Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Topik berkaitan dengan perkembangan bola sepak tempatan

Re: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Postby abeih » Fri Jan 01, 2010 4:13 pm

Pengurusan pihak pelawat juga bakal didenda: FAM
Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my

MENGAMBIL iktibar daripada kejadian yang berlaku sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menguatkuasakan peraturan baru, mulai musim depan dengan mengenakan hukuman kepada pengurusan pasukan pelawat sekiranya penyokong mereka menimbulkan kekecohan dan rusuhan dalam gelanggang perlawanan.

Berbanding sebelum ini, apabila hanya pasukan tuan rumah yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya terhadap sesuatu insiden yang berlaku yang membabitkan tindakan liar penyokong.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Che Mat Jusoh, berkata peraturan baru itu sudah dipersetujui oleh Majlis FAM dalam mesyuarat yang diadakan, baru-baru ini dan ia akan mula dikuatkuasa sebaik tirai saingan musim depan bermula 9 Januari ini.

“Walaupun sebagai pasukan pelawat, persatuan bola sepak negeri atau kelab tidak boleh lepas tangan sebaliknya mereka akan dikenakan hukuman jika mendapati penyokong mereka menimbulkan kekecohan atau rusuhan dalam gelanggang, tidak seperti sebelum ini di mana pasukan tuan rumah yang dikenakan hukuman berkenaan.

“Sehubungan itu, setiap penyokong kedua-dua pasukan akan diasingkan bagi memudahkan kawalan terhadap mereka selain memudahkan anggota keselamatan mengenal pasti penyokong yang cuba bertindak liar atau cuba menimbulkan kekecohan serta rusuhan yang boleh mengancam keselamatan orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi dan mempengerusikan mesyuarat bagi persiapan pertandingan Piala Sumbangsih pada 9 Januari ini, di Pusat Sukan Paroi Seremban, semalam.

Pertandingan merebut Piala Sumbangsih iaitu trofi pembuka tirai saingan musim depan akan membabitkan pertembungan antara Juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan dan Juara Liga Super, Selangor yang akan berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, bermula jam 8.45 malam.

abeih
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 326
Joined: Sat Nov 22, 2008 12:46 am
Location: p.puteh

Re: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Postby abeih » Fri Jan 01, 2010 4:28 pm

abeih wrote:Pengurusan pihak pelawat juga bakal didenda: FAM

Pada pandangan kawe, ini adalah satu taktik FAM vengong nok kaut keuntungan dengan cara yang lebih mudah serta mahu elak daripada memikul sebarang tanggungjawab.

kenapa boleh mengaut keuntungan yang lebih cepat dan mudah dengan caro ni? kedua-dua pasukan boleh dihukum disebabkan kelakuan penonton....kironyo ambik daripada team A contohnya RM50000 dan team B RM 30000...meme kayo FARM tahun depe la....

dengan meletakkan syarat pasukan pelawat juga bertanggungjawab atas kelakuan fan, perkaro seperti final piala malaysia dapat dielakkan FAM....beban yang diletakkan di atas bahu mereka dapat dielakkan kerana jari sudah pasti boleh dituding dengan lebih keras dan tegang kearah persatuan negeri...

apo2pun....
KAFA bakal berdepan lebih banyak hukuman lagi musim depan...
travelling fan from kelantan tentunya akan diprovoke oleh fan2 lawan yang cemburu dan dengki dengan fan kelantan....tidak kurang juga yang masih berdendam selepas kena tibai musim lepas....arena2 lawan seperti shah alam, kangar dan paroi tentunya panas dan FAM yang pastinya tersenyum bak lembu ggggiiiiiiillllllloooooooo....

FAM... [112.gif] [112.gif]

abeih
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 326
Joined: Sat Nov 22, 2008 12:46 am
Location: p.puteh

Re: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Postby drgreen » Tue Jan 05, 2010 8:19 am

KBS sedia beli kontrak pemain

KANCAH Liga Malaysia bukan medan terbaik, malah dianggap sebagai penghalang, andainya peningkatan mahu terus disaksikan daripada kelompok pemain yang membentuk skuad emas Sukan Sea XXV lalu.

