Info Sukan Malaysia

Topik info mengenai kejohanan sukan-sukan lain di Malaysia

Info Sukan Malaysia

Postby ORCADlayout » Tue Dec 04, 2007 10:34 am

Malaysia ikat Pakistan 2-2

Image
TONGGAK Malaysia, Jiwa Mohan (dua dari kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol bersama rakan sepasukan pada perlawanan menentang Pakistan dalam saingan hoki Trofi Juara-Juara di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutip mata pertamanya pada hoki Trofi Juara-Juara apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Pakistan dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Penyerang berpengalaman, Chua Boon Huat membakar semangat melawan rakan-rakannya apabila menjaringkan gol pertama skuad negara menerusi penalti sudut sebelum Jiwa Mohan menyamakan kedudukan 2-2, namun kekal di anak tangga terbawah kedudukan daripada lapan pasukan yang bersaing.

Sebelum itu, Malaysia bermula dengan perlahan pada babak pertama, tidak seperti ketika tiga perlawanan pertama mereka, dan pemain-pemain Pakistan pula menggunakan kemahiran menggelecek untuk menerobos ke kawasan D tuan rumah dan mendahului 2-0 apabila rehat.

Pasukan berjersi hijau itu begitu bersemangat untuk mendapatkan gol awal dan asakan mereka diiringi oleh kira-kira 1,000 penyokong yang tidak pernah diam daripada menjerit memberikan sokongan sepanjang perlawanan.

Sorakan penyokong Pakistan semakin kuat apabila pasukan itu mendahului pada minit ke-19 selepas Akhtar Ali menampan masuk umpanan lintang Shakeel Abbasi dari kanan. Mereka kelihatan menuju kemenangan apabila menambah gol dua minit sebelum tamat babak pertama menerusi pukulan penalti sudut Ghazanfar Ali yang terkena kayu pemain pertahanan Mohd. Mazli Ikmar Mohd. Nor sebelum bola menewaskan penjaga gol, S. Kumar.

Malaysia pula mendapat empat penalti sudut pada separuh pertama tetapi kesemuanya gagal disudahkan dengan baik.

Babak kedua menjadi milik anak-anak buah Sarjit Singh sepenuhnya apabila mereka menghujani kubu Pakistan dengan serangan.

Pada minit ke-42, ketua pasukan Azlan Misron dikecewakan apabila tolakkannya dari sebelah kanan pintu gol selepas menerima umpanan penalti sudut Jiwa ditepis oleh penjaga gol Pakistan Salman Akbar.

Empat minit kemudian, penyerang Ismail Abu pula hanya mampu menggeleng apabila pukulan kerasnya dari hujung kawasan D sedikit melepasi palang.

Malaysia kemudiannya mendapat penalti sudut pada minit 55 dan hasil muslihat, Chua memukul masuk untuk menjadikan kedudukan 2-1.

Malaysia kemudian mendapat satu lagi penalti sudut pada minit 61 dan kelihatan berjaya menyamakan kedudukan apabila Azlan menampan masuk dan pengadil dari India, Satinder Kumar mengesahkannya tetapi dibantah oleh pemain-pemain Pakistan.

Selepas penelitian menerusi rakaman video dibuat, jaringan itu dibatalkan sungguh pun tayangan semula itu gagal membuktikan apa-apa kesalahan pemain Malaysia.

Keputusan itu kelihatan akan memberikan kemenangan kedua kepada Pakistan, selepas menumpaskan Sepanyol 2-0 pada hari pembukaan Khamis lalu, namun semangat juang skuad negara terus menyala dan mendapat pukulan bebas di hujung kawasan D pada minit 63.

Jiwa menampan di sebelah kanan sebelum membuat umpanan lintang yang ditampan masuk oleh Ghazanfar untuk gol penyamaan Malaysia.

ORCADlayout
 

Sea Game!!

