Piala FA:Kelantan vs DBKL FC (SSMIV,06 Feb 07,8.45mlm)

Postby betterman » Mon Jan 22, 2007 8:33 pm

Penstrukturan DBKL FC


KELAB Bolasepak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL FC) merancang melaksanakan penstrukturan semula kelab dan melaksanakan program penjenamaan semula dengan matlamat untuk muncul sebagai kelab bola sepak yang diuruskan secara profesional dan menguntungkan.

Bagi tujuan itu, ia akan dimulakan dengan rombakan kecil DBKL FC dengan menukar gelaran Datuk Bandar Kuala Lumpur daripada penaung kepada pengerusi kelab.

Ahli Exco kelab pula akan dipanggil Ahli Lembaga Pengarah, selaras dengan struktur korporat dan profesional yang akan digunakan oleh kelab.

Menurut sumber kelab, pentadbiran dan pengurusan kelab dilakukan seperti kelab profesional dengan jawatan Yang Dipertua diubah kepada Ketua Eksekutif.

Jawatan lain termasuk Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Ketua Pengawai Penjenamaan (CBO) dan Ketua Pegawai Operasi (COO), selain pengurus dan jurulatih pasukan.

“Penstrukturan semula dan proses penjenamaan kelab ini selaras usaha penjenamaan semula DBKL secara keseluruhan dan menjadikan DBKL FC kelab berprofil tinggi dan terkenal bukan saja di Malaysia, malah serantau,” katanya.

Sebagai langkah awal ke arah anjakan paradigma pengurusan dan pemain yang akan memulakan aksi Piala FAM dan Piala FA bulan depan, DBKL FC merancang mengubah suai kompleks kelab yang menempatkan padang dan pejabatnya di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.

Selain itu, menerusi jalinan penaja dengan syarikat bertaraf antarabangsa, penjenamaan kelab akan dilaksanakan di sebanyak 30 ruang iklan luar rumah dan 1,000 iklan pada teksi di Lembah Klang, laman web rasmi DBKL FC, akhbar rakan media, stesen televisyen dan paparan skrin besar LED di seluruh negara.

Untuk program jangka pendek, DBKL FC sedang meninjau pemain berkualiti untuk diserapkan dalam pasukan sebagai persediaan untuk pertandingan musim ini dan musim depan.

“Kelab juga akan mencari bakat baru dari seluruh negara menerusi rancangan realiti televisyen dengan pemilihan pemain yang agak ketat. Seperti program realiti lain, ia membabitkan penyertaan penonton menerusi undian SMS dan internet,” katanya.

betterman
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 2314
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Medan Usahawan, Bersebelahan Stadium Sultan Mohamed IV

Postby azjuan » Tue Jan 23, 2007 12:11 am

tok bimbe mano
DBKL bule makey
:-D :-D :-D

azjuan
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 3739
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Hilir Bandar London

Postby Aj » Tue Jan 23, 2007 9:39 am

azjuan wrote:tok bimbe mano
DBKL bule makey
:-D :-D :-D
YANG PENTING KENA KONSISTEN DAN TIDAK MUDAH LEKA...

P/S: JUAN TU...MALAYSIA MALE NI GUANO...

Aj
Moderator
Moderator
 
Posts: 899
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Mache + ArmPunk +UK + UKM + Kg Attap

Postby cahketing » Thu Jan 25, 2007 2:06 pm

Kita jadikan DBKL ni sebagai lauk.....kalah malu wey....

cahketing
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 112
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Putrajaya

Postby anokkelate » Thu Jan 25, 2007 4:22 pm

slices wrote:Kelantan tidak boleh menggunakan pemain import untuk perlawanan ni.

Ini adalah syarat dari FAM yang menyatakan bahawa pasukan liga super & perdana yang menentang pasukan dari liga FAM dalam apa jua kejohanan anjuran FAM dilarang menggunakan pemain import.Tapi pasukan liga FAM buleh guna pemain import kalu lawan pasukan liga super & perdana...


bagi kawe,kekuatan Kelantan tidak terjejas dengan pemain tempatan menjadi tunjang pasukan.tapi pastikan pemain kelate x pandang rendah pasukan lawan....kea lamo buleh malu,sesal x abih laaa...



molek jugok....
kure2 buleh la bui ko stiker tempatan main....
napo buleh la tengok gandingan safuan ngan saupi...
ko lagu mana...biar kafa buko mato skit tengok kebolehan
anak tempatan bandingan ngan romero tu...

