Buletin Kelantan

Topik berita-berita semasa khususnya di Kelantan & amnya di Malaysia

Buletin Kelantan

Postby ORCADlayout » Fri Nov 02, 2007 4:23 pm

Setiap Mukim Seorang Sukarelawan

BACHOK, 11 Syawal 1428 - Tabung Amanah Tok Kenali (TATK) mensasarkan untuk mewujudkan sukarelawan yang menyamai jumlah mukim di seluruh Kelantan.

Pengurus Tabung Amanah TATK, Saifudin Nasution Ismail berkata setakat ini seramai 75 sukarelawan sudah berkhidmat dengan badan berkenaan dalam mengendalikan pelbagai program latihan, khidmat masyarakat dan pembangunan komuniti.

"Setiap sukarelawan akan diberi latihan khusus bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berketerampilan," kata beliau di majlis hari keluarga sukarelawan TATK di sebuah resort di Pantai Melawi dekat sini hari ini.

Sementara itu Presiden Kelab Sukarelawan TATK, Abdul Shukor Tahir dalam ucapannya menyeru para sukarelawan untuk terun meningkatkan kemahiran diri dan mengeratkan kerjasama sesama mereka bagi memastikan visi dan misi penubuhan badan berkenaan dapat disempurnakan.

"Kita bersyukur kerana begitu ramai golongan profesional di negeri ini yang bersedia itu melibatkan diri dengan usaha yang dilakukan secara sukarela melalui Tabung Tok Kenali," katanya.

Hari keluarga yang melibatkan lebih 50 keluarga sukarelawan itu diisi dengan pelbagai acara menarik melibatkan kanak-kanak, remaja dan acara khas untuk ibu bapa.

ORCADlayout
Webmaster
Webmaster
 
Posts: 1933
Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai

Postby ORCADlayout » Fri Nov 02, 2007 4:38 pm

Produk Tempatan Bakal Masuki Pasaran Antarabangsa

KOTA BHARU, 20 Syawal 1428 - Kerepek pisang, roti canai dan karipap segera yang dikeluarkan usahawan tempatan bakal menembusi pasaran United Kingdom tidak lama lagi.

Kerepek pisang diusahakan syarikat Muslim Best Marketing (M) Sdn Bhd, manakala beberapa lagi syarikat akan memasarkan roti canai dan karipap segera. Produk tersebut menepati ciri-ciri halal bagi pasaran antarabangsa.

Bagi mencapai tujuan itu, baru-baru ini diadakan perjanjian persefahaman (MOU) di antara Muslim Best Marketing dan Premium Quality Product's Ltd -United Kingdom bagi memasarkan kerepek pisang.

Pada perjanjian terbabit Pengarah Urusan Muslim Best, Sheikh Dusuki Sheikh Mohammad mewakili syarikat tempatan, manakala pihak Premium Quality Product’s Ltd - United Kingdom diwakili Pengarah Hal Ehwal Korporat, Aron Anthony.

Mou berkenaan turut disaksikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Wan Yahya Wan Salleh.

Wan Yahya berkata, perjanjian berkenaan merupakan sebahagian daripada program pembangunan produk halal PKINK untuk pasaran tempatan dan luar negara.

"PKINK membelanjakan kira-kira RM10.7 juta untuk membina lapan kilang dan menyediakan mesin kepada enam syarikat bagi mengeluarkan produk terbabit."

"Dari jumlah itu sebanyak RM5.2 juta dibelanjakan untuk kilang, manakala sebanyak RM5.5juta lagi untuk mesin pembuatan," katanya di majlis berkenaan.

Pada majlis itu lapan MOU ditandatangani membabitkan lapan syarikat yang mengeluarkan produk halal di bawah program PKINK, antaranya pengusaha roti, roti canai, karipap segera dan sos cili.

Anthony pula berkata, pengusaha tempatan seharusnya menjaga produk terutamanya dari aspek kualiti bagi menawan hati pengguna di peringkat antarabangsa.

Katanya, mereka lebih menilai kualiti berbanding kuantiti dan perkara itu harus diberi keutamaan semua pengusaha di negeri ini.

"Sekali terpedaya dan tertipu, mereka tidak akan membelinya untuk kali kedua. Selepas itu tiada lagi peluang untuk produk kita memasuki pasaran luar. Oleh itu kita perlu berusaha menepati piawaian antarabangsa," ujarnya.

Sementara dalam perkembangan lain, PKINK meraikan 30 pelajar luar negara yang belajar di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) pada majlis Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini.

Pelajar berkenaan kebanyakan berasal dari China, Kemboja, Indonesia dan Thailand. Mereka juga mendapat sumbangan Aidilfitri yang disampaikan Wan Yahya.

Beliau berkata, pelajar-pelajar berkenaan diraikan untuk mendedahkan mereka bagaimana umat Islam di negara ini menyambut kedatangan Syawal.

"Selain itu juga kita tidak mahu membiarkan mereka bersendirian ketika Aidilfitri memandangkan keluarga sendiri jauh di kampung halaman masing-masing," ujarnya.

Oleh itu katanya PKINK akan meneruskan program meraikan pelajar luar negara dari Kias pada masa akan datang.

Pada majlis itu juga Wan Yahya menerima cek bernilai RM12,000 daripada Penolong Pengurus Azhar Group MCIS, Syaren Ibrahim bagi pihak Allahyarhamah Wan Rubiah Wan Mohammad.

Wan Rubiah merupakan pembantu tadbir PKINK, meninggal dunia lima bulan lalu. Hadir sama pada majllis terbabit, Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Lebih 1,000 tetamu dari pelbagai agensi kerajaan negeri dan orang awam hadir pada majlis yang bermula jam 11.00 pagi hingga 4 petang.

ORCADlayout
Webmaster
Webmaster
 
Posts: 1933
Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai

Postby myie » Wed Nov 07, 2007 2:54 pm

al-fatihah..Allayarham Hanifah Harun,meninggal dunia awal pg td
bekas pemain Kelantan yg disegani suatu ketika dulu..

myie
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 62
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: klate..kedoh

Postby ORCADlayout » Thu Nov 29, 2007 2:59 pm

Terdapat segelintir kakitangan profesional awam ambil dadah

Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan mengesan hanya lapan kakitangan kerajaan di negeri ini yang terbabit dengan penagihan dadah setakat tahun ini.

Pengarahnya Wan A'ddenan Wan Mohd Noor berkata daripada jumlah itu lima daripada mereka menagih dadah jenis methamphetamine manakala tiga lagi menagih dadah tradisional seperti heroin dan ganja.

"Kesemua lapan kakitangan ini adalah kakitangan peringkat rendah dan laporan itu telah kita serahkan kepada jabatan masing-masing untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas perasmian Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Johari Baharom.

Wan A'ddenan berkata lapan kakitangan itu dikesan ketika AADK membuat ujian air kencing selepas mendapat permohonan ketua jabatan mereka bagi tujuan pengesanan tersebut.

"Kita mengalu-alukan sebarang permohonan baik daripada majikan kerajaan tetapi juga majikan swasta untuk tujuan pengesanan seperti ini," katanya.

Beliau berkata kebiasaannya dalam kes seperti itu pihaknya mengesyorkan jabatan agar kakitangannya yang terbabit dadah diletakkan dalam pengawasan agensi itu dan polis.

Katanya tindakan agensi itu akan dapat memantau pergerakan mereka kerana diwajibkan melaporkan diri di AADK dan polis setiap sebulan sekali.

"Bagaimanapun terpulang kepada jabatan mereka untuk bertindak dan AADK hanya mengesyorkan tindakan-tindakan yang perlu diambil," katanya.

Wan A'ddenan juga berkata AADK percaya ada kakitangan profesional di jabatan kerajaan yang mengambil dadah seperti pil khayal.

"Kakitangan profesional ini sukar dikesan kerana mereka bukan penagih yang hanya mengambil pil khayal ketika keadaan tertentu sahaja dan dilaporkan mereka menggunakan pil yang mahal harganya untuk berhibur," katanya.

ORCADlayout
 

Postby ORCADlayout » Sat Dec 01, 2007 10:34 am

Anjung KB beroperasi tahun depan

Projek yang menelan kos RM60 juta itu melibatkan pembangunan dua fasa yang dirancang sejak 2004 lalu

ROSMIZA KASIM & ABDUL LATIFF ZAKARIA:

KOTA BHARU - Kawasan perniagaan Wakaf Che Yeh bakal menjadi Anjung Kota Bharu dan menjadi tarikan utama pelancong apabila projek pasar awam bersepadu yang dibina sejak September tahun lalu mula beroperasi awal tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Datuk Takiyuddin Hassan berkata projek yang menelan kos RM60 juta itu melibatkan pembangunan dua fasa yang dirancang sejak 2004 lalu.

“Sehingga kini dalam fasa pertama ia sudah siap sebanyak 85 peratus dan dijangka bakal beroperasi pada awal tahun hadapan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Tahfiz dan Masjid Darul Ansar di sini, semalam.

Majlis berkenaan dirasmikan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pasar awam bersepadu yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam dengan kerjasama sebuah syarikat swasta itu bakal menempatkan pasar borong, pasar pagi, pasar malam, bangunan pejabat serta sebuah pusat tahfiz dan masjid.

Takiyuddin berkata bagi fasa kedua, pembinaannya akan dimulakan pada Disember 2008 dan dijangka siap pada Disember 2009 dan pelaksanaannya adalah sebagai pelengkap kepada pembangunan di Kota Bharu.

“Kita harap dengan siap sepenuhnya projek berkenaan di Wakaf Che Yeh ia akan menjadi Anjung Kota Bharu bagi melengkapkan lagi pembangunan di bandar raya Islam ini.

“Setelah siap semua peniaga di pasar borong Wakaf Che Yeh akan dipindahkan ke tapak baru dan keadaan akan lebih tersusun bagi menarik kedatangan pelancong asing dan kita dapat merealisasikan gambaran keunikan tempat ini seperti yang digambarkan oleh mereka,” ujarnya.

Selain pembangunan tersebut, kerajaan negeri juga bercadang untuk membangunkan satu lagi kawasan seperti di Wakaf Che Yeh untuk memajukan lagi bandar itu.

Pasar awam bersepadu yang dibangunkan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandar Raya Islam dengan kerjasama sebuah syarikat swasta itu bakal menempatkan pasar borong, pasar pagi, pasar malam, bangunan pejabat serta sebuah pusat tahfiz dan masjid.

ORCADlayout
 

Postby ORCADlayout » Tue Dec 04, 2007 10:44 am

Umi pula ditahan kes dadah

Image

PASIR PUTEH 3 Dis – Hampir setahun tanpa khabar akhirnya sebuah keluarga di sini menerima berita buruk mengenai anak perempuan sulung keluarga itu telah ditahan di China atas tuduhan membawa masuk heroin ke republik itu, 19 Januari tahun ini.

Lebih memilukan, menerusi sepucuk surat ke Wisma Putra bertarikh 12 Julai lalu, dikatakan Umi Azlim Mohamad Lazim, 24, telah dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Undang-undang Jenayah Guangzhou republik itu pada 15 Mei lalu atas kesalahan menyeludup masuk heroin seberat 2,983 gram.

Ibu Umi Azlim, Umi Slaia Ibrahim, 45, berkata, anaknya diberi tempoh dua tahun dari tarikh dijatuhi hukuman itu untuk membuat rayuan.

“Inilah yang membuatkan saya sekeluarga merasa sangat sedih. Sudahlah beberapa bulan tidak mendengar berita akhirnya anak saya ditahan di China atas kesalahan berat ini dan telah dijatuhi hukuman mati.

“Saya dimaklumkan dadah itu untuk diserahkan kepada seorang rakyat Nigeria yang bernama ‘UG’ sebaik tiba di Shantou (China) apabila menerima satu bungkusan di Bangkok (Thailand),’’ katanya ketika ditemui di rumah keluarga itu di Kampung Tok Kamis di sini, hari ini.

Umi Slaia berkata, dadah itu ditemui tersorok dalam baju sejuk di bagasi anaknya sebaik tiba di Shantou.

Umi Azlim yang baru beberapa bulan bekerja selepas menamatkan pengajiannya di Universiti Malaysia Sabah dalam jurusan Sains Biologi dilaporkan telah bekerja dengan sebuah syarikat yang menjual alat mengurut kaki milik seorang yang hanya dikenali sebagai ‘Datuk Anas’ di ibu negara.

Menurut Umi Slaia, oleh kerana anaknya fasih berbahasa Inggeris dia telah dipilih syarikat itu untuk menjalankan urusan di luar negara.

‘Sebelum ini Umi selalu menelefon saya sehinggalah terputus hubungan sejak Januari lalu,’’ katanya.

Beliau berkata disebabkan khuatir keselamatan Umi Azlim, Umi Slaia telah ke Jabatan Imigresen Kelantan di sini untuk membantu tetapi telah diminta merujuk kes itu ke Wisma Putra.

“Pegawai Wisma Putra di Putrajaya memberi jaminan untuk cuba mengesan Umi Azlim jika benar berada di luar negara tetapi akhirnya telah dimaklumkan anak saya kini ditahan di China kerana kes dadah,’’ katanya sebak.

Umi Slaia percaya anak sulungnya itu tidak bersalah dan telah dianiaya oleh lelaki Nigeria itu berdasarkan kepada keterangan Umi Azlim dan saksi lain dalam surat mahkamah yang dikirimkan ke Wisma Putra itu.

Mengikut keterangan Umi Azlim di mahkamah, dadah jenis heroin itu telah diserahkan kepadanya oleh seorang wanita rakyat China bila tiba di Bangkok dan telah diminta menyerahkan barang berkenaan kepada lelaki Nigeria itu sebaik tiba di Shantou.

“Anak saya tidak akan buat perkara ini dan dia tidak tahu apa-apa jika tidak dianiaya,’’ katanya.

Bapanya Mohamad Lazim, 50, seorang bekas tentera yang kini bekerja di bengkel servis Proton di sini berkata Umi Azlim adalah harapan keluarga dan merupakan anak yang baik dan rajin.

“ Saya berharap ada pihak sudi membantu mendapatkan peguam bagi Umi Azlim untuk membuat rayuan itu.

“Saya dan isteri hendak sangat berjumpa Umi Azlim di Penjara Guangzhou tetapi kami orang susah apatah lagi nak dapatkan peguam.

‘’Kami nak dengar sangat apa cerita sebenar yang berlaku dan saya berharap rakyat Malaysia tolonglah kami terutama anak kami sedang berdepan dengan maut,’’ kata Mohamad Lazim.

Sebelum ini, seorang lagi rakyat Malaysia, Raja Munirah Raja Iskandar, 22, dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atas kesalahan menyeludup dadah di Jepun.

Beliau kini membuat rayuan terhadap hukuman itu.

ORCADlayout
 

Re: Buletin Kelantan

Postby ORCADlayout » Thu Mar 27, 2008 4:58 pm

Image

ORCADlayout
Webmaster
Webmaster
 
Posts: 1933
Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai

Re: Buletin Kelantan

Postby feez » Sun Apr 06, 2008 2:23 pm

Bila nak buka nie...... Kelas sikit KOTA BHARU......
y%= y%= y%=

feez
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 316
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: SSM4 KOTA BHARU , Manchester United Old Traford + Kubang Batang+ Bandar Utama

Re: Buletin Kelantan

Postby adib_n70 » Sun Apr 06, 2008 4:52 pm

ORCADlayout wrote:Image


dibuka sekarang.. bayaran rm4 satu kepala

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Buletin Kelantan

Postby ORCADlayout » Thu Apr 10, 2008 3:21 pm

Mana pembunuh itu? - Rosnini

Image
Saudara-mara dan orang ramai berkumpul di Hospital Jeli semasa jenazah Nurul Anira dibawa pulang ke rumahnya untuk dikebumikan petang kelmarin.

JELI - "Saya nak tengok muka perogol dan pembunuh kejam Nurul," ujar Rosnini A. Rahim, 44, yang tidak dapat menahan sebak sebaik ditanya tentang kejadian yang menimpa anak gadisnya minggu lalu.

Bagi ibu tunggal beranak empat itu, segalanya seperti mimpi apabila mendapat panggilan daripada adiknya memberitahu mayat Nurul Anira Che Rosid, 17, di temui di kawasan belukar 500 meter dari rumahnya.

"Petang itu (semasa mayat Nurul ditemui) saya merasa begitu berdebar-debar bila lihat polis dan penduduk kampung mencari Nurul di sekitar kawasan kebun di situ.

"Dan debaran saya terjawab apabila terima panggilan daripada Mamat (adik lelakinya) minta saya bersabar dan beritahu Nurul telah meninggal dunia," ujarnya yang seperti tidak percaya bahawa anaknya sudah tiada.

Menurut Rosnini lagi, beliau tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku ke atas anaknya yang disifatkan amat baik dan tidak banyak bergaul dengan orang selain menghabiskan masa di rumah.

"Saya masih teringat lagi ketika Nurul hendak ke sekolah pada hari kejadian, dia ingin meminjam selipar saya kerana rasa selesa selain hendak memakai baju kurung kesukaannya.

"Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku cuma berharap polis dapat melaksanakan siasatan dengan seberapa segera untuk menangkap pembunuh itu," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Daerah Jeli, Asisten Supritenden Ramle Bakar berkata, mangsa dipercayai telah diikat di sebatang pokok sebelum dirogol oleh suspek yang berkemungkinan dikenali- nya.

"Kita yakin ia dilakukan lebih daripada seorang sebelum mayatnya ditimbus di bawah rimbunan pokok buluh yang di tutup dengan daun buluh," katanya yang memberitahu operasi memburu suspek sedang giat dijalankan.

ORCADlayout
Webmaster
Webmaster
 
Posts: 1933
Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai

Re: Buletin Kelantan

Postby doktor_kadok » Thu Apr 10, 2008 6:23 pm

ORCADlayout wrote:Mana pembunuh itu? - Rosnini

Image
Saudara-mara dan orang ramai berkumpul di Hospital Jeli semasa jenazah Nurul Anira dibawa pulang ke rumahnya untuk dikebumikan petang kelmarin.

JELI - "Saya nak tengok muka perogol dan pembunuh kejam Nurul," ujar Rosnini A. Rahim, 44, yang tidak dapat menahan sebak sebaik ditanya tentang kejadian yang menimpa anak gadisnya minggu lalu.

Bagi ibu tunggal beranak empat itu, segalanya seperti mimpi apabila mendapat panggilan daripada adiknya memberitahu mayat Nurul Anira Che Rosid, 17, di temui di kawasan belukar 500 meter dari rumahnya.

"Petang itu (semasa mayat Nurul ditemui) saya merasa begitu berdebar-debar bila lihat polis dan penduduk kampung mencari Nurul di sekitar kawasan kebun di situ.

"Dan debaran saya terjawab apabila terima panggilan daripada Mamat (adik lelakinya) minta saya bersabar dan beritahu Nurul telah meninggal dunia," ujarnya yang seperti tidak percaya bahawa anaknya sudah tiada.

Menurut Rosnini lagi, beliau tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku ke atas anaknya yang disifatkan amat baik dan tidak banyak bergaul dengan orang selain menghabiskan masa di rumah.

"Saya masih teringat lagi ketika Nurul hendak ke sekolah pada hari kejadian, dia ingin meminjam selipar saya kerana rasa selesa selain hendak memakai baju kurung kesukaannya.

"Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku cuma berharap polis dapat melaksanakan siasatan dengan seberapa segera untuk menangkap pembunuh itu," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Daerah Jeli, Asisten Supritenden Ramle Bakar berkata, mangsa dipercayai telah diikat di sebatang pokok sebelum dirogol oleh suspek yang berkemungkinan dikenali- nya.

"Kita yakin ia dilakukan lebih daripada seorang sebelum mayatnya ditimbus di bawah rimbunan pokok buluh yang di tutup dengan daun buluh," katanya yang memberitahu operasi memburu suspek sedang giat dijalankan.




ALLAH maha kuasa....
laknatlah manusia yg perangai lebih dari binatang....
insyaallah penjenayah trsebut akan dtangkap dan dhukum d dunia smntara menanti hkuman akhirat.... [-O< [-O< [-O<

doktor_kadok
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 1700
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: KADOK,USM k.kerian,MML,KMP,SKK

Re: Buletin Kelantan

Postby adib_n70 » Thu Apr 10, 2008 9:37 pm

doktor_kadok wrote:
ORCADlayout wrote:Mana pembunuh itu? - Rosnini

Image
Saudara-mara dan orang ramai berkumpul di Hospital Jeli semasa jenazah Nurul Anira dibawa pulang ke rumahnya untuk dikebumikan petang kelmarin.

JELI - "Saya nak tengok muka perogol dan pembunuh kejam Nurul," ujar Rosnini A. Rahim, 44, yang tidak dapat menahan sebak sebaik ditanya tentang kejadian yang menimpa anak gadisnya minggu lalu.

Bagi ibu tunggal beranak empat itu, segalanya seperti mimpi apabila mendapat panggilan daripada adiknya memberitahu mayat Nurul Anira Che Rosid, 17, di temui di kawasan belukar 500 meter dari rumahnya.

"Petang itu (semasa mayat Nurul ditemui) saya merasa begitu berdebar-debar bila lihat polis dan penduduk kampung mencari Nurul di sekitar kawasan kebun di situ.

"Dan debaran saya terjawab apabila terima panggilan daripada Mamat (adik lelakinya) minta saya bersabar dan beritahu Nurul telah meninggal dunia," ujarnya yang seperti tidak percaya bahawa anaknya sudah tiada.

Menurut Rosnini lagi, beliau tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku ke atas anaknya yang disifatkan amat baik dan tidak banyak bergaul dengan orang selain menghabiskan masa di rumah.

"Saya masih teringat lagi ketika Nurul hendak ke sekolah pada hari kejadian, dia ingin meminjam selipar saya kerana rasa selesa selain hendak memakai baju kurung kesukaannya.

"Bagaimanapun, saya reda dengan apa yang berlaku cuma berharap polis dapat melaksanakan siasatan dengan seberapa segera untuk menangkap pembunuh itu," ujarnya.

Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Daerah Jeli, Asisten Supritenden Ramle Bakar berkata, mangsa dipercayai telah diikat di sebatang pokok sebelum dirogol oleh suspek yang berkemungkinan dikenali- nya.

"Kita yakin ia dilakukan lebih daripada seorang sebelum mayatnya ditimbus di bawah rimbunan pokok buluh yang di tutup dengan daun buluh," katanya yang memberitahu operasi memburu suspek sedang giat dijalankan.




ALLAH maha kuasa....
laknatlah manusia yg perangai lebih dari binatang....
insyaallah penjenayah trsebut akan dtangkap dan dhukum d dunia smntara menanti hkuman akhirat.... [-O< [-O< [-O<


x dapat didunia memey x po, akhirat memey x terlepas

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Buletin Kelantan

Postby ORCADlayout » Fri Apr 11, 2008 5:35 pm

Dendam kepada ibu motif Nurul Amira dirogol, dibunuh

KOTA BHARU: Dendam terhadap ibu mangsa dikenal pasti antara motif seorang lelaki yang ditahan Polis Kelantan kerana disyaki merogol dan membunuh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jeli 2, Nurul Amira Che Rosid, 17, di Kampung Reka Dalam, dekat Kuala Balah, Jeli, petang Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mazlan Lazim, berkata lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari Kampung Lubok Bongor, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian, ditahan selepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Jeli, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

"Mulanya, suspek dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan. Namun, polis meragui keterangan yang diberikan lelaki terbabit menyebabkan dia ditahan untuk siasatan lanjut. Berikutan tangkapan itu, suspek kini direman seminggu mulai hari ini hingga Rabu minggu depan.

"Suspek dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan jauh dengan keluarga mangsa. Setakat ini, kita dapati motif pembunuhan adalah disebabkan sakit hati dan dendam suspek terhadap ibu mangsa serta keinginan seks yang tinggi, mendorongnya merogol pelajar terbabit, " katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis negeri di sini, hari ini.

Mazlan berkata, polis percaya mangsa dirogol beberapa kali oleh suspek di kawasan sama sebelum bertindak membunuhnya.

Dalam penemuan petang Ahad lalu, mayat Nurul Amira ditemui disembunyikan di sebalik timbunan daun dan kayu bawah rumpun buluh, kira-kira 500 meter dari rumahnya.

Mangsa yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaporkan hilang oleh ibunya, Rosnini Abd Rahim, 44, apabila gagal balik ke rumah selepas mengikuti kelas tambahan di sekolahnya pada pagi Sabtu.

Sementara itu, Rosnini ketika ditemui di rumahnya, berkata beliau bersyukur kerana polis berhasil menangkap penjenayah yang disyaki merogol dan membunuh anak ke lima daripada enam beradik itu.

ORCADlayout
Webmaster
Webmaster
 
Posts: 1933
Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai

Re: Buletin Kelantan

Postby feez » Sun Apr 13, 2008 1:41 am

Siapalah berniat jahat , apa-apa pun sebelum buat tindakan ingat kepada ALLAH.

feez
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 316
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: SSM4 KOTA BHARU , Manchester United Old Traford + Kubang Batang+ Bandar Utama

Re: Buletin Kelantan

Postby poktar » Sun Apr 20, 2008 5:49 am

Santapan orang istana

Oleh ZAKI SALLEH

Kedai makan yang pernah dikenali sebagai Restoran Ikan Haruan menerima pelanggan mencecah 500 orang sehari. Apakah keistimewaan menunya sehingga ia digemari oleh rakyat biasa hinggalah golongan diraja?

NASI ulam yang dicicah bersama budu bercampur mangga muda parut, cili api, bawang hiris dan tempoyak memang mencabar selera.


Image
NASI ulam yang dicicah bersama budu bercampur mangga muda parut, cili api, bawang hiris dan tempoyak memang mencabar selera.

RESTORAN Nasi Ulam Kampung Kraftangan (RNUKK) mungkin kelihatan sama seperti lain-lain kedai makan di Kota Bharu. Tetapi sebenarnya ia mempunyai daya tarikan tersendiri.

Menjamu selera di sini melengkapkan kunjungan anda ke negeri Cik Siti Wan Kembang. Mengapa? Di sinilah lokasi sesuai bagi mereka yang ingin menikmati hidangan sebenar selera orang Kelantan. Walaupun menunya ringkas, tetapi ia mencabar selera sesiapa sahaja termasuk mereka yang pertama kali ke negeri ini.

Terletak di dalam kompleks Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka (letaknya rehal gergasi yang menjadi mercu tanda pelancongan di negeri ini), RNUKK tidak sukar dijejaki.

Dikenali juga dengan nama Kedai Cikgu Nasi Ulam sempena nama pemiliknya, Cikgu Hamid Idris, 58, RNUKK mula beroperasi di sini sejak lima tahun lalu. Sehingga kini, ia kekal sebagai antara daya tarikan pengunjung ke Kompleks Kraftangan dan kawasan tumpuan sekitarnya.

Menurut Cikgu Hamid, RNUKK bermula daripada sebuah kedai makan kecil yang dibuka secara suka-suka di hadapan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian sedekad lalu. Dikenali dengan nama Restoran Ikan Haruan, menunya ketika itu hampir sama seperti yang dihidangkan di RNUKK.

Image
LOKASI restoran Cikgu Hamid terletak dalam kawasan Kampung Kraftangan berdekatan Dataran Padang Merdeka.

"Masa itu gerai dikendalikan isteri, Siti Razam Awang, 53 dan tiada niat nak serius berniaga pun, sekadar buat persediaan untuk bersara sahaja," ujar bekas guru ekonomi lulusan Universiti Putra Malaysia (UPM) ini memulakan bicara.

Penghujung tahun 2002, salah seorang pegawai istana mencadangkan agar konsep kedai makan yang sama dibuka di Kampung Kraftangan.

"Sebenarnya, kawasan kompleks ini adalah milik Sultan Kelantan yang menempatkan beberapa buah istana lama, yang dulunya merupakan kawasan larangan bagi rakyat biasa.

"Setelah dipersetujui, saya dibawa mengadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra bagi mendapat perkenan. Ternyata baginda bersetuju dengan cadangan tersebut.

"Setelah mengkaji secara mendalam maka pada 1 Januari 2003 RNUKK beroperasi di sini.

"Oleh kerana kedai sebelum ini menjual nasi ulam, maka konsep yang sama dibawa ke sini iaitu hidangan makan tengah hari berupa nasi putih berserta pelbagai jenis ulam-ulaman, ikan keli goreng berempah, ikan bakar dan sos bilis atau budu.

Image
HAMID IDRIS

"Selepas enam bulan beroperasi, sambutan orang ramai amat menggalakkan. Secara tidak langsung, ia melonjakkan populariti kawasan sekitarnya. Lalu pada penghujung bulan Disember 2004, saya menutup kedai makan di hadapan HUSM bagi memberi tumpuan di sini," jelasnya.

Di mana lokasinya? Ia terletak bersebelahan Istana Jahar dan kurang 500 meter dari situ tersergam indah Masjid Muhammadi. Ia merupakan masjid tertua di bandar ini, manakala tidak jauh dari situ ialah bangunan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan (MPTN).

