Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah 2009

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby epiebeck » Sun Nov 29, 2009 12:56 pm

Halim sasar juara tebus kegagalan

Ditulis oleh : Sinar Harian
29 November 2009


KOTA BHARU - Penjaga gol sensasi Kelantan, Halim Napi bertambah yakin dengan kebolehan pemain Kelantan dalam Kejohanan Piala Emas Raja-Raja setelah berjaya menjuarai peringkat kumpulan.

Setelah seminggu menjalani latihan kini beliau bersedia bagi berhadapan dengan pasukan Kedah di perlawanan pusingan suku akhir yang bakal diadakan Isnin ini di Stadium Sultan Muhammad ke-1V.

Menurutnya, beliau meletakkan sasaran untuk menjuarai kejohanan ini bagi menebus kegagalan beliau dalam perlawanan akhir Piala Malaysia ketika bertemu Negeri Sembilan.

“Walau masa latihan untuk bersiap sedia agak singkat tetapi saya tetap yakin pasukan ini boleh menewaskan pasukan Kedah di perlawanan akan datang.

“Selain saya pasukan ini juga telah diperkuatkan dengan kehadiran lima pemain Liga Malaysia yang bakal membantu pasukan ini untuk meraih kejayaan seterusnya membawa pulang Piala Emas Raja-Raja kembali ke Kelantan,” katanya.

Lima pemain tersebut ialah Azlan Ismail dari Terengganu, Tengku Hasbullah Tengku Hassan dari KL Plus, Faizal Abdullah dari Melaka, Khairoza Azmi dan Arman Zairi dari PDRM bakal memperkasakan barisan Kelantan.

“Saya lihat melalui persaingan tahun ini, pasukan PBSMK ada harapan untuk menang lebih-lebih lagi kesemua pemain telah menjalani latihan lebih awal.

“Berdasarkan prestasi yang telah ditunjukkan dalam perlawanan persa-habatan lalu kesemua pemain berada dalam keadaan yang baik malah kecergasan mereka semakin bertambah setelah menjalani latihan yang ketat,” katanya.

Berdasarkan pengalaman yang ada, beliau yakin pasukan ini bakal menjuarai Piala Agong tahun ini untuk mengubati kekecewaan peminat pasukan Kelantan di atas kekalahan lalu.

“Pasukan ini perlu menjuarai kejohanan ini agar dapat mengubati kekecewaan penyokong Kelantan dan saya berharap agar penyokong Kelantan hadir beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada pasukan ini.

“Dengan sokongan penyokong Kelantan ia dapat meningkatkan lagi semangat pemain dalam perlawanan itu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kecicirannya dalam pasukan Red Warriors bagi musim 2010, beliau enggan mengulas mengenainya malah beliau telah ditawarkan sebagai jurulatih penjaga gol Kelantan musim hada-pan.

epiebeck
Moderator
Moderator
 
Posts: 1477
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Pekan, Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelate & UPM Serdang

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby epiebeck » Sun Nov 29, 2009 1:06 pm

Pemain pamer prestasi terbaik

Ditulis oleh : Sinar Harian
29 November 2009


KOTA BHARU - Pemain Kelantan berjaya menundukkan pasukan pilihan Pemuda Kota Bharu (PKB), 2-0, dalam siri perlawanan persahabatan sebagai persediaan bertemu pasukan Kedah dalam Kejohanan Piala Raja-Raja.

Dalam perlawanan tersebut yang diadakan di padang Universiti Sains Malaysia (USM) membuktikan pasukan Kelantan bukanlah saingan malah mereka mempamerkan prestasi yang baik sepanjang perlawanan itu.

Di awal permainan Kelantan dilihat menguasai perlawanan malah pasukan ini turut mendahului lawan, apabila Tengku Hasbullah Tengku Hassan menjaringkan gol pertama Kelantan di minit ke 20 separuh masa pertama.

Setelah rehat, pasukan Kelantan menggandakan asakan sehingga memaksa pasukan PKB bertahan tanpa serangan. Serangan bertalu-talu daripada pihak lawan dilihat merbahaya apabila beberapa cubaan Kelantan hampir menjaringkan gol.

Ailim Fahmi pula berjaya menyempurnakan jaringan kedua buat pasukan Kelantan. Hasil jaringan tersebut Kelantan berjaya menambahkan gol sehingga ke akhir perlawanan.

Jurulatih Kelantan, Anizan Daud berkata, kesemua pemain yang diturunkan kelmarin berjaya mempamerkan kebolehan dan perlawanan persahabatan ini boleh menilai dan memperkemaskan lagi persediaan Kelantan.

“Perlawanan kelmarin agak bagus tetapi banyak lagi yang perlu diperbaiki seperti penyesuaian posisi pemain. Seperti yang diketahui pasukan Kelantan kini telah ditambah dengan dua kekuatan pemain baru.

“Kedatangan Halim Napi dan Ailim Fahmi secara tak langsung memperkuatkan lagi barisan Kelantan dan saya yakin dengan ketangkasan mereka berdua,” katanya.

Menurutnya, perlawanan persahabatan ini menjadi medan ujian kepada pemain untuk menilai sejauh mana keberkesanan kerjasama di antara pemain manakala dari segi kecergasan pula kesemua pemain cukup menyakinkan setelah seminggu menjalani latihan.

“Saya percaya dalam perlawanan akan datang anak buah saya telah bersedia untuk menghadapi pasukan Kedah di sini. Saya yakin mereka bakal mempamerkan permainan yang menarik.

“Ditambah lagi dengan sokongan daripada penyokong saya yakin ia bakal menyemarakkan lagi sema-ngat juang para pemain,” katanya.

epiebeck
Moderator
Moderator
 
Posts: 1477
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Pekan, Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelate & UPM Serdang

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby epiebeck » Mon Nov 30, 2009 8:34 am

Annuar mahu 'jamin' skuad Kelantan

Ditulis oleh Utusan Malaysia
30 November 2009


KOTA BHARU - Jika masih tidak mendapat surat jaminan daripada kerajaan negeri untuk membantu skuad Kelantan pada saingan Liga Malaysia musim depan, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menawarkan dirinya sendiri sebagai jaminan untuk selesaikan masalah tersebut.

