L.Perdana:KL Plus vs Kelantan (11/05,8.45mlm,Std.KL,Cheras)
37 posts
• Page 2 of 2 • 1, 2
Cukup mengecewakan!! Cukup memilukan!! Itulah 2 ungkapan yang terbit bagi setiap peminat & khususnya penyokong Kelantan yang datang ke Stadium Cheras malam ini. Sekali lagi impian untuk menggapai 3 mata malam ini terbantut setelah dikecewakan oleh pasukan KL Plus. Nampaknya Stadium MBPJ, Kelana Jaya dan Stadium PBKL, Cheras bukanlah gelanggang bertuah bagi pasukan Kelantan.
Kepulangan pasukan bola sepak ke Kota Bharu selepas perlawanan tadi bukan sahaja mengecewakan peminat-peminat bola sepak di sekitar Lembah Kelang bahkan membawa berita duka kepada peminat di negeri Kelantan. Apa lagi yang harus kita buat....terimalah keputusan dengan seadanya.
Kesebelasan utama Kelantan pada malam ini buat pertama kalinya menggandingkan ketiga-tiga rangkaian pemain import. Dengan formasi 4-3-3 digunakan pada malam ini, gandingan Luciano-Romero-Faizol masih tidak berupaya merobek gawang KL Plus. Meletakkan Saiful Nizam Hussin selaku pemain tengah saya kira merupakan perjudian yang memakan diri sendiri. Ternyata Saiful tidak dapat berfungsi dengan baik, malahan kita masih lagi mengharapkan sentuhan Diego yang mana dia berkeseorangan mencipta gerakan demi gerakan. Ketiadaan Zairul Fitri & Arman Zairi yang hanya sekadar memanaskan badan dibangku simpanan turut dirasai.
Mungkin komentar saya agak keras pada kali ini, tetapi saya perlu ikhlas dan terbuka menyatakan pendapat bahawa mengeluarkan Luciano dan memasukkan Saffuan Ibrahim pada pertengahan separuh masa kedua tidak sepatutnya berlaku. Jelas pemain ini masih lagi mampu mencipta gerakan walaupun dia sentiasa dibayang sekurang-kurangnya 2 pemain KL Plus, terutama ketua pasukannya Mohd Zaidi Mat Ail ( bekas pemain Kelantan ). Bagi saya mengeluarkan Gustavo Romero adalah lebih relevan kerana dia hanya mampu menyerlah pada awal permainan sahaja. Mungkin kecederaan hamstring masih menghantui dia akan mungkin juga masih belum Perform setelah lebih sebulan tidak beraksi. Hanya percubaan beliau pada awal permainan sahaja hampir-hampir menghasilkan gol dan gerakan "dummy" kepada Luciano jugak cukup menarik
Agak malang sekali bagi pemain ini apabila dihadiahkan KAD MERAH oleh pengadil. Sukar untuk menilai kenapa dia dihadiahkan kad apabila berlaku kekecohan dihujung padang tetapi yang pasti dia telah DITAMPAR oleh pemain tengah KL Plus, Shahril Arsat. Natijahnya kedua-dua pemain ini ditunjukkan jalan keluar oleh pengadil perlawanan. Secara terbuka mutu pengadilan pada perlawanan ini boleh dipertikai kerana pengadil malam ini sebenarnya gagal mengawal permainan dengan baik.
Gol pertama KL Plus dijaringkan oleh pemain importnya Martin Carlos setelah berlakunya salah faham diantara salah seorang pertahanan Kelantan dgn penjaga gol, Amini Ahmad Tabarani. Manakala gol kedua KL Plus hasil tampanan kemas juga melalui pemain ini . Manakala Kelantan merapatkan jurang melalui penyerang muda, Saffuan Ibrahim yang melakukan rembatan padu menerjah jaring sebelah kanan pintu gol KL Plus. Kecekapan penjaga gol KL Plus juga menjadi salah satu faktor membawa kemenangan kepada pasukannya.
Setelah mengharungi 2 perlawanan dalam tempoh 5 hari, kehilangan 6 mata di Kuala Lumpur cukup mengecewakan peminat-peminat bola sepak Kelantan. Apa yang penting, mungkin satu "POST MORTEM" perlu dilakukan bagi membaiki segala kelemahan yang ada ketika ini sebelum menentang Sabah di Kota Bharu pada 18hb ini. Adakah masih ada sinar buat pasukan Kelantan...............sama -sama kita doakan.

- Merang
- Moderator

- Posts: 523
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: teacher's garden-one step
MALAM TD CUKUP MENYATAKAN KEKECEWAAN KPD PENYOKONG, TIADA APA YG PERLU UTARAKAN, CUMA YANG NYATA DAN UTK MMBERI KELANTAN MAJU PD THN AKAN DATANG IALAH TUKAR PENGURUSAN DAN ROMBAK KEMBALI PASUKAN KELATE YG ADA SKRG. ITU SAJELAH YG DPT MMBR PERUBAHAN KPD PASUKAN KELANTAN. DEMI UTK MENGEMBALIKAN MARUAH BOLASEPAK NEGRI, KAFA PERLU BERSIKAP TERBUKA DAN BERILAH PELUANG ORG LAIN YG MENERAJUI PASUKAN KELANTAN.
- wilastra
- Pemain Sekolah Rendah

- Posts: 64
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
orcadlayout wrote:Nati kawe wak huruf "PENGADIL ::censored::", tunggu lawe UPB My Team di Shah Ale ni... Standby siap2 takut pengadil nati berat sebeloh ko [size=18][b]Khairy Jamaluddin...[/size][/b]![]()
![]()
![]()
respons ckit: ambo berado si stadium shah alam game myteam lwn pkns-betul dooh loni ref berat sebelah 4,5 kali ganda. mujurnya di cheras dua player kad merah. di shah alam player pkns, azrin shah zainal kena kad merah. padahal wat nyepak oghe import myteam..dan sesuatu yg menarik tetapi tok tahu rtm, tv3 or mana2 photographer sempat rakam dok aksi individu yg dihighlightkan di atas menunjukkan aksi F_CK ko penyokong pkns dari bangku simpanan myteam...walaupun penyokong hanya lebih kurang 45 oghe..panasnya tetap menghangatkan...
p/s-burung2 my team kelihatannya lawa2 belaka..hajat untuk memblahkan diri seawal mungkin terpaksa dinilai kembali setelah ditegur sapa dengan ramah burung2 yang berkicauan...hahahaha tgggu game myteam v kelate nt..
- habib
- Pemain Sekolah Rendah

- Posts: 141
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Membaca komentar saudara Rosediana dapat saya simpulkan saudara mula membuka mata & mungkin Allah swt telah membuka pintu hati saudara untuk memberi pandangan & pendapat secara positif dan kolektif.
Mungkin ada beberapa perkara yang saudara utarakan ada benar juga. Yang mana baik kita jadi satu pengajaran yang berguna untuk masa akan datang.
Diharap saudara Rosediana terus memberi cadangan membina demi kemajuan bola sepak Kelantan. Tidak lagi perlu saudara menwar-warkan sesuatu isu secara emosi. Itu yang penting.
Mungkin ada beberapa perkara yang saudara utarakan ada benar juga. Yang mana baik kita jadi satu pengajaran yang berguna untuk masa akan datang.
Diharap saudara Rosediana terus memberi cadangan membina demi kemajuan bola sepak Kelantan. Tidak lagi perlu saudara menwar-warkan sesuatu isu secara emosi. Itu yang penting.
- Merang
- Moderator

- Posts: 523
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: teacher's garden-one step
Manyaksikan 90 minit Kelantan ditumbangkan oleh KL Plus di Cheras amat memeritkan, namun itulah bolasepak. Dengan Kelantan mendominasikan hampir keseluruhan rentak, ianya masih tidak cukup untuk memberikan kejayaan selagi tidak menjaringkan gol. Sekurang-kurangnya dua peluang terhidang yang sepatutnya menghasilkan gol di samping satu kesilapan 'mata' pengadil di babak pertama, dalam hati berkata kita sudah ada segala keperluan untuk pasukan bermutu kecuali membuat jaringan gol. Tidak sesekali menyalahkan Luciano tapi dibelakang kemampuan sesebuah pasukan, faktor nasib menjadi penyebab kedua sesuatu keputusan. KL PLus dapat mengambil dua dari sekurang-kurangnya lima peluang terbaik untuk menjaringkan gol tetapi Kelantan gagal menterjemahkan belasan peluang untuk mengegarkan gawang lawan.
Kecuali kesilapan Amini untuk gol pertama tuan rumah serta sekurang-kurangnya dua kelekaan pertahanan, bahagian lain bolehlah dikatakan sudah menjaya mejalankan tugas yang diamanahkan dengan baik sekali. Tertarik dengan kepakaran Luciano menghidu peluang serta meledakkan beberapa sepakan padu tapi samada diselamatkan oleh penjaga gol ataupun menyipi. Sementara Diego berjaya mengawal rentak di samping beberapa lorongan tapi tiada juga penyudahnya.
Pulang ke rumah tertanya-tanya mengapa ini harus berlaku. Dua perlawanan yang sepatutnya berakhir dengan kemenangan tapi sebaliknya... Dalam hati mengiakan kata-kata seorang komentar kita; mentaliti kita lemah. Mungkinkah ada jawapan lain selain dari itu?

- gomokelate
- Ahli Berdaftar

- Posts: 362
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Shah Alam
musim ni jumaat lps kali ke -3 kawe tgk kelate main......
seri ngan tentera 0-0, kalah ko polis 0-2 dan kalah ngan kl plus 1-2...kesimpulannya semua game hak kawe tgk musim ni semuanya....hammpehhh!!!!!
sebenarnya kawe mmg dah takde mood nak tgk kelate main tp bila masuk kdn dan baca ulasan member2 kita hak lain....kawe jd semangat smula nak g tgk....tp apa yg kawe dpt..?? penat dan dosa semata2.....penat kerana dok melaung...dan dosa kerana dok sumpah ko player dan pengurusan.........buke sajo2 nak supah....tp klu sapo2 hak ada di stadium male tu...demo pun kawe rasa akan jd mace kawe........
pasal game male sabtu lps...kawe tgk byk sgt kelemahan dale pasukan kelate sama ada dr player @ pengurusan.....
pasal player kawe rasa hanya no 8 sajo hak nampok b'sungguh main male tuh.....idola kelate...ROMERO main mace cisss!!!.....last2 kena kad merah......saiful nizam...atas alasan gapo kawe pun tak pehe coach letak dia main midfield.....tokleh main doh dia tuhh...beratt punggung jahhh....defend napok longgar dan gol yg p'tama mmg nampok sangat keeper ngan defend miss comm.......boleh sene jah masukk......buat amini....klu gtu gaya demo jd keeper...jgn harap laa pasni blh masuk skuad kebangsaan lg....player mudo hak lain tuhh....demo ni kena blajar byk lg klu nak maju.....
pasal pengurusan plakk.....kawe tok pehe apo perancangan sebenar cikgu rahim dengan letak saiful main tengah.......pendapat kawe klu saiful nak main jugakk...tukar tmpt dia ngan khairan......bru ok skit...pastu satu lg....bakpo gakk coach kita tu susah sangat nak tgk dia dok tepi pade bui arahan ko player..??? nak tiru gaya svenn eriksonn ko..??adakah dia dah takde idea atau mmg dia dah rasa puas hati ngan anak2 buah main gitu...???klu dah takde idea tu..pehe2laaa tindakan yg sesuaii.....kawe respekk tgk coach kl pluss.....tak henti2 dok tepi pade bui arahan ko player2 diaa......
kesimpulan : mmg byk kepincangan dale pasukan kelate dan kawe rasa impian ke liga super akan tak kesampaian....kena cuba lg tahun depan....player2 muda mmg ada bakat...klu kena gaya akan jd starr.....

- AkuJatt
- Ahli Berdaftar

- Posts: 53
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
hondacrx wrote:18 hb ni akan terjawab lah kemana hala tuju kelate untuk musim ni. kalu kaloh lagi gak x tahu doh la. kalu 3 kali kaloh gak berat la. tapi kawe caya kel;ate akan menang 3-0
berharap la gu..........
kene timbuk ngan sabah pulok............
p/s.malah nak berarap....
- marzuki
- Pemain Sekolah Rendah

- Posts: 151
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: Kuantan, Pahang
demo jugak buleh tolong check semua komentar kawe dalam 1-2 bulan kebelakangan ini. Kawe tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berunusur provokasi ke atas demo.
mungkin demo melihat segelintir rakan2 dalam kdn ini yg mengeluarkan kenyataan balas ke atas diri demo. TIDAK ada satu pun kenyataan dikeluarkan oleh kawe ke atas diri demo.
Kawe bersikap realistik dan natural di dalam sesuatu perkara. Tidak sama sekali mencampuri sebarang pertelingkahan diantara demo dgn rakan2 kdn yang lain.
Kenyataan yang kawe keluarkan adalah daripad hati kawe yang ikhlas. Tidak patut demo mengeret sama kawe kedalam kancah pertelingkahan demo - rakan2 kdn yang lain
mungkin demo melihat segelintir rakan2 dalam kdn ini yg mengeluarkan kenyataan balas ke atas diri demo. TIDAK ada satu pun kenyataan dikeluarkan oleh kawe ke atas diri demo.
Kawe bersikap realistik dan natural di dalam sesuatu perkara. Tidak sama sekali mencampuri sebarang pertelingkahan diantara demo dgn rakan2 kdn yang lain.
Kenyataan yang kawe keluarkan adalah daripad hati kawe yang ikhlas. Tidak patut demo mengeret sama kawe kedalam kancah pertelingkahan demo - rakan2 kdn yang lain
- Merang
- Moderator

- Posts: 523
- Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
- Location: teacher's garden-one step
37 posts
• Page 2 of 2 • 1, 2
Return to Arkib Ulasan 2006/2007
Who is online
Users browsing this forum: No registered users and 0 guests