Kelate.net

Buru Jaringan Awal

Kemaskini pada February 27, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
PEMAIN Kelantan menjalani latihan akhir di Kota Bharu kelmarin, menjelang perlawanan Piala FA menentang Sarawak di Kuching, malam ini.

Norfarhan, Kenmogne suntik keyakinan Kelantan

KOTA BHARU – Peluang Kelantan untuk pulang sebagai pemenang dalam pertemuan Piala FA menentang Sarawak di Stadium Negeri, Kuching malam ini cerah seandai­nya The Red Warriors mampu mencari gol awal.

Pengendali Kelantan, George Boateng berkata, kepulangan se­mula dua penyerang utama, Emmanual Kenmogne dan Mohd. Norfarhan Muhammad meningkatkan keyakinan mereka untuk memburu gol di gelanggang keramat Bujang Senang itu.

Bagaimanapun, misi untuk pulang bersama kemenangan tidak mudah kerana Sarawak belum tewas di tempat sendiri musim ini, selain menampilkan corak permainan pantas yang mampu mengancam kubu The Red Warriors.

“Mereka (Sarawak) mempamer corak permainan pantas dan kami sudah bersedia. Kami tahu permainan mereka…kami ke sana dengan harapan untuk mencatat kemenangan.

“Berdepan Sarawak bukan tugas mudah, mereka sebuah pasukan yang kuat dan belum tewas di tempat sendiri. Saya jangka pertemuan ini sengit.

“Bagaimanapun saya tetap yakin Kelantan mampu melakukan sesuatu, jadi saya mahu pemain kami pergi ke sana bersama semangat juang yang tinggi,” kata Boateng.

Biarpun masih dibayangi kekalahan memalukan 0-4 kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam aksi Liga Super di tempat sendiri ­minggu lalu, Boateng tidak berhasrat melakukan rombakan besar, terutama di bahagian pertahanan.

Katanya, benteng The Red Warriors telah mempamer aksi terbaik dan tiada sebab untuk dia merombak posisi berkenaan.

“Barisan pertahanan kita cukup bagus walaupun tewas (kepada PDRM)…sebelum ini mereka berjaya mengekang daripada dibolosi lawan dan saya merasakan kita tidak mempunyai masalah di bahagian pertahanan,” katanya lagi.

Boateng juga menambah, pemainnya sudah bersedia berdepan sebarang situasi, termasuk penentuan sepakan penalti jika perlawanan berkesudahan seri.

“Setiap perlawanan, kita perlu menang dan kami tidak pernah menampilkan corak permainan bertahan. Saya harap Farhan dan Pacho (Kenmogne) mampu menjaringkan gol apabila menentang Sarawak,” katanya lagi.

www.utusan.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman