SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


FAM Serah Kelantan Trofi Liga Super Sabtu Ini

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) menyambut baik keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyerahkan trofi Liga Super pada perlawanan terakhir menentang Sarawak di sini, Sabtu ini.

Berita baik tersebut disahkan oleh Naib Presiden Kafa, Rosmadi Ismail yang dihubungi Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Datuk Hamidin Mohd Amin hari ini.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada FAM yang mempertimbangkan rayuan dikemukakan menerusi sepucuk surat oleh Kafa dua hari lalu.

“Piala tersebut akan disampaikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Hamzah sebaik sahaja perlawanan Kelantan menentang Sarawak berakhir malam Sabtu ini,” katanya.

Kelantan disahkan sebagai juara Liga Super minggu lalu.

Dalam pada itu, Hamidin berkata, perubahan dibuat selepas menerima permohonan rayuan Kafa berhubung penyerahan piala Liga Super yang pada asalnya dijadualkan akan dibuat di Wisma FAM.

“Selepas meneliti rayuan yang dikemukakan oleh Kafa akhirnya pihak FAM bersetuju akan menyerahkan Piala tersebut pada hari Sabtu ini.

“Demi menghargai sokongan peminat tempatan khususnya Kelantan dan kemeriahan sukan bola sepak , kita membuat keputusan ini untuk kebaikkan bersama,” kata Hamidin ketika dihubungi di Kuantan.

Sebelum ini, penyerahan Piala Liga Perdana (ATM) dan Liga Super (Kelantan) akan diadakan pada 20 Julai di Wisma FAM hingga menyebabkan penyokong setia The Red Warriors (TRW) kurang berpuas hati dengan tindakan FAM memandangkan pada hari yang sama pasukan kesayangan mereka bakal beraksi menentang Quen Park Rangers (QPR) dalam persahabatan pada sebelah malam di Stadium Shah Alam.

Hamidin yang turut Naib Presiden FAM menjelaskan, ATM juga bakal menerima Piala Liga Perdana selepas berakhirnya perlawanan menentang Pos Malaysia, Jumaat ini di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

“ATM yang menjuarai Liga Perdana 2012 akan menerima piala Liga Perdana sejurus berakhirnya perlawanan menentang Pos Malaysia,” katanya.

“Penyampaian wang tunai dan medal kepada pasukan Kelantan dan ATM tetap diadakan di Wisma FAM, 20 Julai nanti,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!