BETULKAH? AKAN MENJADI REALITIKAH RAMALAN RAMAI PENYOKONG TEGAR BAHAWA THE RED WARRIORS AKAN KECUNDANG DI SSMIV KE TANGAN FELDA UNITED, JIKA PEMAIN SAMA 1st ELEVEN KEL vs PAHANG???
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca!
Bersediakah PAHLAWAN MERAH untuk kalah kali kedua berturut-turut?
Adakah kita kalah kepada PAHANG Sabtu lepas kerana ketidakcekapan PENGADIL atau terlampau banyak kesilapan pemain dalam barisan Squad Kelantan ketika menentang PAHANG?
Ramain juga PENYOKONG TEGAR KELANTAN,yang muka-muka mereka tidak asing lagi bagi setiap venue perlawanan, menjelajah ke setiap stadium...memberi pendapat bahawa jika 1st ELEVEN yang sama yang diturunkan vs PAHANG tempoh hari, diturunkan menentang FELDA UNITED 15Mar ini, alamatnya KEKALAHAN kedua berturut-turut hampir pasti.
Ada juga yang membuat rumusan 'match' vs PAHANG Sabtu lepas berpendapat, kegagalan Datuk M. Karathu mengesan dan menukar pemain yang tidak dapat 'perform', tetapi bermain penuh 90min (termasuk 3 minit masa tambahan).
Guano kiro awok-awok kito???
Jangan kira; Minyak Kereta+Tol (jika datang ke stadium melalui jalan berTOL)+Makan Minum + Saman (kalau ada kesalahan) dan lain-lain; jangan kira kerana semua perbelanjaan yang kita keluarkan, tidak menjanjikan kemenangan!!! Tetapi, sebagai PENYOKONG SETIA dan ada yang berstatus PENYOKONG TEGAR, menang-kalah mesti diterima. Cumanya, seiring dengan media alaf baru, kita mempunyai 'platform' yang lebih senang untuk menegur PIHAK PENGURUSAN Kelantan FA / KAFA.
Jika anda tidak mengambil peluang untuk menegur dan memberi komen anda, sudah tentu ianya akan 'membengkak' di dalam hati. Ambillah peluang berforum di dalam ruangan ini untuk memberi pendapat dan menyatakan harapan anda demi untuk kebaikan pasukan kesayangan kita THE RED WARRIORS!
Anda sedar atau tidak, komen anda PASTI dibaca oleh pegawai-pegawai tertentu dari Kelantan FA /KAFA.
Kelate.Net juga membuka satu ruangan baru untuk semua peminat bola sepak untuk mengikuti 'LIVE UPDATE' perlawanan dan yang lebih menarik, perbincangan peminat serta beberapa orang panel pengulas, sebelum dan selepas perlawanan, dalam ruangan "Kito Bice" di http://kelate.net/live/
Sebelum perlawanan, ruangan "Kito Bice" Kelate.Net membuka peluang kepada semua peminat bola sepak untuk berbincang dalam segmen "Bayangan 1st Eleven Pilihan". Manakala selepas setiap perlawanan, semua peminat dijemput untuk memberi pandangan dalam segmen "Sipe Gende, Kito Bice".
Anda juga akan berpeluang untuk melihat gambar-gambar terkini perlawanan yang sedang berlansung (tertakluk kepada keadaan yang mengizinkan).
Segment "Bayangan 1st Eleven Pilihan" untuk perlawanan antara pasukan KELANTAN dan FELDA UNITED ini akan bermula pada jam 12.00 tengahari | 14 MAR 2011. Sila lawati laman Kelante.NetLIVE untuk mengikuti perbincangan topik menarik dan PANAS ini.
Selamat berforum dan Selamat Berdiskusi!
Sekian, Terima Kasih.
PNY untuk Kelate.Net
"SOKONGAN KAMI ZAMAN BERZAMAN"

