Renungan

Topik pengisian kerohanian agama islam demi kebaikan bersama ahli-ahli Kelate.Net didunia & diakhirat

Re: Renungan

Postby adib_n70 » Tue Jun 09, 2009 6:26 am

Hargailah isteri dan suami anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah....
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jangan takut "kendur" atau menggelebeh pulak....
Si suami pulak, jangan la berebut dengan anak untuk menyusu pulak....
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dengan isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ......

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ...
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"........


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Renungan

Postby adib_n70 » Tue Jun 09, 2009 6:27 am

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat
penyayangnyayang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih
penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan
darinya 1,000
kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari
dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap
satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang
sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba
dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya
seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang
yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah
lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka
barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka
Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
daripada suaminya
(10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki
yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah,
"Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah,
"Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut,burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua
beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta
menjaga sembahyang
dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup
pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari
mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku
(Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara
perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia
bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan
mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada
anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada

mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Renungan

Postby EFFAZILA » Tue Jun 09, 2009 9:01 pm

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1.Sebelum khatam Al Qur'an.
2.Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3.Sebelum para muslim meridhloi kamu.
4.Sebelum kau laksanakan haji dan umroh...

" Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah .............Bagaimana aku dapat melaksanakan 4
perkara seketika.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."

"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "

"Beristighfarlah untuk para muslimin maka meraka akan meridhloi
kamu."

"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umroh."
[53.gif]

EFFAZILA
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 47
Joined: Sun Feb 01, 2009 5:31 pm
Location: Kota Bharu

Re: Renungan

Postby EFFAZILA » Tue Jun 09, 2009 9:02 pm

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukansesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita,lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuaidengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kitasebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang.. [53.gif]

EFFAZILA
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 47
Joined: Sun Feb 01, 2009 5:31 pm
Location: Kota Bharu

Re: Renungan

Postby Anokkije » Fri Jun 26, 2009 1:56 pm

terima kaseh effa.......

Anokkije
Moderator
Moderator
 
Posts: 857
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Puteh & Kuala Lumpur

Re: Renungan

Postby EFFAZILA » Mon Jul 06, 2009 5:34 am

Anokkije wrote:terima kaseh effa.......

ok ayie.. [53.gif]

EFFAZILA
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 47
Joined: Sun Feb 01, 2009 5:31 pm
Location: Kota Bharu

Re: Renungan

Postby EFFAZILA » Mon Jul 06, 2009 5:39 am

Panduan Elak Diri dari Sihir

Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram, no 285)

Kedua : Bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari firman Allah ertinya :

" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat" ( Al-Hijr: 42)

Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya" ( An-Nahl : 99)

Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih dahulu :-

1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah : " ... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan "sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ". Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun" ( Al-Baqarah : 102)

3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT , ia dari firman Allah SWT : "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah. " ( Al-Baqarah : 102 )

4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-

Ertinya firman Allah : " Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. ( Al-BAqarah : 102)

Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :

Ia berdasarkan hadith nabi SAW : Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

ู‚ุงู„ ู„ูŠ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… : ุฅู‚ุฑุงุก ู‚ู„ ู‡ูˆ ุงู„ู„ู‡ ุฃุญุฏ , ูˆุงู„ู…ุนูˆุฐุชูŠู† , ุญูŠู† ุชู…ุณูŠ ูˆ ุญูŠู† ุชุตุจุญ , ุซู„ุงุซ ู…ุฑุงุช ุชูƒููŠูƒ ู…ู† ูƒู„ ุดูŠุก ( ุฑูˆุงู‡ ุฃุจูˆ ุฏุงูˆุฏ ูˆุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3) Ayat al-Kursi selepas solat ( iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :

ู…ู† ู‚ุฑุฃ ุขูŠุฉ ุงู„ูƒุฑุณูŠ ุฏุจุฑ ูƒู„ ุตู„ุงุฉ ู„ู… ูŠู…ู†ุนู‡ ู…ู† ุฏุฎูˆู„ ุงู„ุฌู†ุฉ ุฅู„ุง ุฃู† ูŠู…ูˆุช ( ุฑูˆุงู‡ ุงู„ู†ุณุงุฆูŠ )

Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali : "Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul โ€˜Alim".

