promo
Perutusan Khas Kelate.Net Sempena Tahun Baru 2010 PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Kelate.Net   
MONDAY, 04 JANUARY 2010 14:02

Salam Sejahtera kepada semua ahli-ahli,

Sempena dengan kedatangan tahun baru 2010, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada seluruh ahli kelab ini.

Melangkah ke tahun baru ini, bermakna bermulalah Tahun Bola Sepak Kelantan 2010. Sasaran tiga piala kini bukan lagi cakap-cakap kedai kopi. Yang nyata ‘Kita akan ke Bukit Jalil lagi tahun ini’ itu keazaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terhadap keyakinan para penyokong setia Merah Putih.

Dari segi persiapan pasukan bagi menghadapi sepak mula Liga Malaysia pada 9hb Januari ini, The Red Warrior dengan  bergayanya lebih terkehadapan dalam menyusun atur kelengkapan pasukan. Bermula dengan mengekalkan khidmat B.Sathianathan sebagai pengendali sepenuh masa musim ini, Kelantan berbelanja besar dengan membeli beberapa bintang seperti Hairuddin Omar, Akmal Rizal Rakhli, Syed Adney, Azizi Mat Rose dan ramai lagi.

Jadi sasaran untuk meraih tiga piala kejuaraan rasanya realistik andaikata segala pembelian paling mewah memberikan pulangan yang berbaloi untuk Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Bagi Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan, tahun ini merupakan tahun ke-11 kewujudannya. Diam  tak diam sudah 11 tahun Kelate.Net ini bergerak sebagai platform rasmi penyokong setia bola sepak Kelantan.

Biarpun bergerak dalam serba kekurangan, Kelate.Net tetap menjadi medium  utama didalam menyampaikan info terkini bola sepak Kelantan.

Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan bersama khusus untuk peminat setia yang menjadikan Kelate.Net sebagai saluran rasmi bola sepak Kelantan. Menurut kajian oleh Zeitgiest, laman web Kelate.Net mendapat tempat kedua capaian sukan paling popular di Malaysia selepas laman web pasukan 1Malaysia 1Formula Team (1M1FT).

Bagi pihak Kelate.Net, ini merupakan satu sejarah dan juga penghargaan bermakna apabila laman web ini Kelate.Net mendapat tempat kedua berdasarkan kajian oleh Zietgiest.

Walauapapun, pihak Kelate.Net percaya tanpa sokongan ahli-ahli, former-forumers mahupun pelawat luar yang melayari laman web ini, Kelate.Net tidak akan berada pada tahap sebaik hari ini.

Bagi ahli-ahli kelab, pihak kami menuntut kesetiaan saudara-saudari untuk terus bersama Kelate.Net memastikan laman web ini kekal sebagai medium nombor satu infomasi  bola sepak Kelantan.  

 
Maklumat Lain

Khidmat Sokongan


Yahoo Messenger


Yahoo Messenger Group

My status
Skype

Informasi


Paparan Terbaik : 1024X768

Kelate.Net Group's


Friendster Group's | Kelate.Net


Facebook Group's | Kelate.Net

Lagu Bola Kelate