Info Sukan Malaysia
Re: Info Sukan Malaysia
Nicol sukar lupakan kekalahan
BANGKOK - Selepas hampir tiga tahun berada pada ranking teratas dunia dan 17 bulan tidak pernah tewas, sukar bagi Datuk Nicol Ann David (gambar) untuk menerima hakikat kekalahan.
Juara Terbuka Dunia sebanyak tiga kali itu mengakui fikirannya terganggu dengan kegagalannya menjuarai Terbuka Kuala Lumpur, minggu lalu.
"Ia sering datang dalam fikiran saya sambil bertanya apa yang telah berlaku sebenarnya. Saya tahu akan mengalami kesukaran untuk melupakannya dalam tempoh yang lama.
"Mengalami kekalahan seperti itu, kita perlu menilai semula diri sendiri dan menjadikannya penawar untuk bangkit memperbaikinya.
"Saya perlu mengkaji apa yang silap dan menggunakannya untuk bergerak ke depan. Dengan itu, ia membuatkan saya berasa lega untuk memastikan ia tidak berulang lagi," katanya.
Nicol, 25, tewas kepada pemain Amerika Syarikat, Natalie Grainger pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kuala Lumpur itu sekali gus mengakhiri kemenangan berturut-turutnya.
Apa pun, Nicol kini mempunyai satu lagi matlamat yang ingin digapainya iaitu mahu melihat skuasy dipertandingkan sebagai salah satu acara rasmi di Sukan Olimpik.
"Menjadi idaman setiap atlet untuk beraksi di Olimpik. Bukan setakat mengambil bahagian tetapi saya mahu menjadi sebahagian daripadanya.
"Ia menjadi motivasi untuk saya terus bermain dan tidak akan lagi memikirkan soal bersara jika dapat bertanding pada temasya 2016.
"Tahun itu adalah masa yang tepat untuk disenaraikan selepas terlepas temasya di London," katanya yang dua kali menjadi pembawa obor pada 2004 dan 2008.
Skuasy dijadual bersaing dengan ragbi 7 sepasukan, karate, sukan beroda, golf, besbol dan sofbol Oktober ini untuk menentukan mana yang layak disenaraikan. - REUTERS

- arifkelate
- Pemain Sekolah Menengah

- Posts: 267
- Joined: Thu Jun 19, 2008 3:59 pm
- Location: kajang-pengkalan chepa
Re: Info Sukan Malaysia
Hoki ais Asia: Malaysia jumpa UAE
KUALA LUMPUR - Malaysia menghadapi tugas berat untuk mempertahankan gelaran naib juara tahun lalu, apabila berdepan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dalam perlawanan separuh akhir Piala Cabaran Asia Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) Kedua di Abu Dhabi, hari ini.
Skuad negara mara selaku naib juara Kumpulan A, sementara tuan rumah tampil dengan rekod bersih tiga kemenangan ke atas Hong Kong 5-1, Singapura 4-2 dan Macau 7-0 untuk menjuarai Kumpulan B sekali gus mengumpul sembilan mata maksimum serta 16 gol.
Anak buah Patrick MacDonald ini bermula dengan baik di Abu Dhabi Ice Rink, Zayed's Sport City apabila menewaskan Mongolia 4-2, Ahad lalu tetapi dibenam Thailand 8-2 keesokannya sebelum membelasah India 10-1, kelmarin untuk mara ke separuh akhir dengan enam mata.
Malah skuad negara dijangka sukar menurunkan Pemain Terbaik Piala Cabaran Asia IIHF tahun lalu, Loke Ban Kin untuk menghadapi UAE setelah pemain sebuah kelab hoki ais di Sweden itu dikatakan tercedera ketika menentang Thailand.
Dari segi ranking Asia, UAE menduduki tangga keenam berbanding kelapan milik Malaysia yang berdasarkan pencapaian pada Sukan Asia Musim Sejuk 2007 di Changchun, China
Thailand ternyata garang untuk menjuarai Kumpulan A dan menentang naib juara Kumpulan B, Hong Kong pada satu lagi separuh akhir setelah membelasah India 14-0, Malaysia 8-2 dan Mongolia 5-3 malah mengumpul jaringan terbesar setakat ini, 27 gol.
Malaysia muncul naib juara Piala Cabaran Asia IIHF Pertama di Hong Kong, tahun lalu dengan menewaskan tuan rumah Singapura dan seri dengan Thailand.

Modenas Yuzy Pachi pertaruh veteran
KUALA LUMPUR - Ketika ramai pengurus pasukan Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM-Petronas memburu kudrat pelumba muda, Sharol Yuzy Ahmad Zaini daripada pasukan Modenas Yuzy Pachi yakin dengan pepatah bahawa 'orang lama masih berharga'.
Pasukan pelumbanya bakal diketuai oleh Rosnizam Md. Noor atau Obert bagi pusingan pembukaan di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, esok di samping pelumba berpengalaman kategori Expert, Md. Syahnas Shahidan dan Md. Suhadi Ali Rahmat.
Kata Shahrol Yuzy: "Pengalaman sebenarnya mengatasi segalanya yang kita miliki kerana ia sesuatu yang tidak boleh dibeli walaupun bakat mungkin mudah diperoleh.
"Pengalaman hanya mampu tiba dengan kerahan keringat, kesungguhan dan kecekalan terutamanya apabila kini kami beralih daripada 125cc kepada 130cc yang menuntut kehadiran pelumba pasukan yang berkaliber tinggi.
"Saya juga bertuah kerana mampu mendapatkan khidmat Obert dan Syahnas kerana mereka memiliki rekod pencapaian yang bagus dan cemerlang dalam siri Cub Prix," katanya semalam.
Obert, 32, berpengalaman luas sejak berlumba pada 1996 sebelum bergelar juara Novice setahun kemudian. Dia turut pernah menyertai Grand Prix Asia selama beberapa tahun.
Syahnas, 28, yang memulakan karier pada 1999 pula tidak kurang hebatnya dengan mengumpul kejuaraan kategori Wira 2002 dan Novice 2003 malah mempunyai kemampuan untuk terus menambah kejayaan dalam beberapa tahun lagi.
Barisan pelumba yang dipertaruhkan bagi kategori Novis terdiri daripada Md. Farid Ahmad, Md. Zulfahmi Khairuddin dan Md. Hanif Che Ani.
"Saya meramalkan Farid mampu menghasilkan kejayaan buat pasukan kami dalam kategori Novice. Motosikal kami juga sudah meningkat dengan cemerlang sekali dan saya yakin dengan kekuatan barisan pelumba ini bagi kedua-dua kategori," katanya.

Maldives tagih kepakaran Malaysia
KUALA LUMPUR - Kerajaan Maldives berminat menjalinkan kerjasama dengan Malaysia dari aspek sains dan perubatan sukan dalam usaha meningkatkan mutu sukan di negara tersebut.
Hasrat tersebut dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kementerian Sumber Manusia, Belia dan Sukan Maldives, Hussein Ismail yang melawat Institut Sukan Negara (ISN) di Bukit Jalil, semalam.
Menurut Hussein, kejayaan Malaysia melahirkan atlet kelas dunia menggunakan pendekatan saintifik amat dikagumi dan harus dicontohi oleh negara membangun seperti Maldives.
"Kami telah mengkaji model dari beberapa buah negara untuk dijadikan contoh termasuk Sri Lanka namun memilih Malaysia kerana percaya model yang digunakan oleh ISN dalam menawarkan perkhidmatan sains dan perubatan sukan kepada atlet adalah mudah diikuti dan bersesuaian dengan sosio budaya rakyat Maldives," katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai tugas dan peranan ISN dalam usaha menubuhkan institusi yang sama di Maldives.
Tambah beliau lagi, pihaknya akan memohon secara rasmi kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia untuk mendapatkan persetujuan bagi menjalinkan kerjasama dua hala supaya negara itu dapat mempelajari kepakaran yang dimiliki oleh Malaysia.
"Kami lihat Malaysia mempunyai kelebihan dan kepakaran dari segi teknikal selain mempunyai program pendidikan jurulatih yang sistematik. Mungkin ini akan menjadi fokus utama kami di dalam menjalinkan kerjasama dua hala dengan Malaysia kelak," ujar beliau.
Menurut Hussein lagi, bagi memastikan perpindahan pengetahuan berlaku, pihaknya akan menghantar beberapa orang pegawai ke Malaysia sekiranya mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia.
Usaha tersebut juga bertepatan dengan keperluan menstruktur semula sistem di dalam persatuan sukan kebangsaan di negara tersebut yang dirasakan memerlukan pembaharuan.
Maldives pada masa ini mempunyai 12 persatuan sukan kebangsaan yang antaranya terdiri daripada sukan bola sepak, bola keranjang, bola tampar, badminton, bola jaring dan sukan air.
Dalam perkembangan yang sama, Dr. Ramlan turut mengalu-alukan usaha Maldives untuk menjalinkan kerjasama dengan ISN dalam usaha meluaskan perkhidmatan institusi itu.
"Kerjasama dengan negara luar sudah pasti memberi peluang kepada kita bertukar-tukar pandangan dan pengetahuan demi meningkatkan mutu sukan kedua-dua negara di arena antarabangsa.
"Dalam hal ini, Maldives berhasrat mendapatkan tunjuk ajar dari kita dan sebagai negara yang semakin maju di dalam aspek sains sukan, kita sudah mampu mengembangkan perkhidmatan sebagai perunding kepada negara membangun," tambahnya.

