Info Sukan Malaysia

Topik info mengenai kejohanan sukan-sukan lain di Malaysia

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Thu Nov 27, 2008 10:34 am

Nurul Ain juara, wakil Malaysia

KUALA TERENGGANU - Nurul Ain Md. Isa muncul sebagai peserta Malaysia yang akan mewakili negara pada Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun Malaysia 2008 yang diadakan bulan depan apabila dinobatkan sebagai juara kelayakan Malaysia semalam, lapor IRMAN HASHIM.

Kejayaan pelayar cilik itu disebut-sebut bakal menggugat peserta-peserta berpengalaman lain seperti Datuk Peter Gilmour dalam merebut kejuaraan berprestij yang akan bermula pada 3 Disember ini.

Juragan wanita itu menempah tiket ke Piala Monsun selepas menewaskan pasukan KFC (Persatuan Kapal Layar Malaysia) diketuai Razman Mat Ali 2-1 pada pusingan akhir di Pulau Duyong di sini, semalam.

Sepanjang kejohanan yang bermula sejak Isnin lalu, Nurul Ain, satu-satunya pelayar wanita dalam kejohanan kelayakan tersebut berjaya mengalahkan semua pencabar.

Mohd. Razali Mansor yang memimpin pasukan Navy 1 pula memenangi tempat ketiga manakala Mohd. Masyuri Rahmat dari Navy 2 berada di tempat keempat.

Nurul Ain ketika ditemui bersyukur dan tidak percaya dengan kejayaannya tersebut kerana ia merupakan kali pertama penyertaannya dalam kejohanan seperti itu.

''Bagaimanapun atas pengalaman dan kerjasama empat krew yang lain, kami berjaya mencatat kemenangan ini," katanya.

Bagi membawa cabaran negara ke Piala Monsun katanya, dia bersama krew yang lain perlu duduk berbincang terlebih dahulu berhubung persediaan dan latihan yang akan dilakukan.

''Kami tidak membuat sebarang persediaan awal untuk ke Piala Monsun kerana tidak menyangka layak ke kejohanan berkenaan. Ini kerana salah seorang daripada krew, Muhammad Izad Samdin sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan saya sendiri akan menduduki peperiksaan Pentadbiran Perniagaan di Universiti Terbuka Malaysia bulan depan," katanya.

Sementara itu, Peter ketika mengulas kemaraan Nurul Ain mengakui risau dengan cabaran yang akan diberikan oleh pelayar wanita negara itu.

''Saya sangat bimbang kerana jika cuaca seperti sekarang iaitu angin tidak terlalu kencang berlanjutan sehingga ke hari pertandingan, pelayar-pelayar seperti saya akan berhadapan dengan kesukaran untuk belayar pantas.

''Dalam keadaan angin yang sedemikian, pasukan Nurul Ain yang mempunyai berat badan keseluruhan yang ringan iaitu kira-kira 350 kilogram mempunyai kelebihan untuk bergerak pantas banding kami seberat lebih 400 kilogram," katanya.

Dalam pada itu, perlumbaan untuk merebut kelayakan Asia pula akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Sebanyak lapan peserta dari Asia akan bertanding untuk merebut kelayakan berkenaan bagi membolehkan mereka bertanding di Piala Monsun Malaysia.

Sumber:Utusan Malaysia

arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Thu Nov 27, 2008 10:36 am

Roslinda masih menanti tawaran HPTC

KUALA LUMPUR - Sehingga hari ini atlet lompat galah negara, Roslinda Samsu belum menerima apa- apa tawaran secara rasmi dari Pusat Latihan Prestasi Tinggi (HPTC) yang mengatakan dia boleh menjalani latihan di Formia, Itali.

Menurut Roslinda, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana dia akan sentiasa menyusun jadual pembelajaran setahun lebih awal.

''Saya telah menangguhkan pelajaran saya tahun ini untuk memberi tumpuan dalam persiapan Sukan Olimpik Beijing, mereka sentiasa memahami situasi saya sebagai atlet kebangsaan,'' katanya di Kem Bakat Lompat Bergalah Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Jelasnya, bagi membantu menyelaras antara pengajian, latihan dan kejohanan yang disertainya seorang Pegawai Penyelaras Akademik dari MSN sentiasa membantunya.

''Apa yang boleh saya jelaskan ialah saya belum menerima apaapa tawaran secara rasmi dari HPTC dan ia hanya tawaran lisan sahaja. Sekarang ini saya akan meneruskan pengajian dan latihan seperti biasa serta menyertai kejohanan di Eropah seperti tahun-tahun sebelum ini,'' katanya.

Kata Roslinda, sekarang ini dia hanya memberi tumpuan kepada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) yang akan berlangsung Disember depan.

Dalam perkembangan berkaitan, MSN akan mengadakan Program Kem Bakat terutama dalam acara spesifik seperti lompatan, balingan dan lari berpagar setiap tahun dengan kerjasama HPTC bagi mencari bakat baru yang boleh diketengahkan pada masa akan datang,

Pengarah Cawangan Pelapis MSN, Jefri Ngadirin berkata, program itu akan mengenal pasti atlet sekolah yang berpotensi dan berminat menyertai kem yang dikhaskan untuk acara spesifik berkenaan.

Jelas beliau, lebih 110 sekolah telah dikenalpasti untuk dijadikan pusat pengeluar atlet acara spesifik selepas ini ekoran terdapat ramai yang terlalu berminat dalam acara larian sahaja.

''Sebelum ini kami ada menjalankan kursus pengenalan acara lompat bergalah di sekolah-sekolah seluruh Malaysia dan hasilnya sebanyak 37 peserta dari lima buah sekolah hadir menyertai kem ini selama enam hari.

''Jadi, program mencari bakat muda ini akan diadakan pada masa akan datang dengan sasaran setahun tiga atau empat kali termasuk mengadakan beberapa kejohanan sesama mereka,'' katanya.

Malah kata Jefri, pada masa akan datang juga kemungkinan jurulatih atau atlet luar akan hadir memberi tunjuk ajar pada kem seperti ini.

Sumber:Utusan Malaysia

arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Thu Nov 27, 2008 10:38 am

Beri tumpuan sukan lumba kereta

KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta turut memberi perhatian yang sama berat dalam membina sukan lumba kereta di negara ini, sama seperti penumpuan terhadap lain-lain sukan lapor JOHARDY IBRAHIM.

Pengarah Cartrade-ABT Motorsport, Helmi Ilyas berkata, Malaysia memiliki antara sirkit lumba yang terbaik di dunia iaitu F1 Sepang dan sudah sampai masanya negara ini mempunyai perancangan dan dasar yang menyeluruh untuk pembangunan sukan lumba kereta.

Pada masa ini ujarnya, sukan lumba kereta di Malaysia dipelopori sama ada oleh golongan korporat atau individu yang datang dari keluarga yang berada.

Menurutnya, hakikatnya latar belakang kebanyakan peserta sukan lumba kereta sekarang adalah sedemikian kerana kos tinggi yang perlu ditanggung seperti kenderaan, alat ganti, tayar dan sebagainya.

Dalam konteks ini ujarnya, kerajaan disaran mewujudkan sebuah akademi khusus untuk melahirkan pelumba kereta bertaraf dunia, sama seperti akademi badminton yang diumumkan baru-baru ini.

''Kita ada prasarana. Kita ada F1 Sepang. Orang luar mengiktiraf apa yang kita ada. Sudah tiba masanya untuk kita mempunyai dasar yang khusus untuk membangunkan sukan lumba kereta dan ia boleh dipacu oleh kerajaan," katanya di sini, semalam.

Sumber:Utusan Malaysia

arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby gmplus » Sat Jan 17, 2009 4:28 pm

Chong Wei ke separuh akhir
KUALA LUMPUR - Datuk Lee Chong Wei terus memburu kejuaraan pertamanya di luar negara dalam tempoh enam bulan selepas melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea di Seoul, semalam.

Walaupun merangkul dua kejuaraan besar dalam tempoh tiga minggu - Masters Akhir dan Terbuka Malaysia, namun kedua-dua gelaran itu dicatatkan di gelanggang sendiri.

Kali terakhir Chong Wei muncul juara di luar Malaysia adalah pada Terbuka Singapura, Jun tahun lalu.

Semalam, jaguh No. 1 dunia itu mencerahkan peluang untuk merangkul gelaran Terbuka Korea buat kali pertama selepas menyingkirkan pemain harapan tuan rumah, Park Sung Hwan 18-21, 21-7, 21-16 dalam masa hampir sejam.

Chong Wei tidak pernah menjejakkan kaki ke perlawanan akhir pada kejohanan ini sepanjang penyertaannya sejak 2003, namun hari ini naib juara Olimpik itu berpeluang melakukannya buat kali pertama kerana bakal berdepan lawan mudah, Przemyslaw Wacha dari Poland.

Wacha, pilihan ketujuh, yang tidak pernah menewaskan Chong Wei dalam empat pertemuan mereka mara selepas menyingkirkan Chan Yan Kit dari Hong Kong 21-16, 21-16.

Chong Wei bagaimanapun berseorangan membawa cabaran Malaysia pada kejohanan Siri Super bernilai AS$300,000 (RM1.07 juta) ini selepas pasangan veteran, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah gagal meneruskan kemaraan.

Turun sebagai pilihan kelima kejohanan, Tan Fook-Wan Wah, bagaimanapun tumpas mengejut kepada beregu bukan pilihan dari Taiwan, Fang Chieh Min-Chien Yu Chin 14-21, 20-22.

Ini adalah kejutan besar kedua dicatatkan oleh Chieh Min-Yu Chin yang sebelum ini menewaskan juara Olimpik dan dunia, Markis Kido-Hendra Setiawan dari Indonesia pada pusingan kedua, kelmarin.

Sementara itu satu lagi saingan separuh akhir perseorangan lelaki menemukan jaguh Denmark, Peter Hoeg Gade dengan bintang muda Indonesia, Simon Santoso.

Gade dipaksa berhempas pulas untuk mengetepikan pemain muda tuan rumah, Shon Wan Ho 21-13, 9-21, 21-17, manakala Simon menang mudah 21-6, 21-8 ke atas rakan senegara, Andre Kurnawan Tedjono.

gmplus
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 813
Joined: Thu Mar 20, 2008 10:39 am
Location: Gua muse. Liverpool.

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Thu Feb 19, 2009 9:29 am

KBS cadang kurangkan subjek

Oleh WAN FAKHRUL WAN BAKAR
wanfakhrul@kosmo.com.my




--------------------------------------------------------------------------------




--------------------------------------------------------------------------------



KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mencadangkan supaya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengkaji untuk mengurangkan jumlah mata pelajaran yang perlu diambil atlet-atlet muda di sekolah-sekolah sukan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini atlet-atlet yang menuntut di sekolah sukan perlu mengambil lapan mata pelajaran untuk ujian peperiksaan mereka.

"Tak adil bagi pelajar-pelajar yang bergelar atlet ini dibebani dengan mata pelajaran yang banyak sedangkan beban mereka begitu besar. Tamat saja kelas akademik, mereka perlu turun latihan.

"Jadi, kami cadangkan kepada KPM supaya mereka ini perlu dilibatkan dengan subjek yang menjurus kepada sains sukan supaya ada kesinambungan apabila mereka masuk ke universiti," katanya.

Ismail berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bersama KBS, KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Mengenai Program Pembangunan Sukan di Bangunan Parlimen semalam.

Jelasnya, mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Sejarah masih dianggap penting untuk diambil para pelajar tersebut.

"Tapi kalau subjek seperti Matematik dan Geografi itu, saya rasa tak begitu penting untuk mereka. Begitu juga Sains, sepatutnya mereka menjurus kepada sains sukan saja.

"Tapi ini semua di bawah bidang kuasa KPM dan kita hanya beri pandangan untuk mereka kaji," katanya.

Bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi pula, Ismail memohon kepada KPT supaya melonggarkan syarat kemasukan kepada golongan atlet muda yang sudah berjaya mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.

"Sebagai contoh, atlet negara yang sudah mewakili negara, mereka ini dibenarkan masuk terus universiti tanpa perlu mempunyai sijil akademik.

"Dengan ini, kita dapat menarik minat rakyat untuk libatkan diri dalam bidang sukan kerana ia beri jaminan masa depan.

"Ramai ibu bapa tak bagi anak libatkan diri kerana katanya sukan tiada masa depan. Dengan cara ini, mereka pasti akan benarkan anak mereka aktif bersukan," tegasnya.

Sementara itu, program pencarian bakat akar umbi akan dilaksanakan bermula dari usia tujuh tahun bagi memastikan terdapat lebih ramai tapak untuk pemilihan atlet-atlet bagi mewakili negara.

"Sasaran kita minimum seramai 50,000 orang dan maksimum 100,000 orang bakat dikenal pasti. Dari jumlah itu, kita sasar antara tiga hingga lima peratus yang betul-betul berbakat untuk diketengahkan," katanya.


arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Thu Feb 19, 2009 9:30 am

Lumba basikal kini sukan teras
SUKAN lumba basikal akhirnya dipilih untuk dimasukkan ke dalam program sukan teras prestasi tinggi di sekolah-sekolah.

