Kelate.net

FAM Perlu Kaji Semula Aksi Pada Ramadan

Kemaskini pada June 23, 2015 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
FAM
FAM

KUALA TERENGGANU: Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mencadangkan supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengkaji balik kewajaran mengadakan perlawanan dalam bulan Ramadan pada musim depan.

Presidennya, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid berkata, badan induk bola sepak negara itu, perlu menilai kembali perkara berkenaan bagi menghormati bulan puasa, selain majoriti pemain adalah beragama Islam.

Katanya, sepatutnya FAM membatalkan keseluruhan perlawanan sepanjang bulan Ramadan ini dan sebaliknya bukan hanya membenarkan sesetengah negeri menunda perlawanan.

“Kita sepakat untuk menyatakan bantahan kepada FAM berhubung pelaksanaan perlawanan bola sepak sepanjang bulan puasa dan kita harap pada musim depan FAM dapat satu keputusan yang terbaik.

“Kalau permohonan Kelantan (untuk menunda perlawanan) boleh diterima, mengapa kebenaran menunda perlawanan tidak diberikan kepada semua negeri dan ia perlu dilakukan demi menghormati bulan Ramadan,” katanya kepada pemberita di sini.

Wan Ahmad Nizam berkata, ketika pemain rancak bermain di tengah padang pada perlawanan pertama, Terengganu menentang Johor Darul Ta`zim (JDT) Sabtu lalu, orang ramai masih menunaikan solat Terawih.

Katanya, walaupun ia hanya sunat melakukan solat itu namun sebagai umat Islam bulan mulia ini harus dihormati.

“Kita harap pemain dapat menunjukkan prestasi terbaik bagi menghabiskan baki perlawanan yang ada pada sepanjang bulan ini…dan FAM dapat menilai kembali perkara ini,” katanya. Dalam perlawanan Sabtu lalu, skuad Penyu tewas 0-1 kepada pasukan pelawat. -BERNAMA

www.bharian.com.my

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman