Piala Belia 2008

Re: Piala Belia 2008

Postby Redhead » Mon Aug 11, 2008 10:04 am

TAHNIAH Pengurusan dan Para Pemain Skuad Belia Kelantan..

Piala kita pegang sampai bila-bila mugo Piala Belia dah di mansuhkan..Simpan molek piala tu.. :lol: :lol: :lol:

Redhead
Moderator
Moderator
 
Posts: 1558
Joined: Tue Apr 29, 2008 7:58 pm
Location: Chempaka + Anfield

Re: Piala Belia 2008

Postby betterman » Mon Aug 11, 2008 11:35 am

INGIN tahu sama ada pemain yang masih bersekolah mampu menewaskan abang-abang mereka?

Final Piala Belia pada Ahad ini menghidangkan kemungkinan sedemikian.

Gelanggangnya di Stadium Muhammad ke IV di Kota Bharu, Kelantan.

Watak utamanya dipegang oleh pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang rata-rata dibarisi oleh pemain tingkatan empat dan barisan tuan rumah dari Kelantan, yang dijangka membariskan pasukan berpurata umur 18 tahun.

Bagi SSBJ yang juga juara bertahan, mereka dahagakan peluang mempertahankan gelaran, apatah lagi ini adalah edisi terakhir kejohanan sesudah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertindak memansuhkan pertandingan itu.

Kelantan juga tidak mahu ketinggalan. Mereka mahu menebus kecewa kalah kepada Selangor pada final 2006 di Shah Alam.

Jurulatih SSBJ, Ong Kim Swee, yang juga ketua jurulatih Bawah 17 kebangsaan, mengharapkan sentuhan Irfan Ismail, Khairul Anuar Khalid, Gary Steven dan D. Saarvindran.

“Pemain kami sebenarnya masih bersekolah. Antara pemain yang membantu SSBJ muncul juara tahun lalu masih kekal menjadi tonggak pasukan, antaranya Mohd Irfan Ismail, Mohd Khairul Izzuwan Rosli dan Mohamad Arif Baseri.

“Boleh dikatakan pasukan ini bakal menyarung jersi pasukan negara akan datang, umpamanya Irfan yang memiliki kemahiran teknikal yang mengingatkan saya kepada Azizol Abu Haniffah dan Khairul Izzuwan yang mahir dalam menyudahkan peluang dari sudut kecil.

“Tapi matlamat kami dalam kejohanan ini sebenarnya bukan untuk menang tetapi sekadar mencari peluang bersaing dengan pemain yang lebih berusia, matang dan lebih kuat dari segi fizikal. Tapi apabila sudah melangkah ke final, sudah tentu matlamatnya untuk menang,” kata bekas pemain kebangsaan itu.

Bagi penolong setiausaha Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Arif Hassan, pasukan Kelantan yang dibimbing oleh Shamsuddin Awang berazam menebus kecewa dua tahun lalu.

“Kami tidak mahu memandang rendah kemampuan SSBJ. Biarpun mereka lebih muda, hakikatnya mereka sudah didedahkan dengan corak latihan yang lebih sistematik kerana mereka sebenarnya adalah pasukan kebangsaan Bawah 17 tahun.

“Kami sebenarnya mengharapkan kelebihan bermain di tempat sendiri untuk meniup semangat kepada pemain,” katanya.

Final Piala Belia

Kelantan mln SSBJ

(Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, 4.00ptg)

p/s: statement dale web fam 2 hari lepas, statement ni kiro pemberitahuan piala belia edisi akhir akan dilakukan, dan kih ssbj masuk, dia highlight bersungguh2, ingat ko bulih menang di stadium kramat kelate. apo haloh. lepah haloh, rezak pun xtulis sikit rabut. kalu dio menang, kawe raso highlight dengan gambar 3 muko surat dia bubuh dale web tu. silap double standard beginilah yg merosakkan badan bolasepak

betterman
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 2314
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Medan Usahawan, Bersebelahan Stadium Sultan Mohamed IV

Re: Piala Belia 2008

Postby adib_n70 » Mon Aug 11, 2008 3:32 pm

KELANTAN 3

(Muhd Farhan Yaakub m-9, Md Zulhariz Md Nor m-91, Hazeman Ab Karim m-114)



SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL (SSBJ) 1

(Saiful Ridzuan Selamat m-60)





KELANTAN kini dikenang selaku juara edisi terakhir Piala Belia petang tadi sesudah menewaskan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) 3-1 selepas masa tambahan.



Bermain di depan penyokong sendiri di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di Kota Bharu, Kelantan merobek gawang SSBJ yang juga juara bertahan seawal minit ke-9 menerusi Muhd Farhan Yaakub.



Namun Saiful Ridzuan Selamat mengimbangi kedudukan pada minit ke-60.



Biarpun mengatur gerak ke kubu lawan, kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan, memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.



Sebaik wisel masa tambahan ditiup, Kelantan yang dibimbing oleh Shamsuddin Awang, menyusun gerak dan menghasilkan gol kedua menerusi Md Zulhariz Md Nor sebelum Hazeman Ab Karim memastikan kemenangan dengan gol ketiga pada minit ke-114.



Shamsuddin menyifatkan kemenangan Kelantan sebagai penebus kecewa pasukan senior yang gagal ke suku akhir Piala Malaysia, selain memberi petanda masa depan yang cerah buat Negeri Cik Siti Wan Kembang itu.



Walaupun kecewa dengan kekalahan itu, jurulatih SSBJ, Ong Kim Swee, yang juga jurulatih pasukan Bawah 17 Kebangsaan, menganggap kekalahan itu sebagai sebahagian daripada proses mematangkan pemainnya.



“Purata umur pasukan ini adalah 16 tahun dan mereka masih bersekolah. Biarpun mereka dianggap pemain remaja elit negara, mereka berdepan dengan lawan yang lebih tua dan memiliki kekuatan otot dan fizikal lebih matang,” kata Kim Swee.


p/s: pakat bukak fam, gmbr kdn ambik masuk fam

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Piala Belia 2008

Postby poktar » Mon Aug 11, 2008 3:57 pm

satu lg pengiktirafan fam kepada kelate.net....tahniah unit media kdn. :D

poktar
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 1448
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: pulai chondong-->bangi

Re: Piala Belia 2008

Postby ppcandieq » Mon Aug 11, 2008 11:56 pm

betterman wrote:p/s: statement dale web fam 2 hari lepas, statement ni kiro pemberitahuan piala belia edisi akhir akan dilakukan, dan kih ssbj masuk, dia highlight bersungguh2, ingat ko bulih menang di stadium kramat kelate. apo haloh. lepah haloh, rezak pun xtulis sikit rabut. kalu dio menang, kawe raso highlight dengan gambar 3 muko surat dia bubuh dale web tu. silap double standard beginilah yg merosakkan badan bolasepak

standard ar boh..
politik bolasepak belako tuh..
supo demo kato la, kalu ssbj mene, kalut abih la pakat wat berito..
sek kito mene, slow jah wat tubik cerito..
ko guano??

ppcandieq
Pemain Skuad Akademik
Pemain Skuad Akademik
 
Posts: 541
Joined: Thu Jul 17, 2008 11:49 pm
Location: BACHOK-BATU KAWAN

Re: Piala Belia 2008

Postby ppcandieq » Mon Aug 11, 2008 11:58 pm

gapo2 pun, tahniah ko sek belio kito..
buah last doh tuh..

ppcandieq
Pemain Skuad Akademik
Pemain Skuad Akademik
 
Posts: 541
Joined: Thu Jul 17, 2008 11:49 pm
Location: BACHOK-BATU KAWAN

Re: Piala Belia 2008

Postby payeh » Tue Aug 12, 2008 12:04 am

thniah k sep belio kito...banggo wes..bene lawe SSBJ tuh... :D ,diharap kemenangn ini menjadi penyuntik moral kpd pemain2 senior utk beraksi lbeh baek... ;)

payeh
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 354
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: UPM serdang+lestari perdana +pulai chondong

Re: Piala Belia 2008

Postby ppcandieq » Tue Aug 12, 2008 12:29 am

adib_n70 wrote:p/s: pakat bukak fam, gmbr kdn ambik masuk fam

kemah ah sek2 kito..
msk lmn web fam tuh..
bijok bijok..

ppcandieq
Pemain Skuad Akademik
Pemain Skuad Akademik
 
Posts: 541
Joined: Thu Jul 17, 2008 11:49 pm
Location: BACHOK-BATU KAWAN

Re: Piala Belia 2008

Postby Anokkije » Tue Aug 12, 2008 10:39 am

bereh! kemah sep kito...
puah hati tgok game aritu...
samo2 kerah...
mugo sep2 mudo belia lg tu gak...

gapo2 pon ssbj cannot go...
ramai hok lembik lutut...
xdey abih game pakat cramp abih...
:mrgreen:

Tahniah utk bakat baru2 ni...
harak terus kekal menyinari bola kelate...
(x tahu lah demo ni akey kekal ko dop main bola...sebab trend hok sblom2 ni..
ramai bakat baru kito bilo habih perikat belia...membawa haluan msing2,
srupo bakat2 dr akademi hok dulu2 ramai hok mmbawa haluan masing2 ado hok jd cikgu,ado hok jd polis)

Anokkije
Moderator
Moderator
 
Posts: 857
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Puteh & Kuala Lumpur

Re: Piala Belia 2008

Postby adib_n70 » Tue Aug 12, 2008 12:37 pm

skalo2 gitu la, ado tue lekat kelate 2 3 thun lagi

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Piala Belia 2008

Postby Merang » Tue Aug 12, 2008 1:18 pm

hok bangganya gambar hok orang media FAM paste tu adalah gambar hok set kita amik.
siap ada logo kito lagi tu biarpun kecik jah.
ini menandakan pihak FAM pun turut mencari info dari laman web kelab penyokong jugak.
kemah sep kito.

Merang
Moderator
Moderator
 
Posts: 523
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: teacher's garden-one step

Re: Piala Belia 2008

Postby adib_n70 » Tue Aug 12, 2008 1:30 pm

Merang wrote:hok bangganya gambar hok orang media FAM paste tu adalah gambar hok set kita amik.
siap ada logo kito lagi tu biarpun kecik jah.
ini menandakan pihak FAM pun turut mencari info dari laman web kelab penyokong jugak.
kemah sep kito.

salah tue, info memey la, gmbr tue dia suh kawe email dia

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Piala Belia 2008

Postby Poknik » Tue Aug 12, 2008 2:24 pm

Merang wrote:hok bangganya gambar hok orang media FAM paste tu adalah gambar hok set kita amik.
siap ada logo kito lagi tu biarpun kecik jah.
ini menandakan pihak FAM pun turut mencari info dari laman web kelab penyokong jugak.
kemah sep kito.


mugo bare diiktiraf tu gakkk...nok masuk 10 tahun dh laman web nihhh...pahtu mest FAM cari hok web ori dan perintis kelab2 siber negeri yg lain....mugo kelate.net yg pertama buat laman web buat psl bolasepak tempatan...pahtu mudoh nok login...sapo2 pong buleh masuk nok login..mugo bare takdok lah ekslusif sgt sapa nok pilih2 ahli2 ....