Ia dilihat sebagai alternatif terakhir kerana surat jaminan yang dipohon daripada kerajaan negeri sejak awal November masih belum diterima.

Annuar berkata, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menetapkan beberapa syarat untuk dipenuhi oleh setiap pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia dan Kelantan telah memenuhinya kecuali syarat mempunyai peruntukan RM2.5 juta dalam kantung persatuan.

Katanya, FAM hanya memberi kelonggaran sekiranya sesebuah persatuan dapat memberi jaminan bahawa jumlah RM2.5 juta itu dapat disalurkan melalui penajaan atau kerajaan negeri.

"KAFA tidak ada RM2.5 juta malah kita masih lagi ada hutang lapuk sejak lapan tahun lalu. Tapi itu adalah syarat wajib yang dikenakan FAM ke atas semua pasukan tanpa sebarang pengecualian. Ia adalah satu perkara yang amat berat kepada KAFA kerana kita sudah dua tahun bergerak sendiri.

"Saya faham kerajaan negeri pun ada masalahnya juga. Kalau ada (surat jaminan) Alhamdulillah, terima kasih, kalau tak ada, tak apa.

"Saya cuma tak sanggup cicirkan pasukan kita hanya kerana syarat ini. Kalau semua alternatif gagal, saya sendirilah yang akan buat jaminan, itu pun kalau lakulah," katanya sinis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Aidiladha Bersama Warga Tani KADA di Dataran Warisan, Kok Lanas semalam.

Turut hadir pemain pasukan bola sepak Kelantan diketuai Indra Putra Mahyuddin yang menyumbangkan daging korban kepada 200 penduduk sekitar yang kurang berkemampuan.

Menurut Annuar, FAM menetapkan tarikh hingga hari ini untuk setiap pasukan memenuhi syarat-syarat penyertaan yang telah ditetapkan.

Katanya KAFA sudah menghantar Naib Presiden dan Setiausahanya untuk berunding secara langsung dengan badan induk bola sepak Malaysia bagi menyelesaikan perkara tersebut.

"Masalah pembayaran caruman Kumpulan Wan Simpanan Pekerja (KWSP) misalnya kita cuba selesaikan dengan pihak itu dengan kaedah membayar secara ansuran.

"Setiap kali perlawanan di Stadium Sultan Muhamed IV kita akan potong sebahagian kutipan untuk tujuan itu dan kita sudah mendapat surat kebenaran," kata Annuar.

Dalam pada itu beliau berkata pasukan Kelantan pada musim hadapan akan menggunakan lambang 1Malaysia pada jersinya.

Katanya perundingan telah pun dibuat dengan syarikat UMBRO yang merupakan penaja baru pakaian rasmi pasukan tersebut.

epiebeck
Moderator
Moderator
 
Posts: 1477
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Pekan, Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelate & UPM Serdang

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby epiebeck » Wed Dec 02, 2009 1:09 pm

Kemelut KAFA akhirnya terlerai

Ditulis oleh Utusan Malaysia
2 Disember 2009


KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akhirnya mengesahkan sudah berpeluang membawa cabaran skuad Kijang bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan apabila kemelut kewangan telah berjaya dileraikan.

Terima kasih kepada penaja-penaja yang telah mematikan kebimbangan KAFA dan penyokong Kelantan dan menghidupkan impian untuk mengejar kejuaraan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, syarat yang dikenakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya setiap pasukan yang ingin menyertai Liga M mempunyai dana RM2.5 juta akhirnya dapat dilunaskan.

Menurutnya, Kumpulan Al-Hamra sekali lagi akan menjadi penaja utama pasukan The Red Warriors bagi musim 2010 dengan jumlah penajaan RM2 juta.

"Bagaimanapun, kita masih mengharapkan bantuan daripada kerajaan negeri untuk sama-sama membantu dalam membangunkan bola sepak di negeri ini termasuk mengurangkan levi dan meningkatkan prasarana stadium.

''Di samping itu, kita juga mengharap banyak lagi korporat untuk tampil dari segi penajaan," katanya kepada media di sini semalam.

Terdahulu, Annuar menghadiri majlis menandatangani dokumen penajaan bersama antara KAFA dan Yusmira Trading yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Azlan Mohamad.

Juga dengan sebuah akhbar tabloid yang diwakili oleh Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah .

Pada majlis tersebut KAFA menerima tajaan berjumlah RM200,000 daripada Yusmira dan RM200,000 lagi daripada Kumpulan Karangkraf yang disifatkan Annuar sebagai sangat bermakna ketika KAFA berada dalam keadaan terdesak.

"Kita juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Air Asia yang sekali lagi bersetuju untuk menaja urusan penerbangan dalam dan luar negara kepada pasukan Kelantan.

"Kerjasama yang terjalin ini sungguh bermakna dan kita pasti mereka (penaja) akan mendapat pulangan melalui pengiklanan," ujarnya.

Jelas Annuar, Kelantan akan terlibat dalam hampir 60 perlawanan peringkat domestik dan antarabangsa termasuk perlawanan persahabatan serta kejohanan peringkat serantau seperti kejohanan Liga Juara-Juara Kelab Liga M dan Liga S yang akan disertai Kelantan bagi musim 2010.

