdaftar

- Posts: 3281
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: new Castle. old traford, klate
Re: Info Sukan Malaysia
poktar wrote:semi esok main maso mano eh?pukul brpo?..
nok koci je loceng
Tok silap pukul 6pm++... dei la ambo kelik kkijo...
- Joerard
- Ahli Berdaftar

- Posts: 793
- Joined: Tue Jun 03, 2008 5:45 pm
- Location: Bachok --> Pasir Puteh --> Bukit Permata
Re: Info Sukan Malaysia
Joerard wrote:poktar wrote:semi esok main maso mano eh?pukul brpo?..
nok koci je loceng
Tok silap pukul 6pm++... dei la ambo kelik kkijo...
LIVE RTM1 (untuk hok xdok ASTRO la...)
- anuarSZ
- Ahli Jawatan Kuasa

- Posts: 447
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Ampang ~~Tanoh meroh
Re: Info Sukan Malaysia
Aksi Malaysia Hari Ini...
1. Memanah Individu - Cheng Su Sian (10:56pg) Sapa tahu result...?
2. Menembak - Hasli Izwan (1:00t/h) Result...?
3. Terjun Papan Anjar (1:30 t/h) Result...?
4. Basikal (sprint) - Berpasukan (4:30pm)
5. Badminton - Lee Chong Wei (6:10pm)
6. Renang 50m gaya bebas - Leung Chii Lin (6:45pm)
...hok duk tengok live tu, update result please...
1. Memanah Individu - Cheng Su Sian (10:56pg) Sapa tahu result...?
2. Menembak - Hasli Izwan (1:00t/h) Result...?
3. Terjun Papan Anjar (1:30 t/h) Result...?
4. Basikal (sprint) - Berpasukan (4:30pm)
5. Badminton - Lee Chong Wei (6:10pm)
6. Renang 50m gaya bebas - Leung Chii Lin (6:45pm)
...hok duk tengok live tu, update result please...
- Joerard
- Ahli Berdaftar

- Posts: 793
- Joined: Tue Jun 03, 2008 5:45 pm
- Location: Bachok --> Pasir Puteh --> Bukit Permata
Re: Info Sukan Malaysia
Joerard wrote:Aksi Malaysia Hari Ini...
1. Memanah Individu - Cheng Su Sian (10:56pg) Sapa tahu result...?
2. Menembak - Hasli Izwan (1:00t/h) Result...?
3. Terjun Papan Anjar (1:30 t/h) Result...?
4. Basikal (sprint) - Berpasukan (4:30pm)
5. Badminton - Lee Chong Wei (6:10pm)
6. Renang 50m gaya bebas - Leung Chii Lin (6:45pm)
...hok duk tengok live tu, update result please...
kawe tahu memanah jah latest... Su Sian kalahkan Juara Olimpik athen dulu beza satu mata jah masa panahan penentuan... sblm tu 4game main seri point.... penetuan Su sian menang 1 point... Hok kaluh tu korea adalah peserta pilihan untuk mas... sumber radio hotfm td heheheh
- anuarSZ
- Ahli Jawatan Kuasa

- Posts: 447
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Ampang ~~Tanoh meroh
Re: Info Sukan Malaysia
Joerard wrote:Aksi Malaysia Hari Ini...
1. Memanah Individu - Cheng Su Sian (10:56pg) Sapa tahu result...?
2. Menembak - Hasli Izwan (1:00t/h) Result...?
3. Terjun Papan Anjar (1:30 t/h) Result...?
4. Basikal (sprint) - Berpasukan (4:30pm)
5. Badminton - Lee Chong Wei (6:10pm)
6. Renang 50m gaya bebas - Leung Chii Lin (6:45pm)
...hok duk tengok live tu, update result please...
- Kamikazie
- Ahli Jawatan Kuasa

- Posts: 2033
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Kadok (kota Bharu) - Seksyen 19 (Shah Alam)
- adib_n70
- Ahli Berdaftar

- Posts: 3281
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: new Castle. old traford, klate
Re: Info Sukan Malaysia
mzdin wrote:anuar7282 wrote:kawe sero pung.... gangso xsey.... perok xsey.... nok mah jugop
[b]buke stakak mah la duit sjuto pun bulis kalu meney akhir gak...![]()
duit belako tuh..
main suke pon pitih juta buleh..
- ppcandieq
- Pemain Skuad Akademik

- Posts: 541
- Joined: Thu Jul 17, 2008 11:49 pm
- Location: BACHOK-BATU KAWAN
Re: Info Sukan Malaysia
Thailand jamin kejohanan diteruskan
KUALA LUMPUR - Thailand memberi jaminan bahawa keadaan di negara mereka masih terkawal dan selamat untuk melangsungkan persaingan Kumpulan B bola sepak Piala Suzuki AFF di Bangkok dari 6 hingga 10 Disember ini di sebalik bantahan antikerajaan besar-besaran dan serangan bom di situ.
Jaminan itu disampaikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) yang juga pegawai kanan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Datuk Worawi Makudi kepada Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Lt. Jen. (B) Datuk Azzuddin Ahmad yang menghubunginya kira-kira pukul 9.30 malam kelmarin.
"Worawi di Shanghai ketika itu berkata, pertandingan itu akan dijalankan mengikut seperti yang dijadualkan kerana keadaannya terkawal dan selamat," katanya ketika ditemui pada Sesi Percambahan Pemikiran Liga Malaysia 2010-2014 anjuran FAM di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.
Di Thailand semalam, pihak berkuasa negara itu mula memindahkan beribu-ribu penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi selepas penunjuk perasaan menduduki bangunan tersebut.
Menurut koresponden AFP, beratus-ratus pelancong telah dibawa keluar dari balai ketibaan untuk menaiki beberapa buah bas yang disediakan oleh pihak pengurus lapangan terbang.
Dianggarkan, lebih 3,000 penumpang terkandas sejak malam semalam, selepas beribu-ribu penunjuk perasaan menduduki lapangan terbang tersebut sebagai tekanan bagi menjatuhkan kerajaan.
Suvarnabhumi juga terus ditutup menyebabkan berpuluh-puluh penerbangan terpaksa dibatalkan, berikutan penunjuk perasaan antikerajaan terus menyekat semua jalan menuju pintu masuk utama negara berkenaan.
Kelmarin Timbalan Menteri Luar, Datuk Abdul Rahim Bakri menasihatkan rakyat Malaysia yang mahu mengunjungi Thailand atau Bangkok khususnya supaya sentiasa berhati-hati selain mematuhi arahan perjalanan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra dari semasa ke semasa.
Skuad negara bimbingan B. Sathianathan akan menentang Laos pada 6 Disember, Vietnam (8 Disember) dan tuan rumah (10 Disember) yang kesemuanya berlangsung di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok. Dua pasukan teratas kumpulan ini akan mara ke separuh akhir timbal balik di gelanggang negara yang layak.
Sementara itu, Vietnam yang kalah dalam persaingan tahun lalu untuk merebut hak tuan rumah Piala Suzuki AFF dikatakan turut berminat mengambil alih tanggungjawab dari Thailand jika keadaan mendesak sekali gus menyukarkan hasrat FAM yang baru-baru ini turut menawarkan diri menganjurkannya.
Mengenai Sesi Percambahan Pemikiran Liga M yang antaranya menyarankan pemain import diambil semula, kata Azzuddin, ia tidak praktikal untuk dilaksanakan walaupun hanya ditumpukan kepada posisi tertentu meskipun begitu popular di kalangan jurulatih yang mengidamkan kejayaan pasukannya.
"Secara peribadi saya menganggap cadangan itu tidak akan banyak menyelesaikan masalah skuad negara yang masih ketandusan penyerang berkualiti ketika ini tetapi ia akhirnya tertakluk kepada jawatankuasa yang berkaitan dalam FAM untuk menerima atau tidak.
"Bagi saya, biarlah kita cuba berikan masa dan peluang pada musim depan sebelum kita mendapat dan melihat apa hasilnya selepas itu kepada Liga M apabila tanpa khidmat pemain import," katanya.
Berhubung kecenderungan ramai pemain kebangsaan ketika ini yang tidak begitu mempedulikan taraf Liga Super atau Perdana apabila memilih pasukan, katanya, seseorang pemain yang berkaliber akan mampu menyesuaikan diri dengan sebarang pasukan dalam apa keadaan sekalipun.
"Biarpun hanya bermain dalam Liga Perdana malah dengan mewakili sebuah kelab yang kurang ternama, jika dia tetap handal dan merupakan yang terbaik di negara serta mempunyai kebolehan individu, tiada salahnya untuk jurulatih menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan," katanya.
Sumber:Utusan Malaysia