Lantas, daripada membiarkan mereka terus 'terperangkap', Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjaya meraih persetujuan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk 'menyelamatkan' mereka.

Ia mahu dicapai dengan segera meleraikan ikatan mereka daripada pasukan negeri sebelum pemain-pemain terpilih dihantar untuk pendedahan dan latihan di Eropah dengan harapan mampu mencipta nama di pentas tertinggi itu.

"Kita akui bahawa skuad bawah 23 tahun ini perlu dikekalkan, tetapi tidak perlu dikorbankan masa depan mereka semata-mata demi kepentingan pasukan negeri. Keadaan Liga Malaysia juga jauh berbeza dengan saingan di negara luar.

"FAM sudah membangunkan skuad ke tahap mampu mencapai keputusan membanggakan. Kini sudah tiba masa untuk memikirkan masa depan mereka daripada konteks berbeza," kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, semalam.

Langkah pertama Shabery ialah, bersama-sama FAM, berbincang dengan pasukan negeri untuk 'membeli' kontrak sedia ada, supaya pemain dapat sepenuhnya berada dalam kawalan badan induk itu.

"Saya sudah kaji keperluan kewangan itu dan percaya ianya mampu diatasi. Malah saya juga akan membentangkannya kepada Kabinet untuk kelulusan."

Seterusnya, Shabery akan ke England, minggu depan, buat berbincang dengan beberapa kelab bagi menempatkan pemain-pemain dan juga untuk mereka menjalani ujian pemilihan.

"Jika mereka berjaya, peluang untuk pemain-pemain lebih maju, memang cerah. Pada masa sama, apabila diperlukan negara, mereka akan kembali ke tanah air. Soal kewangan saya yakin boleh diuruskan."

Selain England, turut diintai ialah peluang pemain-pemain berguru di beberapa negara Eropah lain ketika Turki, Slovakia serta Korea Selatan juga sudah menyatakan kesediaan untuk menawarkan tempat kepada pemain-pemain negara.

Peluang latihan dan pendedahan serupa juga akan dinikmati jurulatih-jurulatih tempatan.

komen kawe:

Langkah terbaek ko nih????.....supo KBS nok amek alih tanggungjawab FAM jah.....kawe sero supo nok keno tindakan FIFA jah Malaysia........xkeyy xtau undang2 FIFA, sek kerajaan xleh campur tangey dalam urusan persatuan bola sepak negaro.....Shabery supo nok wat bijok kero dio jah.......

drgreen
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 342
Joined: Tue Jan 06, 2009 12:41 pm
Location: Pasir Mas ke Seremban ke PJ ke Kuantan

Re: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Postby r3dh3ad » Tue Jan 05, 2010 8:46 am

drgreen wrote:KBS sedia beli kontrak pemain

kalu benda ni jadi realiti napoknyo kelate bakal kehilangan Norshahrul sebelum sempat dia tabur bakti...frust weh!! :cry:

r3dh3ad
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 564
Joined: Mon Nov 24, 2008 1:19 am
Location: Kelate-->PJ-->Puncak Jalil

Re: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Postby Ramliy » Tue Jan 05, 2010 1:14 pm

Pengurusan pihak pelawat juga bakal didenda: FAM

...Ini rancagan jahat demo demo tu setelah demo napak ramai puak puak kita g ramai ramai kemana mana stadium ....nampak nya FAM nak kutip duit mudah nak wat bayar
kontrak ke players negara hak g belatih ke luar negara...Walau bagaimana pun Abeli nasihat kepada set set kita jangan terperangkap dengan tektik kotar ini dan sama sama
kita jaga puak puak kita dan negeri kita (se ekor kuba bawa lumpor habis semuannya semua nya cemar)
......pakat pakat jaga weh peeal kita semasa sini dan sana..pakat pesan dan memesan
kearah kebaikan bersama.....