Sebelum ini, sudah terdapat lapan sukan teras iaitu akuatik, olahraga, badminton, boling, gimnastik, hoki, skuasy dan bola sepak.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, mesyuarat Jawatankuasa Bersama Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Mengenai Program Pembangunan Sukan semalam telah bersetuju untuk memasukkan lumba basikal sebagai sukan teras.

"Ketika ini lumba basikal bukan sukan teras. Jadi kini kita memasukkannya sebagai sukan teras di sekolah-sekolah memandangkan ia adalah prospek untuk mendapat pingat emas Sukan Olimpik.

"Kita akan mula mencari pelapis-pelapis di sekolah untuk dijadikan pelumba basikal negara pada masa akan datang. Cadangan kita, setiap negeri akan ada sebuah sekolah projek lumba basikal," katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu di Bangunan Parlimen semalam.

Jelas Ismail, dengan meletakkan lumba basikal dalam sukan teras itu, ia diharap dapat menarik minat pelajar-pelajar sekolah terhadap sukan tersebut dengan ditambah cadangan penganjuran kejohanan lumba basikal peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

"Kita akan fokus kepada lumba basikal lebuh raya dahulu kerana kita sedia maklum kekurangan veledrom di negara ini. Azizulhasni Awang dulu pun sebelum dia sertai trek, dia lumba lebuh raya.

"Jadi, pada peringkat awal ini, kita nak tarik minat pelajar-pelajar untuk minat dengan lumba basikal bukit atau basikal BMX supaya dapat melahirkan bakat baru dalam sukan ini," ujarnya.


arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Thu Feb 19, 2009 9:31 am

Azizulhasni bintang Sukan TV3


AZIZULHASNI (duduk) bergambar bersama kakitangan unit sukan TV3 di Sri Pentas semalam.

--------------------------------------------------------------------------------




--------------------------------------------------------------------------------



JAGUH lumba basikal negara, Azizulhasni Awang sudah mula membayangkan satu lagi gelaran dalam genggamannya bulan depan.

Selepas membuktikan kehebatannya dengan dua kejayaan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Piala Dunia baru-baru ini, pelumba keirin No. 1 dunia itu bakal berdepan ujian sebenar apabila menyertai Kejuaraan Dunia di Pruskow, Poland dari 25 hingga 29 Mac depan.

Bukan niatnya mahu mendabik dada, namun andai prestasi semasa menjadi ukuran, Azizulhasni, 21, mempunyai sebab untuk bersikap optimis dengan peluangnya muncul juara pada acara pecut di kejohanan utama itu nanti.

"Setiap kejohanan pastinya ada peluang untuk menang, namun semuanya bergantung kepada prestasi semasa dan situasi pada hari saingan itu nanti," kata Azizulhasni selepas dinobatkan sebagai Bintang Sukan Buletin Utama TV3 2008 semalam.

"Saya bukannya mahu mendabik dada, tapi buat masa ini saya rasa saya sudah bersedia untuk mengharunginya. Saya akan cuba memantapkan lagi kayuhan selain meningkatkan lagi motivasi serta konsistensi dalam diri."

Anak kelahiran Dungun, Terengganu itu muncul juara keirin buat kali kedua daripada lima pusingan Trek Piala Dunia bulan lepas, selain turut menjuarai acara sama pada pusingan kedua di Melbourne, Australia, November tahun lalu.

Begitupun, pelumba yang diberi gelaran Flying Machine oleh media antarabangsa itu harus melepasi halangan daripada pencabar utamanya, Chris Hoy dari Britain.

"Saya jarang berlumba dengan Hoy kecuali ketika tewas kepadanya pada suku akhir di Olimpik Beijing tahun lepas," kata Azizulhasni.

"Dia memiliki kelebihan dari segi pengalaman dan telah mencatat banyak kejayaan berbanding saya. Malah dia telah berlumba sejak saya di bangku sekolah lagi.

"Bagaimanapun semuanya bergantung kepada keyakinan dan sedikit nasib pada perlumbaan itu nanti," tambahnya lagi.

Pada majlis semalam, kehebatan Azizulhasni sekali lagi diiktiraf apabila dia dianugerahkan selaku Bintang Sukan Buletin Utama 2008 anjuran unit sukan syarikat penyiaran swasta TV3 buat kali kelima semalam.

Pengiktirafan itu berdasarkan kejayaan cemerlangnya sepanjang tahun 2008 termasuk memenangi acara 200m keirin di Kejohanan Trek Asia serta muncul pelumba Asia pertama beraksi pada peringkat suku akhir Sukan Olimpik di Beijing.



arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Thu Feb 19, 2009 9:32 am

'Orang Gunalan' mahu takluk BWF
Oleh Lukman Salleh
lukmsal@bharian.com.my
JIKA dilihat kepada senarai pencalonan bagi perebutan jawatan utama dalam Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada pertengahan tahun ini, jelas mereka dari kem yang disingkirkan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) Mei lalu, mahu kembali menguasai badan induk itu.

Walaupun nama bekas Timbalan Presiden BWF, Datuk Punch Gunalan tidak dicalonkan selepas tarikh pencalonan berakhir Sabtu lalu, tiga nama untuk tiga jawatan tertinggi badan itu sememangnya diketahui umum mempunyai hubungan rapat dengannya.

Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur, Datuk Seri Andrew Kam dicalonkan untuk menentang penyandang, Dr Kang Young-joong dari Korea Selatan, ‘orang kuat’ Gunalan, Robin Bryant (Australia) pula akan mencabar tokoh berkaliber, Paisarn Rangsikitpho (Amerika Syarikat) manakala Leon Douglas (Scotland) berdepan Gregory Verpoorten (Belgium).



Malah, jika melihatkan kepada senarai pencadang dan penyokong ketiga-tiganya mendapatkan sokongan sesama sendiri, dengan sama ada Persatuan Badminton Australia yang mencadangkan ataupun Persatuan Badminton Scotland yang menyokong dan begitulah sebaliknya.

Kam yang juga Presiden Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC) dicadangkan oleh Persatuan Badminton Australia dan disokong Persatuan Badminton Scotland manakala Dr Kang pula dicadangkan Persatuan Badminton Jepun dan disokong lima ahli gabungan BWF iaitu Kenya, Denmark, Afrika Selatan, New Zealand dan Korea.