Dalilnya :-

ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… : (( ู…ุง ู…ู† ุนุจุฏ ูŠู‚ูˆู„ ููŠ ุตุจุงุญ ูƒู„ ูŠูˆู… ูˆู…ุณุงุก ูƒู„ ู„ูŠู„ุฉ : " ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ู„ุง ูŠุถุฑู‘ ู…ุน ุงุณู…ู‡ ุดูŠุก ููŠ ุงู„ุฃุฑุถ ูˆู„ุง ููŠ ุงู„ุณู…ุงุก , ูˆู‡ูˆ ุงู„ุณู…ูŠุน ุงู„ุนู„ูŠู… ", ุซู„ุงุซ ู…ุฑุงุช , ุฅู„ุง ู„ู… ูŠุถุฑู‡ ุดูŠุก )) : (ุฑูˆุงู‡ ุงุจูˆ ุฏุงูˆุฏ ูˆุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ )

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

ู…ู† ู‚ุฑุฃ ุจุงู„ุขุชูŠู† ู…ู† ุขุฎุฑ ุณูˆุฑุฉ ุงู„ุจู‚ุฑุฉ ููŠ ู„ูŠู„ุฉ ูƒูุชุงู‡ (ุฑูˆุงู‡ ุงู„ุดูŠุฎุงู† )

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa โ€˜ala kulli syai'in Qodir " ( sepuluh kali )

ู‚ุงู„ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… : ู…ู† ู‚ุงู„ : ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุญุฏู‡ ู„ุง ุดุฑูŠูƒ ู„ู‡ , ู„ู‡ ุงู„ู…ู„ูƒ ูˆู„ู‡ ุงู„ุญู…ุฏ , ูŠุญูŠ ูˆูŠู…ูŠุช ูˆู‡ูˆ ุนู„ู‰ ูƒู„ ุดูŠุก ู‚ุฏูŠุฑ ุนุดุฑ ู…ุฑุงุช ุนู„ู‰ ุฅุซุฑ ุงู„ู…ุบุฑุจ ุจุนุซ ุงู„ู„ู‡ ู…ุณู„ุญุฉ ูŠุญูุธูˆู†ู‡ ู…ู† ุงู„ุดูŠุทุงู† ุญุชู‰ ูŠุตุจุญ , ูˆูƒุชุจ ุงู„ู„ู‡ ู„ู‡ ุนุดุฑุญุณู†ุงุช ู…ูˆุฌุจุงุช , ูˆู…ุญู‰ ุนู†ู‡ ุนุดุฑ ุณูŠุฆุงุช ู…ูˆุจู‚ุงุช , ูˆูƒุงู†ุช ู„ู‡ ุจุนุฏู„ ุนุดุฑ ุฑู‚ุงุจ ู…ุคู…ู†ุงุช . (ุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

ุฃู…ุง ู„ูˆ ู‚ู„ุช ุญูŠู† ุฃู…ุณูŠุช : (( ุฃุนูˆุฐ ุจูƒู„ู…ุงุช ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชุงู…ุงุช ู…ู† ุดุฑ ู…ุง ุฎู„ู‚ )) , ู„ู… ุชุถุฑูƒ (ุฑูˆุงู‡ ู…ุณู„ู… ูˆุฃุจูˆ ุฏุงูˆุฏ )

Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )..

Sumber: http://www.zaharuddin.net

EFFAZILA
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 47
Joined: Sun Feb 01, 2009 5:31 pm
Location: Kota Bharu

Re: Renungan

Postby arjuna » Wed Jul 15, 2009 8:27 pm

amalan yang sukar ialah... walaupon sedikit tapi istiqamah dalam mengerjakannya... astaghfirullahal azim...

arjuna
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 401
Joined: Thu Feb 26, 2009 8:46 am

Re: Renungan

Postby boyzdba84 » Wed Jul 15, 2009 11:03 pm

hikmah sujud..

Hikmah sujud antara lain ialah:

1- Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).

2- Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan :

1- Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2- Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)

3- Melegakan sakit hernia.

4- Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5- Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )

6- Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)

7- Kedudukkan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

8- Meringankan bahagian PELVIS.

9- Memberi dorongan untuk mudah tidur .

10- Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.

11- Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).

12- Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.

13- Mengurangkan kegemukkan (obesity).

14- Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).

15- Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

16- Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima pompa darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTE IOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

17- Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan..insyaAllah..

"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah engkau beri petunjuk kepada kami." (Ali Imran : 250)

boyzdba84
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 622
Joined: Mon Dec 08, 2008 10:24 pm
Location: bandr bersejaroh cuala cry-sg buloh-cuala cry...

Re: Renungan

Postby boyzdba84 » Wed Jul 15, 2009 11:05 pm

PESANAN UNTUK LELAKI [105.gif] [105.gif]

โ€œJangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah.โ€

Wanita Ananah: banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah: suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, โ€œAku membuat itu keranamuโ€.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

boyzdba84
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 622
Joined: Mon Dec 08, 2008 10:24 pm
Location: bandr bersejaroh cuala cry-sg buloh-cuala cry...

Re: Renungan

Postby EFFAZILA » Wed Aug 26, 2009 10:47 am

Mungkin ada yg masih xtahu ttg ini..mungkin juga ada yg tahu,tp ingt2 lupe..atau mungkin ada yg arif ttgnya,tp lupa ttgnya..harap ilmu di bawah ini dpt dijadikan panduan..utk saya juga..

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku..Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat..

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah..

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung..

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah..

5.. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik..

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak..

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum..

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular..

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat..

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai..

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat..

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.. [53.gif]

~saya takut..anda bagaimana?

โ€œApabila tibanya Ramadhan, terbukalah segenap pintu syurga, tertutup rapatlah segala pintu neraka dan syaitan dibelenggu kesemuanya.โ€
Riwayat Bukhari dan Muslim..

EFFAZILA
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 47
Joined: Sun Feb 01, 2009 5:31 pm
Location: Kota Bharu

Re: Renungan

Postby EFFAZILA » Tue Sep 01, 2009 10:21 am

Saudaraku-saudaraku yang dikasihi Allahโ€ฆ

15 kesengsaraan yang akan menimpa orang yang mengabaikan waktu solat..

6 kesengsaraan ketika di dunia:

Pertama : dicabut keberkatan hidupnya.
Kedua : dihapus ciri-ciri orang soleh yang berada di wajahnya.
Ketiga : setiap amal baik yang di lakukan, tidak akan di beri pahala oleh Allah.
Keempat : doa tidak dikabulkan.
Kelima : tidak akan mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh.
Keenam : keluar dari dunia (mati) tanpa membawa iman.

3 kesengsaraan ketika sakaratul maut:
Pertama : mati dalam keadaan sangat hina.
Kedua : mati dalam keadaan sangat lapar.
Ketiga : mati dalam keadaan sangat dahaga, sehingga apabila seluruh air laut diminum, tidak akan hilang rasa hausnya.

3 kesengsaraan ketika di dalam kubur:
Pertama : segera dihimpit oleh kubur.
Kedua : sepanjang siang dan malam dibakar dengan api membara.
Ketiga : dililit ular besar bernama Syujaโ€™ (Ular ini matanya dari api neraka. Kukunya panjang dari besi yang panjangnya setiap kukunya adalah perjalanan sehari)

3 kesengsaraan ketika dibangkitkan dari kubur:

Pertama : dihisab dengan berat.
Kedua ; mendapat murka Allah.
Ketiga : dimasukkan ke dalam Neraka.

Oleh itu, ketika mendengar suara azan, bersegeralah berwudhuk untuk mendirikan solat kerana azan memiliki makna2 maknawi yang luar biasa..
[53.gif]

EFFAZILA
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 47
Joined: Sun Feb 01, 2009 5:31 pm
Location: Kota Bharu

Re: Renungan

Postby EFFAZILA » Sun Sep 13, 2009 12:51 pm

Hanya satu perkongsian ilmu di dada..Alangkah bagusnya andai kita boleh menjadi lebih baik..

1.KENAPA AKU DIUJI?
~ " Apakah mereka itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan ' KAMI TELAH BERIMAN ' sedangkan mereka belum diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia Mengetahui orang-orang yang berdusta. " (surah al-Ankabut, ayat 2-8)

2.KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
~ " Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH Maha Mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui. " (surah al-Baqarah, ayat 216)

3.KENAPA AKU DIUJI SEBERAT INI?
~ " ALLAH tidak membebani seseorang itu kecuali dengan kesanggupannya.Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya." (surah al-Baqarah, ayat 286)

4.RASA KECEWA?
~ " Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman." (surah Ali Imran, ayat 139)

5.BAGAIMANA HENDAK MENGHADAPINYA?
~ " Hai orang-orang beriman, sabarlah kamu dan sabarlah kamu melawan musuhmu dan jagalah (diperbatasan negerimu) dan takutlah kepada ALLAH, mudah-mudahan kamu menang." (surah Ali Imran, ayat 200)

~Minta tolonglah kamu (kepada Tuhan) dengan kesabaran dan megerjakan sembahyang.Dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat, kecuali pada orang yang tunduk kepada ALLAH."


6.APA YANG AKU AKAN DAPAT DARI UJIAN INI?
~ " Sesungguhnya ALLAH memberi diri dan harta orang-orang beriman, bahawa untuk mereka itu syurga....." (surah at-Taubah, ayat 111)

7.KEPADA SIAPA HARUS AKU MENGADU?
~ " Jika mereka berpaling (tidak mahu beriman), hendaklah engkau katakan yang mencukupiku hanyalah ALLAH, tiada Tuhan kecuali Dia.Kepada-Nya aku bertawakal dan Dia Tuhan Arasy yang besar." (surah at-Taubah, ayat 129)..

EFFAZILA
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 47
Joined: Sun Feb 01, 2009 5:31 pm
Location: Kota Bharu

Re: Renungan

Postby EFFAZILA » Sun Sep 13, 2009 1:13 pm

CAHAYA AYAT KURSI

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah.. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumahsehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu...

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh..

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain..

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya..

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkanrahmat padanya..

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya..

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya..

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...'


''Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu...''

EFFAZILA
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 47
Joined: Sun Feb 01, 2009 5:31 pm
Location: Kota Bharu

Previous

Return to Tazkirah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)