Postby azuarazmi » Tue Dec 11, 2007 11:46 pm

macamane percapaian atlit kita kat sukan sea???berjaya ko x kali ni??target MSN berapa emas yer??

azuarazmi
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 59
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Cheras

Re: Info Sukan Malaysia

Postby pue » Thu Mar 13, 2008 10:29 pm

sek badminton MALAYSIA blh wak kelik PIALA THOMAS dop tahun ni agok2 eh.. :roll:

pue
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 729
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: peringat+skudai

Re: Info Sukan Malaysia

Postby eL » Tue Mar 18, 2008 7:54 pm

pue wrote:sek badminton MALAYSIA blh wak kelik PIALA THOMAS dop tahun ni agok2 eh.. :roll:


napok ko prestasi semaso supo xdok harape.... :(((

eL
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 152
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: pasir mas + seoul

Re: Info Sukan Malaysia

Postby bedalganas » Wed Mar 19, 2008 12:34 am

beregu mas tu berat kakloh loni..
kokse molek main.. \?;
nk mng lagu mano piala thomas...
hafiz plok buat hal... \?;
huu.. (((

bedalganas
Pemain Skuad Liga Perdana
Pemain Skuad Liga Perdana
 
Posts: 887
Joined: Sat Mar 15, 2008 3:30 am
Location: Kg Panchor 70% Kuantan 30 %

Re: Info Sukan Malaysia

Postby archiks » Thu Mar 20, 2008 4:08 pm

maso naik namo ari 2 pakat puji abis te..

maso turun plok maki abis te plok doss...

adab turun temurun dos... ;))

archiks
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 254
Joined: Fri Mar 14, 2008 6:25 pm

Re: Info Sukan Malaysia

Postby pue » Thu Mar 27, 2008 1:32 pm

rapi beregu 2 berat sunggoh dos loni..kakloh sokmo..pening doh rexy mikir 2-( o,.d

pue
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 729
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: peringat+skudai

Re: Info Sukan Malaysia

Postby mzdin » Tue Apr 15, 2008 5:20 pm

aki wrote:gano ngn skuad hoki kito??
kelayakan ari tu lyk dop??

xlayok boh.. bleh nobo 3 jah.. juara baru bleh g olimpik.. X( X(

mzdin
Moderator
Moderator
 
Posts: 1034
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Mas -----> Terey

Re: Info Sukan Malaysia

Postby adib_n70 » Tue Apr 15, 2008 6:35 pm

mzdin wrote:
aki wrote:gano ngn skuad hoki kito??
kelayakan ari tu lyk dop??

xlayok boh.. bleh nobo 3 jah.. juara baru bleh g olimpik.. X( X(

habis jeng sukan malaysia, lo nie x dok hok bleh wat pitih, dulu bdmintn biso lo nie sama taraf, harap skuasy jah ok lagi

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Info Sukan Malaysia

Postby faris » Sat May 03, 2008 1:23 pm

guano badminton bunyi jugok alik atas tow....
kawe peminat bdminton sejati... hohhh, beregu mas kito meme jeng loni..
tp, single kito ado bakat baru. mohd arif abdul latif...
loni misbun sidek serap masuk dale skuad elit doh. (persiapan piala thomas)
kemah jugok tengok ko game dio..
tp, lepas2 ni, harap terus maju & tidok koya supo apis asim..
ni dok, main po ::censored::, koya jah lebih... cehhhh...

faris
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 361
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: tendong, pasir mas, bangi...... bukit jalil (InsyaAllah...)

Re: Info Sukan Malaysia

Postby pue » Fri May 09, 2008 2:48 am

faris wrote:guano badminton bunyi jugok alik atas tow....
kawe peminat bdminton sejati... hohhh, beregu mas kito meme jeng loni..
tp, single kito ado bakat baru. mohd arif abdul latif...
loni misbun sidek serap masuk dale skuad elit doh. (persiapan piala thomas)
kemah jugok tengok ko game dio..
tp, lepas2 ni, harap terus maju & tidok koya supo apis asim..
ni dok, main po ::censored::, koya jah lebih... cehhhh...

yolo boh..kawe stuju nga demo..apis asim xrok doh..koya jah lebih..main nk style jah lebih,pah2 haloh..blh dh tohok slow kawe 2..haha

pue
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 729
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: peringat+skudai

Re: Info Sukan Malaysia

Postby sapix » Fri May 09, 2008 3:14 am

huhuhu,
koya dok?