Nasib Chong Wei, Koo-Tan berbeza
ANDAI kejayaan Lee Chong Wei mengungguli Terbuka Switzerland dijulang kerana kejayaan menumbangkan Lin Dan, pencapaian sama buat kombinasi Koo Kien Keat-Tan Boon Heong di Basel, menjelmakan reaksi berbeza.
Persembahan kedua-dua pemain itu akan ‘dibedah siasat’, terutama untuk mencari faktor di sebalik kegagalan mudah gandingan itu pada peringkat suku akhir Seluruh England, minggu sebelumnya.
Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, yang turut berada di Birmingham menyaksikan persembahan goyah Kien Keat dan Boon Heong itu.
“MSN dan BAM (Persatuan Badminton Malaysia) akan bersama-sama melakukan bedah siasat ini. Ianya perlu kerana kita memang sentiasa akan memantau prestasi pemain-pemain dalam Program ‘Road to London 2012’,” katanya.
Apa yang mencetus tindakan itu ialah angkara kekalahan mudah Kien Keat-Boon Heong di suku akhir, 14-21, 7-21, kepada lawan dari Denmark, Mathias Boe-Carsten Mogensen.
Padahal, sembilan hari kemudiannya, Kien Keat-Boon Heong langsung tidak bermasalah untuk menenggelamkan langsung cabaran Boe-Mogensen 21-14, 21-18 untuk muncul juara Terbuka Switzerland.
“Kita tidak persoalkan kekalahan Chong Wei pada final Seluruh England. Malah pencapaiannya pada Terbuka Switzerland itu membuktikan bahawa dia mampu mengekalkan prestasi pada tahap tertinggi.
“Cuma apa yang menghairankan ialah Kien Keat-Boon Heong sudah tergolong dalam kelompok utama dunia dan sukar untuk percaya mereka mampu menjelmakan tahap persembahan amat jauh berbeza dalam tempoh singkat sebegitu,” kata Zolkples.
Antara faktor yang mungkin juga akan dihalusi ialah sikap dan pendekatan kedua-dua pemain itu sepanjang tempoh persiapan sebelum ke dua kejohanan di Eropah.
Ia termasuk reaksi balas terhadap latihan diberikan ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky serta beberapa elemen lain yang mungkin dianggap mempengaruhi persembahan mereka.

Hanya pentas pemanas badan
TIADA sasaran tinggi diletakkan buat skuad hoki negara untuk kejohanan Piala Sultan Azlan Shah ketika misi penting di Piala Asia yang menawarkan tiket tunggal ke Piala Dunia 2010, hanya dipisahkan 25 hari sahaja.
Ketika sasaran utama jelas diberikan untuk Piala Asia di Dubai, saingan Piala Sultan Azlan Shah yang membabitkan lima negara dari 3 hingga 12 April ini akan dijadikan pentas terbaik memanaskan badan.
Jurulatih negara, Tai Beng Hai yang akan tampil pada kejohanan pertama sejak berganding dengan bekas ketua pasukan kebangsaan, Nur Saiful Zaini Nasiruddin selepas memegang tugas itu Januari lalu, mengakui mustahil untuk pemain mencapai kemuncak dalam kedua-dua kejohanan berkenaan.
“Piala Sultan Azlan Shah tetap penting terutama dalam persediaan buruan gelaran juara Piala Asia. Namun, pemain tidak boleh memberikan aksi 100 peratus kerana ia boleh menimbulkan masalah menjelang Piala Asia.
“Tapi itu bukan bermakna pemain tidak akan bersungguh-sungguh. Cuma, pemain tidak boleh menampilkan prestasi 100 peratus, cukup setakat 80 peratus.
“Sasaran awal hanya sekadar ke separuh akhir sebelum memikirkan seterusnya,” kata Beng Hai yang jelas berbeza dengan sasaran Persekutuan Hoki Malaysia (PHM) supaya skuad negara layak ke perlawanan akhir.
Sudah pasti beliau sedia maklum padah buatnya apabila meletak sasaran `realistik’ itu ketika kejohanan antarabangsa pertamanya itu ditetapkan sebagai ukuran awal tugasnya yang sekadar berusia kira-kira tiga bulan.
Namun, baginya hakikat yang harus diterima, kemenangan tidak mampu diraih pada kedua-dua kejohanan dan beliau sendiri tidak mahu `apa yang dikejar tidak dapat tetapi yang dikendong pula berciciran.
Kegagalan skuad kebangsaan pada kelayakan Sukan Olimpik di China pada 2006 selepas bermati-matian memenangi pingat gangsa pada Sukan Komanwel di Melbourne, tiga minggu sebelum itu, jelas menjadi pegangan Beng Hai agar sejarah tidak berulang.
Pengakuan itu sekali gus tampak menyempitkan laluan skuad kebangsaan untuk kembali mengulang gemilang 2007 selepas menamatkan kemarau 22 tahun layak ke final Piala Sultan Azlan Shah dan mengakhiri saingan di tempat kedua, sebelum menduduki tempat terakhir, tahun lalu.

Nafiizwan tekad tebus aksi longlai Terbuka KL
PENYINGKIRAN awalnya pada Terbuka Kuala Lumpur awal bulan ini sedikit pun tidak mematahkan semangat pemain perseorangan skuasy ketiga negara, Mohd Nafiizwan Adnan untuk menghadapi cabaran seterusnya, Siri Satelit Majlis Sukan Negara (MSN) keempat yang bermula di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, semalam.
Nafiizwan yang sepatutnya berdepan pemain lebih sukar, Stewart Boswell pada pusingan pertama sebelum penarikan diri pemain Australia itu, tidak diberikan laluan mudah berdepan Farhan Mehboob daripada Pakistan di Terbuka KL.
“Kekalahan kepada Farhan memberikan petunjuk mengenai kelemahan saya. Saya kini yakin untuk menghadapi cabaran seterusnya dan tahu apa yang perlu saya baiki.
“Sejak kekalahan itu, saya sudah berlatih keras sejak dua minggu bagi menghadapi kejohanan ini,” katanya.
Nafiizwan yang kini berada pada ranking ke-56 dunia, memburu gelaran pertamanya tahun ini selepas gagal mencipta impak dalam kejohanan satelit satu dan dua bintang yang disertainya sebelum ini.
Kemenangan dalam kejohanan itu akan memberikannya suntikan semangat menjelang tempoh kunjungan latihannya ke Chingford, London pada awal April ini.
Pemain kelahiran Kuala Terengganu berusia 22 tahun itu akan pergi buat kali kelima dengan tempoh latihan berkenaan dibiayai sepenuhnya MSN berikutan prestasinya yang ditunjukkan sepanjang tahun lalu yang menyaksikannya melonjak 33 anak tangga untuk berada pada ranking ke-58 dunia pada akhir 2008.
“Saya akan pergi pada awal April ini sehingga akhir Julai. Selain berlatih, saya juga turut menyertai kejohanan di Atlanta, Amerika Syarikat dan Switzerland,” katanya.