anokkelate
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 790
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: northVarsity Sintok+wakaf Bharu+Pasir Mas

Postby feez » Thu Jan 25, 2007 5:45 pm

kawe sokong jugak nie la peluang lattif nak tunjuk ko cikgu Rahim dia patut di beri perhatian!!!!! sebab kawe kenal dooh dengan dia. Dia nie senior kawe masa sekolah dulu. memang bagus dia nie.

feez
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 316
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: SSM4 KOTA BHARU , Manchester United Old Traford + Kubang Batang+ Bandar Utama

Postby habib » Fri Jan 26, 2007 10:54 am

ayuh kijang, jadikan DBKL sebagai mangsa pertama Piala FA...asalkan buleh g pusingan seterusnya pun takpo doh...tok kisah mene berapo pun

habib
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 141
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby Aj » Fri Jan 26, 2007 12:58 pm

habib wrote:ayuh kijang, jadikan DBKL sebagai mangsa pertama Piala FA...asalkan buleh g pusingan seterusnya pun takpo doh...tok kisah mene berapo pun


BAGI KAWE KEMENANGAN BESAR AKAN MENAIKKAN SEMANGAT KITO...UNTUK BERJUANG...
KAWE JANGKA KEMENENGAN BESAR DICIPTA.....

HIDUP ANAK TEMPATAN...TANPA ROMERO PUN TAKPO....
ADO ROMERO PUN SUPO MAIN SEPULUH ORE JAH ATAH PADE....

SAPO SETUJU NGAN KAWE...!!!!!!!

Aj
Moderator
Moderator
 
Posts: 899
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Mache + ArmPunk +UK + UKM + Kg Attap

Postby feez » Fri Jan 26, 2007 6:15 pm

nie yang susah sikit sebab kita tidak ketahui tentang DBKL

feez
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 316
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: SSM4 KOTA BHARU , Manchester United Old Traford + Kubang Batang+ Bandar Utama

Postby kelate2346 » Sun Jan 28, 2007 1:16 pm

Memori tahun 2006...

Sepanjang tahun 2006...saya pernah menyaksikan 3-4 kali perlawanan yang melibatkan team DBKL samada di peringkat liga (Liga FAM) mahupun aksi persahabatan di stadium Cheras. Antaranya...menentang Johor Pasir Gudang, ATM, Mindef, pasukan Liga Perdana Kuala Lumpur dan bla-bla lagi...bukannya dicop penyokong team DBKL tetapi sekadar memenuhi aktiviti riadah di waktu malam (pasa rumoh dekat dengan stadium jah...)

Mengikut pemerhatian saya...prestasi pasukan DBKL dalam setiap game tersebut adalah berskala sederhana sahaja...setiap aksi...penyerang mereka mampu menjaringkan gol...sementara gawang mereka pula agak mudah dibolosi...kekuatan/senjata mereka adalah dibahagian sayap yang agak 'hidup' merencanakan serangan...setiap gol yang dijaringkan selalunya melalui posisi tersebut. Awang impot mereka pula lebih bertindak sebagai pengumpan dan prestasinya tidaklah sehebat mana...kawe yakin...pertahanan kite mampu menanganinya...itupun kalau mereka masih mengekalkannya.

Rasanya...tidak ada apa yang perlu digusarkan...tetapi jangan pula kite mengambil mudah!

kelate2346
Moderator
Moderator
 
Posts: 690
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby kelate2346 » Fri Feb 02, 2007 11:01 am

Info ringkas...

Petang rabu (31/01/07) lepas, pulang dari pejabat...saya singgah di Stadium Cheras, ingatkan ado game...pasal nampak dari luar ado player ditengah padang...bolehlah layan sekejap. Rupa-rupanya team DBKL sedang training...

Diringkaskan...saya sempat berbual/bersembang dengan seorang pegawai pasukan DBKL disamping bertanyakan serba sedikit info berkaitan pasukan tersebut (nyamar ckit :wink: :smile: )

Antara percakapan yang relevan:

Saya : Ni team maner bang?...ader game ker malam ni?
Peg DBK: Team DBKL utk saingan Piala FA...kite jumpa Kelantan di KB 6hb ni...

Saya : Nampak ramai player baru...tgk muka ader dari bekas player Presiden KL?
Peg DBKL: Memang...kite ader ambik 2-3 player bekas Presiden KL taun lepas...

Saya : Muda-mude saya tgk...
Peg DBKL: Memang... taun ni pengurusan nak budak2 mude je...fitness diutamakan!

Saya : Tak nampak pemain import?
Peg DBKL: kite tak guna pemain import...tgk dulu selepas 3-4 game

Saya : Pernah buat friendly ker ngan team Liga Perdana KL?
Peg DBKL: Pernah...minggu lepas...walaupong kalah tipis tapi 30 minit pertama kite control

Saya : Agak-agak macamaner jumper Kelantan nanti?
Peg DBKL: Kite jumper team negeri...mungkin berat sikit...tapi kite akan cuba...

Ditengah padang...coach DBKL membahagikan pasukan kepada dua (2) kumpulan :
- sebelah kiri padang.. latihan menyepak bola ke pintu gol...ala-ala penalti (ado 4-5 ore)
- sebelah kanan padang...latihan set-piece & tandukan-tandukan kearah pintu gol (majoriti pemain)


Saya tak bawak kamera masa tu..tidok gak bulih ambik & letok sini...tgk ari ni guano pulok heheee

kelate2346
Moderator
Moderator
 
Posts: 690
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby betterman » Sat Feb 03, 2007 7:36 pm

ado import plok doss.. terlepas peluwe nak tgok cikgu atur team tanpa pemain import. sebenarnya menarik kalu skali skala kita main tanpa pemain import. nak uji keberkesanan pemain mana akan backup position pemain import nanti kalu apa2 hal berlaku. contoh kita ganding safuan-saufi or saufi-latif backup striker test untuk romero-danilo. attacking mid bulih wi latif atau ezrie shafizi main backup position barazza. yo la kalu seksok kita kesuntukan tanpa pemain import lagumano? musim lepas berlaku akhir musim(rujuk: bila kita kehilangan haruna ketika liga masih penting, sarif dan saranuat di hantar balik ketika baki liga masih banyak, romero dan patro di ambil akhir musim), krisis ini berlaku dan mungkin boleh berlaku pulak atas apa2 sebab. tapi loni yang petingnyo persefahaman posisi dan formasi atas pade. barazza danillo harus diuji sebanyak mungkin sebagai pelorong bola dan pendukung kepada sentuhan pembunuh saudara gustavo romero yang kita cintai. to be true, meme romero xmembunuh sebab gandingan tengah baru, baru di bentuk hampir 100%. sapo hok main sekali dgn romero dari midfield hingga striker sejak musim lepas? faizol che noh dan safuan jah!! tu pun brapo game2 last jah. musim lepas sapo midfielder dan gandingan striker hok tulung romero wak gol? (piya, matyo, abe, matlan, safuan & faizol). dua ore terakhir tu diganding dengan romero beberapa game terakhir. jadi ianya terbukti gandingan tengah dan penyerang serba baru tahun ni boleh dibuat alasan kenapa romero tak menjadi(read: alasan). jadi gandingan baru ni kena tunggu lamo lagi la sikit untuk jolok bola biar smakan dengan romero. ko rano?
1st 11 kegemaran kawe untuk game ni;

-----------------------AMINI------------------------
---JAHAR---JENGGO---KHAIRAN----ROPI----
---FAIZOL---MATYI-----BARAZZA---NIK-----
---------------DANILO--ROMERO----------------

betterman
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 2314
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Medan Usahawan, Bersebelahan Stadium Sultan Mohamed IV

Postby feez » Sat Feb 03, 2007 7:42 pm

bereh la lagu too nie la peluang mu Romero ... kalau tak score lagi aku tak tahu nak royak gapo doh ko mu...... :eek:

feez
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 316
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: SSM4 KOTA BHARU , Manchester United Old Traford + Kubang Batang+ Bandar Utama

Postby habib » Mon Feb 05, 2007 10:10 am

kito tgk lagu mano prestasi romero tp hok penting kito arap team kelate leh mene game ni. main tempat sendiri pulok tuh...import dua lagi tuh pun kalu tok sir keno reject supo import belum ni wat molek main...

p/s--->akar2 kdn hok g stadium game nih kalu leh tulun2 etek pok nik edar poster futsal KDN di depan kaunter beli tiket deh...pok nik maybe start ngedar bermula jam 6 pm...

habib
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 141
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby lah24 » Tue Feb 06, 2007 12:05 am

kawe rasa kita tidak akan menghadapi banyak masalah menentang DBKL tetapi dgn syarat kita jangan memperlekehkan pasukan lawan. kita mesti beranggapan pasukan lawan juga bagus.

apapun kawe prust sbb ketiga-tiga game di SSM 4 berlangsung pada hari sekolah. frust. frust.

ramalan: kelantan 4 dbkl 0

lah24
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 65
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby kelate2346 » Tue Feb 06, 2007 10:19 am

off topic :
semale ambo ado gi kelih KL training di Stadium Cheras...lepah training dee jugok bual semeta denge Khairan Edwan (adik Khairan Eroza)...dio royak dale Piala FA...mana-mana team dari Liga Super/Perdana TIDAK DIBENARKAN menggunakan pemain import sekiranya mereka bertemu team dari Liga FAM. Sebaliknya jika lawan mereka yang juga dari Liga Super/Perdana...maka pemain import boleh diturunkan...

Dengan erti kata lain...harapan abey Betterman@kito utk tgk local striker sahaja beraksi male ni mungkin menjadi realiti...samo-samo kito pakat tunggu male ni...


Kawe serro kito bulih mene male ni...paling kure 2 butir

Last edited by kelate2346 on Tue Feb 06, 2007 12:07 pm, edited 1 time in total.
kelate2346
Moderator
Moderator
 
Posts: 690
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby kelate2346 » Tue Feb 06, 2007 12:05 pm

slices wrote:Adik Khairan (Khairan Edwan) ni main mano?ngan DBKL ko?

male ni mungkin kawe x dapat masuk ke e-stadium sbb kerja yang terlampau sibuk...kawe harap geng di KB dapat divert kepada sesiapa yang sanggup jadi perantara antara SSM4 ngan e-Stadium male ni...

Kelate mene...sebutir pun xpo...banyok butir LAGIIIIIII takpo...kena roll-out male ni,jange sipe kuku kor,taring kor....sebab pusingan ke-2 akan ada undian balik...


Dio maing ngan team Liga Perdana KL...depend alik kanan...orangnya cukup peramah!
Male ni set dio/KL jupo Johor FC...

KELATE MENE MALE NI...INSYALLAH!

kelate2346
Moderator
Moderator
 
Posts: 690
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby emeet » Tue Feb 06, 2007 12:24 pm

kelate2346 wrote:
slices wrote:Adik Khairan (Khairan Edwan) ni main mano?ngan DBKL ko?

male ni mungkin kawe x dapat masuk ke e-stadium sbb kerja yang terlampau sibuk...kawe harap geng di KB dapat divert kepada sesiapa yang sanggup jadi perantara antara SSM4 ngan e-Stadium male ni...

Kelate mene...sebutir pun xpo...banyok butir LAGIIIIIII takpo...kena roll-out male ni,jange sipe kuku kor,taring kor....sebab pusingan ke-2 akan ada undian balik...


Dio maing ngan team Liga Perdana KL...depend alik kanan...orangnya cukup peramah!
Male ni set dio/KL jupo Johor FC...

KELATE MENE MALE NI...INSYALLAH!


Khairan Ezwan (EX TNB Kelantan)
Posisi : Right Back

** Dia ado gi bekwoh kawe bersama-sama dgn khairan,haruna, Izuan rani,Mudin dan beberapa ore lagi..maso tuh TNB baru bubar dan tarik diri dari Liga-M. Kawe tanyo bakpo tok kelik main dgn Kelate nyo? buleh peregu adik-abe. Dio kato tau beraso malas balik lagi...takut gaji talal / apa yg dibayar oleh KL lebih daripada apa yg dia dapat jika balik main dgn Kelate.

emeet
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 449
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Kota Damansara

Postby K4L » Tue Feb 06, 2007 5:13 pm

kawe optimis boleh mene male ni walaupun kita turun tanpa pemain import.
cuma jgn pandang rendah jah keupayaan lawan.

DBKL drew in its first competitive match - against Tambun Tulang of Perlis in FAM League

K4L
Moderator
Moderator
 
Posts: 369
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Gomo Kelate Gomo

Postby Merang » Tue Feb 06, 2007 5:16 pm

Insya Allah mudah-mudahan Kelate akan mencapai kejayaan sulung dalam perlawanan pertama Piala FA kali ini. Bagi die hard fans kito hok duk Kb tuh samo2 pakat turun bagi support kepada pasukan kesayangan kito ni.

U Never Walk Alone.....
The Red Heads!!!!!

Merang
Moderator
Moderator
 
Posts: 523
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: teacher's garden-one step

Next

Return to Arkib Ulasan 2006/2007

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron

Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)