DARI KDN KPD KDN DAN BUKAN KPD LAMAN WEB KELAB SERPIHAN :lol:

Poknik
Timbalan Presiden
Timbalan Presiden
 
Posts: 1031
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Kota Bharu

Re: Piala Belia 2008

Postby aitoklehjadi » Tue Aug 12, 2008 5:48 pm

jago molek player2 mudo kito neh..jgn ado hok terlepah ko kelab lain..asoh lagi bakat sek2 nih..kalu ado pitih wok gi lawn kelab2 eropah..hahaha

aitoklehjadi
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 57
Joined: Wed Jun 04, 2008 1:12 pm
Location: teganu

Re: Piala Belia 2008

Postby Joerard » Thu Aug 14, 2008 11:22 am

Cheni kito tow...
Jersi sep2 piala belia xdok jual ko...? Ambo raso bekene nak beli sow la... ;)

Joerard
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 793
Joined: Tue Jun 03, 2008 5:45 pm
Location: Bachok --> Pasir Puteh --> Bukit Permata

Re: Piala Belia 2008

Postby adib_n70 » Thu Aug 14, 2008 6:35 pm

Joerard wrote:Cheni kito tow...
Jersi sep2 piala belia xdok jual ko...? Ambo raso bekene nak beli sow la... ;)

hal buat membuat jersi kena tanya figos tkt di wat

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Piala Belia 2008

Postby RedsFC » Fri Aug 15, 2008 5:44 am

Poknik wrote:
Merang wrote:hok bangganya gambar hok orang media FAM paste tu adalah gambar hok set kita amik.
siap ada logo kito lagi tu biarpun kecik jah.
ini menandakan pihak FAM pun turut mencari info dari laman web kelab penyokong jugak.
kemah sep kito.


mugo bare diiktiraf tu gakkk...nok masuk 10 tahun dh laman web nihhh...pahtu mest FAM cari hok web ori dan perintis kelab2 siber negeri yg lain....mugo kelate.net yg pertama buat laman web buat psl bolasepak tempatan...pahtu mudoh nok login...sapo2 pong buleh masuk nok login..mugo bare takdok lah ekslusif sgt sapa nok pilih2 ahli2 ....

DARI KDN KPD KDN DAN BUKAN KPD LAMAN WEB KELAB SERPIHAN :lol:



Kerahh caro sound pommm.. kehkehkeh.. marohh oramm sebelohh toww... :lol: :lol:

RedsFC
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 6767
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: UUM Sintok+Wakaf Bharu+Pasir Peke+Tok Ube

Re: Piala Belia 2008

Postby ppcandieq » Sat Aug 16, 2008 9:59 pm

adib_n70 wrote:
Joerard wrote:Cheni kito tow...
Jersi sep2 piala belia xdok jual ko...? Ambo raso bekene nak beli sow la... ;)

hal buat membuat jersi kena tanya figos tkt di wat


tu nok keno gi tny tuh..
ko guano?

ppcandieq
Pemain Skuad Akademik
Pemain Skuad Akademik
 
Posts: 541
Joined: Thu Jul 17, 2008 11:49 pm
Location: BACHOK-BATU KAWAN

Re: Piala Belia 2008

Postby Strikez » Wed Jan 28, 2009 11:28 am

ppcandieq wrote:
adib_n70 wrote:
Joerard wrote:Cheni kito tow...
Jersi sep2 piala belia xdok jual ko...? Ambo raso bekene nak beli sow la... ;)

hal buat membuat jersi kena tanya figos tkt di wat


tu nok keno gi tny tuh..
ko guano?

guano laku jersey sek2 ni nih. kawe x rajin tgk lagi tuh. ado sapo2 bleh tlg tunjuk kt kawe. kalu berkenan nk beli jugok

Strikez
Pemain Skuad Presiden
Pemain Skuad Presiden
 
Posts: 753
Joined: Mon May 05, 2008 1:02 pm
Location: kay bee

Previous

Return to Arkib Ulasan 2007/2008

Who is online

Users browsing this forum: penzikirmalam and 1 guest

cron

Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)