Kelate.net

Azraai Harap Tuah Penyokong Lembah Klang

Kemaskini pada June 23, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Azraai mengharapkan penyokong Kelantan di Lembah Klang turun beramai-ramai memberi sokongan pada malam ini.

Situasinya begini: Berdepan dengan pasukan tercorot, tetapi pada masa sama gelanggang ‘keramat’ mereka tidak dapat digunakan sepanjang Ramadan; berada di tangga ke-10 liga dan waktu latihan yang terhad.

Itu realiti dihadapi pasukan bergelar The Red Warriors (TRW) menjelang perlawanan mereka menentang Sime Darby malam esok.

Jurulatih Kelantan Azraai Khor Abdullah berkata, berada di tangga ke-10 Liga Super adalah satu kebimbangan bukan sahaja di kalangan penyokong, malah dirinya sendiri.

Azraai berkata, perlawanan pertama pusingan kedua Liga Super malam esok dikhuatiri sedikit sebanyak mengganggu sentuhan anak buahnya selepas berehat kira-kira sebulan.

“Kita bermain di tempat lawan, jadi pastinya kita perlu turun dalam keadaan berhati-hati.

“Apapun, kita sudah bersedia untuk perlawanan malam esok. Dari segi latihan, sepanjang bulan puasa ini kita adakan pada waktu malam,” kata Azraai kepada Malaysiakini, hari ini.

Di atas kertas, perlawanan Kelantan – Sime Darby di Stadium Majlis Perbandaran Selayang nanti sepatutnya tidak bermasalah namun kedudukan tercorot lawan bukan alasan untuk TRW mengambil sikap sambil lewa.

Selepas terlepas peluang untuk menjulang Piala FA baru-baru ini, Azraai menegaskan, fokusnya kini adalah untuk keluar dari “zon bahaya”.

“Sasaran kita adalah untuk perbaiki kedudukan sehingga tamat musim ini, itu yang penting,” jelasnya.

Sementara itu, ditanya kemungkinan berlakunya kemerosotan penyokong Kelantan selepas tidak dapat beraksi di Kota Bharu, Azraai mengakui keadaan itu mungkin berlaku sepanjang bulan ramadan.

“Kalau dilihat dalam beberapa perlawanan melibatkan pasukan lain Sabtu lalu pun, berlaku kemerosotan kehadiran penyokong di stadium.

“Namun bagi perlawanan esok kita ada kelebihan kerana mempunyai penyokong yang ramai di Lembah Klang dan diharap mereka akan bersama kita,” ujar Azraai.

www.malaysiakini.com

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman