Info Sukan Kelantan

Topik info mengenai kejohanan sukan-sukan lain di Malaysia

Re: Info Sukan Kelantan

Postby ORCADlayout » Sat Jul 26, 2008 12:37 am

Pemanah berpeluang raih emas MSSK

Image

TANAH MERAH - Kesemua pemanah Tanah Merah memiliki peluang untuk meraih emas di dalam kejohanan memanah Majlis Sukan Sekolah Kelantan (MSSK) yang bakal berlangsung bulan depan.

Penolong Jurulatih Pusat Latihan Negeri Memanah, Azmi Hassan berkata, mereka mempunyai potensi hebat untuk mengekang lawan seterusnya menggondol emas dalam kejohanan itu nanti.

Tambahnya pemanah di bawah 12 tahun Nurul Syafi-kah Shamsuddin mungkin meraih emas sekali gus mencipta rekod baru dalam kejohanan tersebut.

“Cara dia memanah juga hebat, malah saya terpegun dengan kebolehannya dan yakin dia mungkin boleh mengikuti kakak seniornya yang sudah berada di Sekolah sukan dan Pusat Zon Serantau,” katanya.

Katanya, selain pemanah muda yang mungkin gemilang SUKMA 2010 nanti, beberapa orang lagi pemanah baru memiliki potensi yang sama seperti pemanah lain.

Hasil penelitiannya sepanjang latihan di sini, kesemua mereka berpeluang untuk bersaing antara satu sama lain dalam usaha memiliki medal berharga itu.

“Kalau mengikuti apa yang telah diajar jurulatih, saya yakin mereka akan menggapai emas. Apa pun pemanah harus faham dan akur bahawa kehebatan kita tidak selamanya menjadi miliki kita.

“Jika ada kesungguhan dan disiplin yang baik sepanjang latihan, impian ini mungkin menjadi kenyataan,” ujarnya pada Sinar Harian.

Menurut Azmi, kepada pemanah baru terutamanya perempuan, berlatihlah bersungguh-sungguh kerana ia pasti akan membuahkan hasil yang terbaik.

Tidak ada seorang pun pemanah bermula hebat dan cemerlang kerana semuanya bermula dengan kesusahan tetapi berakhir dengan kejayaan selepas beberapa belas kali mencuba.

“Pemanah harus ingat bahawa, kejayaan seseorang pemanah bukan secara bidan terjun yang mana mereka perlu melakukan latihan sepanjang masa dengan rasa ikhlas dan reda,” ujarnya.

Apa pun Azmi memberikan peringatan kepada pemanah didikannya bahawa pemanah daripada jajahan lain juga tidak akan membiarkan mereka dibenamkan begitu sahaja tanpa tentangan.

“Harus diingat bahawa di jajahan lain seperti Tumpat, Kota Bharu, Machang dan pasir Puteh juga memiliki pemanah berpotensi.

“Sehubungan itu, jangan merendah-rendahkan kebo-lehan mereka kerana mereka juga memiliki peluang untuk gapai emas yang dipertan-dingkan,” ujarnya.

Sumber = Sinar Harian

ORCADlayout
Webmaster
Webmaster
 
Posts: 1933
Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai

Re: Info Sukan Kelantan

Postby dklate » Thu Aug 07, 2008 10:24 pm

Akademi Bolasepak cungkil bakat baru
Mohd Nor Yahya
Thu | Aug 07, 08 | 7:02:00 pm MYT

KOTA BHARU, 7 Ogos (Hrkh) - Peluang keemasan bagi anak-anak anda yang berbakat dalam sukan bolasepak. Pagi esok pemilihan bakat-bakat baru di kalangan remaja akan diadakan bertempat di Padang Perdana.

Pemilihan itu akan dikendalikan Akademi Bolasepak Darulnaim dengan kerjasama Urusetia Belia, Pembangunan Insan dan Sukan bagi mencungkil pemain berbakat dari lima jajahan.

Pemain cilik tersebut hendaklah berasal dari jajahan Bachok, Tumpat, Pasir Mas dan Tanah Merah.

Pengarah Urusetia Belia, Pembangunan Insan dan Sukan, Haji Aziz Yunus berkata, pada peringkat awal seramai 50 pemain berbakat akan dipilih, di mana 25 orang berumur 8 hingga 12 tahun dan 25 orang lagi berusia 13 ďż˝ 15 tahun.

"Anak-anak ini akan dilatih oleh jurulatih �jurulatih yang dipilih dari kalangan bekas pemain Kelantan yang berkaliber," ujar beliau di sini.

Beliau berkata, akademi itu diharap dapat melahirkan pemain berbakat dan berwawasan tinggi untuk menjadi pemain di peringkat negeri atau negara pada masa akan datang.

Katanya juga pemain yang dipilih menyertai akademi di setiap jajahan akan dikenakan yuran sebanyak RM15 sebulan bagi menimbul semangat bertanggungjawab sebagai pelatih.

Oleh itu beliau berharap ibu bapa yang berminat membawa anak-anak mereka untuk diuji di peringkat asas untuk menyertai 25 pemain bagi setiap kumpulan tersebut.

Beliau juga berkata, Akademi Bolasepak Darul Naim juga akan mengadakan Karnival Bolasepak peringkat negeri pada Oktober depan. - mj _

dklate
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 545
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Bidor-Bachok

Re: Info Sukan Kelantan

Postby arifkelate » Thu Nov 27, 2008 10:23 am

Kelantan idam emas Memanah Kebangsaan Angkatan Tentera



TANAH MERAH - Kelantan tetap turun memburu emas dalam Kejohanan Memanah Kebangsaan Angkatan Tentera awal bulan ini yang bakal disertai pemanah hebat negara termasuk daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jurulatih Pusat Latihan Negeri Memanah, Kamarulhisyam Kamarulzaman berkata, latihan kini dijalankan bagi merealisasikan impian tersebut, meskipun laluan getir terpaksa ditempuhi sepanjang kejohanan itu diadakan.

Menurut Kamarulhisyam, biarpun dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, namun latihan itu diteruskan dalam ikhtiar memburu emas yang dipertandingkan.

“Memang bulan ini dan Disember cuaca Kelantan tidak menentu. Apa pun situasi musim tengkujuh terpaksa kami hadapi dengan tabah.

“Impian kami memburu emas dan memilikinya. Ini ujian kami dan kami harap ia dapat kami atasi dengan menggapai emas yang dipertandingkan,” katanya.

Kata Kamrulhisyam, Ke-lantan menaruh keyakinan dan harapan penuh kepada tiga pemanah potensi, iaitu Kamarulazam Hasyim, Syarah Suhaida Abas dan Nurul Syazhera Mohd Asmi untuk membawa pulang emas ke Kelantan, seterusnya menaikkan imej sukan itu di sini.

Menurut Kamarulhisyam, biarpun terpaksa merempuh rintangan daripada pemanah lain, namun kecemerlangan dalam Kejohanan Sikrit Remaja Ipoh baru-baru ini membuka mata pasukan pemanah dari negeri lain bahawa keupayaan Kelantan sudah tidak boleh dipandang sebelah mata lagi.

“Pasukan Kelantan berada dalam potensi terbaik sekarang. Mood pemanah juga berada dalam tahap konsisten. Justeru itu saya mahu kesemua pemanah siap sedia untuk sebarang kejohanan yang bakal diadakan pada masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu pemanah Kamarulazam Hasyim yang juga jaguh memanah compound ketika di temui Sinar Harian berkata, dia akan mempamerkan aksi terbaik sepanjang kejohanan itu nanti. Segala kesilapan masa lalu akan dilupakan dan tugasannya kini berusaha untuk mendapatkan emas buat pasukan Kelantan.

“Saya akan berjuang bersungguh-sungguh untuk mencapai segala apa yang saya idamkan. Kesilapan lalu tidak akan saya ulangi lagi.

“Saya mahu penuhi harapan semua,” katanya yang merupakan pemanah compound potensi.

Bagi Nurul Syazhera Mohd Asmi yang mahir dalam memanah recurve, prestasi yang dilakukan di Ipoh akan dibaiki dalam kejohanan itu nanti.

“Saya akan cuba melakukan yang terbaik dalam kejohanan itu nanti. Saya harap saya tidak akan ulangi kesilapan lalu untuk kejohanan kali ini. Saya mahu baiki kesila-pan lalu dan bawa emas kepada Kelantan,” katanya.

Syarah Suhaida Abas pula menyatakan keyakinan yang sama seperti rakan-rakan lain. Latihan yang dilakukan sepanjang masa tidak akan disia-siakan.

“Saya akan ikuti apa yang telah diajarkan oleh jurulatih. Saya mahu pastikan setiap shoot saya menepati sasaran. Saya juga idam emas dalam kejohanan itu nanti,” katanya.

Sumber:Sinar Harian

arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Kelantan

Postby apissjanGGut » Mon Jan 26, 2009 2:17 am

bakpo klate x wak stadium baru
ejah lar hok kayo2 2
v duit ckt sore
jnge dok prabih duit dok ko shoping jah

apissjanGGut
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 865
Joined: Wed Jul 02, 2008 12:52 am
Location: umh swo kg. pasir baru,,kg. kuala kemubu

Re: Info Sukan Kelantan

Postby Hokage_boy » Mon Jan 26, 2009 3:01 am

apissjanGGut wrote:bakpo klate x wak stadium baru
ejah lar hok kayo2 2
v duit ckt sore
jnge dok prabih duit dok ko shoping jah


bt stdm buke supo nk beli ike pasal boh...
kalo stakat 10 20 ribu bulis la nih make puluhan juto boh...

Hokage_boy
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 1752
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Serambi Siam...Bandaraya Anggerik...Kota Singa...

Re: Info Sukan Kelantan

Postby MATSEJUK » Mon Jan 26, 2009 11:22 pm

Hokage_boy wrote:
apissjanGGut wrote:bakpo klate x wak stadium baru
ejah lar hok kayo2 2
v duit ckt sore
jnge dok prabih duit dok ko shoping jah


bt stdm buke supo nk beli ike pasal boh...
kalo stakat 10 20 ribu bulis la nih make puluhan juto boh...


Tgg projek Boy jaddi molek..arap la pah tu :D

MATSEJUK
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 1879
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Kota Bharu,Kelantan

Re: Info Sukan Kelantan

Postby ayiez » Tue Jan 27, 2009 12:10 am

MATSEJUK wrote:
Hokage_boy wrote:
apissjanGGut wrote:bakpo klate x wak stadium baru
ejah lar hok kayo2 2
v duit ckt sore
jnge dok prabih duit dok ko shoping jah


bt stdm buke supo nk beli ike pasal boh...
kalo stakat 10 20 ribu bulis la nih make puluhan juto boh...


Tgg projek Boy jaddi molek..arap la pah tu :D

pah boy ambik projek wat stadium br...kemah..stadium kelate.net..

ayiez
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 1738
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pulai Chondong+Kedai Piah +Putrajaya

Re: Info Sukan Kelantan

Postby apissjanGGut » Sun Feb 01, 2009 6:34 am

:D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D
xpo lar
ejah sedak lar
bulih stdium bru
:D :D :D :D
bru comey ckt klate
ni dok wak spermarket
tesco giant 2 3 butir

apissjanGGut
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 865
Joined: Wed Jul 02, 2008 12:52 am
Location: umh swo kg. pasir baru,,kg. kuala kemubu

Re: Info Sukan Kelantan

Postby nak_ghocohs » Mon Feb 16, 2009 1:10 pm

apissjanGGut wrote::D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D :D
xpo lar
ejah sedak lar
bulih stdium bru
:D :D :D :D
bru comey ckt klate
ni dok wak spermarket
tesco giant 2 3 butir

ejas stadium bola baru dulu baru setap gi tengok

nak_ghocohs
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 487
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: BUKIT MARKROCK

Previous

Return to Sukan-Sukan Lain

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron

Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)