Piala Malaysia:Kelantan vs Melaka (SSM4,10/2/07,8.45mlm)

Postby Aj » Mon Feb 12, 2007 9:24 am

kijemudo wrote:Sedikit pembetulan hok abe slices:

Game ATM lwn Kelantan BUKE 17.2.2007, HOK SEBENAR PADA 18.2.2007 (AHAD)
Kebetulan Tahun Baru Cina.

**** acu komen sikit, bakpo gak demo tu (FAM) kure cekap wat jadual... supo x dak ari lain jah..
rayo2 pun ado bola jugop ko...
time kelik klate... main sini pulop....

Aj
Moderator
Moderator
 
Posts: 899
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Mache + ArmPunk +UK + UKM + Kg Attap

Postby emeet » Mon Feb 12, 2007 10:42 am

Frust...sebab 2-2 team kesayangan mengalami senario yg sama :

KEL 0 vs 2 MELAKA

NEW 2 vs 1 LIV

: Persamaannya adalah 2-2 team kegemaran ambo control game dan possesion dgn peluang yg terhidang bagai diberi percuma...namun gol gagal menjelma....:(

p/s: Abe kijemudo....tulong buat post mortem mengenai situasi Halim..bakpo dia dikeluarkan selepas buat SILAP lagu tuh..sedangkan game berbaki 2-3 minit jah lagi....coach dan management kena ada sedikit ilmu SIKOLOGI.....

emeet
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 449
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Kota Damansara

Postby betterman » Mon Feb 12, 2007 7:33 pm

Melaka lega aksi Kamarulzaman bertemu Kelantan


Oleh Nazri Abu Bakar


PRESTASI memberangsangkan penjaga gol berpengalaman, Kamarulzaman Hasan nyata melegakan skuad Melaka selepas dia menyelamatkan lebih lima percubaan bahaya Kelantan untuk membantu mengecewakan tuan rumah 2-0 di Stadium Sultan Mohd ke-IV Kota Bahru kelmarin.

Kemenangan pada aksi pembukaan Piala Malaysia itu mendorong kepada persembahan lebih istimewa selepas ini buat pemain Melaka, termasuk Kamarulzaman yang sebelum ini direhatkan untuk memberi laluan kepada penjaga gol muda, Mohd Jibrail Kamaron.

Pengurus pasukan Melaka, Ramli Mohd Ali berkata, pasukan amat menghargai sumbangan Kamarulzaman dan semua pemain yang beraksi ketika menewaskan Kelantan berikutan kemenangan itu sememangnya amat dinanti untuk menyuntik moral pemain beraksi lebih cemerlang selepas ini.

Katanya, langkah merehatkan bekas penjaga gol Sarawak ketika aksi berdepan Sabah dan Sarawak sebelum ini, dilihat sebagai satu pengajaran paling bernilai untuknya kembali semula dalam kesebelasan Melaka.

"Kehadirannya kali ini amat bertepatan dan kena pada masanya, berikutan tersenarainya dalam pasukan dia kembali dengan prestasi sebenar. Namun kekasaran pemain tuan rumah Md Arman Zairi kepada Kamarulzaman amat dikesali.

"Bagaimanapun, tindakan pengadil melayangkan kad merah kepada pemain terbabit sedikit memberi jawapan kepada hukuman yang setimpal buat pemain terbabit, kerana bertindak di luar kawalan,"katanya sambil mengharapkan Kamarulzaman akan bertindak cemerlang ketika berdepan Terengganu pada saingan Liga Super di Stadium Hang Jebat, Rabu ini.

Selain Kamarulzaman dan Jibrail, Melaka mempunyai tiga penjaga gol dengan seorang lagi adalah bekas penjaga gawang kebangsaan, V Murugan yang masih cedera ketika berdepan Perlis.



Oleh Nazri Abu Bakar

Sementara itu, jaringan penyerang dari Argentina, Eduardo Escobar belum mampu melegakan pengurusan menerusi persembahannya ketika ini yang masih memerlukan sentuhan lebih bertenaga.

Ramli berkata, dua jaringan Escobar pada minit ke-41 dan 48 menyumbang kejayaan pasukan, namun dia perlu mempertingkatkan usaha untuk melonjakkan pasukan.

Beliau berkata, ketika ini persembahan Melaka dilihat amat positif selepas tewas kepada Sabah di pentas Piala FA sebelum ini dan berjarap skuad kendalian E Elavarasan itu akan terus menyerlah di pentas Liga Super selepas ini.

Malah Ramli berkeyakinan barisan tengah dikemudi bekas pemain Selangor dan Sabah, Shahril Arshat mampu membentuk sentuhan lebih berkualiti untuk memperbaiki kedudukan pasukan di carta Liga Super.

betterman
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 2314
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Medan Usahawan, Bersebelahan Stadium Sultan Mohamed IV

Re: ambik positif sokmo

Postby habib » Tue Feb 13, 2007 12:19 am

berilah sedikit harapan kepada skuad kelate..dengan mengambil sikap positif..tidak salah rasanya kerana game pun masih di awal musim..tapi kita harap persediaan dari segi mental dan fizikal akan sering dilakukan dari masa ke semasa..tidak terlalu adil rasanya jika hanya satu dua pemain yg off form kita tidak menyokong seluruh jentera pasukan walaupun kerana satu dua pemain ini mungkin telah meranapkan peluang pasukan kita..

habib
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 141
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby Aj » Tue Feb 13, 2007 2:07 pm

hondacrx wrote:yo lo koh halim keluar dari kem kelate. bakpo pulok


ngaju kawe sero....
tapu mungkin banyak rumours yang akan timbul....

Aj
Moderator
Moderator
 
Posts: 899
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Mache + ArmPunk +UK + UKM + Kg Attap

Previous

Return to Arkib Ulasan 2006/2007

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron

Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)