KRM perkenal liga kelab elit negara
BUAT julung kali Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) memperkenalkan satu lagi kejohanan dalam kalendar tahunannya iaitu Liga Super KRM membabitkan kelab elit di negara ini.
Ia membabitkan lapan pasukan teratas pada Kejohanan Antara Kelab Kebangsaan tahun lalu iaitu NS Wanderers dari Negeri Sembilan, Cobra (Selangor), Bandaraya Dragons (Kuala Lumpur), TUDM Blackhawk (ATM), JLJ Diraja (ATM), ASAS RC (Selangor), Alor Setar Blues (Kedah) dan Sandakan Eagles (Sabah).
Pengurus Besar KRM, Nabil Ahmad Marzuki, berkata kejohanan bertujuan memilih kelab terbaik dari kalangan pasukan yang terbaik untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa.
Bagaimanapun, katanya, kejohanan pertama Liga Super kali ini akan disertai oleh enam pasukan sahaja kerana Alor Setar Blues menarik diri disebabkan tidak bersedia dan menghadapi masalah kewangan manakala Sandakan Eagle hanya menyertai kejohanan pada peringkat separuh akhir bersama tiga pasukan teratas liga bagi merebut piala juara Piala Super yang kali pertama diperkenalkan.
Liga itu akan bermula setiap Sabtu dari 21 Mac hingga 25 April dan bersambung dengan Piala Super bermula 6 hingga 9 Mei.
“Selain membanyakkan kejohanan, KRM akan memilih pemain terbaik untuk mewakili negara pada kejohanan Lima Negara Asia yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Jun nanti,” katanya.
Perlawanan Sabtu ini bermula dengan juara antara kelab kebangsaan 2008, NS Wanderers berdepan ASAS RC dan Bandaraya Dragons menentang JLJ Diraja di padang Pulapol, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Shahrol masih yakin muka lama
KETIKA kebanyakan pengurus yang menyertai saingan Cub Prix Malaysia Petronas AAM bergelut untuk mendapatkan pelumba muda, pengurus Modenas Yuzy Pachi, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini masih percaya kepada muka lama.
Bagi saingan pembuka tirai di Alor Setar, esok pasukannya akan diketuai Rosnizam Md Noor (Obert) selain mendapatkan khidmat Md Syahnas Shahidan bagi digandingkan dengan Md Suhadi Ali Rahmat yang semuanya adalah pelumba berpengalaman kelas Expert.
“Pada pandangan saya, pengalaman mengatasi segala-galanya dalam apa yang kita lakukan. Bakat mudah dicari tetapi pengalaman sesuatu yang anda tidak boleh beli dengan wang. Ia datang dengan titik peluh, dedikasi dan kesungguhan terutama selepas beralih dari jentera 125cc ke 130cc,” katanya.
“Pasukan memerlukan pelumba dengan kaliber tinggi. Saya beruntung kerana dapat memiliki Obert dan Syahnas kerana mereka memiliki rekod yang bagus dalam saingan Cub Prix.”
Pelumba berusia 32 tahun, Obert memiliki pengalaman yang lama sejak terbabit dalam saingan bermula 1996 dengan menjuarai gelaran Novis pada 1997 selain menyertai Grand Prix Asia selama beberapa tahun.
Syahnas, 28, pula yang bermula pada 2008 menjuarai kelas Wira epg pada 2002 dan Novis pada 2003 yang memberikan keyakinan buat Yuzy bahawa mereka masih boleh mengekalkan prestasi beberapa tahun lagi.
Yuzy juga yakin dengan barisan pelumba Novis pasukan itu diketuai Md Farid Ahmad, Md Zulfahmi Khairuddin dan Md Hanif Che Ani.
“Saya melihat Farid boleh membawa kejayaan kepada pasukan dengan menjuarai Kategori Novis tahun ini. Jentera kami banyak meningkat dan dengan kehadiran ramai pelumba bagus tahun ini dalam kedua-dua kategori, saya yakin kami boleh menggegar nanti,” kata Yuzy yang mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Modenas di sebalik kelembapan ekonomi ketika ini.

Wei Sheng mudah melangkah ke separuh akhir
PILIHAN utama kategori perseorangan lelaki bawah 18 tahun, Low Wei Sheng dari Negeri Sembilan mudah mengetepikan pemain Kuala Lumpur, Tan Kah Zhan untuk melangkah ke separuh akhir kejohanan badminton Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2009 di Kangar, semalam.
Kemenangan dengan 21-10, 21-15 itu membolehkannya menempah pertemuan dengan Nur Mohd Azryn Ayub dari Selangor yang menempah tiketnya selepas menewaskan Woon Kok Hong (Sarawak), 21-15, 21-17.
Satu lagi pertemuan separuh akhir membabitkan Tew Gee Chong (Kuala Lumpur) dengan pilihan kedua, Zulfadli Zulkifli (Selangor) selepas masing-masing mengetepikan pencabar mereka.
Tew Gee menang ke atas pemain dari Melaka, Tay Kok Hau, 21-15, 21-19 dan Zulfadli pula menumpaskan Goh Giap Chin (Pulau Pinang), 21-9, 21-11.
Sementara itu, Nur Hani Aziz dari Kuala Lumpur mencipta kejutan apabila menewaskan pilihan utama, Ng Si Er dari Kedah dalam kategori perseorangan perempuan bawah 18 tahun dengan 21-16, 7-21, 21-18.
Satu lagi kejutan berlaku dalam kategori beregu lelaki bawah 15 tahun apabila pilihan utama, Didi Ryan-Marcel Simon dari Sabah tewas kepada gandingan Perak, Willy Teh-Chan Ren Cong, 21-15, 15-21, 21-18.
Selain Nur Hani, turut melepasi cabaran suku akhir adalah pilihan kedua, Sonia Cheah Su Ya (Kuala Lumpur) yang mudah mengatasi peserta Kedah, Lim Pei Xuan, 21-7, 21-6.
Turut layak dari kategori sama ialah Yang Li Lian (Selangor) yang menewaskan Hen Yee Wah (Perak), 21-12, 21-5 dan Ng Su Tien (Perak) yang menang ke atas Chew Huey Han (Pulau Pinang), 24-22, 21-19.

Sokong skuasy
LONDON: Sukan skuasy mampu meluaskan peluang bagi lebih banyak negara untuk memenangi pingat Olimpik sekiranya disenaraikan pada Sukan Olimpik 2016.
Bekas jaguh sukan berkenaan, Peter Nicol, berkata sukan raket dalam dewan itu diterima baik dalam kebanyakan negara membangun dunia, Asia dan juga di kalangan wanita Islam.
Nicol yang berasal Scotland selaku wakil bidaan skuasy bagi temasya sukan itu berharap faktor itu akan dapat diterima ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) apabila mereka memutuskan pada Oktober depan mengenai kemungkinan untuk menambah bilangan acara pada 2016.
“Ramai pemain terbaik dunia sukan ini berasal dari negara yang mungkin tidak berada di kedudukan terbaik senarai pungutan pingat Olimpik,” kata Nicol yang menjuarai empat pingat emas Sukan Komanwel dan menjadi pemain nombor satu dunia selama 60 bulan.
Nicol David menjadi pemain nombor satu dunia selama hampir tiga tahun dan dia boleh memenangi pingat emas untuk Malaysia sebagai pingat emas Olimpik pertama yang pernah dimenangi negara itu,” kata Nicol sewaktu kejohanan Siri Super yang berlangsung di sini, kelmarin.
“Mesir ketika ini mempunyai tiga pemain lelaki dalam kelompok empat pemain teratas dunia dan Mexico juga mempunyai Samantha Tehran yang mempunyai ranking yang baik ketika ini,” katanya.
“Kita mempunyai pemain dari seluruh dunia dengan pencapaian menakjubkan dalam skuasy, bertepatan dengan gerakan Olimpik.
“Kita boleh meneroka pasaran baru dalam Olimpik dan sukan itu akan membawa manfaat sama untuk kita.
“Negara yang tidak begitu cemerlang dalam kedudukan pingat akan berjaya,” katanya.
Skuasy juga tampil sebagai sukan yang mampu memberi pulangan yang besar sewaktu dipertandingkan.
Gelanggang perspex yang mudah alih boleh diletakkan hampir di setiap venue dan terutamanya sekiranya terdapat latar belakang yang menakjubkan, ia memberi imej yang menaikkan profil televisyen bagi negara tuan rumah.
Kelemahan berpanjangan bagi skuasy ialah corak perlawanan pantas yang tidak dapat disiarkan dengan baik di televisyen.
Bagaimanapun, menurut penyokong sukan itu masalah ini dapat diatasi menerusi teknologi baru yang menjadikan bola lebih mudah dilihat. Skuasy juga menjadi sukan yang hampir disenaraikan untuk Sukan Olimpik London 2012.
Bagaimanapun, skuasy berdepan saingan hebat kali ini daripada enam sukan iaitu golf, besbol, sofbol, ragbi tujuh sepasukan, karate dan sukan berkasut roda.
Keputusan yang akan meletakkan dua daripada sukan berkenaan untuk dipertandingkan dalam Sukan 2016 akan diadakan di Copenhagen, Oktober depan. - AFP

