Hashim Mustapha

Topik untuk berbicara mengenai pemain-pemain bola sepak tempatan yang tersohor pada zaman dulu

Hashim Mustapha

Postby K4L » Fri Jan 20, 2006 8:34 pm

Satu nama yg amat digeruni pd satu ketika dahulu kerana ledakan jaringan yg dihasilkannya.
beliau pernah mendapat kasut emas pd musim 1993/94 iaitu berjaya mengatasi pemain import - satu pencapaian yg cukup baik bagi pemain tempatan.

sedikit info dari laman lama (http://www.kelate.xs3.com)

klik sini

K4L
Moderator
Moderator
 
Posts: 369
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby Jilly » Fri Jan 20, 2006 11:21 pm

Hero kawe... kalu main bola zame budok... koya Hasim Stopa... jale pon supo dio... A complete player.. buleh sumak goal dgn mace2 caro... sepakan padu... sambil berlari... heading.. scissor kick... free kick... Harap2 akan muncul seorang lagi Hashim Mustapha dalm skuad muda kita

Jilly
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 101
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby kamarul78 » Sat Jan 21, 2006 1:59 am

Musim 1994

Top Scorers
-----------
25 goals - Hashim Mustapha (KEL)
23 goals - Scott Ollerenshaw (SAB)
20 goals - Abbas Saad (SIN)
19 goals - Fandi Ahmad (SIN)
18 goals - Ariffin Osman (TER)
14 goals - Peter Nieketien (TER)
13 goals - Matlan Marjan (SAB) Ervin Boban (JOH)

Image

kamarul78
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 11
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby kamarul78 » Tue Jan 31, 2006 12:12 am

Antara jaringan menarik Hashim Mustapha melalui sepakan percuma....

download sini...

FREE KICK HASHIM STOPA MASO LAWE KEDOH 1993

Last edited by kamarul78 on Tue Feb 14, 2006 1:21 am, edited 2 times in total.
kamarul78
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 11
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby Jilly » Wed Feb 01, 2006 12:38 am

kamarul78 wrote:Antara jaringan menarik Hashim Mustapha melalui sepakan percuma....

http://www.savefile.com/files/4468225


Kemah molek... bijok demo... amik mano file ni...

Jilly
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 101
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby penzikirmalam » Wed Feb 01, 2006 1:07 am

oloh...la...
terubat rindu nk tgk aksi hebat hashim stopa....payoh dh nk cari srupo dio loni.... :roll:

penzikirmalam
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 11
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby kamarul78 » Wed Feb 01, 2006 2:37 am

Jilly wrote:
kamarul78 wrote:Antara jaringan menarik Hashim Mustapha melalui sepakan percuma....

http://www.savefile.com/files/4468225


Kemah molek... bijok demo... amik mano file ni...


Dale VCD Kedah vs Kelate semi final 1993..main di Alor Star...kalu nok contact Orekb...sajo jah masuk klip ni ble2 promosi :D

kamarul78
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 11
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby Poknik » Wed Feb 01, 2006 3:15 am

Antara pemain yg paling berdisiplin di dalam / luar padang. Sayangnya jasa beliau kurang dikenang oleh pengurusan Kafa zaman W** Has**m. :cry:

Poknik
Timbalan Presiden
Timbalan Presiden
 
Posts: 1031
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Kota Bharu

Postby Jilly » Wed Feb 01, 2006 1:35 pm

kamarul78 wrote:
Jilly wrote:
kamarul78 wrote:Antara jaringan menarik Hashim Mustapha melalui sepakan percuma....

http://www.savefile.com/files/4468225


Kemah molek... bijok demo... amik mano file ni...


Dale VCD Kedah vs Kelate semi final 1993..main di Alor Star...kalu nok contact Orekb...sajo jah masuk klip ni ble2 promosi :D


Braso nok jugok weii so...

Jilly
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 101
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby cahketing » Wed Feb 08, 2006 2:15 pm

Pemain hok kawe minat nih....ore kata patah tumbuh hilang berganti...tapi kelate tak ada lagi pengganti hashim mustapha (HM) buat masa lo ni...harap2 Hashim Mustapha (HM) ke 2 akan muncul sedikit masa lagi. KDN KB tu kalu ada perjumpaan akan datang ni cuba2 la ajak HM.

cahketing
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 112
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Putrajaya

Postby beressemmo » Thu Feb 09, 2006 11:00 am

Hok kawe tahu ttg Hashim Mustafa:

Kasut bola dia size 5 jah
pernah bermain dgn skuad Harimau Malaysia

teringat mulo ado lagu dikir......."penyerang pasukan kelate.... namo dia hashim mustapa..
bila dia bowok bola..penyokong diluar sapa gelepar"//...

beressemmo
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 19
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Sec u16, tmn bukit subang

Postby Anokkije » Mon Feb 13, 2006 2:45 pm


NOSTALGIA 1993

Pengurus: Zaid Ibrahim
Jurulatih: M.Karathu
Pengurusan: Ringgit Kreatif
Penaja: le coq sportifi
Ketua pasukan: Hashim Mustapha
Pencapaian: Separuh Akhir Piala Malaysia 1993

Pemain-pemain:
1.Syarifuddin Harun
2. Aziz Mustapha
3. Dimitri Kalkanov
4. Zulkifli Abdullah
5. Zahasmi Ismai
6. Riduan Rafar
7. S.Silvarajoo
8. Marko Kraljevic
9. Zami Md Noor
10. Hashim Mustapha
12.Zaidi Napiah
13. Tn Kamree Tn Yahya
15. Rojani Husein
16. Murhim Abdullah
17. Michael Roki
19. Rosli Ismail
20. Salim Mahmood
21. Shukri Ghazali
22. Wan Kamaruzzamanl

Anokkije
Moderator
Moderator
 
Posts: 857
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Puteh & Kuala Lumpur

rindu

Postby feez » Mon Feb 20, 2006 8:46 pm

kawe rindu buah siccors kick dia memang first class
sapa loni takdok ore buleh challenge lagi........
masa hashim main dengan JKR dulu kawe ramai-ramai balik sokong JKR
kalau ada lagi gadingan Hashim + Marko = Kawe rasa pasukan liga M loni ketar lutut nok main dengan Kelate......... :D

feez
Pemain Sekolah Menengah
Pemain Sekolah Menengah
 
Posts: 316
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: SSM4 KOTA BHARU , Manchester United Old Traford + Kubang Batang+ Bandar Utama

Postby Jilly » Fri Mar 10, 2006 12:38 am

Mari dulu jupo abe Hashim di keda nasik Pohon Ceri...

Cool jah...

Jilly
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 101
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby poktar » Fri Mar 10, 2006 1:43 am

Jilly wrote:
kamarul78 wrote:Antara jaringan menarik Hashim Mustapha melalui sepakan percuma....

http://www.savefile.com/files/4468225


Kemah molek... bijok demo... amik mano file ni...



bakpo kawe tokleh nk donlot ..file not valid!!
try ejah deh...

poktar
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 1448
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: pulai chondong-->bangi

Postby cahketing » Fri Mar 10, 2006 11:07 am

Jilly wrote:Mari dulu jupo abe Hashim di keda nasik Pohon Ceri...

Cool jah...




ohhhhh bak po tak ambil gambar dia dan bubuh sini...nak tenggok gambar terkini abe Hasyim ni..rambut ada ekor lagi ko??

ps Jilly nasi pohon ceri tu mana?

cahketing
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 112
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Putrajaya

Postby kamarul78 » Fri Mar 10, 2006 12:10 pm

PokTar wrote:
Jilly wrote:
kamarul78 wrote:Antara jaringan menarik Hashim Mustapha melalui sepakan percuma....

http://www.savefile.com/files/4468225


Kemah molek... bijok demo... amik mano file ni...



bakpo kawe tokleh nk donlot ..file not valid!!
try ejah deh...


kawe tra buleh..tak dok masalah....

kamarul78
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 11
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby Jilly » Fri Mar 10, 2006 4:31 pm

cahketing wrote:ohhhhh bak po tak ambil gambar dia dan bubuh sini...nak tenggok gambar terkini abe Hasyim ni..rambut ada ekor lagi ko??

ps Jilly nasi pohon ceri tu mana?