Bryant, yang sebelum ini memegang jawatan Naib Presiden BWF mewakili Oceania, dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden - jawatan yang dikosongkan selepas penyingkiran Punch menerusi undi tidak percaya terhadap dirinya pada AGM Mei lalu.

Sehari sebelum AGM itu, Gunalan meletak jawatan selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) BWF, sehari selepas Karen Koh melepaskan tugas sama di Konfederasi Badminton Asia (BAC) - selepas masing-masing dikatakan mengakui terbabit dengan konspirasi untuk menjatuhkan Young-joong serta Presiden BAC, Sutiyoso.

Bryant, yang bersama pengerusi jawatankuasa pentadbiran, Eraj Wijesinghe, memilih ‘lari’ daripada AGM itu selepas disoal siasat oleh polis sejurus sebelum mesyuarat bermula, mendapat sokongan persatuannya sendiri dan disokong Scotland.

Paisarn yang menjadi tulang belakang di dalam pelbagai pembaharuan terutama dalam soal pertandingan badminton antarabangsa, mendapat empat sokongan antaranya daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Denmark.

Douglas, watak terakhir dalam kem serpihan itu, akan bersaing untuk jawatan naib presiden.



arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Thu Feb 19, 2009 9:34 am

[b]Azizulhasni lega tanpa Hoy
Oleh Azidan Nahar
azidan@bharian.com

AZIZULHASNI bersama trofi Anugerah Bintang Sukan Buletin Utama 2008.



Peluang tetap sukar dalam saingan keirin Piala Dunia di Poland

BERITA gembira tampak mengiringi kehadiran jaguh keirin negara, Azizulhasni Awang bagi menghadapi Kejohanan Dunia di Pruskow, Poland apabila jaguh dunia dari Britain, Chris Hoy dikatakan tidak akan cergas selepas mengalami kemalangan pada Piala Dunia di Copenhagen, minggu lalu.

Jaguh dunia berusia 32 tahun dari Scotland itu yang juga pemenang tiga pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing dalam acara pecut, keirin dan pecut berpasukan kini terpaksa bertarung dengan masa untuk kembali cergas menjelang kejohanan Mac itu.



Namun Azizulhasni menyedari tugas mendapatkan kilauan pingat bukan mudah kerana segala-galanya bergantung kepada nasib dan persembahannya pada kejohanan itu nanti.

“Walaupun Chris tidak mengumpul sebarang mata untuk layak ke Poland, dia tetap disenaraikan kerana dia adalah juara bertahan,” kata Azizulhasni.

“Tugas saya memang sukar kerana ternyata dia memiliki pengalaman lebih banyak berbanding saya. Ketika saya masih belum bergelar atlit lagi dia sudah ada nama, bayangkan pengalaman luas dimilikinya”

Pelumba berusia 21 tahun berasal dari Dungun itu tampak akan tampil sebagai pelumba tumpuan di Poland nanti apabila memakai Jersi Nombor 1 sebagai pelumba utama selepas memungut mata terbanyak pada sirkit Piala Dunia sebelum ini.

Dia mengumpul 24 mata selepas menjuarai acara keirin pada dua pusingan di Melbourne dan Beijing sekalipun tidak mengambil bahagian pada Pusingan 1 di Manchester dan Pusingan 3 di Cali, Colombia.

Bagaimanapun, pelumba cilik itu menyifatkan dia masih berlatih bagi mendapatkan puncak prestasi di Poland dengan sasaran utama untuk meraih emas pertama buat negara dalam kejohanan berprestij itu.

“Saya akan berusaha memantapkan lagi kayuhan, tambahan pula ketika ini saya masih belum sampai ke tahap terbaik lagi. Tapi saya sudah bersedia dan sentiasa bersedia,” katanya sambil menjelaskan dia hanya dapat berjumpa Hoy di Olimpik saja sejak menjadi pelumba profesional.

Mengenai prestasinya yang semakin meningkat, Azizulhasni jelas tidak bimbang kerana ia akan dijadikan pemangkin untuk terus memperkukuh dan mempertahankan kedudukannya ketika ini.

[/b]

arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Thu Feb 19, 2009 9:34 am

Beng Hee dapat semula sentuhan Jamshed
Oleh Harris Rajahdin
harajah@bharian.com.my
SELEPAS dipisahkan hampir tujuh bulan, Ong Beng Hee dan jurulatihnya, Jamshed Gul akan disatukan kembali, kali ini untuk dua minggu saja khususnya bagi menghadapi Terbuka Kuala Lumpur pada 5-7 Mac ini.

Kehadiran Jamshed di sisi Beng Hee tahun lalu menyaksikan pemain nombor satu negara itu muncul juara di Berjaya Times Square dan Beng Hee sekali lagi mengharapkan sentuhan ajaib warga Pakistan itu untuk membuahkan hasil di gelanggang sama tahun ini.

“Saya berjaya mendapatkan Jamshed untuk membantu saya, khususnya bagi Terbuka KL yang begitu penting dalam jadual saya.



“Tahun lalu, saya memenanginya, Dalam tiga bulan pertama, tidak banyak kejohanan yang ada, jadi saya bernasib baik adanya kejohanan seperti Terbuka KL.

“Saya mahu bermain sebaik mungkin dalam kejohanan ini,” kata Beng Hee ketika ditemui pada majlis pengumuman pusat membeli belah, Berjaya Times Square sebagai gelanggang kejohanan itu buat kali keempat berturut-turut, semalam.

Beng Hee yang berpisah dengan Jamshed sejurus berakhirnya Terbuka Malaysia, Jun lalu, kini berguru di bawah bekas pemain profesional Afrika Selatan, Richard O’ Connor sejak Oktober lalu.

“Richard adalah bekas pemain profesional yang pernah berada dalam kelompok 16 terbaik pada lewat 80-an. Saya mula berlatih di bawahnya sejak Oktober lalu dan sedang menyesuaikan diri terhadap corak latihannya.

“Saya bercadang untuk kembali berlatih dengannya selepas Terbuka KL ini,” katanya yang menewaskan rakan senegara, Mohd Azlan Iskandar pada final tahun lalu.

Mengenai persiapannya menghadapi kejohanan keduanya tahun ini, Beng Hee berkata dia kini beransur-ansur kembali ke peringkat kecergasan penuh selepas diserang keracunan makanan pada Kejohanan Juara Antara Juara, bulan lalu.



arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Mon Feb 23, 2009 8:32 am

Atlet tak setuju

Oleh ARIF KELATE
arif.kelate@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Walaupun dilarang oleh Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) supaya tidak memberi sebarang kenyataan di media selain hal prestasi, rata-rata atlet olahraga menganggap ia satu keputusan yang tidak adil serta berat sebelah.