Kontroversi tamat
SELEPAS 13 bulan berlalu dengan pelbagai spekulasi termasuk penundaan berikutan kekurangan penajaan, kini Jelajah Malaysia edisi 2009 (JM09) dilancarkan secara gemilangnya, semalam.
Majlis pelancaran imej dan pengumuman laluan JM berlangsung di Dewan Perdana Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wee Jeck Seng menamatkan kontroversi apabila memulakan saingannya pada 19 April dari Kuala Selangor sejauh 1,240km.
Malah Pengarah Eksekutif perlumbaan, Datuk Astaman Abdul Aziz mengumumkan berita gembira dengan penambahan jumlah wang tunai kepada pemenang dari RM245,000 kepada RM280,000 sekali gus menjadikan jumlah paling besar ditawarkan dalam sejarah penganjuran.
Katanya, biarpun langkah drastik menunda tarikh kejohanan terpaksa diambil disebabkan keadaan ekonomi tidak menentu, namun menjanjikan saingan akan berlangsung lebih meriah dengan penambahan satu lagi peringkat.
Beliau berkata, jika dua tahun sebelum ini saingan hanya membabitkan tujuh peringkat, tahun ini peserta akan menempuhi laluan yang lebih mencabar selain penambahan satu lagi peringkat menjadi lapan.
“Dengan penyertaan lebih banyak pasukan handalan terdiri dari 13 pasukan benua dan dua penyertaan pasukan kelab, JM tahun ini pasti akan lebih mencabar.
“Tahun ini juga laluan akan menjadi lebih sukar apabila penganjur menawarkan dua peringkat pendakian kategori satu bermula pada peringkat ketiga, Gerik ke Tanah Merah (Kelantan) dan pendakian ke Genting Hinglands,” katanya.
Astaman yang berhasrat menjadikan JM sebagai program pembangunan buat pelumba basikal negara terutama dalam pendakian berharap peluang yang diberikan di JM mampu menganjak taraf pelumba

Turun statistik
MISI Datuk Lee Chong Wei beraksi di gelanggang bukan sekadar menang untuk mengekalkan tahap konsisten ranking, tetapi paling utama, ‘menurunkan’ statistik kemenangan barisan pemain Tembok Besar China diketuai Lin Dan, kata Datuk Misbun Sidek.
Selepas menewaskan lawan utama China itu di Terbuka Switzerland di Basel, minggu lalu, Misbun mencatat nota untuk kegunaan Chong Wei apabila pemain ranking pertama dunia kembali menjalani latihan di Stadium Juara, Bukit Kiara, esok.
“Dia (Chong Wei) perlu mengekalkan prestasi seperti sekarang, mara empat final Siri Super disertai musim ini. Walaupun mara ke final sudah cukup baik tetapi masih belum memadai. Cita-cita utama menyaingi Lin Dan kerana dia pemain terbaik daripada negara berpenduduk paling ramai di dunia (1.29 bilion).
“Lin Dan setaraf Chong Wei tetapi memiliki rakan sparring berkualiti tinggi seperti Bao Chunlai, Chen Jin dan Chen Yu. Jika (Lin) bermain dua set dengan setiap tiga pemain itu selama tiga jam (tiga Siri Super), ia sudah sama seperti menentang Chong Wei. Di Malaysia, Chong Wei memerlukan lima pemain perseorangan untuk menyamai tahap seperti itu. Saya akui sukar menggugat dominasi China tetapi kita boleh menjadi pesaing sengit pada setiap sirkit,” kata Misbun.
Misbun berkata, perkara ditekankan adalah melonggarkan sedikit keunggulan China dalam acara perseorangan dalam setiap percubaan pada sirkit kompetitif antarabangsa Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
“Mengikut statistik sekarang, Chong Wei tiada masalah mara ke final dan saya tidak bimbang menentang pemain China lain kecuali Lin Dan kerana sesiapa sahaja antara mereka boleh ditewaskan kecuali jika bertembung Lin Dan pada final.
“Bagi saya, jika Chong Wei memerlukan tiga-satu (Sukan Olimpik, Terbuka China dan Seluruh England) dan kali keempat baru menang di Basel, jurang itu perlu dikurangkan, jika boleh satu menang, satu kalah, satu kalah, satu menang,” katanya.
Ditanya mengenai komitmen terhadap latihan Chong Wei dan menjaga isterinya kurang sihat, Misbun berkata: “Saya berkorban demi negara dan mempunyai anak didik. Saya tidak bawa perkara keluarga ke gelanggang. Saya serius dengan latihan, perancangan Chong Wei untuk Terbuka India, bermula 24-29 Mac ini adalah latihan empat minggu dipadatkan menjadi empat hari.
“Saya boleh kenal Chong Wei melalui bunyi suara dan ketawanya. Dia sering bertanya khabar keluarga saya. Dia patuh dan jarang membantah atau berkata ‘tidak’.

