Sejarah KDN
3 posts
• Page 1 of 1
- ORCADlayout
- Webmaster

- Posts: 1933
- Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
- Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai
Re: Sejarah KDN
Kami lakukan apa-saja
Dua tahun lalu, kami bermula tanpa tujuan, sedikit demi sedikit perubahan dilakukan, segala perancangan diatur rapi dan kami mula mencari identiti, teguran dan nasihat kami terima dengan hati terbuka dan sekarang laman ini adalah antara yang popular khususnya bagi peminat bolasepak. Bermula dari siaran TV penghujung tahun lepas, laman ini mula membuka mata peminat komputer dan bolasepak dan kami tidak berhenti di situ sahaja, awal tahun ini Harian Merto dan Utusan Malaysia pula menghebahkan tentang laman ini. Kami bersusah payah mencari berita untuk tatapan peminat bolasepak secara percuma kerana kami tahu betapa kurangnya publisiti yang diberikan oleh akhbar tempatan terhadap perkembangan bolasepak khususnya Kelantan. Kami tidak patut berterusan begini kerana kami mengeluarkan kos untuk mendapatkan bahan lantas kami menubuhkan Kelab Bola Siber Kelantan, matlamat kami hanya satu, untuk menampung keperluan yang kian bertambah. Di samping itu kami berharap sangat sokongan dari syarikat tempatan untuk membangunkan dan meneruskan kesinambungan laman ini. Kami tidak mampu berdiri sendiri. Syarikat-syarikat pengeluar pakaian dan peralatan sukan diharap dapat menghulurkan bantuan untuk meringankan beban kami dan sebagai balasan kami beri peluang anda mempromosikan barangan anda di mana-mana page yang sesuai. Sama-samalah kita memartabatkan sukan yang suatu ketika dahulu berjaya meninggikan martabat negara ini.

Terima Kasih tak terhingga kepada Sport Event Network (SEN) dan RTM yang telah sudi menyiarkan serba sedikit latar belakang laman web ini di TV1 dalam rancangan Dunhill Liga Malaysia pada 8 Oktober lepas. Walaupun sekejap ianya sudah cukup untuk memantaskan pergerakan 'kaunter pelawat' kami seterusnya memecahkan tradisi sebagai laman web pertama yang disiarkan dalam rancangan tersebut. Semoga dengan ini ianya akan menambahkan lagi semangat untuk meneruskan laman web ini sekaligus meningkatkan kemeriahan arena bolasepak negara yang tersisih sekian lama. Kepada semua yang terlibat dengan bolasepak Kelantan baik Kelantan FA mahupun JKR, TNB atau SKMK yang melayari laman ini, sila hubungi kami secepat mungkin agar kami dapat berita terbaru dari anda semua.

Oleh
Azhar Hasan @ gomokelate

- gomokelate
- Ahli Berdaftar

- Posts: 362
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Shah Alam
- ORCADlayout
- Webmaster

- Posts: 1933
- Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
- Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai
3 posts
• Page 1 of 1
Who is online
Users browsing this forum: No registered users and 1 guest