Menurut atlet lompat tinggi negara yang pernah beraksi pada Sukan Olimpik 2008 Beijing, Lee Hup Wei, atlet mempunyai hak untuk bersuara kerana jika sesuatu perkara itu berlaku di atas kesilapan persatuan sendiri dan seharusnya atlet perlu membuat teguran.

"Kami mesti mempunyai hak untuk bersuara kerana persatuan berhak membuat komen di media tentang kami (atlet) mengapa kami tidak boleh melakukan perkara yang sama," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Sementara itu pelari pecut wanita, Siti Fatimah Mohamad pada mulanya enggan membuat sebarang komen mengenai larangan KOAM tersebut tetapi kerana tidak mahu 'tragedi cabul' berulang kembali, merasakan sesuatu perkara yang melampau perlu disuarakan jika tidak mendapat perhatian sewajarnya daripada persatuan.

"Saya tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan hal ini, tetapi kalau sesiapa yang melakukan kesilapan ia harus ditegur, contohnya kalau sesuatu perkara itu sudah terlalu berat kita tidak boleh berdiam diri lagi.

"Kalau sesuatu perkara itu hanya masalah kecil tidak perlulah kita (atlet) memperbesarkannya kepada media, tapi kalau besar, seperti kes cabul yang berlaku sebelum ini, ia perlu diketahui umum," kata atlet kelahiran Johor itu.

Seorang lagi atlet olahraga negara, Mohd. Latiff Nyat menganggap larangan tersebut sebagai satu tindakan yang tidak adil kerana ia tidak mampu untuk menilai tahap kemampuan persatuan itu sendiri.

"Setiap atlet mempunyai hak, apa yang kami mahukan, mereka perlu dengar, tidak semestinya kami akan mengikut segala arahan itu seratus peratus walaupun ia tetap salah.

"Segala masalah yang disuarakan di media baik dari persatuan atau atlet sendiri akan dibawa ke meja rundingan, jadi di situlah kita akan melihat penyelesaiannya, kita tidak mahu semua masalah bersarang hingga mengganggu prestasi atlet," kata pelari 100 dan 200 meter negara itu.

Kelmarin, KOAM melalui Presidennya, Datuk Seri Shahidan Kassim mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan atlet olahraga membuat sebarang kenyataan di media kecuali tentang prestasi.

KOAM mahu sebarang perkara yang hendak diluahkan, perlu melalui seorang wakil atlet untuk menjadi salah seorang ahli jawatankuasa.


arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Mon Feb 23, 2009 8:34 am

Rekod kebangsaan dilebur

Oleh SAYED HESHAM IDRIS
hesham.idris@utusan.com.my



(DARI kiri) Shahera Rahim Raja, Noriha Ab. Rani dan Nur Suryani Mohd. Taibi berjaya menjuarai 50 meter raifal tiga posisi wanita berpasukan sekali gus meleburkan rekod kebangsaan di Kejohanan Menembak Selangor di Lapang Sasar Menembak Kebangsaan di Subang, Selangor, semalam. - UTUSAN/Nooradzrene Mohd. Noor
[img]

--------------------------------------------------------------------------------

[/img]




PETALING JAYA - Lagi rekod kebangsaan lebur. Kali ini giliran penembak wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula memperbaharui rekod acara 50 meter raifal tiga posisi berpasukan pada hari penutup Kejohanan Menembak Selangor di Lapang Sasar Subang, semalam.

Ia dicipta sehari selepas penembak lelaki ATM meleburkan rekod kebangsaan acara 25m standard pistol berpasukan, kelmarin.

Trio ATM yang dibarisi Shahera Rahim Raja, Nur Suryani Mohd. Taibi dan Noriha Ab. Rani membidik 1,716 mata untuk melebur rekod lima tahun penembak Polis Diraja Malaysia (PDRM) Nurul Huda Baharin, Nordalilah Abu Bakar dan Sarihati Awang Akhbar (1,713 mata) yang dicatat pada Oktober 2004.

Pingat emas dan rekod baru kebangsaan yang dicatat itu sekali gus membuktikan ATM sebagai kuasa sukan menembak tempatan apabila muncul juara keseluruhan dengan 15 emas, 10 perak dan 4 gangsa.

Pencabar terdekat, PDRM ketinggalan dengan 5 emas, 6 perak dan 7 gangsa manakala Pahang ketiga dengan 3 emas, 5 perak dan 4 gangsa.

''Ini kerana persembahan saya tidaklah begitu baik. Kejayaan mencipta rekod baru ini sesuatu yang membanggakan dan ia memberi semangat untuk kami dalam memburu kelayakan ke Sukan SEA Laos," kata Nur Suryani yang tidak menyangka berjaya memecah rekod kebangsaan.

Jika catatan rekod baru memberi kegembiraan kepada Nur Suryani dan Noriha, hari terakhir semalam detik paling membanggakan buat Shahera apabila mengutip satu lagi pingat emas selepas itu dalam acara 50m rifel tiga posisi individu.

Catatan 670.8 mata dalam acara itu menjadikan dia sebagai penembak terbaik kejohanan dengan empat emas keseluruhan, selain dua pingat perak di sepanjang empat hari kejohanan tersebut.

Menurut Shahera, empat emas yang dimenangi di kejohanan itu dibantu persembahan rakan sepasukan yang cemerlang di sepanjang kejohanan.

''Saya mahu mengekalkan prestasi ini untuk lebih cemerlang di lain-lain kejohanan khususnya di Sukan SEA kelak," katanya.

Pingat emas ketiga ATM daripada enam acara final yang dipertandingkan semalam diraih dalam acara 25m centre fire pistol lelaki berpasukan menerusi gandingan Mohamad Ridhuan Mohamed, Zulkefli Ismail dan Khalel Abdullah.

Mereka mengumpul 1,675 mata keseluruhan, mengatasi pasukan PDRM yang mengumpul 1,663 mata.

Pahang, Perak dan PDRM masing-masing mencuri satu emas dalam acara akhir semalam.

Penembak Olimpik, Hasli Izwan Amir Hassan yang dua kali dihampakan oleh penembak ATM sebelum ini, akhirnya pulang dengan pingat emas apabila mengungguli acara 25m centre fire pistol lelaki.

Hasli, yang mewakili Perak mengumpul 570 mata, mengatasi penembak ATM Mohamad Ridhuan Hassan dan ketiga Mohd. Hashim Desa dari PDRM.

Penembak skuad pelapis kebangsaan, Mohd. Hassanul Adzhar M. Badrin dari Pahang mengejutkan penembak senior apabila mengungguli acara 10m pistol udara lelaki setelah bersaingan sengit dengan penembak PDRM, Shahrizal Ishak.