apih asim tu molek jadi pelakon pilem r. :twisted:
muko bgayo po dio tu xleh main bedminton.
control macjo sokmo.
lopak smash pun malah.

sapix
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 356
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Kuala Lumpur/Jeli

Re: Info Sukan Malaysia

Postby pue » Sat May 10, 2008 11:22 pm

sapix wrote:huhuhu,
koya dok?

apih asim tu molek jadi pelakon pilem r. :twisted:
muko bgayo po dio tu xleh main bedminton.
control macjo sokmo.
lopak smash pun malah.

yolo blako boh..kalu kiro gak,kawe jare bna xsokom mano2 sek klate men sukan..tapi kakah ni gak kawe xdop raso nk sokom la..main nk bergayo jah lebih..dohla malah nk lopak smash..pah2 koya macho duk betol2 rambut..xrop weh kawe 2.. :oops:

pue
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 729
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: peringat+skudai

Re: Info Sukan Malaysia

Postby faris » Sun May 11, 2008 5:34 pm

badminton kito sbenarnyo sudah berada di tahap yang membanggakan.
kerana masalah dalaman, isu kebajikan, kewangan dan pelbagai lagi masaloh lain,
badminton kita terus dimalukan di peringkat antarabangsa. lantas menyebabkan
mental & moral pemain kita terus merudum.
cuba kita lihat kepada taufik hidayat. beliau pemain yg sungguh komited.
godio huk dio nk, dia akan berusaha, berusaha & berusaha untuk mencapainya.
meme cukup berbeza dgn pemain2 bdminton malysia kito..

faris
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 361
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: tendong, pasir mas, bangi...... bukit jalil (InsyaAllah...)

Re: Info Sukan Malaysia

Postby betterman » Fri May 16, 2008 2:58 pm

sapa tau semi final china vs malaysia live pukol berapa hari ni? jawab secepat mungkin tq

betterman
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 2314
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Medan Usahawan, Bersebelahan Stadium Sultan Mohamed IV

Re: Info Sukan Malaysia

Postby adib_n70 » Fri May 16, 2008 3:06 pm

betterman wrote:sapa tau semi final china vs malaysia live pukol berapa hari ni? jawab secepat mungkin tq


kul 2ptg waktu malaysia

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Info Sukan Malaysia

Postby K4L » Fri May 16, 2008 4:00 pm

First point boleh do ko malaysia. Lee Chong Wei kalahkan Lin Dan 21-12 dan 21-14

semoga beregu lepah ni boleh hadiahkan mata ke 2.

sapo-sapo hok tokleh tgk tv bokte dok di opis, boleh tgk live streaming TV3

K4L
Moderator
Moderator
 
Posts: 369
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Re: Info Sukan Malaysia

Postby ORCADlayout » Fri May 16, 2008 4:10 pm

Boh, tolong update sini deh, kawe tok leh tgk gedeba perut...

ORCADlayout
Webmaster
Webmaster
 
Posts: 1933
Joined: Mon Mar 03, 2008 2:43 pm
Location: Cyberjaya - Taman Equine - K.Kerian - K.Krai

Re: Info Sukan Malaysia

Postby marzuki » Fri May 16, 2008 4:16 pm

ORCADlayout wrote:Boh, tolong update sini deh, kawe tok leh tgk gedeba perut...

:roll: serupo la..

tapi kawe kat opih..
kat opih ado astro,tapi ESPN jah boleh.....

tlg update laaaaaaa :cry:

marzuki
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 151
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Kuantan, Pahang

Re: Info Sukan Malaysia

Postby marzuki » Fri May 16, 2008 4:29 pm

marzuki wrote:
ORCADlayout wrote:Boh, tolong update sini deh, kawe tok leh tgk gedeba perut...

:roll: serupo la..

tapi kawe kat opih..
kat opih ado astro,tapi ESPN jah boleh.....

tlg update laaaaaaa :cry:


TV 1 ADO LIVE

SET 1..REGU 1ST KITO KALOH

marzuki
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 151
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Kuantan, Pahang

Next

Return to Sukan-Sukan Lain

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron

Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)