- arifkelate
- Pemain Sekolah Menengah

- Posts: 267
- Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
- Location: kajang-pengkalan chepa
Re: Info Sukan Malaysia
Sathia diberi kata dua
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin Abu Bakar semalam seolah-olah memberikan kata dua kepada jurulatih negara, B. Sathianathan - 'Berjaya di Piala Suzuki AFF atau khidmat anda tidak disambung', lapor ABDUL HAFIZ AHMAD.
Tegasnya, sudah sampai masanya jurulatih itu dan anak buahnya mencipta kejayaan dengan sekurang-kurangnya mara ke perlawanan akhir setelah sekian banyak peluang dan permintaan ditunaikan semata-mata dalam memudahkan persediaan skuad negara.
"Apa yang saya minta daripadanya dan pasukan ialah hasilkan keputusan yang membanggakan. Kami di FAM sudah memenuhi apa sahaja kehendaknya termasuk dengan menghabiskan Liga Malaysia lebih awal musim ini dan masa secukupnya untuk menyediakan pasukan negara dan mendapatkan pemain.
"Dia tidak boleh lagi memberikan alasan atau bertangguh untuk mencipta kejayaan selepas Piala Suzuki AFF (seperti sebelumnya - Kelayakan Olimpik dan Sukan SEA Korat 2007)," katanya pada Sesi Percambahan Pemikiran Liga Malaysia 2010-2014 di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, semalam.
Skuad negara cuma bergelar naib juara Pestabola Merdeka, bulan lalu dan terkandas pada separuh akhir Piala Cabaran Grand Royal, pertengahan bulan ini, akan menentang Laos, Vietnam dan Thailand dalam Kumpulan B.
Sathianathan mula menyandang 'kerusi panas' itu selepas membawa majoriti pemain bawah 23 tahun menjuarai Pestabola tahun lalu tetapi anak buahnya kemudian gagal ke separuh akhir Sukan SEA Korat 2007 - sasaran utamanya ketika itu setelah dikalahkan Vietnam 3-1, menewaskan Laos 4-0 dan diikat Singapura 1-1.
Kata Khairy: "Kita perlu menang ke atas Laos dan Vietnam dalam Piala Suzuki AFF untuk menjamin tempat separuh akhir. Ia dua perlawanan penting buat pasukan negara kerana jika sebaliknya, kegagalan akan berulang seperti pada Sukan SEA yang lalu. Justeru tiada alasan boleh diberi lagi bagi kegagalan yang sama lagi kali ini."
Jika rekod lalu dijadikan sandaran, peluang Malaysia masih sukar kerana pertemuan terakhir di peringkat senior menyaksikan kita dikalahkan Vietnam 2-1 (Piala Tiger 2002 di Jakarta) dan Thailand 1-0 (Kejohanan AFF 2007 di Bangkok) serta seri 1-1 dengan Laos (Piala Tiger 2002 di Jakarta).
Pencapaian terbaik Malaysia hanyalah bergelar naib juara Piala Tiger 1996 (kini Piala Suzuki AFF) dan kejohanan tahun lalu menyaksikan skuad negara bimbingan Norizan Bakar terkandas pada separuh akhir setelah dikalahkan Singapura menerusi penalti 5-4 setelah terikat agregat 2-2 secara timbal balik.

Terbuka Hong Kong: Chong Wei tarik diri
KUALA LUMPUR – Penarikan diri Datuk Lee Chong Wei di saat akhir pada ejohanan kejohanan badminton Terbuka Hong Kong menyaksikan cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki berakhir seawal pusingan pertama lagi, malam tadi.
Tanpa kelibat Chong Wei, Wong Choong Hann juga turut gagal memikul tanggungjawab yang ditinggalkan pemain nombor satu dunia itu apabila dimalukan pemain kelayakan dari Korea Selatan, Hong Ji Hoon.
Manakala pemain muda negara, Chong Wei Feng mudah ditewaskan pemain Indonesia, Taufik Hidayat.
Turut gagal mara ke pusingan kedua adalah pemain wanita utama negara, Wong Mew Choo yang tewas kepada pemain China, Zhu Lin.
Ketiadaan mereka meninggalkan cabaran negara kini dipikul tujuh beregu lelaki, seorang perseorangan wanita, tiga beregu wanita dan dua beregu campuran.
Beregu lelaki yang mara adalah Chong Tan Fook-Lee Wan Wah, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong, Chan Peng Soon-Lim Khim Wah, Mohd. Razif Latif-Tan Wee Kiong, Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari, Hoon Thien How-Ong Soon Hock dan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng.
Julia Wong pula menjadi pertaruhan tunggal wanita negara di pusingan kedua tetapi berdepan tugas sukar apabila bakal bertemu pilihan kedua kejohanan dari Hong Kong, Zhou Mi, hari ini.
Tiga beregu wanita yang meneruskan kemaraan ke pusingan kedua adalah Chong Sook Chin-Woon Khe Wei, Lim Pek Siah-Haw Chiou Hwee dan pilihan kedua kejohanan, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui.
Manakala dua beregu campuran adalah Kien Keat-Ng Hui Lin dan Khim Wah-Pei Tty.

Who is online
Users browsing this forum: No registered users and 1 guest