kawe 2 male(pagi) doh laye sukan lumba berbasikal track dunia di poland. laye dale tv channel ES(EuroSport) 814. jare sbenarnya laye channel ni..sbb channel ni tunjuk sukan2 utama negara2 eropah timur macam sukan salji dan basikal. tapi male kemari kawe terphetek channel ni..pkl 3 pagi meme live sukan yg malaysia hantar wakil 4 ore pelumba termasuk sore, azizul hasni pemegang rekod dunio. male kemarin tgok saringan kumpulan acara berkumpulan gapo tau..4 negara layak ko semi final, tapi malaysia duk nambo 6.. frust molek. semale tgok..saringan peringkat sebelum akhir acara keirin...yg azizul jadi pemegang rekod tu..meme masuk pusingan kedua dia dengan josiah ng. kawe dengan semangat sorok sore2 male2..3 ore akan qualify ke semi final..dan azizul yg pakai taktik relex duk belake dulu mulo2..pahtu ambat ngelas..kaba2 keno kepung tengoh..meme nyupoh sake kawe sore2..pahtu josiah ng paka tektik duk depe dulu..kaba2 sore2 litah..duk nambo 4 jugok..meme kawe nengung meta..bakpo la anok malaysia sokmo hampir2 nak maju, mesti tersasar sikik. walapon kito bulih banggo doh pelumba kita terbaik dari pelumba jepun, korea, china dan hongkong..tapi lawe ore eropah kito haloh. azizul hasni tu siap pakai jersi istimewa sebab juara dunio...apo seney2 nyo beat ko demo. xtau la nok kato rano..kawe nak tunggu lagi male ni..ado lagi acaro2 lain yg team kito akan join..ado 2 hari lagi kejohanan ni..kalu azizul ni hebat sangat..bulih wak balik so pingat xpo doh..sbb kawe tgok pengulas xsebut2 pun namo pelumba malaysia..mace asing..pakat2 tgok belako male ni..dale pkl 2-3 pagi..sajo jah kawe tulis ni..nok royak raso xpuah hati kawe dengan prestasi atlit malaysia..xtau nok royak sapo getek..bereh..
- betterman
- Ahli Jawatan Kuasa

- Posts: 2314
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Medan Usahawan, Bersebelahan Stadium Sultan Mohamed IV
Re: Info Sukan Malaysia
semale kawe kelis pulok live lumba basikal track ni...membanggakan bila..rizal tisin bulih pingat gangsa acara ujian test masa 1km..meme payoh acara ni..stail keno test sore2 finalist rama nak mamfus dekat 20 ore..sore2 keno ambak maso ore terdahulu try..meme banggo..arap pagi esok josiah ng dgn azizul hasni wat kemah..tibo2 kawe minat lumba basikal track ni..sapo nak follow bulis layari laman web ini : http://www.tissottiming.com/sports/cycling/track/cmt2009/index_selector_menu_en.htm
- betterman
- Ahli Jawatan Kuasa

- Posts: 2314
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Medan Usahawan, Bersebelahan Stadium Sultan Mohamed IV
Re: Info Sukan Malaysia
azizulhasni bulis pingat perok 100meter pecut..
tikah ckit jah es nge guu lawey..
keno teongok photopinis baru tau sapio meney..
tahniah azizul....

- mzdin
- Moderator

- Posts: 1034
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Pasir Mas -----> Terey
Re: Info Sukan Malaysia
tengok finalist semale dok kayuh, sero kenaling pung ado. tikah dok sapa sesaat pung. tahniah azizul.
![[41.gif] [41.gif]](./images/smilies/41.gif)

- kaybeeboy
- Ahli Berdaftar

- Posts: 711
- Joined: Thu Nov 06, 2008 11:40 am
- Location: Dulu Highbury, Lo Ni Emirates.
Who is online
Users browsing this forum: No registered users and 0 guests