Syarat & Peraturan

Perkara yang perlu diketahui sebelum anda berinteraksi di forum Kelate.Net

Syarat & Peraturan

Unread postby Webmaster » Sat Jul 17, 2010 1:54 pm

Dengan memasuki laman web ini, anda secara automatik akan tertakluk kepada beberapa terma dan syarat berikut:

Kepada semua pengguna yang baru daftar, hendaklah memperkenalkan diri didalam topik "Salam Perkenalan" mengikut format yang telah disediakan sebelum memulakan posting yang lain supaya rakan-rakan yang lain dapat mengenali anda dengan lebih dekat lagi. Ini bertujuan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan kita disini.

Perkara-perkara yang dilarang adalah seperti berikut :


1. Membuka topik dan membuat posting yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum.

2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh pengguna lain sebelumnya.

3. Membuka topik yang tiada kena mengena dengan kepentingan forum ini.

4. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah.

5. Membuka topik dan membuat posting perkara-perkara yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli.

6. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain. (tindakan yang sama juga untuk ayat yang mempunyai maksud tersirat/kiasan)

7. Membuat posting yang tidak releven dengan tajuk topik.

8. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi umum.

9. Berbincang mengenai politik.

Sekiranya pengguna tidak mengikuti syarat-syarat diatas, pihak kami berhak membuat perkara-perkara seperti dinyatakan dibawah tanpa sebarang notis dan menyatakan sebab :

1. Mengubah ayat pengguna.

2. Membuang ayat pengguna dari laman web ini.

3. Jika anda membuat kesalahan yang berulangkali, pihak kami berhak menyenarai hitamkan nama anda serta menyekat (banned) nama anda dari menyertai laman web ini.

4. Menutup topik.

Perilaku lain yang boleh dikenakan tindakan sekatan (banned) dari laman web ini :

1. Menggugat atau mencabar kredibiliti pengguna lain dan pihak-pihak yang ada kaitan laman web ini.

2. Mengaibkan pengguna lain dan pihak-pihak yang ada kaitan laman web ini dalam apa bentuk cara sekalipun.

3. Menimbulkan kekecohan atau pergaduhan di dalam serta diluar laman web ini.

4. Bersekutu dengan pengguna yang menimbulkan kekecohan di laman web ini.

Etika ketika menggunakan laman web ini adalah seperti berikut :

1. Tidak melakukan spam. Ramai yang hanya mengganggap spam hanyalah letak iklan di topik yang salah, tapi selain itu juga, post yang bersulamkan promosi juga adalah spam.

2. Tidak lari topik, kalau sedang berbincang pasal A, maka usahalah sebaik mungkin untuk bincang pasal A, jangan alih ke perkara C, D atau yang tiada kaitan dengan tajuk A. Ramai yang melakukan 'kesalahan' ini dalam keadaan tidak sedar.

3. Komen/posting mestilah ada value. Tidak cukup hanya setakat, "hehehe", "TQ", "mekacehh" dan yang seumpamanya. Jika anda ingin membalas sesuatu topik dengan cara itu, berhentilah. Tidak perlu balas topik itu. Selain memantapkan perbincangan, ia juga dapat jimatkan ruang storan database forum ini.

4. Terima teguran membina (yang betul) dengan hati terbuka. Ramai yang ego dan susah untuk menerima teguran yang baik. Selepas ditegur, dibuatnya lagi, kemudian ditegur lagi sehingga membuatkan orang lain naik marah atas sebab keegoan kita.

5. Bermaaf-maafan. Jika ada yang berselisih pendapat dan bertikam lidah, bermaafan adalah satu sifat dan jalan yang tepat. Kalau masing2 ada pendapat yang bercanggah dan dua-dua adalah betul dari segi pertimbangan tertentu, maka lapangkanlah dada. Teruskan dengan pendapat anda, dan mereka dengan pendapat mereka. Tidak ada paksaan. Dan kalau orang dah minta maaf, janganlah ego dan keras hati. Menerima maaf tu satu sifat yang sukar dimiliki oleh ramai orang. Ia satu sifat mulia.

6. Membuka topik baru. Yang ni masalah utama juga. Sebelum membuka sesuatu topik baru, lihat dahulu topik-topik sebelum ini kot-kot dah ada diperbincangkan. Kalau dah ada, rujuk yang tu dan sambung perbincangan di situ jika ada sesuatu nak diutarakan. Jangan gatal-gatal nak buka topik baru MELAINKAN di-izinkan oleh para moderator dan admin. Jika belum ada, bukalah topik baru mengikut ruang topik yang sesuai.

7. Emosi dan gaya penyampaian. Sebelum bab emosi ini disentuh, anda perlu bezakan emosi dan ketegasan. Contohnya kami sebagai moderator adalah tegas, tapi boleh bertukar menjadi emosi yang tidak terkawal jika teguran tak diendahkan. Elakkan beremosi dalam laman web ini dan jangan buat pengguna lain beremosi (marah) yang meluak-luak. Elokkan tutur kata anda.

8. Borak kosong? Mudah jer, gunakan ruang sembang kosong yang dah dibuat khas untuk kita ketawa, borak itu dan ini yang tak ada kaitan dengan bola. Gunakan sebaiknya.

9. Pemilihan nama pengguna, anda boleh memilih mana-mana nick yang sesuai dengan etika sebagai orang Islam, setelah mendaftar menjadi ahli dalam laman web ini, pihak kami akan membuang nick user yang tidak menepati etika dan akhlak yang baik tanpa notis.

10. Memasukkan Gambar, gambar yang ingin di letakan adalah gambar yang sesuai dengan tajuk serta tidak menyalahi agama islam. Pertama sekali setiap gambar hendaklah diletakkan di dalam mana-mana server. Jikalau tidak mempunyai server sendiri, hendaklah membuka akaun di mana-mana server percuma.
Contoh server percuma yang membenarkan jaringan imej dari luar.
a. http://www.imageshack.us
b. http://www.photobucket.com

Avatar Settings

Minimum avatar dimensions: 50 X 90
(Width x Height in pixels)

Maximum avatar dimensions: 50 X 90
(Width x Height in pixels)

Post Settings

Maximum image width per post: 700

Maximum image height per post: -


* Semua terma dan syarat diatas akan berubah mengikut keadaan semasa tanpa sebarang notis kepada pengguna.
User avatar
Webmaster
 
Posts: 17
Joined: Sat Jul 17, 2010 12:40 pm

lesbian wrestling ultimate surrender free

Unread postby SoomeMonagara » Sun Feb 10, 2013 11:03 am

bdsm porn lesbian slave msitress huge tit lesbian bdsm tubes lesbian tit bondage video: http://sourceforge.net/users/lezdomin
User avatar
SoomeMonagara
 
Posts: 104
Joined: Mon Jan 31, 2011 4:23 pm
Location: Nepal


Return to Terma & Syarat

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


cron