Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Topik berkaitan dengan perkembangan bola sepak tempatan

Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby betterman » Mon Nov 02, 2009 8:31 pm

Kelantan Antara Enam Pasukan Tidak Layak Musim 2010, UPB-MyTeam Dan Proton FC Sah Tarik Diri

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pasukan bola sepak Kelantan dan Perak antara enam pasukan yang tidak layak bertanding dalam Liga Malaysia 2010 setelah didapati gagal memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM).

Sementara UPB-MyTeam dan Proton FC pula telah mengesahkan untuk menarik diri daripada liga musim depan, kata Naib Presiden FAM Datuk Che Mat Jusoh.

"Selain Kelantan dan Perak, tiga lagi negeri yang tidak layak bertanding ialah Pulau Pinang (Liga Super), Pahang (Liga Perdana) dan Melaka (Liga Perdana), serta sebuah kelab iaitu Shahzan Muda (Liga Perdana)," katanya.

Beliau berkata keenam-enam pasukan itu telah gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh FAM seperti melunaskan gaji pemain-pemain yang tertunggak dan hutang tertunggak dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga tarikh akhir iaitu Sabtu lepas.

"Jadi kita telah memutuskan mereka tidak layak untuk bersaing musim depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada Isnin.

Che Mat bagaimanapun berkata keputusan muktamad mengenai nasib enam pasukan itu bergantung sepenuhnya kepada mesyuarat Majlis FAM yang akan dipengerusikan oleh presiden FAM, Sultan Ahmad Shah yang akan diadakan di dalam masa terdekat ini.

"Keputusan yang diambil oleh JKPT hari ini adalah berdasarkan kepada peraturan sedia ada serta mengesyorkan kepada mesyuarat Majlis FAM untuk diluluskan mengenai keputusan yang dicapai ini," katanya.

Jika keputusan JKPT ini kekal dan diluluskan, Liga Super akan mempunyai 11 pasukan sahaja pada musim depan berbanding 14 pasukan musim ini, manakala 10 pasukan bagi Liga Perdana berbanding 14 pasukan.

"Sekiranya Liga Super kekal dengan 11 pasukan, FAM akan mengundang satu pasukan daripada Liga Perdana untuk menjadikannya 12 pasukan," kata Che Mat.

"Kita juga telah memutuskan untuk menerima hasrat dua pasukan berstatus kelab iaitu UPB-MyTEAM yang beraksi di dalam Liga Super dan Proton FC di dalam Liga Perdana untuk menarik diri," katanya.

Tambahnya keputusan sama ada dua kelab itu perlu atau tidak dikenakan hukuman berbentuk denda atau penggantungan akan dibincang dan diputuskan di dalam masa terdekat ini.

Mengenai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus pada Rabu ini, Che Mat berkata mesyuarat JKPT hari ini juga telah memutuskan tiga kategori yang telah diberikan mandat untuk FAM membuat keputusan.

"Persatuan Bola sepak Selangor (FAS) telah dipilih untuk memenangi pengurusan persatuan terbaik, Johor FC sebagai kelab terbaik dan KL Plus sebagai kelab penyokong terbaik," katanya.

Terdahulu, Che Mat turut mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pengelola perlawanan akhir Piala Malaysia 2009 yang akan berlangsung Sabtu ini di antara Kelantan dan Negeri Sembilan, dengan memutuskan harga tiket berharga RM20 bagi orang dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak (bawah 12 tahun).

"Kita telah mencetak sebanyak 85,000 keping tiket dengan Kelantan telah menempah 30,000 keping manakala 20,000 telah ditempah Negeri Sembilan.

"Baki tiket sebanyak 35,000 akan dijual di Stadium Nasional, Bukit Jalil mulai Jumaat ini bermula 11 pagi hingga 10 malam manakala bermula 10 pagi pada hari perlawanan," katanya.

Berikut adalah senarai pasukan layak untuk Liga Super 2010: Selangor, Perlis, Kedah, Johor FC, Terengganu, KL Plus, Harimau Muda A, Negeri Sembilan, KM Naza, Johor, T-Team.

Senarai pasukan layak untuk Liga Perdana 2010: PDRM, Kuala Lumpur, ATM, PKNS Selangor, Sabah, KL Felda United, KL Pos, Perlis KSK Tambun Tulang, Harimau Muda B, Sarawak.

-- BERNAMA

betterman
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 2314
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Medan Usahawan, Bersebelahan Stadium Sultan Mohamed IV

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby ORCADlayout » Mon Nov 02, 2009 8:40 pm

Tak muktamad lg, FAM tak tegas... masih ada peluang...

ORCADlayout
Webmaster
Webmaster
 
Posts: 1933
Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby adib_n70 » Mon Nov 02, 2009 8:43 pm

FAM ni gong, kutipan levi tiket plg tggi kelate hok sumbang

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby faizal896 » Mon Nov 02, 2009 9:17 pm

berita yg sebenarnya boleh menjejaskan kosentrasi player dan juga penyokong.....
tapi final decision lepas mesyuarat dgn Presiden..

p/s off-topic semeta..guano Kelab Penyokong Terbaik buleh ko KL Plus? ahli 2-3 oghe meme senang nak kontrol... [112.gif]

faizal896
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 149
Joined: Sun Apr 12, 2009 5:40 pm
Location: Rawang (weekend) & Segamat (weekdays)..kdg2 ikut PGU

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby apissjanGGut » Mon Nov 02, 2009 9:47 pm

fam sajo nk suruh moral pmain klate nge pyokom klate jatuh.....
sajo nk main angin nge sep2 klate nihhh

apissjanGGut
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 865
Joined: Wed Jul 02, 2008 12:52 am
Location: umh swo kg. pasir baru,,kg. kuala kemubu

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby mat pie07 » Mon Nov 02, 2009 9:51 pm

nie semua mat jusoh tue..menate....kawe tak puas hati....

mat pie07
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 24
Joined: Tue Jan 20, 2009 6:41 pm
Location: kuala lumpur,malaysia

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby baduk » Mon Nov 02, 2009 9:53 pm

sajo jah nak suruh moral kelate down..mugo team dia ::censored:: kerah!

baduk
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 1498
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: bachok->bangi->seremban

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby zarulzeme » Mon Nov 02, 2009 10:07 pm

mahal teh FAM letak tiket final sapa 20 riyal..nampok sgt nk nayo set2 penyokong kelate..kawe sero 15 riyal pun padey and reasonable..

takpo kalo kelate x leh main liga super pun tahun depey, kita apply mintok main liga thailand atau liga singapore..sebab kelate sebenar x padey nak lawe team kelab2 hok byk wat nyemak jah liga super n xdo standard sgt..penyokong team kelab pun brapo kerat sgt..

patut FAM ubah format..liga super wajib utk team FA negeri jah supo liga semi-pro dulu2..team2 kelab ni padey main liga FAM jah..kewujudan team kelab telah nyebabkan liga super kurang meriah sebab sokongan penyokong yg pecah..

FAM patut buko mata, tinggo tu dengar pendapat ore..contoh terbaik negeri team Pahang yang telah jadi x kuat sebab telah berpecah kepada shahzan muda..team kedah lemah sbb telah berpecah kpd KM NAZA..team kuala lumpur pun supo jah pecah kepada KL Plus..kalo Najib warkan 1Malaysia, FAM pun patut warkan 1FAM..1FAM makna dia 1Negeri..1Negeri makna dia jgn ada dua wakil dari 1Negeri main dlm liga super..

FAM tolong belajar dari kesilapan..kalo FAM mau terus kehadapan..

zarulzeme
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 43
Joined: Sat Jul 05, 2008 6:02 pm
Location: bangSar KaY eLL >> KaY bEE

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby epiebeck » Mon Nov 02, 2009 10:10 pm

FAM meme xleh tgk kelate seney....

Last edited by epiebeck on Mon Nov 02, 2009 10:13 pm, edited 1 time in total.
epiebeck
Moderator
Moderator
 
Posts: 1477
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Pekan, Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelate & UPM Serdang

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby keyang83 » Mon Nov 02, 2009 10:11 pm

FAM terutama Mat Jusoh tuo xsdiri diri nok m*p*h meme dekki sokmo nge Kelate.. time Kelate tgh morale high gini dio cari pasal nok jatuh nyo.. cayolah.. dio wat ni nok bui
moral kito jatuh terutamanya pemain.. alah, pikir logik la.. kalu pok2 ban*sat FAM tu nok
buleh utg alik mano jugok melalui kutipan tiket..? nok harap penonton g kelih kelab kelab maing..? sorry la.. misal kato Kelate kaloh di final, pok2 dio bagi peluang la kito merayu pahtu terimo.. sipir duo jah abe CHE MAT JUSOH b***k weh! tektik mung tu pok2 ni tahu lamo doh.. F**K u ah N**E ANOK JUSOH!

keyang83
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 67
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Kubang Kerian

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby pokchek » Mon Nov 02, 2009 10:44 pm

kawe sokong hok zarulzeme oyak 2...
bkpo la fam jadi gini..
klate baru nk naek..mulalah nok jatuhnyo..

pokchek
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 10
Joined: Mon Dec 29, 2008 3:08 pm

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby bakokelate » Mon Nov 02, 2009 10:56 pm

aku gak......aiiiiiii..........hok lagu nih la nok keno nih....kito nati tgk la sapo paling kerah........gomo kelate gomo......

bakokelate
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 109
Joined: Sat Nov 29, 2008 11:50 am
Location: kay bee-k.tganu-sri petaling-old klang road-k.damansara

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby ikuzam » Mon Nov 02, 2009 11:02 pm

fam meme pelik, bilo ado pasukan hok nok tarik diri maso liga tengah berjale kerana x mampu dari segi kewangan mace upb my team baru ni, dio x wi...siap baco klausa tu la, klausa ni la (che mat jusoh gong tu la).....

