Match 20:ATM vs Kelantan (1/7/2007,Std.Selayang,8.45mlm)
51 posts
• Page 3 of 3 • 1, 2, 3
- ORCADlayout
mari lambat takpo
kunyit wrote:team Kelate mari doh ko di KL ni?
kalu main cahhh gaak mari lewat takpo...
- marzuki
- Pemain Sekolah Rendah

- Posts: 151
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Kuantan, Pahang
khalifah_matjarl wrote:::censored:: slices delete posting aku deh..
iskh...kasarnya bahasa dia
tengok bahasa aku ni...lembut keyy!!
semoga tidak di "delete"
kalu ile maknanye kena delete
sekian assalamualaikum
- azjuan
- Ahli Jawatan Kuasa

- Posts: 3739
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Hilir Bandar London
Ketika pasukan ATM dan Kuala Muda NAZA sudahpun boleh mengucapkan SELAMAT TINGGAL Liga Perdana musim 2006/07 dan akan menempuhi penghidupan baru didalam Liga FAM, pasukan Kelantan harus menarik nafas lega tidak terjerumus sekali lagi ke kancah Liga FAM. Mungkin tahap terbaik kita hanyalah beraksi didalam taraf Liga Perdana sahaja. Agak sukar meramalkan bilakah kita akan beraksi didalam LIga Super.
Dengan sekali lagi kita BERJAYA mengukir pencapaian terburuk (mungkin di tangga 7 @ 8 untuk musim ini ) itu seharusnya tidak boleh dibanggakan buat seluruh peminat-peminat bola sepak Kelantan. Dan nescaya, Stadium Sultan Muhammad Ke-IV mungkin kembali sepi seandainya prestasi seperti ini berulang kembali pada musim hadapan.
Pertemuan menentang ATM di Selayang menutup tirai aksi perjuangan Kelantan Darul Naim pada musim ini. Hanya 2 MISI sahaja kunjungan ke Lembah Klang ; 3 MATA & MENANG atau KALAH & menerima AIB dimalukan oleh ATM. Tetapi itu tidak akan dibiarkan terjadi oleh barisan-barisan pemain Kelantan pada pertemuan ini. Rekod pertemuan sebelum ini menunjukkan kita mencatatkan kemenangan & seri didalam aksi Piala Malaysia. Manakala aksi dalam Liga Perdana mencatatkan keputusan seri 1-1 di Kota Bharu pada 22/12/2006.
Dengan hanya kemenangan sahaja mampu menjadi buah tangan buat peminat-peminat di Lembah Klang, saya kira aksi terakhir trio import Argentina harus memberi KEMENANGAN buat Kelantan. Ketika Gustavo Alberto Romero sudah pun boleh berkira-kira mengemas bagasinya untuk pulang ke Argentina, kedudukan & sumbangan Luciano Ignacio Olier juga harus dinilai oleh KAFA sebaik-baiknya. Andai dilihat pada beberapa perlawanan terakhir dia bersama Kelantan, sumbangan pemain ini juga tidak memberi sebarang makna!!. Ketika terdapat ANDAIAN & cakap-cakap kosong bahawa sedang ada usaha untuk memastikan Diego Alberto Albertini HARUS kekal sekali lagi beraksi bersama - sama Kelantan pada masa hadapan, usaha TERPUJI oleh KAFA ini harus disokong. Jelas pemain ini mampu menjana posisi tengah Kelantan disamping menjadi IKON ketika beraksi diatas padang.
Sambil bintang muda, Saffuan Ibrahim mengalami kecederaan lutut yang kronik, hanya dibahu Faizol Che Noh terpikul harapan menggunung untuk memastikan jaringan gol buat Kelantan pada pertemuan ini. Pada ketika posisi tengah ditunjangi Diego, nama-nama seperti Zairul Fitri, Arman Zairi, Ahmad Ezrie Shafizi mungkin sesuai untuk diketengahkan.
Barisan pertahanan cukup mantap digalas oleh Khairan Eroza Razali, dibantu Syamsul Rizal, dan Normizal. Tugas Syamsul Fahmi diposisi gawang gol cukup penting pada pertemuan ini walaupun ini adalah aksi terkahir Kelantan pada musim ini.
Kepada peminat-peminat bola sepak Kelantan diLembah Klang, ayuh kita sama - sama memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi untuk Kelantan buat kali terakhir musim ini.

- Merang
- Moderator

- Posts: 523
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: teacher's garden-one step
Joe Hahn wrote:kelate lahir bakat baru..lepah tu kena ngap nga team lain
produce pahtu ngap ko ore lain
wat gapo....
tapi hak wakil malaysia nyo selangor sokmo
pade haloh sokmo malaysia pun
baru aku tau
- azjuan
- Ahli Jawatan Kuasa

- Posts: 3739
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Hilir Bandar London
51 posts
• Page 3 of 3 • 1, 2, 3
Return to Arkib Ulasan 2006/2007
Who is online
Users browsing this forum: No registered users and 1 guest