PDRM tidak mahu berputih mata apabila berjaya merebut satu emas dalam acara lelaki berpasukan (10m pistol udara) menerusi gandingan Shahrizal Ishak, Mohd. Hadafi Jaafar dan Mohd. Zubair Muhamad dengan 1, 716 m

arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Whose Son Is the Greatest

Postby lmno639 » Thu Mar 05, 2009 4:25 pm

The mothers of four priests got together and were discussing their sons. "My son is a monsignor," said the first proud woman. "When he enters a room, people say, 'Hello, Monsignor'."

  The second mother went on, "My son is a bishop. When he enters a room, people say, 'Hello, Your Excellency'."


  "My son is a cardinal." continued the next one. "When he enters a room, people say, 'Hello, Your Eminence'.


  " The fourth mother thought for a moment. "My son is six-foot-ten and weighs 300 pounds, " she said. "When he enters a room, people say, 'Oh, my God'!"

-----------------------------------------------------------------------------------------
wow gold-World of Warcraft Gold-cheap wow gold-Buy wow gold-wow power leveling

lmno639
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 3
Joined: Sun Jan 04, 2009 2:36 pm

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Mon Mar 09, 2009 9:04 am

Super Dan terlalu liat

KUALA LUMPUR - Episod duka sukan negara berterusan apabila giliran Datuk Lee Chong Wei pula kecundang kepada musuh tradisinya, Lin Dan pada perlawanan akhir badminton Seluruh England di Birmingham, semalam.

Kelmarin, Datuk Nicol Ann David tewas dalam perlawanan akhir Terbuka Kuala Lumpur sekali gus mencatat sejarah tidak sampai 24 jam dua pemain rangking teratas dunia tumbang dalam acara yang berbeza.

Lin Dan yang turun berbekalkan gelaran Olimpik dan juara Dunia langsung tidak memberi ruang kepada Chong Wei dengan mencatatkan kemenangan straight set 21-19, 21-12 di National Indoor Arena, Birmingham.

Pemain yang berasal dari Pulau Pinang itu seakan-akan sudah mengetahui nasibnya ke atas pemain nombor dua dunia itu apabila turun dengan kurang bersemangat dan sering melakukan kesilapan mudah, walaupun ada ketikanya memberikan tentangan sengit dalam set pertama.

Aksi set pertama memperlihatkan Chong Wei bermula dengan kurang yakin apabila membenarkan Lin Dan melakukan mengutip mata demi mata tatkala dia cuba bangkit selepas ketinggalan 12-16.

Walaupun mendahului 19-17 Chong Wei tidak mengambil kesempatan, sebaliknya kerap kali membuat pukulan lambung sekali gus membenarkan pemain yang digelar 'Super Dan' itu melakukan pukulan kencang sekali gus memenangi set pertama 21-19.

Usaha Chong Wei untuk bangkit di set kedua juga tidak kesampaian walaupun dia tidak membenarkan Lin Dan meninggalkan mata dengan terlalu jauh, namun pada kedudukan 12-16 pemain tangan kidal itu terus memungut mata demi mata untuk menang 21-12.

Kekalahan tersebut melebarkan lagi jurang antara kedua-dua pemain dengan Lin Dan mencatatkan 11 kemenangan ke atas Chong Wei, sementara Chong Wei pula hanya menewaskan pemain China itu sebanyak tiga kali.

Kali terakhir kedua-dua pemain itu bertemu ialah di Siri Super Terbuka China tahun lalu yang menyaksikan Chong Wei tewas 21-18, 21-19.

Kejuaraan tersebut ialah yang keempat buat Lin Dan di Seluruh England selepas menjuarainya pada 2004, 2006 dan 2007, bagaimanapun dia tewas kepada rakan senegara Chen Jin 22-20, 25-23 tahun lalu.

Kali terakhir pemain perseorangan lelaki negara menjuarai Seluruh England ialah pada 2003 melalui Mu hammad Hafiz Hashim yang menewaskan pemain China, Chen Hong 17-14, 15-10.

Pada 2007 gandingan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menewaskan beregu China, Cai Yun-Fu Haifeng 21-15, 21-18 pada kejohanan tersebut.

Bagaimanapun, kali ini hanya Chong Wei sahaja berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir manakala dua beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari tersungkur di suku akhir.


arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Mon Mar 09, 2009 9:05 am

Ismail Sabri harap Nicol kembali bangkit selepas Terbuka KL


KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap ratu skuasy negara, Datuk Nicol David bangkit semula selepas ini setelah gagal mempertahankan kejuaraan di Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB yang berakhir, kelmarin.

Ismail Sabri berkata, kekalahan Nicol kepada pemain Amerika Syarikat, Natalie Grainger boleh dianggap sebagai perkara yang biasa setelah Nicol mencatatkan kemenangan demi kemenangan sejak kebelakangan ini.

"Mungkin ada masanya (pada kejohanan ini) prestasi Nicol kurang baik berbanding sebelum ini, tapi saya berharap beliau akan kembali mempamerkan kebangkitan selepas ini," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kekalahan Nicol yang juga pemain nombor satu wanita dunia kepada Grainger pada perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Kuala Lumpur CIMB, kelmarin.

Nicol, pilihan utama dan juara bertahan acara wanita kejohanan itu, tewas dalam permainan lima set 8-11, 12-10, 7-11, 11-5 dan 6-11 dalam tempoh 51 minit kepada Grainger.

Kekalahan itu juga sekali gus meleburkan rekod 56 permainan tanpa kalah pemain kelahiran Pulau Pinang itu sejak November 2007.

Nicol dilaporkan akan kembali ke Amsterdam, Belanda di dalam masa terdekat untuk meneruskan latihan sebelum memutuskan kejohanan yang bakal disertai menjelang Mei. - Bernama


arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Mon Mar 09, 2009 9:06 am

Selangor-UKM pastikan kejuaraan

KLANG - Selangor-UKM merampas kejuaraan Kejohanan Kriket Perisai Raja-Raja apabila menumbangkan juara bertahan, Tentera dengan satu wiket pada perlawanan akhir mendebarkan di Bayuemas Oval, Klang semalam.

Kejuaraan sulung selepas dua tahun menyertai kejohanan tersebut diraih selepas mengharungi perlawanan sengit lagi mendebarkan apabila Selangor-UKM dikerah sehingga dalam 48.2 over sebelum memastikan kemenangan dengan mengumpul 168-9, mengatasi Tentera yang melakukan 167 larian.

Percaturan Selangor-UKM yang memenangi undian dan mempelawa Tentera untuk memukul ternyata berhasil apabila menyekat pasukan lawan setakat 167 larian dalam 47.2 over .

Selangor-UKM yang memulakan sesi mencapai sasaran selepas rehat tengah hari mengumpul larian terbaik menerusi Ahmad Faiz M. Noor (33) larian, Firdaus Rusli (31), Shafiq Sharif (26) dan Shahrulnizam Yusof (16).

Faruq Hakimin Azmi dari Selangor-UKM dipilih pemain terbaik perlawanan berpandukan analisis balingan 3-31 dan kekal 15 sehingga tamat perlawanan.

Pemukul pembukaan Tentera juga penjaga wiket, Rosman Zakria pula diisytiharkan pemain terbaik kejohanan. Pengurus Selangor-UKM, Fairus Shafie berkata, ketahanan mental dan kerjasama sepasukan merupakan teras utama pemainnya dapat menundukkan pasukan penuh berpengalaman seperti Tentera.

''Saat paling mendebarkan bagi saya iaitu sewaktu 30 over yang mana jumlah larian kami masih rendah, namun pemain mengekalkan rentak hingga ke pemukul terakhir.

''Kejayaan ini amat bermakna, bukan sahaja ia merupakan kejuaraan pertama tetapi kami berupaya muncul juara selepas menjadi pasukan belasahan pada dua edisi sebelum ini," katanya.

Sementara Pengurus Tentera, Roslee Munasir berkata, pasukannya kecewa kerana terpaksa melepaskan kejuaraan, namun tetap berpuas hati kerana hanya tewas tipis.

''Saya menyifatkan ia sebagai kalah bermaruah kerana pasukan lawan terpaksa menggunakan pemukul terakhir untuk mencapai kemenangan.

''Kita juga membuktikan tidak mudah diratah dan kekalahan ini disebabkan tuah tidak menyebelahi kami," katanya.

Hadiah kepada pemenang dan penyerahan Perisai Raja-Raja disampaikan oleh Timbalan Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid

arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Mon Mar 09, 2009 9:08 am

Anuar sertai kelab Iran

KUALA LUMPUR - Setelah tertangguh sejak September tahun lepas, impian pelumba berbasikal lebuh raya kebangsaan Anuar Manan (gambar) untuk menyertai pasukan yang berpangkalan di Iran, Azad University Cycling Team akhirnya tercapai.

Pelumba kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu akan bersama-sama pasukan yang berstatus benua itu pada perlumbaan Tour of Thailand dari 4 hingga 9 April ini sebagai kejohanan pertama.

"Sememangnya saya gembira kerana ia tertangguh disebabkan masalah penajaan yang dialami oleh pasukan itu namun ia telah pun diselesaikan awal tahun ini," katanya di sini, semalam.

Anuar berkata, beliau akan cuba memberikan persembahan yang terbaik pada kejohanan itu kerana ia melibatkan banyak laluan yang landai, sekali gus memberikan kelebihan kepada pelumba pecut sepertinya.

Pelumba berusia 23 tahun itu berkata, apa yang lebih penting, ini merupakan peluang terbaik untuknya menyertai sebanyak mungkin perlumbaan di peringkat antarabangsa bagi meningkatkan lagi kemahirannya.

''Ia juga peluang untuk membuktikan saya masih lagi merupakan antara pelumba tempatan terbaik setelah gagal mempamerkan persembahan yang mantap pada Le Tour de Langkawi (LTdL) yang berakhir 15 Februari lepas.

"Walaupun bakal menyarung jersi pasukan Iran itu selama setahun sehingga April tahun depan, saya tetap boleh mewakili pasukan kebangsaan apabila mereka tiada sebarang kejohanan," ujarnya.

Anuar berkata, setelah kecewa pada LTdL bulan lepas, antara tumpuan utamanya adalah mempertahankan gelaran raja pecut Jelajah Malaysia penghujung April ini.

Selain Anuar, dua pelumba kebangsaan iaitu Ahmad Haidar Anuawar dan Loh Sea Keong kini mewakili pasukan yang berpangkalan di China, Trek Marco Polo setelah berakhirnya LTdL lalu. - Bernama


arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Mon Mar 09, 2009 9:09 am

Piala Monsun ikut jadual

KUALA TERENGGANU - Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun Terengganu 2009 yang menjadi pentas terakhir sirkit Jelajah Dunia Match Racing (WMRT) 2009 akan berlangsung selama lima hari bermula 2 Disember ini.

Penasihat Perlumbaan Piala Monsun, Datuk Peter Gilmour berkata, tarikh berkenaan telah ditetapkan oleh Sekretariat WMRT.

Katanya, ia sejajar dengan permulaan WMRT di Merseillie, Perancis, esok.

Beliau menambah, Kejohanan Kelayakan Asia Piala Monsun dijangka diadakan pada 9 hingga 14 November ini.

''Kejohanan Kelayakan Malaysia Piala Monsun pula akan diadakan kira-kira seminggu selepas kelayakan Asia iaitu pada 23 hingga 27 November ini," katanya.

Peter berkata, permohonan untuk menyertai kelayakan Asia dan Malaysia itu akan dibuka dua bulan sebelum kedua-dua kejohanan tersebut berlangsung.

''Juara kedua-dua pusingan kelayakan tersebut akan membolehkan mereka mewakili Asia dan Malaysia dalam Piala Monsun nanti," ujarnya.

Beliau berkata, pihak penganjur, T-Best Events kini dalam peringkat perancangan untuk mengatur pelbagai aktiviti menarik sepanjang penganjuran Piala Monsun itu.

''Antara yang dirancang ialah pertandingan mewarna untuk golongan kanak-kanak yang dalam kejohanan yang dianjurkan sebelum ini telah mendapat sambutan menggalakkan," ujarnya

arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Mon Mar 09, 2009 9:13 am

Impian di Seluruh England gagal lagi

IMPIAN untuk membawa pulang gelaran Seluruh England ke bumi Malaysia, menemui kegagalan.

Semalam, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tewas 21-19, 21-12 kepada jaguh dari China, Lin Dan pada perlawanan akhir kejohanan itu yang berlangsung di National Indoor Arena, Birmingham.

Kekalahan Chong Wei itu dilihat menutup peluang Malaysia untuk kembali menjulang gelaran tersebut kerana selepas ini misi akan menjadi semakin sukar lebih-lebih lagi pemain kelahiran Pulau Pinang itu semakin dimamah usia.

Tahun ini merupakan peluang terbaik bagi Chong Wei melakukannya tetapi misinya gagal lagi.