loni, che mat boleh berbanggo pulok pasal berjaya mengumumkan hukuman ke atas pasukan yang memberikan kutipan levi yang tinggi kepada fam...

tahniah....che mat....patut la teganu jilat cok pun lawe n9, pasal tuhan xkan tulong oghe hok hati busuk supo ni.....

hute meme wajib bayar, tapi kalu nok sekali turun lagu ni, meme sapo2 pun tokleh, pasal kafa sendiri baru nok bino kredibiliti dan reputasi yang baik, tapi dicantas oleh fam dengan bermacam2 caro....


apo2 pun, kawe cayo kito berado di pihak yang benar.....

ikuzam
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 180
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby azjuan » Mon Nov 02, 2009 11:04 pm

tak rusim, bulih byr ehh

azjuan
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 3739
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Hilir Bandar London

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby userun » Mon Nov 02, 2009 11:05 pm

Na-tey mat jusuh nk wak lari perhatian peminat bola m'sia dari isu pekong memekong bedil & botol di stadium tganu masa semi arituh!! patut isu ni xleh wat tubik lagi dlm keadaan kita (kelantan khusunya) nk prepare utk final PM. ::censored:: lar na-tey jusuh gil0 nih!!

Ulas lah dulu pasal mercun di stadium mu tuh!! dendo ko gano ko? xkey xdok siasatan langsung wahai Jusuh bod0 wey!! geram weh akuh!!!!!

userun
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 1263
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Kay Bee

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby aweklate » Mon Nov 02, 2009 11:11 pm

dok eh...bakpo statement ni tubik ms klate bleh msk final PM...bakpo..bakpo??..X LEH tggu lps final ko...lgpn majlis tu nk meeting bilo xtau..baso sgguh!!!! [47.gif]

aweklate
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 2
Joined: Mon Nov 02, 2009 12:02 am

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby arifkelate » Mon Nov 02, 2009 11:18 pm

INFO TERKINI

Kelantan LAYAK beraksi dalam liga malaysia 2010 setelah presiden KAFA setuju bayar hutang tertunggak.....sumber : s/u agung fam...butiran lanjut dalam edisi sukan 1230malam nanti


dipetik dari website : http://www.harimaumalaya.com

arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby azjuan » Mon Nov 02, 2009 11:25 pm

arifkelate wrote:INFO TERKINI

Kelantan LAYAK beraksi dalam liga malaysia 2010 setelah presiden KAFA setuju bayar hutang tertunggak.....sumber : s/u agung fam...butiran lanjut dalam edisi sukan 1230malam nanti


dipetik dari website : http://www.harimaumalaya.com

haku kato doh, baso FAM lapar pitih rakyat kelate nyo teh, guano gak, puok2 mung ni sesok ko eh, mu nok bgapo lagi dgn kelate? kelate kae mundur? tok kaba doh puok2 mung nih
hambik nok pitih gak, final ni ttey 20 rial sore, kali dgn 50k rakyat kelate, rakyat hok sesok ni lah hok tulong mung nyoh, pah musim ni byr levi brp doh bulih, setiap game di kb tak kure 20k rakyat kelate hak sesok gi byr tiket nak masuk std, tak capur final piala FA lagi, paling meriah dale sejarah, 90k turun 50k rakyat kelate + 40k rakyat selangor ni la hak byr tulong puok2 mung!!!!

azjuan
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 3739
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Hilir Bandar London

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby apissjanGGut » Mon Nov 02, 2009 11:32 pm

oyak doh ke
kalu poket penuh
lulus blakow
hahahahaha
::censored:: apo sep2 ni dih
xsey tgk klate dok seney
adusssssss

apissjanGGut
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 865
Joined: Wed Jul 02, 2008 12:52 am
Location: umh swo kg. pasir baru,,kg. kuala kemubu

Re: Kelantan Antara 6 Pasukan Tidak Layak Musim 2010! Bincangkan

Postby faizal896 » Mon Nov 02, 2009 11:55 pm

userun wrote:Na-tey mat jusuh nk wak lari perhatian peminat bola m'sia dari isu pekong memekong bedil & botol di stadium tganu masa semi arituh!! patut isu ni xleh wat tubik lagi dlm keadaan kita (kelantan khusunya) nk prepare utk final PM. ::censored:: lar na-tey jusuh gil0 nih!!

Ulas lah dulu pasal mercun di stadium mu tuh!! dendo ko gano ko? xkey xdok siasatan langsung wahai Jusuh bod0 wey!! geram weh akuh!!!!!

faizal896
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 149
Joined: Sun Apr 12, 2009 5:40 pm
Location: Rawang (weekend) & Segamat (weekdays)..kdg2 ikut PGU

Next

Return to Bola Sepak Malaysia

Who is online

Users browsing this forum: penzikirmalam and 1 guest

cron

Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)