SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Bojan Cipta Sejarah Bersama Kelantan

KOTA BHARU – Bojan Hodak mencipta sejarah bersama skuad Red Warriors sebagai jurulatih asing pertama yang membimbing Kelantan menjulang dua kejuaraan dalam tempoh semusim.

Kelantan mengesahkan kejuaraan Liga Super 2012 menjadi milik mereka, sekali gus mempertahankan kejuaraan selepas memalukan Perak 6-0 di Stadium di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Ia merupakan trofi kedua Bojan sepanjang bersama Kelantan selepas memenangi Piala FA buat kali pertama dengan mengalahkan Sime Darby pada perlawanan akhir.

“Sebelum perlawanan saya memberitahu pengurus pasukan (Azman Ibrahim) bahawa pemain mahu menang dalam perlawanan malam ini, seterusnya menghadiahkan kejuaraan Liga Super sebagai bonus dan akhirnya mereka berjaya melakukannya dengan baik.

“Sepanjang membimbing Kelantan, barisan pemain menunjukkan corak permainan yang konsisten sejak dari awal hingga akhir perlawanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan kelmarin.

Dalam perkembangan lain, Hodak memberitahu untuk pertemuan dengan Felda United esok, dia kehilangan khidmat dua pemain utama iaitu Daudsu Jamaluddin dan ketua pasukan Mohd. Badri Radzhi yang digantung perlawanan kerana mengumpul tiga kad kuning.

“Ditambah dengan kecederaan yang dialami oleh beberapa pemain utama, namun saya tetap akan mempertaruhkan barisan terbaik untuk menghadapi perlawanan tersebut,” ujarnya.

Sementara itu, ketua pasukan Mohd. Badri Radzhi berkata, kejayaan mempertahankan kejuaraan liga melonjakkan semangat rakan- rakan sepasukan untuk merangkul Piala Malaysia selepas ini.

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!