Nok amik gambar guano ore mana... kawe suroh orekb amik pun dio x sir..

Keda tu Jalan Yaakubiah


p/s : Gochoh, kawe de saing nga Pok Dik.. maso zame skoloh di SMSI dulu

Jilly
Pemain Sekolah Rendah
Pemain Sekolah Rendah
 
Posts: 101
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am

Postby poktar » Wed Mar 22, 2006 2:39 am

kamarul78 wrote:
PokTar wrote:
Jilly wrote:
kamarul78 wrote:Antara jaringan menarik Hashim Mustapha melalui sepakan percuma....

http://www.savefile.com/files/4468225


Kemah molek... bijok demo... amik mano file ni...



bakpo kawe tokleh nk donlot ..file not valid!!
try ejah deh...


kawe tra buleh..tak dok masalah....


breh2..buleh doh,ari tu server x molek bokali... :)

poktar
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 1448
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: pulai chondong-->bangi

Postby epiebeck » Sun Apr 30, 2006 3:38 pm

Sejenak Bersama...: Hashim kesal gagal bantu Kelantan

HAMPIR 20 tahun bergelumang sebagai pemain dengan ratusan gol dijaringkan, namun ia gagal memberi kepuasan kepada bekas penyerang kebangsaan dari Kelantan, Hashim Mustapha, sepanjang karier bola sepaknya.

Bagi Hashim, kariernya sebagai pemain tidak sempurna apabila impian membawa negeri kelahiran menjulang sebarang piala dalam liga tempatan terutamanya Piala Malaysia, gagal dipenuhi.

"Memang banyak kenangan manis selama pembabitan saya sebagai pemain, tetapi saya kecewa kerana sepanjang tempoh itu impian membawa Kelantan menjulang Piala Malaysia sebagai hadiah kepada penyokong tidak kesampaian.

"Bagi saya, skuad Kelantan pada 1993 cukup mantap untuk melangkah ke final, malangnya impian kami berkubur di separuh akhir apabila tewas kepada Kedah," katanya.

Ketika menyarung jersi Kelantan, anak kelahiran Kota Bharu ini boleh dikatakan hampir setiap musim menjadi penjaring terbanyak pasukan negerinya termasuk tiga kali meraih anugerah Kasut Emas.

Malah, lebih membanggakannya anugerah itu dicapai ketika liga negara ini dipenuhi bintang penyerang import yang cukup digeruni seperti Scott Ollerenshaw, Jose Iriarte, Abbas Saad, Alistair Edwards dan Ervin Boban.

"Pada 1990 saya muncul penjaring terbanyak Divisyen Dua dengan 15 gol sekali gus membantu Kelantan melangkah ke Divisyen Satu pada tahun berikutnya.

"Saya masih ingat pada 1993, saya muncul penjaring terbanyak hasil jaringan perlawanan terakhir liga iaitu ketika Kelantan menentang Negeri Sembilan.

"Sebelum perlawanan itu, Jose Iriarte mendahului senarai penjaring dengan 12 gol manakala saya pula mengumpul 10 jaringan tetapi dalam perlawanan terakhir Pahang, Jose gagal menjaringkan gol tetapi saya mencipta hatrik, seterusnya memenangi kasut emas dengan 13 gol," katanya.

Namun, bagi Hashim, kejayaannya memenangi kasut emas pada 1994 lebih memberi kepuasan apabila dia bukan setakat menjaringkan 29 gol daripada 30 perlawanan, malah mencatat rekod beraksi setiap minit tanpa digantikan.

"Tahun itu saya beraksi dalam 30 perlawanan Liga Perdana, tiga dalam Piala FA dan enam perlawanan Piala Malaysia. Saya langsung tidak digantikan atau digantung perlawanan.

"Saya rasa tidak ada pemain mampu menyamai rekod saya ketika itu. Kalau ada pun mungkin Radhi Mat Din atau penjaga gol Sarawak, Mazelan Wahed," katanya tersenyum mengimbau memori indah sebagai pemain.

Selepas menggantungkan kasut bolanya sebaik musim 2001 berlabuh ketika usianya 35 tahun, Hashim tetap tidak mampu memisahkan dirinya dengan bola sepak yang dianggap sudah sebati dengan dirinya.

"Saya masih lagi bermain bola sepak... tak boleh tinggal, tapi sekadar suka-suka untuk keluar peluh. Itupun jika ada kelapangan bersama rakan-rakan," katanya.

Malah, dia mula berjinak-jinak dengan perniagaan berasaskan bola sepak apabila mengusahakan gelanggang futsal bersama rakannya sebagai perancangan jangka panjang apatah lagi sukan itu semakin mendapat tempat di negara ini.

"Dengan sedikit modal yang dikumpul sepanjang bermain bola sepak serta perkongsian bersama rakan, dapat juga saya membuka gelanggang futsal iaitu Masterscaff di Jalan Panji, Kota Bharu sejak empat bulan lalu.

Menceritakan detik mula karier bola sepaknya, Hashim berkata dia mula mewakili Kelantan ketika baru berusia 18 tahun dalam pertandingan Piala Malaysia pada 1984.

"Waktu itu saya menyarung jersi nombor 10. Bukan sebab handal... tapi kerana pemain senior tidak berani memakai jersi itu yang pernah digunakan penyerang terbilang Kelantan, Dali Omar.

"Bila semua dah ambil nombor lain, nak tak nak hanya jersi nombor 10 saja yang tinggal," katanya.

Tahun yang sama juga dia dipanggil menyertai skuad Harimau kebangsaan di bawah jurulatih Abdullah Mohamad dan Abdul Rahman Ibrahim serta berpeluang beraksi bersama bintang England, Kevin Keegan, yang menjadi pemain jemputan skuad itu.

Hashim berkata, reputasinya sebagai penjaring terbanyak menyebabkan dia sentiasa menjadi tumpuan pemain pertahanan lawan yang bukan saja mengawal ketat pergerakannya, malah sering kali membuat bentesan keras.

"Ketika itu, pemain pertahanan semuanya tegap-tegap dan mengamalkan corak permainan keras seperti Olobumni Adigun, Darren Stewart, Alan Davidson dan Ahmad Yusof. Tengok mereka pun dah gerun," katanya.

Pada 1996, Hashim membuat keputusan mengejut apabila berhijrah ke Kedah untuk berubah angin dan memenangi Piala FA pada tahun yang sama. Selepas dua musim bersama Kedah, dia kembali ke pangkuan Kelantan pada 1998 sebelum membantu Johor memenangi Liga Divisyen Dua pada 1999.

Bersama skuad kebangsaan, Hashim tidak dapat melupakan memori manis membantu skuad negara meraih pingat perak Sukan Sea 1987 di Jakarta yang mana Hashim menyumbang satu gol dalam saingan separuh akhir menentang Thailand.

"Sebelum perlawanan itu, ramai yang tidak memberi harapan kepada skuad negara tambahan pula Thailand dibarisi pemain ternama seperti Piyapong Pue-Onn dan Attapol Buspakom.

"Tetapi, segala-galanya berubah apabila saya menjaringkan gol pertama menerusi tandukan terbang sebelum Dollah Salleh menambah gol kedua. Malangnya kita tewas kepada tuan rumah, Indonesia dalam final," katanya.

Ditanya mengenai impiannya di masa depan, Hashim berkata dia bercita-cita menjadi jurulatih Kelantan suatu hari nanti dan mahu mencungkil seberapa banyak bakat baru di negeri itu.

"Impian menjulang Piala Malaysia sebagai pemain tidak tercapai... tetapi mana tahu saya mampu mengucupnya sebagai jurulatih," katanya.



**Hashim nk sgt jd coach kelate...arap thn depe dio akan diberi peluang jd coach kelate....

epiebeck
Moderator
Moderator
 
Posts: 1477
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Pekan, Kota Bharu Bandaraya Islam, Kelate & UPM Serdang

Next

Return to Bekas Pemain Kelantan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests

cron

Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)