[113.gif]

Ramliy
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 71
Joined: Thu Nov 12, 2009 1:27 pm

Re: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Postby drgreen » Wed Jan 06, 2010 3:55 pm

Hantar ke kelab sesuai - Akmal

HASRAT Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek untuk menghantar pemain skuad bawah 23 tahun (B-23) negara ke kelab-kelab luar negara perlu diperjelas dengan betul.

Jika mereka sekadar diserapkan bagi menjalani latihan untuk tempoh yang singkat, ia dianggap tidak berbaloi.

Tiga pemain yang pernah merasai pengalaman beraksi dalam saingan liga luar negara, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Rudie Ramli dan Fadzli Saari sempat berkongsi pandangan masing-masing ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagi Akmal, 29, yang kini beraksi bersama Kelantan, cadangan Shabery itu dianggap baik tetapi biarlah pemain- pemain itu dihantar ke kelab yang sesuai dan berlatih dalam tempoh jangka panjang.

"Kalau menteri maksudkan untuk hantar bermain bersama kelab luar, ia satu cadangan yang baik dan pemain- pemain ini perlu mengambil peluang yang diberi ini sepenuhnya.

"Tetapi kalau nak hantar untuk lati- han selama tiga atau enam bulan saja, itu tak bagus kerana umur mereka ini sudah 22 dan 23 tahun. Program latihan sesuai untuk pemain remaja saja," kata Akmal.

Akmal berhijrah ke kelab Perancis, Strasbourg pada 1999 ketika berusia 19 tahun bersama Juzaili Samion yang kini mewakili Felda United.

Bagi Rudie, 28, pula yang kini beraksi bersama Selangor, pelbagai aspek perlu diambil kira sebelum sesatu keputusan berhubung penghantaran pemain B-23 negara ke kelab luar dilaksanakan.

"Kalau boleh, cari kelab yang betul- betul dapat memberi ruang kepada pemain-pemain ini beraksi. Tetapi bagi saya, umur 23 tahun ini tak sesuai, lebih baik hantar pemain-pemain Harimau Muda yang usia mereka dalam lingku- ngan 21 tahun ke bawah.

"Mungkin juga boleh dipertimbangkan kelab-kelab Asia seperti di Jepun atau Korea Selatan, itu saya rasa lebih sesuai. Jika di Eropah, banyak halangan seperti masalah cuaca," katanya.

Rudie dihantar berlatih selama sebulan ke Bayern Munich ketika berusia 17 tahun pada 1999 dan setahun kemu- dian, dia beraksi sepenuhnya selama se- musim bersama satu lagi kelab Jerman, SV Wehen.

Fadzli, 27, yang kini bersama KL Plus berpendapat, cadangan Shabery itu baik tetapi perlu dibincangkan lebih mendalam terlebih dahulu dengan para pemain skuad B-23 negara.

"Apa yang penting, mentaliti pemain itu sendiri. Kalau hati dan fikiran mereka masih di Malaysia, tak guna kita hantar mereka ke kelab luar. Lagipun ada pemain yang sudah berkahwin dan sebagainya.

"Patut hantar saja pemain B-21 atau B-19 kerana mentaliti mereka lebih bersemangat. Tetapi kalau boleh, hantar untuk tempoh setahun sekurang-kurangnya. Kalau untuk dua atau tiga bulan, tiada apa-apa hasil," katanya.

Fadzli turut menyertai Rudie beraksi di SV Wehen pada tahun 2001 ketika dia baru berusia 18 tahun.

komen kawe:

hok ni kawe setuju....ata la player2 remaja ko......ni atar hok tuo.....tu rancangan jangka pendek.....pikir hok jangka pnjang la.....xkan baru meney pingat emas Sukan Sea baru ni....nok gomo masuk World Cup selalu.....pikir2....

drgreen
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 342
Joined: Tue Jan 06, 2009 12:41 pm
Location: Pasir Mas ke Seremban ke PJ ke Kuantan

Re: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Postby y0uken » Wed Jan 06, 2010 6:09 pm

kerajaan xleh campur tangan dale bola kalu tok silap kawe... guano nih

y0uken
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 34
Joined: Sat Dec 13, 2008 7:18 pm

Re: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Postby hareez15 » Sat Jan 23, 2010 8:57 pm

'Drama' baru dari kamar FAM

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH
shahril@kosmo.com.my

KREDIBILITI Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sekali lagi menjadi persoalan.

Semuanya gara-gara tindakan mereka yang dikatakan mahu membuat 'pusingan U' dalam isu penyertaan skuad bawah 21 negara (B-21) pada saingan Liga Super yang telah pun memasuki perlawanan keempat malam ini.

Kelmarin, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad menegaskan bahawa FAM menolak cadangan jurulatih B-21, Azraai Khor Abdullah supaya skuadnya diterima semula menyertai Liga Super musim ini.

Alasan Azraai adalah kerana mereka tiada banyak pilihan dari segi aksi perlawanan kompetitif setelah permintaan untuk menyertai Liga Singapura 2010 ditolak oleh negara tersebut.

Azzuddin pula menjelaskan bahawa pili- han lain yang ada ketika ini ialah memulangkan semula pemain-pemain B-21 itu ke pasukan negeri masing-masing yang beraksi dalam Liga Super dan Liga perdana.

Namun, Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah pula bertitah bahawa permintaan Azraai itu mungkin boleh dipertimbangkan, sekali gus mengundang pelbagai reaksi daripada pihak yang berkaitan.

Jika skuad ini diserapkan ke Liga Super ia pastinya menjejaskan perjalanan liga sekarang ini selain menggambarkan kele- mahan FAM menentukan masa depan skuad ini.

Ia seolah-olah menggambarkan bahawa FAM tidak mempunyai perancangan khusus untuk skuad muda negara ini.

Jalan terbaik yang dilihat paling praktikal ialah dengan melepaskan semua pemain ini ke pasukan negeri masing-masing untuk bersaing dalam liga tempatan.

Bagi bekas jurulatih skuad negara, Wan Jamak Wan Hassan, pelbagai aspek harus- lah diambil kira oleh FAM sebelum membuat keputusan supaya ia tidak merugikan kualiti dan bakat pemain muda skuad tersebut.

"Aspek yang paling penting ialah pendedahan pemain muda ini dalam sesatu kejohanan yang kompetitif," kata Wan Jamak kepada Kosmo! semalam.

"Bagi memastikan pemain B-21 ini tidak mensia- siakan kualiti dan mendapat pendedahan yang kompetitif, memang wajar kalau mereka beraksi dalam Liga Super.

"Tetapi dari aspek perjalanan Liga Super juga harus diambil kira. Kalau mereka menyertai saingan ketika jadual telah pun dibuat, mungkin agak kelakar bunyinya.

"Mungkin kita boleh melepaskan semua pemain muda ini ke pasukan negeri masing- masing atau hanya membenarkan skuad B-21 ini menyertai kempen Piala Malaysia sahaja. Saya rasa ini lebih logik," tambah Wan Jamak lagi.

Sementara itu, seorang lagi bekas juru- latih negara, B. Sathianathan berkata, dari segi kepentingan terhadap pemain, FAM memang wajar membenarkan pemain B-21 ini beraksi dalam saingan yang lebih kompetitif seperti Liga Super.

"Namun, FAM perlu membuat keputu- san itu berdasarkan saranan dan panda- ngan pihak teknikal yang berkaitan seperti jurulatih, pegawai pertandingan dan seba- gainya," kata Sathianathan.

"Pemain muda memang wajar mendapat pendedahan, baru mereka boleh meningkat. Tiada faedah kalau mereka hanya bermain dalam perlawanan persahabatan sahaja."

*presiden oyak lain, judin oyak lain..sumak parok.. [112.gif]

hareez15
Moderator
Moderator
 
Posts: 4336
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: kb <--> bangi

Previous

Return to Bola Sepak Malaysia

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron

Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)