Katanya, ini pastinya akan mendatangkan impak yang cukup baik kepada para penaja dalam meluaskan lagi pasaran perniagaan mereka.

epiebeck
Moderator
Moderator
 
Posts: 1477
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Pekan, Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelate & UPM Serdang

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby ronaljad » Sun Dec 06, 2009 3:01 pm

Joerard wrote:
pahlawemeroh wrote:KAFA pohon geran RM2 juta

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memohon permohonan geran sebanyak RM2 juta daripada kerajaan negeri sebagai jaminan untuk pasukan Kelantan beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Komitmen bersama kerajaan negeri adalah penting dalam membangunkan sukan yang menjadi perhatian seluruh rakyat ini dengan pencapaian mengejut skuad Kijang musim ini.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, geran tersebut akan dijadikan bukti kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang meletakkan syarat setiap pasukan perlu mempunyai kekuatan kewangan untuk bersaing.

Justeru katanya, permohonan secara rasmi akan dibuat dan KAFA berharap kerajaan negeri dapat membantu untuk memastikan Kelantan dapat meneruskan kecemerlangan.

“Perkara 2.6 dalam syarat kelayakan yang ditetapkan oleh FAM mewajibkan setiap pasukan bertanding mempunyai surat sokongan daripada kerajaan atau mana-mana penaja sebagai bukti kekuatan kewangan.

“Bagi KAFA, kita memerlukan sekurang-kurangnya RM3 juta untuk menyertai liga musim depan oleh itu kita memerlukan sokongan daripada semua pihak,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma KAFA di sini, semalam.

Annuar berkata, KAFA akan turut mencari sumber lain yang dapat membantu persatuan dalam apa juga bentuk terutama sekali melalui penajaan.

Ujarnya, kutipan tiket musim depan juga dijangka mampu membantu dengan dianggarkan sejumlah RM2 juta hingga RM2.5 juta mampu dikutip.

“Jumlah ini boleh membantu kewangan pasukan antara 50 ke 60 peratus tetapi ia masih tidak mencukupi kerana jumlah yang diperlukan untuk menguruskan sebuah pasukan bola sepak profesional adalah sangat tinggi.

Sementara itu, dalam sidang akhbar yang sama, Annuar turut mengumumkan enam pemain baru yang berjaya diajak beraksi bersama dengan skuad Kijang musim depan.

Mereka adalah Syed Adney Syed Husin sebagai penjaga gol, S. Subramaniam dan Azizi Mat Rose di bahagian pertahanan; Shakir Shaari (pemain tengah) dan tiga pemain penyerang baru iaitu Nor Sharul Idlan Talaha, Akmal Rizal Rakhli dan S. Chanturu yang beraksi dengan Pulau Pinang musim ini.

Jelas beliau, penambahan ini juga menandakan berakhirnya masa depan bersama Skuad Kijang buat beberapa nama yang menjulang Kelantan musim ini termasuk Mohd. Khalid Jamlus dan Mohd. Halim Napi.

“Kita memerlukan pasukan muda dan bertenaga untuk membawa pasukan dalam saingan musim akan datang oleh itu beberapa pemain lama terpaksa disingkirkan,” tambahnya.

guano ni boh...duit KAFA xberapo kemah lagi ni....


Nak kemah kok mano koho duk bayar denda FAM jah...
Kerajaan negeri keno tulung skali ni, jange mari tunjuk muka bila Kelate masuk Final jah...


kerajaan negeri nk tolong sangat, tapi gak kalu nk gak kene la ikut saluran yg betul....g bice molek nge kerajaan negeri...ni gak dok gege dale surat koba jah..

ronaljad
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 316
Joined: Fri Apr 04, 2008 12:15 am
Location: tanah merah n north port

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby epiebeck » Wed Dec 09, 2009 8:21 am

Hairuddin ke Kelantan?

Ditulis oleh : Kosmo
9 Disember 2009


Image
HAIRUDDIN (kiri) disebut-sebut bakal menyertai skuad Kelantan musim depan.

SELEPAS berjaya memikat beberapa pemain bintang yang akan memantap- kan skuad musim depan, Kelantan seperti masih belum berpuas hati.

Kini giliran penyerang sensasi T-Team, Hairuddin Omar menjadi sasaran mereka.

Bekas pemain kebangsaan itu yang berjaya menjulang Piala Malaysia bersama Negeri Sembilan, November lalu dikhabarkan akan menjadi pemain kelapan menyarung jersi Kelantan untuk musim depan.

Sumber Kosmo! memberitahu, Hairuddin kini hampir pasti akan menyer- tai Kelantan untuk menghadapi saingan Liga Super musim 2010.

Menurutnya, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan Hairuddin kini berada pada peringkat akhir perbinca- ngan sebelum menandatangani kontrak bersama The Red Warriors.

"Perbincangannya sudah pada peringkat serius dan sekiranya ia menjadi realiti, kehadiran Hairuddin pastinya memantapkan lagi kekuatan Kelantan.

"Jika segalanya berjalan lancar, beliau akan menandatangni kontrak sece- pat mungkin dan akan terbang ke Bangkok untuk menyertai sesi latihan bersama pasukan Kelantan di sana," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, ketika tarikh pendafta- ran pemain akan berakhir hari ini, Hairuddin mungkin akan menjadi pemain terakhir melengkapkan senarai pemain Kelantan musim depan.

Jelasnya, kehadiran Hairuddin akan memantapkan lagi bahagian serangan Kelantan yang kini memiliki Indra Putra Mahayuddin, Akmal Rizal Rakhli, Nurshahrul Idlan Talaha, Norfarhan Mohamad dan S. Chanturu.

Sebelum ini Norhafiz Zamani Mis- bah dan K. Soley turut dikaitkan akan beralih angin ke Kelantan, namun ia tidak dapat direalisasikan.

"Apa yang jelas, kehadiran Hairuddin pastinya akan memberi impak kepada pasukan kerana beliau merupakan seorang pemain yang berkualiti.

"Kehadirannya bersama pasukan Negeri Sembilan ketika menewaskan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia lalu membuktikan beliau masih merupakan seorang pemain yang perlu diberi perhatian," ujarnya.

