Terkini Dari Skuad Kelantan Part 3

Re: Terkini Dari Skuad Kelantan Part 3

Postby RedsFC » Wed May 28, 2008 3:52 am

KelateDotNet (KDN) temui Regis

Kota Bharu - Pada Selasa lalu, KelateDotNet (KDN) yang juga sebuah laman web bola sepak siber bersama-sama wakil dari Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK) sempat menemubual dan beramah mesra dengan Regis Laguesse bertempat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.

Temubual yang dilakukan pihak KDN bertujuan untuk bertanyakan kepada Regis tentang pengalaman beliau bersama pasukan luar sebelum datang berkhidmat bersama skuad Kijang.

Pengalaman Regis yang pernah melatih banyak pasukan terkenal disamping memperkenalkan bakat-bakat muda ke peringkat tertinggi amat ditagih oleh setiap penyokong Kijang. Ramai mengharapkan beliau mampu menggalas cabaran ini untuk terus memperkasakan skuad Kelantan dalam liga Malaysia setelah pemergian Haji Norizan Bakar.

Menurut Regis Lagueese yang ditemui oleh unit media KDN, tugas beliau bermula 31 Mei ini apabila pasukan Kelantan akan turun menentang gabungan pemain Afrika dalam perlawanan persahabatan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Katanya lagi, Kelantan merupakan sebuah pasukan yang mantap dan kebanyakan pemain mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Beliau juga mengharapkan setiap peminat bola sepak Kelantan tidak menaruh harapan tinggi tetapi beliau berjanji akan mencuba segala yang terdaya demi memartabatkan bola sepak Kelantan di mata masyarakat.

Rata-rata peminat yang ditemui kelmarin juga mengharapkan agar Regis akan melakukan yang terbaik dan menyamai rekod Cikgu Jan sebelum ini dimana Kelantan tidak pernah tewas di gelanggang sendiri. Menurut wakil Kelab Penyokong Bola Sepak Kelantan (KPBSK), Encik Rustam, beliau amat berharap Regis mampu meneruskan kesinambungan jurulatih terdahulu dimana Kelantan mampu bersaing dengan pasukan kuat lain.

Kelantan yang diundi dalam kumpulan A Piala Malaysia akan memulakan saingan menentang Sarawak di Kuching dan disinilah tugas utama Regis iaitu membantu Kijang membawa pulang 3 mata dari sana. -KDN Media.

RedsFC - Koresponden Utara (Wartawan Masa Depan, InsyaAllah)

RedsFC
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 6767
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: UUM Sintok+Wakaf Bharu+Pasir Peke+Tok Ube

Re: Terkini Dari Skuad Kelantan Part 3

Postby RedsFC » Wed May 28, 2008 3:54 am

RedsFC wrote:Temu ramah dengan Coach Baru Kelate, Regis Laguesse selepas di translate

Kalu ado salah tuh maah la dess.... ambo translate guna kemahiran BI-BM kawe do tuh.. mugo gu lawe kecep laju gak tadi...hahaha

RedsFC
Ahli Jawatan Kuasa
Ahli Jawatan Kuasa
 
Posts: 6767
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: UUM Sintok+Wakaf Bharu+Pasir Peke+Tok Ube

Re: Terkini Dari Skuad Kelantan Part 3

Postby mzdin » Wed May 28, 2008 9:19 am

kemah temuramah puok kdn kb wat.. supo nge sep bernama doh doh... slamat maju jaya....

mzdin
Moderator
Moderator
 
Posts: 1034
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pasir Mas -----> Terey

Re: Terkini Dari Skuad Kelantan Part 3

Postby ayiez » Wed May 28, 2008 10:00 am

RedsFC wrote:
RedsFC wrote:Temu ramah dengan Coach Baru Kelate, Regis Laguesse selepas di translate

Kalu ado salah tuh maah la dess.... ambo translate guna kemahiran BI-BM kawe do tuh.. mugo gu lawe kecep laju gak tadi...hahaha

xpo doh..ulasan kemah keming dh..aku th mung kara sikit2..wahahaha..tp ok dh wartawan pn puji kalu baco...

ayiez
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 1738
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Pulai Chondong+Kedai Piah +Putrajaya

Re: Terkini Dari Skuad Kelantan Part 3

Postby cheni » Wed May 28, 2008 10:09 am

Ada persamaan dalam 2 keping gambar ini.Cuba cari..
Image
Image

cheni
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 269
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: Mache & Kay Bee

Re: Terkini Dari Skuad Kelantan Part 3

Postby adib_n70 » Wed May 28, 2008 10:12 am

mzdin wrote:kemah temuramah puok kdn kb wat.. supo nge sep bernama doh doh... slamat maju jaya....


tahniah redfc

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Re: Terkini Dari Skuad Kelantan Part 3

Postby adib_n70 » Wed May 28, 2008 10:13 am

cheni wrote:Ada persamaan dalam 2 keping gambar ini.Cuba cari..


hahaha, cari ore xdok jgam cari ore hok ado

adib_n70
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar
 
Posts: 3281
Joined: Thu Jan 01, 1970 9:00 am
Location: new Castle. old traford, klate

Previous

Return to Arkib Ulasan 2007/2008

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron

Hakcipta Terpelihara © 1999 - 2010 Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (1692-08-KEL)