by kamikazie » Thu Oct 14, 2010 6:59 pm
kawe memang akui bahawa media memainkan peranan samada membesar dan memperkecilkan sesuatu insiden, tetapi kita harus ingat kenapa apabila melibatkan kejadian dikalangan penyokong kelantan maka media selalu memperbesarkannya. Janganlah kita salahkan pengurusan kita sbb tidak mesra media dan sebagainya, sebenarnya kita harus melihat kepada diri kita sendiri.
Disebabkan nila setitik maka rosak susu sebelanga, disebabkan sepuluh orang maka seluruh rakyat kelantan terpalit najis yang busuk. hero tidak bertempat, gedebe silap gelanggang, kawe frust sebenarnya apabila perkara ni berulang berulang dan terus berulang dari dulu hingga kini.
sudah banyak kempen kelate.net lakukan, telah banyak nasihat serta teguran daripada banyak pihak, sudah banyak tindakan telah dikenakan namun kenapa mereka ini tidak serik?
perlukan satu kajian dibuat kerkenaan sikap segelintir manusia yang kononnya digelar penyokong kelantan ini dilaksanakan untuk mengetahui kewarasan serta tahap normal indivudu tersebut?
perlukah hukuman keras tidak membernarkan mereka ini hadir ke stadium pada waktu perlawanan bola sepak berlangsung, sekiranya dilarang memesuki stadium maka corak tapisan yang bakal dibuat akan menyusahkan banyak pihak.
hentikanlah perangai bodoh lagi tidak bertamadun itu, kami semua minat bola dan bukannya minat mercun.
janganlah disebabkan kebodohan anda maka banyak pihak menjadi mangsa
fikir2kanlah...
MANCHESTER UNITED FOREVER
http://kamikazie-malaya.blogspot.com