Hairuddin sebelum ini turut dikaitkan akan menyertai Negeri Sembilan selepas membantu skuad Rusa menjulang Piala Malaysia sebagai pemain berstatus pinjaman.

epiebeck
Moderator
Moderator
 
Posts: 1477
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Pekan, Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelate & UPM Serdang

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby epiebeck » Thu Dec 10, 2009 9:07 am

Hairuddin milik Kelantan

Ditulis oleh : Kosmo
10 Disember 2009


Image
HAIRUDDIN akan mewakili Kelantan pada siangan Liga Super musim depan. Dia telah
menandatangani kontrak selama setahun dengan skuad tersebut semalam.


PENYERANG prolifik kelahiran Terengganu, Hairuddin Omar kini sah menjadi milik Kelantan selepas menandatangani kontrak setahun bersama pasukan itu.

Hairuddin yang sebelum ini menjadi pemain buruan pasukan Negeri Sembilan akhirnya membuat keputusan menyarung jersi The Red Warriors selepas turut menolak tawaran pasukan yang disertainya musim lalu, T-Team.

Beliau sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Negeri Sembilan selepas berjaya membantu pasukan itu menjulang Piala Malaysia apabila menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir 7 November lalu.

Bagaimanapun, bekas penyerang kebangsaan yang sudah pun menjangkau usia 30 tahun itu akhirnya membuat keputusan untuk meneruskan kariernya di bumi Cik Siti Wan Kembang.

Menurutnya, keluarga adalah faktor utama kenapa beliau membuat keputusan untuk menyertai Kelantan pada musim depan.

"Saya berasal dari Setiu yang terletak bersempadan dengan Kelantan dan ia menjadi salah satu sebab kenapa saya memilih Kelantan untuk musim depan.

"Tawaran yang diberikan Kelantan juga cukup baik dan peluang beraksi bersama rakan-rakan lama seperti Indra, Farhan dan Akmal perlu untuk saya pertimbangkan," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, KAFA melalui Penolong Setiausaha Agungnya, Arif Hassan telah menemuinya malam kelmarin dan secara rasmi kontrak selama setahun telah dimeterai.

Katanya, keputusan menyertai Kelantan dilakukannya untuk mencuba 'angin baru' selain mahu bersama-sama Kelantan mencipta sejarah menjulang Piala Malaysia musim depan.

"Secara jelasnya, saya sudah dihubungi oleh coach Sathia (B.Sathianathan) selepas perlawanan akhir Piala Malaysia berakhir yang memberi tawaran kepada saya untuk menyertai Kelantan.

"Ketika itu saya masih belum membuat sebarang keputusan dan kini saya yakin keputusan yang saya ambil untuk bersama Kelantan adalah yang terbaik," ujarnya.

Pada pertandingan Piala Malaysia lalu, Hairuddin turut mencetak nama sebagai pemain yang menghampakan pasukan negeri kelahirannya, Terengganu pada perlawanan peringkat separuh akhir.

Beliau juga turut membunuh harapan Kelantan untuk menjulang Piala Malaysia apabila gol kedua Negeri Sembilan hasil jaringannya, kurang satu minit selepas wisel separuh masa kedua dibunyikan menerjah gawang Kelantan.

Sementara itu, Arif ketika dihubungi semalam memberitahu, Hairuddin telah sah didaftarkan sebagai pemain ke-25 pasukan Kelantan untuk beraksi musim depan.

Jelasnya, Hairuddin semalam telah pun terbang ke Bangkok untuk menyertai pasukan Kelantan menjalani latihan dalam siri perlawanan persahabatan di sana.

epiebeck
Moderator
Moderator
 
Posts: 1477
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Pekan, Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelate & UPM Serdang

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby nawaitu84 » Sat Dec 12, 2009 4:03 am

Hairuddin: Hati saya untuk 'Kelate'

Oleh KHAIRI MOHAMAD
mohdkhairi.mohamad@kosmo.com.my

HAIRUDDIN (kanan) hanya mahu menumpukan perhatiannya dengan pasukan
Kelantan.

PENYERANG Kelantan, Hairuddin Omar berharap segala kemelut yang melanda berikutan kontroversi bersama majikan lamanya, T-Team akan menemui jalan penyelesaian.

Baginya, tiada apa lagi yang perlu dibangkitkan kerana kini hatinya sudah bersama pasukan Kelantan untuk terus memburu kejuaraan musim 2010.

Menurutnya, segala masalah yang timbul mungkin disebabkan sedikit kekeliruan dan salah faham antara beliau dan majikannya itu.

"Saya harap semuanya sudah selesai dan tamat di sini sahaja. Tiada lagi isu yang perlu diperbesarkan kerana saya kini sudah menanda- tangani kontrak bersama Kelantan.

"Mungkin tahun ini bukan rezeki saya bersama T-Team dan sebagai anak jati Terengganu, sudah tentu saya kecewa kerana tidak dapat membantu pasukan negeri tetapi itulah hakikat yang perlu saya terima," katanya ketika dihubungi di Bangkok semalam.

Tambahnya, sebelum ini dia begitu sedih dan kecewa selepas diberitahu T-Team sudah menutup pintu untuknya pulang berbakti.

Hairuddin yang beraksi bersama T-Team sebelum ini telah dipinjamkan kepada Negeri Sembilan untuk mengharungi kempen Piala Malaysia 2009.

Bagaimanapun, sebaik kempen tersebut selesai, Hairuddin yang mahu kembali ke pangkuan pasukan lamanya diberitahu bahawa tiada lagi tempat buatnya di dalam pasukan itu.

Jelasnya, kehadiran pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang bersedia untuk melamar serta menagih khidmatnya untuk musim depan amat dihargai.

"Saya sudah buka 'buku' baru, azam saya adalah untuk membantu Kelantan memburu kejuaraan musim depan dan saya cukup gembira di sini.

"Sebagai seorang pemain bola sepak, tiada yang lebih mengujakan selain bersama mereka (pemain) yang sentiasa berusaha untuk mengejar kejayaan," ujarnya.

