promo
Red Warriors Tunjuk Prestasi Hambar PDF Cetak Emel
Ditulis oleh Sinar Harian   
THURSDAY, 28 JANUARY 2010 10:50

KOTA BHARU - Pasukan The Red Warriors menunjukkan prestasi hambar dan tidak meyakinkan pada perlawanan menentang pasukan Perak malam kelmarin yang berkeputusan seri 0-0.

Pada perlawanan itu, barisan penyerang pasukan Kelantan tidak menemui sentuhan untuk menjaringkan gol walaupun telah menguasai perlawanan dalam separuh masa kedua.

Meskipun menurunkan kesebelasan yang sama semasa bertemu Johor FC, Red Warriors tidak mampu menyaingi kesungguhan pemain pasukan Perak yang jauh kurang berpengalaman jika dibandingkan dengan pasukan Kelantan.

Sepatutnya, pasukan Kelantan tidak mempunyai masalah untuk mengutip tiga mata penuh pada perlawanan itu memandangkan Perak berada di tangga tiga terbawah dalam carta Liga Super buat masa ini.

Pengurus pasukan, Azman Ibrahim (gambar), berkata, perlawanan malam kelmarin masih tidak memuaskan pihak pengurusan dan berharap ianya tidak berlanjutan lagi pada masa akan datang dan sesuatu perlu dilakukan untuk memulihkan prestasi pasukan pada perlawanan akan datang.

Azman berkata, jika mengikut sasaran pasukan musim ini iaitu kedudukan ketiga teratas, pasukan ini perlu komitmen pemain lebih tinggi untuk memastikan kemenangan diperoleh pada perlawanan seterusnya.

“Sekiranya perubahan drastik perlu dilakukan oleh ketua jurulatih. B Satianathan, ianya harus dilakukan secepat mungkin agar kita tidak tercicir sebarang mata untuk mengejar impian tersebut.

“Walau bagaimanapun, kita berpuas hati dengan barisan pertahanan kerana berjaya mematahkan beberapa serangan daripada pasukan lawan dan harap dapat mengekalkan prestasi yang sama ketika menentang Pulau Pinang pada Sabtu ini,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya berharap penyokong dapat memberi peluang kepada pemain-pemain di dalam perlawanan Sabtu ini agar tidak memberi tekanan yang berlebihan kepada pemain kita.

Pada masa yang sama, beliau mahukan pemain meningkatkan prestasi dengan memperkemaskan barisan serangan setelah gagal menjaringkan sebarang gol meskipun mempunyai beberapa peluang terbaik tetapi tidak menemui sasaran yang diharapkan.

 
Maklumat Lain

Khidmat Sokongan


Yahoo Messenger


Yahoo Messenger Group

My status
Skype

Informasi


Paparan Terbaik : 1024X768

Kelate.Net Group's


Friendster Group's | Kelate.Net


Facebook Group's | Kelate.Net

Lagu Bola Kelate