Dibuka setiap hari kecuali Jumaat, RNUKK mula beroperasi seawal pukul 8 pagi dengan 20 kakitangan. Ini termasuklah lapan di bahagian dapur bagi menyiapkan 10 jenis lauk-pauk seperti ikan keli goreng berempah, ikan keli gulai darat, asam pedas ikan patin, ikan singgang dan sayur lemak campur.

Selain itu, ayam goreng berempah, ikan keli percik, ikan bakar, daging goreng dan lebih 20 jenis ulam-ulaman mentah dan rebus seperti pegaga, tenggek burung, pucuk gajus, ulam raja, pucuk beko dan timun kampung.

Menurut Cikgu Hamid yang juga selaku pengurus restoran, kesemua bekalan bahan mentah diperoleh daripada beberapa pembekal tempatan sekitar Pasir Mas, Bachok dan Pasir Puteh.

"Bagi ulam-ulaman sahaja, kita mendapatkannya daripada enam pembekal mengikut jenis masing-masing yang dihantar setiap hari dengan anggaran nilai RM300 sekali penghantaran.

"Adakalanya kita menghadapi masalah bekalan beberapa jenis ulam, misalnya pada musim tengkujuh dan sebagai ganti kita menukarnya dengan ulam-ulaman bentuk lain seperti sayur kekacang atau menerong.

"Bagi ikan keli, kita mendapatkannya daripada pembekal di Bachok yang menghantar kira-kira 1 tan ikan setiap minggu. Bagi memastikan kesegarannya, ikan-ikan ini disimpan dalam kolah khas di dapur jadi tidak timbul masalah kehabisan ikan keli," ujarnya berseloroh.

Image
Pelanggan bebas memilih, lauk-pauk mengikut selera masing- masing.

Setiap hari tidak kurang 500 pengunjung datang makan ke sini dengan jumlah paling ramai ialah pada pukul 12.30 tengah hari hingga 2 petang. Adakalanya pelanggan terpaksa menunggu giliran walau pun restoran ini mampu memuatkan 400 pengunjung pada satu-satu masa.

Apakah rahsia populariti RNUKK yang dianugerahi Kedai Pilihan Pengguna 2006/2007 oleh Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna sehingga dilimpahi pelanggan?

"Kami mengamalkan konsep bebas memilih, di mana pelanggan mengambil sendiri lauk-pauk mengikut selera masing-masing. Kaedah ini sebenarnya lebih memberi kepuasan kepada pelanggan.

Ikan keli goreng berempah resepi turun- temurun keluarga Cikgu Hamid antara tarikan restoran ini.

"Secara tidak langsung, ia dapat menjalinkan hubungan mesra dengan pemilik restoran," ujarnya yang tidak lekang dengan senyuman.

Image
Aroma ikan keli goreng berempah resepi turun-temurun keluarga Cikgu Hamid yang dicicah bersama budu bercampur mangga muda parut, cili api, bawang hiris dan tempoyak memang cukup mencabar selera.


Berbeza dengan budu yang dijual di kedai-kedai, sebaliknya Cikgu Hamid memproses sendiri bekalan budu yang diterimanya daripada pembekal dengan sedikit campuran istimewa.

Dengan populariti restoran ini dan atas permintaan pelanggan, sebuah lagi cawangan restoran ini dibuka di Taman Orkid Tengku Anis di Pengkalan Chepa pada awal Januari 2005. Ia dikendalikan oleh isterinya dan dibantu enam anaknya yang lain dengan 20 pekerja.

"Kami juga bersedia mengadakan hidangan menu khas jika diminta pelanggan yang membuat tempahan awal dan datang secara berkumpulan.

"Walaupun tidak menyediakan khidmat katering, tetapi RNUKK menerima tempahan untuk majlis keraian," jelasnya.

Jika peniaga lain bercita-cita membesarkan perniagaan mereka termasuk membuka cawangan di tempat lain misalnya di Lembah Klang tetapi tidak kepada Cikgu Hamid.

Prinsipnya mudah. Mahu memberi tumpuan kepada dua restoran sedia ada dan tidak mahu mengecewakan para pelanggan di sini yang kebanyakannya dianggap sebagai teman karib.

"Peluang itu ada. Beberapa tahun lalu saya dipelawa oleh pegawai kanan Permodalan Nasional Berhad (PNB) agar membuka restoran yang serupa di sebuah lokasi dikenal pasti di ibu negara, tetapi saya menolaknya dengan baik.

Image

poktar
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 1448
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: pulai chondong-->bangi

Re: Buletin Kelantan

Postby mzdin » Sun Apr 20, 2008 10:05 am

pat sep KDN KB make tuh.. weowiiittt L][ L][ L][

mzdin
Moderator
Moderator
 
Posts: 1034
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Mas -----> Terey

Re: Buletin Kelantan

Postby azjuan » Sun Apr 27, 2008 12:04 pm

dipetik dari berita harian

TERENGGANU menjuarai pertandingan bola sepak Bawah 18 Tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) selepas menewaskan Kelantan menerusi penentuan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Cheras, semalam.

Kecekapan dan pengalaman penjaga gol Terengganu, Mohd Izham Tarmizi Roslan, 17, menyelamatkan dua sepakan penalti ketika Kelantan hanya mampu menyempurnakan satu jaringan, membantu skuadnya menjulang kemenangan.

“Ketika masa tambahan gagal menentukan kemenangan, saya sedar tanggungjawab yang saya galas amat berat. Jaringan penalti adalah penentuan terakhir. Pada mulanya saya tidak yakin mampu menyelamatkan gawang.


“Namun, saya akui, pengalaman sebagai penjaga gol di Akademi Bola Sepak Terengganu banyak membantu saya membaca pergerakan lawan menerusi gerak kaki dan mata mereka,” kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Laila Senggarang, Marang.

Terdahulu, pada aksi selama 90 minit, kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Ketika Kelantan meraikan jaringan sulung Mohd Aminuddin Mohd Nor pada minit ke-31, Terengganu merampas peluang di atas kegembiraan lawannya untuk mendapatkan gol penyamaan menerusi Mohd Azrai Rosli, seminit selepas itu.

“Saya akui ketika itu kami tidak bersedia. Pemain leka meraikan jaringan sulung dan lawan mengambil kesempatan mendapatkan penyamaan.

“Saya sudah ingatkan pemain sebelum ini supaya berhati-hati pada keadaan seperti itu. Namun, secara keseluruhan, saya berpuas hati dengan aksi anak buah saya hari ini kerana menepati sasaran layak ke perlawanan akhir,” kata jurulatih Kelantan, Mahadi Hassan.

Sementara itu, kemenangan Terengganu memberi 1,001 makna kepada pengendalinya, Mohd Azhari Salim yang bersama pasukan itu sejak 1990.

Baginya, kemenangan itu hasil semangat kental skuad terbaiknya yang ditubuhkan empat hari sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan tanpa cukup latihan.

“Apabila ramai pemain kembali ke Akademi Bola Sepak Terengganu, saya terpaksa mencari pemain berbakat di ceruk kampung dan daerah lain termasuk ke Besut.

“Namun, saingan hari ini sengit ketika kami tidak cukup pemain selepas tiga tonggak utama cedera.

“Namun, apabila kemenangan diputuskan bakal ditentukan menerusi penalti, saya yakin kemenangan itu milik kami. Saya sudah ajar pemain dan penjaga gol keadaan itu,” katanya.

Terdahulu, pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat, kebangkitan saat akhir Pahang gagal mengubah keputusan apabila ditewaskan Selangor 3-2.

Gol Selangor dijaringkan Mohd Khairul Azrin (m14), Mohd Zulbair (m29) dan Mohd Ramadhan (m46) manakala dua gol Pahang dihasilkan Mohd Aiman Izwan (m23 dan m69).

Image

azjuan
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 3739
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Hilir Bandar London

Re: Buletin Kelantan

Postby azjuan » Sun Apr 27, 2008 12:11 pm

dipetik dari the star

PETALING JAYA: Terengganu were crowned the National Schools Sports Council (MSSM) Under-18 football champions when they defeated Kelantan 3-1 on penalty kicks in the final at the KL Football Stadium in Cheras yesterday.

The two teams were tied at 1-1 after regulation and extra-time.

Mohd Azrai Rosli, who scored the winner in Terengganu’s 1-0 upset of defending champions Perlis in the quarter-finals and also netted the opening goal in their 2-1 win over Pahang in the semi-finals, came to their rescue again yesterday.

It was his 32nd minute equaliser, just a minute after Mohd Aminuddin Mohd Nor had put Kelantan ahead, that kept Terengganu in the title hunt.

Mohd Fakhrurazi Musa of Terengganu was named as the man-of-the-match while Izat Iskandar of Kuala Lumpur finished as the top scorer with five goals.

Selangor finished third after edging Pahang 3-2.

Image
Jubilation: The Terengganu team celebrating after beating Kelantan 3-1 on penalties in the final yesterday. Terengganu’s saviour was Mohd Azrai Rosli (right), who netted the equaliser in regulation time.

azjuan
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 3739
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Hilir Bandar London

Re: Buletin Kelantan

Postby ORCADlayout » Sat Jul 26, 2008 12:33 am

Image

Hadapi hukuman mati

Mohd Shukri Abdullah, 34, bapa kepada empat cahaya mata ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengedar heroin seberat 7.1 gram 15 Julai lalu.

Ketika ditangkap sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK negeri, tertuduh sedang menjalankan urusan jual beli dadah di tepi jalan besar di hadapan Stesen Minyak Petronas Kok Lanas kira-kira jam 9.45 malam.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Sumber = Sinar Harian

ORCADlayout
Webmaster
Webmaster
 
Posts: 1933
Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai

Re: Buletin Kelantan

Postby pipitkk » Sat Jul 26, 2008 3:16 pm

kawe beso dos gi makan situ...
hahaha

pipitkk
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 135
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: duk di asia tenggara

Next

Return to Warta Perdana Kelate.Net

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests


Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)