Hairuddin juga cukup bertuah kerana keba- nyakan pemain yang beraksi bersama Kelantan musim ini adalah kenalan lama dan pernah beraksi bersamanya sebelum ini.

"Tiada yang baru bagi saya kerana kami semua sudah saling mengenali, cuma saya perlu berusaha mengekalkan kecergasan selain berlatih lebih kuat untuk menambah keserasian.

"Jurulatih Sathia (B. Sathianathan) juga sentiasa memberi dorongan dan beliau juga antara faktor saya datang ke sini (Kelantan)," jelasnya.

nawaitu84
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 251
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: kelate

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby myie » Mon Dec 14, 2009 2:45 pm

kawe ado banyok keratan akhbar pasal pasuke Klate tahun 80'an.nk tempek sini..keno menyeken dulu las..

myie
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 62
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: klate..kedoh

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby K4L » Mon Dec 14, 2009 5:29 pm

myie wrote:kawe ado banyok keratan akhbar pasal pasuke Klate tahun 80'an.nk tempek sini..keno menyeken dulu las..


demo tepek sini deh info berkenaan:
viewtopic.php?f=23&t=1988&p=148076#p148076

K4L
Moderator
Moderator
 
Posts: 369
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby mrgunn » Mon Dec 21, 2009 2:22 pm

KAFA perkenal tiket elektronik Touch N Go musim depan

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan memperkenalkan pembelian tiket secara elektronik "touch n go" kepada penonton bola sepak di Stadium Sultan Mohammad Ke-1V di sini musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutif KAFA, Tuan Hashim Tuan Yaakob, berkata penggunaan kad elektronik itu bagi meningkatkan tahap keselamatan dan mengelakkan kebocoran penonton yang memasuki stadium tanpa tiket yang sah.

Beliau berkata, langkah itu juga selaras dengan usaha KAFA meningkatkan

pendapatan melalui penjualan tiket ke arah menjadikan 2010 sebagai "Tahun Bola Sepak Kelantan".

"Keputusan Pengurusan KAFA menggunakan tiket melalui sistem elektronik ini

dianggap sebagai langkah berkesan dalam usaha membendung kebocoran penonton

tanpa tiket, terutama yang menggunakan pintu masuk utama dan eksklusif di

stadium," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sistem itu akan dimulakan menjelang perlawanan permulaan

Piala FA musim depan pada 12 Januari.

Selain itu, katanya KAFA juga akan meningkatkan kempen menarik lebih ramai

penaja membeli tiket di semua tempat duduk, serendah RM250 sehingga RM3,000

semusim.

Tuan Hashim berkata, selain untuk menarik lebih ramai penyokong memberi

komitmen kepada skuad Red Warriors, langkah itu juga dapat menambahkan kutipan wang melalui tiket.

Tuan Hashim berkata, usaha yang dijalankan oleh KAFA itu mendapat kerjasama

dengan pihak kerajaan negeri menerusi Perbadanan Stadium yang dipengerusikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

-Bernama

Sumber :
http://www.hmetro.com.my/Current_News/m ... 32/Article

mrgunn
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 251
Joined: Wed Dec 17, 2008 11:37 am
Location: PUTRAJAYA

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby ore_klate » Mon Dec 21, 2009 2:54 pm

Impian suci Kijang
Oleh Mohd Hilmie Hussin
mohdhilmie@hmetro.com.my

KELANTAN merendah diri ketika mereka galak mendapatkan pemain baru berpengalaman untuk memperkuat barisan pemain mereka menjelang saingan Piala Malaysia bermula 9 Januari depan.

Kehadiran pemain baru seperti Syed Adney Syed Hussein (UPB-MyTeam), S Subramaniam (Perak), Azizi Mat Rose (KM Naza), Mohd Shakir Shaari (UPB-MyTeam), Norshahrul Idlan Talaha (UPB-MyTeam), S Chanturu (Penang), Akmal Rizal Ahmad Rakhli (KM Naza) dan Hairuddin Omar (T-Team) pasti mampu mengubah nasib skuad Kijang musim 2010.

Tahun 2009 adalah musim paling cemerlang Kelantan dalam sejarah bola sepak Malaysia apabila muncul naib juara Piala FA dan Piala Malaysia.

Kegagalan membawa pulang dua piala terbabit membuatkan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berazam mendapatkan pemain terbaik memperkuat pasukan kali ini bagi menyaingi juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan dan juara Piala FA, Selangor.

B Sathianathan yang mengambil alih tugas jurulatih Kelantan yang ditinggalkan Peter Butler, September lalu, kembali memulihkan prestasi skuad Kijang yang merosot di pertengahan saingan Liga Super.

Bekas jurulatih kebangsaan itu yang terus diberi kepercayaan membimbing pemain negeri Cik Siti Wan Kembang pantas merencana masa depan Kelantan.

“Pada saya, sasaran yang mahu kita capai ialah mencatat keputusan lebih baik daripada musim 2009. Bukan saya tidak mahu mengatakan apa piala yang kita mahu menangi, kerana Kelantan belum memenangi Piala Malaysia dan Piala FA, tetapi anda juga pasti tahu kita menjurus ke arah memenangi piala itu,” katanya.

Dia yang juga menggalas jawatan sebagai pengurus, gembira permintaannya kepada pengurusan tertinggi Kafa yang ditunjangi Tan Sri Anuar Musa dimakbulkan. Begitupun masih ada pemain impiannya yang gagal dipikat ekoran mempunyai kontrak bersama pasukan masing-masing.

Dalam membentuk pasukan lebih mantap ini juga, Sathia menggugurkan tiga pemain lama iaitu Muhamad Khalid Jamlus dan Mohd Nafuzi Mohd Zain yang berhijrah ke Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala penjaga gol berpengalaman Mohamad Halim Napi bersara.

Sebagai persediaan pramusim, Kelantan mencatat keputusan memuaskan dalam tiga perlawanan persahabatan dengan kelab Thailand.