Pada perlawanan semalam, Chong Wei nampak macam hilang rentak pada set pertama.

Dia tewas 21-19 dan ia dilihat menyukarkan tugasnya untuk meraih kemenangan pada set kedua.

Pada awal permainan, dia kelihatan begitu yakin malah telah mendahului musuh tradisinya sebelum dipintas ketika hanya memerlukan dua mata lagi untuk menamatkan permainan set pertama.

Namun, kesilapan yang tidak disengajakan sebaik Lin Dan berjaya menyamakan kedudukan kepada 19-19, Chong Wei kelihatan mula hilang konsentrasi.

Dua mata mudah diperoleh Lin Dan, sekali gus memenangi set pertama dengan kemenangan 21-19.

Suatu ketika, Chong Wei seperti sudah ada keyakinan untuk menguasai set pertama itu dengan hantaran kemas sehingga banyak memerangkap pergerakan lawannya itu.

Kawalan gelanggangnya kemas, pukulan smashnya juga sukar dibaca oleh Lin Dan.

Begitupun, rentak cemerlang itu mula goyah sebaik Lin Dan mengutip mata demi mata dan akibatnya, Chong Wei pula yang terperangkap.

Pada set kedua, rentak kedua-dua pemain seimbang.

Masing-masing melakukan kesilapan tetapi Lin Dan yang lebih banyak melakukan serangan.

Chong Wei pula tidak putus-putus melakukan kesilapan dan hantarannya ke garisan belakang juga sering terkeluar.

Pada satu ketika Chong Wei cuba mengajak Lin Dan bermain rali tetapi tidak cukup untuk menyekat kegarangan pemain dari China itu.

Semua yang dilakukan oleh Chong Wei sepanjang permainan set kedua itu mudah dijawab oleh Lin Dan.

Permainan di jaring juga gagal untuk mematikan rentak Lin Dan.

Seperti diduga, Chong Wei terus menerus melakukan kesilapan sehingga menjejaskan rentak cemerlangnya seperti yang dipamerkan ketika menjinakkan Taufik Hidayat dari Indonesia pada perlawanan separuh akhir kelmarin.

Begitupun, ini merupakan pencapaian terbaik Chong Wei pada Seluruh England selepas terkandas sebanyak tiga kali pada peringkat separuh akhir tahun 2005, 2006, 2008.

Pemain negara terakhir yang menjulang gelaran Seluruh England ialah Muhd. Hafiz Hashim pada tahun 2003.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) nampaknya perlu melakukan sesuatu selepas ini kerana selepas Chong masih belum lagi kelihatan pemain perseorangan yang mampu menyengat di persada antarabangsa.

Ketika ditemu bual selepas perlawanan tersebut, Chong Wei menjelaskan bahawa lawannya itu memang sudah bersedia sepenuhnya menghadapi perlawanan akhir.

"Ini adalah penampilan pertama Lin Dan musim ini dan dia memang bersedia sepenuhnya.

"Saya sudah melakukan yang terbaik dan semua serangan yang saya lakukan mudah dijawabnya.

"Saya boleh katakan bahawa kami tadi hanya menunggu salah seseorang untuk melakukan kesilapan bagi mendapatkan mata," kata Chong Wei yang merupakan satu-satunya wakil tunggal negara yang meneruskan cabaran pada kejohanan paling berprestij itu.

Bagi Lin Dan pula, ini merupakan gelaran keempatnya pada Kejohanan Seluruh England.


arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

Re: Info Sukan Malaysia

Postby arifkelate » Mon Mar 09, 2009 9:15 am

Nicol belum mahu mengalah

KEGAGALAN mempertahankan gelaran Terbuka Kuala Lumpur CIMB kelmarin bukan bermakna perjuangan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David sudah berakhir.

Pemain No. 1 dunia itu masih yakin untuk kembali bangkit pada kejohanan lain pada masa akan datang meskipun gagal memenangi kejohanan pertamanya musim ini.

Kelmarin, Nicol gagal dalam misinya meraih kejuaraan keenam apabila tumpas kepada pemain Amerika Syarikat, Natalie Grai- nger 8-11, 12-10, 7-11, 11-5, 6-11 dalam tempoh 51 minit.

Dia merupakan juara Terbuka Kuala Lumpur CIMB pada tahun 2000, 2001, 2005, 2007 dan 2008.

Untuk rekod, kali terakhir Nicol tewas pada perlawanan akhir ialah pada Terbuka Britain 2007 kepada Rachael Grinham dari Australia.

Ia juga menyaksikan berakhirnya rentetan 10 gelaran yang dimenanginya dalam tempoh tersebut.

"Saya kurang bernasib baik pada perlawanan akhir ini (kelmarin) dan yakin akan kembali bangkit pada kejohanan lain pada masa akan datang," katanya yang sebelum ini menjalani latihan yang panjang di Melbourne, Australia bersama bekas pemain No. 1 dunia, Sarah Fitz-Gerald.

Pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia juga akan meneruskan latihan bagi menghadapi Kejohanan Terbuka Malaysia yang dijadualkan berlangsung Julai depan.

"Saya masih belum pasti kejohanan mana yang akan disertai selepas ini.

"Saya perlu memilih kejohanan mana yang harus diberi keutamaan.

"Saya akan kembali ke Amsterdam minggu depan untuk meneruskan latihan seperti biasa," katanya yang meraih hadiah AS$6,075 (RM22,700) selaku naib juara Terbuka KL CIMB.

Bagi kategori lelaki, pemain pilihan pertama, Peter Barker dari England menewaskan rakan senegara, Andrian Grant dengan kemenangan 11-6, 11-2, 11-4 untuk membawa pulang AS$7,600 (RM29,000) selaku juara.

Nicol mengakui, dia beraksi kurang baik menentang Grainger yang beraksi dengan cemerlang sejak awal perlawanan.

"Ini bukan alasan kekalahan saya. Saya akui prestasi saya bukan pada tahap terbaik."

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap Nicol akan bangkit semula selepas ini.

Beliau berkata, kekalahan Nicol kepada Natalie Grainger boleh dianggap sebagai perkara biasa setelah Nicol mencatatkan kemenangan demi kemenangan sejak kebelakangan ini.

"Mungkin ada masanya (pada kejohanan ini) prestasi Nicol kurang baik berbanding sebelum ini.

"Bagaimanapun, saya berharap beliau akan kembali mempamerkan kebangkitan selepas kejohanan ini," katanya semalam.


arifkelate
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 267
Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
Location: kajang-pengkalan chepa

PreviousNext

Return to Sukan-Sukan Lain

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron

Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)