Pada perlawanan pertama menentang Sisaket FC, barisan yang baru mencari keserasian itu terikat tanpa jaringan sebelum tewas 0-1 kepada bekas juara Liga Perdana Thailand, Chonburi FC.

Menurut Sathia, dia menurunkan semua 24 pemain yang dibawa ke Bangkok untuk menilai keserasian sebelum menggunakan kesebelasan utama menentang juara Liga Perdana Thailand, Muang Thai United pada perlawanan terakhir kelmarin.

Pada perlawanan itu, Sang Kijang berjaya menyaingi Muang Thai tetapi pasukan yang beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC lebih bernasib baik menang 1-0.

“Saya sudah nampak bayangan barisan kesebelasan utama untuk saingan Piala Malaysia nanti. Semua pemain menunjukkan kesungguhan dan disiplin pada perlawanan itu, namun tiada siapa boleh rasa selamat kekal dalam kesebelasan utama,” kata Sathia.

Selain tiga perlawanan persahabatan terbabit, Kelantan akan menghadapi lima lagi perlawanan persahabatan membabitkan pasukan tempatan dan kelab dari Thailand yang akan berlangsung di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu.

Mereka akan menentang pasukan Universiti Sains Malaysia (USM), T-Team United, Felda United, Narathiwat FC dan Pulau Pinang/Polis DiRaja Malaysia sebelum saingan 2010 bermula.

Menghadapi saingan Liga Super 2010, beliau akan menggilirkan pemain bagi mengelak mereka mengalami kepenatan dan terdedah kepada kecederaan berikutan menghadapi perlawanan liga yang panjang.

“Saya sekarang sedang membentuk pasukan yang mempunyai kemampuan yang sama baik kesebelasan utama mahupun pemain simpanan. Saya akan pastikan 24 pemain saya berkaliber dan sedia diturunkan bila-bila masa,” tambah Sathia yang optimis dengan kemampuan Kelantan mengharungi musim 2010.

ore_klate
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 38
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby mrgunn » Wed Dec 23, 2009 5:58 pm

Subramaniam senang bersama Kelantan

Image

PENERIMAAN baik penyokong Kelantan terhadap pemain luar membuatkan bekas kapten Perak, S Subramaniam senang berada bersama naib juara Piala Malaysia itu bagi menghadapi kempen bola sepak Liga M musim 2010 nanti.

Justeru, Subramaniam, 24, berasa cukup selesa bersama skuad barunya itu terutama kerana berpeluang memperbaharui hubungan dengan bekas jurulatih kebangsaan yang pernah membimbingnya, B Sathianathan.

Bekas pemain kebangsaan kelahiran Sungai Siput itu berharap dapat menggapai pencapaian memberangsangkan dengan pasukan bergelar Wira Merah itu.

“Penyokong Kelantan cukup setia kepada pasukan. Mereka melayani pemain tanpa mengira pemain anak negeri atau luar.

“Saya berharap mampu membalas sokongan mereka dengan memberi persembahan terbaik kepada pasukan setiap kali diturunkan,” katanya.




Selain gembira dengan penerimaan baik masyarakat setempat, Subramaniam juga memuji kesungguhan Presiden Persatuan Bola Sepak kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang berusaha memajukan skuad Kijang.

Lebih penting Subramaniam berkata, dia juga akan bergandingan dengan pemain berasal dari Perak, Indra Putra Mahayuddin, Ahmad Azlan Zainal dan Norshahrul Idlan Talaha.

Berdasarkan himpunan pemain kali ini ternyata pengendali Kijang, Sathianathan kini memiliki bahan lebih berwibawa untuk menjadi antara pencabar unggul dalam kancah bola sepak domestik.

Walaupun terkilan kerana tidak dapat menyarung jersi pasukan negeri sendiri tetapi Subra berkata, dia terpaksa berkelana demi memenuhi tuntutan mencari nafkah untuk hidup serta meneruskan kerjaya bola sepaknya.

“Saya terpaksa mencari pasukan baru selepas Perak menolak saya pada pertengahan kempen tahun lalu.

“Saya berharap dapat membalas kepercayaan pegawai KAFA dengan memberi pulangan menguntungkan pelaburan mereka terhadap saya,” katanya.

Sumber Harian Metro : http://www.hmetro.com.my/Current_News/m ... index_html

mrgunn
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 251
Joined: Wed Dec 17, 2008 11:37 am
Location: PUTRAJAYA

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby EpiQ835 » Thu Dec 24, 2009 5:22 pm

Irfan tekad kejutkan Kelantan

Oleh Hamid Salleh
am@hmetro.com.my
SKUAD Terengganu kini membuat persiapan bagi menghadapi kempen Liga Super 2010 bermula 9 Januari depan dengan harapan mampu mempamerkan persembahan bertenaga dan menjadi salah sebuah pasukan digeruni lawan.

Menyedari tuntutan itu, jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim tidak ada pilihan selain bekerja keras membentuk anak buahnya supaya menjadi lebih cemerlang dan mampu meraih kemenangan sama ada di tempat sendiri mahu pun lawan.

Dengan kehadiran penyerang skuad kebangsaan Manaf Mamat bersama Terengganu, sudah tentu barisan itu lebih berbisa lagi apabila dia bergandingan bersama Ashaari Shamsuddin.

Irfan menggalas tugas sebagai jurulatih baru Terengganu selepas ketiadaan jurulatih berasal dari Australia, Ken Worden yang pulang ke negaranya dua bulan lalu.

Terengganu mengambil beberapa pemain daripada pasukan lain iaitu K Rajan, Joseph Kalang Tie dan Tengku Hasbullah Tengku Hassan untuk memperkuatkan lagi skuad.

Irfan berkata, pertemuan sulung dengan Kelantan di gelanggang sendiri pada 9 Januari depan dijangka sengit kerana masing-masing mahu mencari kemenangan.

“Saya sedikit pun tidak berasa gentar menghadapi pertemuan itu kerana yakin anak buah mampu bermain dengan baik dan menghalang pasukan pelawat mencuri sebarang mata,” katanya.

Menurutnya, kehadiran penjaga gol kebangsaan, Sharbinee Allawee (gambar) yang bermain cemerlang di Sukan Sea Laos sudah tentu memperkuatkan gawang Terengganu.

“Saya percaya Sharbinee mampu mengawal gawang dengan baik pada pertemuan dengan Kelantan nanti,” katanya.

EpiQ835
Moderator
Moderator
 
Posts: 1661
Joined: Wed Jan 07, 2009 5:50 pm
Location: KB

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby epiebeck » Fri Dec 25, 2009 5:04 am

Sathianathan perkemas barisan sebelum Liga M

Ditulis oleh : Kosmo
Tarikh : 25 Disember 2009


Image
AKSI penyerang baru Kelantan, S. Chanturu (kiri) pada perlawanan persahabatan menentang T-Team di Stadium Muhammed IV, Kota Bharu malam kelmarin.

SELEPAS mencatat satu keputusan seri dan dua kekalahan dalam siri perlawanan persahabatan menentang tiga kelab handalan Liga Super Thailand di Bangkok baru-baru ini, skuad Kelantan meneruskan misi memperkemas barisan sedia ada menjelang kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Malam kelmarin, skuad kendalian B. Sathianathan itu mencipta kemenangan sulung dalam aksi persahabatan selepas menang 2-0 ke atas T-Team di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Norfarhan Mohamad dan penyerang baru, S, Chanturu masing-masing meledak satu gol buat skuad Wira Merah.

Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk membuat ramalan terhadap keupayaan Kelantan bagi mengharungi musim 2010 nanti.

Sathianathan nampaknya menggunakan kesempatan dalam siri perlawanan persahabatan ini untuk mencuba kesemua barisan pemainnya.

Beliau kini menjadi orang yang paling pening bagi mencari gandingan terbaik memandangkan skuad kendaliannya memiliki ramai pemain berstatus bintang.

Bagaimanapun, gandingan Chanturu dan seorang lagi penyerang baru, Norshahrul Idlan Talaha dilihat memerlukan sedikit lagi masa sebelum mereka mampu membentuk kombinasi terbaik.

Kehadiran Shakir Shaari juga bakal menambah kekuatan Kelantan di bahagian tengah, namun bekas pemain UPB My-Team itu perlu lebih bekerja keras.

Di posisi pertahanan, Azizi Mat Rose dianggap cukup berpengalaman mengendalikan benteng Kelantan bersama Daudsu Jamaluddin.

Syed Adney Syed Hussein yang akan menggantikan Halim Napi pula perlu memperbaiki beberapa kelemahan andai mahu menjadi penjaga gol utama Kelantan musim depan.

epiebeck
Moderator
Moderator
 
Posts: 1477
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Pekan, Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelate & UPM Serdang

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby EpiQ835 » Fri Dec 25, 2009 12:35 pm

Shahrul Idlan sedia julang Red Warriors



SELEPAS menjadi antara tonggak yang membantu skuad kebangsaan meraih emas Sukan Sea di Laos baru baru ini, harapan besar turut disandarkan ke bahu penyerang kebangsaan, Nor Shahrul Idlan Talaha untuk merealisasikan impian Kelantan pada Liga Malaysia, musim depan.

Namun, ketua pasukan Kelantan musim lalu, Indra Putra Mahayuddin, mengingatkan Nor Shahrul supaya jangan cepat berpuas hati serta lupa diri, seandainya ingin lebih maju.

Malah, Indra Putra berharap prestasi yang ditunjukkan Nor Shahrul di Laos dapat diteruskan bersama Kelantan yang turut diperkuatkan dengan dua lagi penyerang, Hairuddin Omar, Akmal Rizal Rakhli selain S Subramaniam dan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein.


“Norshahrul sangat berpotensi dan dia antara tonggak Kelantan musim ini. Segalanya menjadi mudah selepas kami menjalani latihan bersama dan keserasian dalam pasukan mula dapat dilihat.”

“ Jika dilihat kepada kombinasi barisan lama dan baru, saya yakin Kelantan mampu memenuhi harapan pengurusan dan juga peminat yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan.”

Kelantan akan membuka kempen Liga Super mereka menentang pasukan jiran, Terengganu pada 9 Januari ini.

Pengendali Kelantan, B Satianathan akan diuji sepenuhnya dalam aksi musim ini selepas hanya memimpin pasukan itu selama dua bulan sebelum bermulanya Piala Malaysia musim lalu.

“Saya berada di bawah kendalian B Satianathan sejak berumur 19 tahun lagi, dalam jangka masa itu, dia memang seorang yang sangat mementingkan disiplin dan serius untuk membawa kejayaan pasukan.,” kata Indra Putra.

EpiQ835
Moderator
Moderator
 
Posts: 1661
Joined: Wed Jan 07, 2009 5:50 pm
Location: KB

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby nawaitu84 » Mon Dec 28, 2009 4:26 am

KAFA keluarkan produk sendiri

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak lagi dibelenggu masalah kewangan menjelang musim depan apabila mereka dijangka meraih jutaan ringgit hasil jualan barangan keluaran persatuan tersebut, lapor RIZALMAN NOR.

Bagi mengukuhkan sumber kewangan, KAFA telah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek untuk mengeluarkan barangan sendiri yang mempamerkan logo KAFA dan tulisan The Red Warriors.

Pengerusi Jawatankuasa Barangan dan Pemasaran KAFA, Azlan Mohd. Yusoff berkata, semua barangan yang akan dipasarkan nanti menjadi hak milik terpelihara persatuan itu.

"Kita akan mendapat sumber kewangan yang kukuh dengan penjualan barangan seperti jersi, baju-T, topi, beg, pelekat kenderaan dan pelbagai lagi barangan cenderahati untuk dimiliki oleh penyokong setia bola sepak Kelantan.

"KAFA kini membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi ejen bagi memasarkan barangan tersebut kepada orang ramai," katanya kepada Kosmo! di Kota Bharu semalam.

Menurutnya, tindakan KAFA berdaftar dengan perbadanan tersebut bertujuan menjamin kualiti semua barangan yang akan berada di pasaran nanti.

Azlan memberitahu, tidak akan ada lagi jualan barangan cenderahati yang dicetak rompak di pasaran pada musim depan.

"Sebelum ini, terdapat sesetengah pihak yang menjual barangan menggunakan logo KAFA sesuka hati tanpa mendapat kebenaran sekali gus menjejaskan pendapatan persatuan ini.

"Selain itu, penggunaan logo terutama pada jersi dan baju-T yang tidak mengikut standard KAFA juga telah menjejaskan imej persatuan itu," ujar beliau.

Beliau berkata, peniaga yang mendapatkan barangan daripada pengeluar yang tidak sah sebelum ini tidak perlu bimbang kerana KAFA memberi jaminan bahawa ejennya akan mendapat keuntungan yang lumayan hasil jualan barangan tersebut.

Setakat ini, lebih 20 peniaga telah berdaftar dengan KAFA dan semua barangan akan berada di pasaran awal bulan depan.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang sebagai ejen di Wisma KAFA, Kubang Kerian.

nawaitu84
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 251
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: kelate

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby mycad » Tue Dec 29, 2009 9:05 pm

Penonton Masuk Tanpa Tiket: KAFA Akan Bincang Dengan Stadium

KOTA BAHARU, 29 Dis (Bernama) -- Pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) akan berbincang dengan Pengurusan Perbadanan Stadium Sultan Mohamed Ke-IV di sini Rabu bagi menangani isu penonton menyelinap masuk stadium tanpa tiket untuk menyaksikan perlawanan bola sepak musim akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif KAFA, Tuan Hashim Tuan Yaakob berkata KAFA juga akan menekankan isu kelonggaran kawalan pintu masuk stadium setiap sesi perlawanan termasuk perlawanan persahabatan bagi menghadapi musim baru Liga Malaysia 2010 ini.

"Kita akan mengadakan perjumpaan esok dengan pihak stadium bagi berbincang atau mengadakan postmortem mengenai kelemahan dalam mengendalikan perlawanan bola sepak itu supaya ia tidak berulang," katanya kepada Bernama di sini Selasa.

Tuan Hashim diminta mengulas mengenai saranan peminat bola sepak Kelantan agar KAFA menyiasat insiden pintu utama Stadium Sultan Mohamed Ke-IV dibolosi penonton yang tidak bertiket pada perlawanan persahabatan di antara Kelantan dengan Narathiwat FA, Sabtu lepas.

Mereka berpendapat kejadian itu mengecewakan kerana menidakkan hak penonton yang telah membeli tiket perlawanan.

Menurut Tuan Hashim, KAFA kerugian dianggarkan beribu-ribu ringgit kerana kejadian itu.

"Soalnya kita ingin mendapat penjelasan apa punca sebenar yang menyebabkan insiden itu boleh berlaku, kerana pintu utama itu biasannya hanya dibuka untuk kemudahan kenderaan pasukan keselamatan Polis Simpanan Ringan Persekutuan mengawal penonton dalam sesuatu perlawanan.

"Sedangkan pada perlawanan persahabatan (malam itu), kita tidak menggunakan khidmat anggota polis berkenaan, kecuali ia diperlukan," katanya.

-- BERNAMA

mycad
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 14
Joined: Tue Oct 13, 2009 11:06 am
Location: Shah Alam

Re: Berita Pasukan Kelantan Di Akhbar/Majalah

Postby mycad » Tue Dec 29, 2009 9:11 pm

Peminat Bolasepak Kelantan Minta KAFA Siasat Kawalan Longgar Di Stadium

KOTA BAHARU, 28 Dis (Bernama) -- Peminat bola sepak Kelantan meminta Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyiasat insiden pintu utama Stadium Sultan Mohamed Ke-IV dibolosi penonton yang tidak bertiket pada perlawanan persahabatan di antara Kelantan dengan Narathiwat FA, Sabtu lepas.

Mereka berpendapat kejadian itu mengecewakan kerana menidakkan hak penonton yang telah membeli tiket perlawanan selain menyerlahkan kelemahan kawalan keselamatan apabila dengan mudah dibolosi peminat tidak bertiket itu.

Kejadian berlaku apabila pintu utama stadium itu dibuka sebaik sebelum perlawanan bermula menyebabkan ratusan penonton tanpa tiket menyerbu masuk tanpa sempat dikawal oleh pihak pengurusan KAFA dan pengurusan stadium berkenaan.

"Perbuatan itu bukan saja merugikan KAFA, malah menjejaskan semangat kesukanan yang ditunjukkan semua pihak dalam menjayakan perlawanan persahabatan itu," kata seorang peminat bola sepak, Rahimi Hussein, 26, kepada Bernama, di sini, Isnin.

Perlawanan persahabatan itu berkesudahan kedua-dua pasukan seri tanpa sebarang gol.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif KAFA Tuan Hashim Tuan Yaakob, berkata pihaknya akan memulakan ujian percubaan bagi menggunakan sistem tiket elektronik "Touch N Go" di pintu masuk stadium itu Rabu ini ketika perlawanan persahabatan Kelantan menentang Felda United sebelum ia dapat digunakan sepenuhnya menjelang sepak mula saingan Liga Super pada 3 Jan depan.

-- BERNAMA

mycad
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 14
Joined: Tue Oct 13, 2009 11:06 am
Location: Shah Alam

Previous

Return to Arkib 2009

Who is online

Users browsing this forum: penzikirmalam and 0 guests


Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)