INSIDEN SHAH ALAM-APA SEMUA NI?

Perbincangan mengenai perkembangan dan pertandingan bola sepak tempatan

INSIDEN SHAH ALAM-APA SEMUA NI?

Unread postby kadirpokya » Tue Oct 19, 2010 9:48 am

Selangor-Kelantan, siapa dihukum?

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Kelantan yang mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2010 dengan mengatasi Selangor 3-0 secara agregat, belum boleh bergembira besar lagi sehingga Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersidang hari ini.

Dalam masa yang sama, sejauh mana kewibawaan, ketelusan dan integriti jawatankuasa ini bakal teruji di Wisma FAM, Kelana Jaya memandangkan Pengerusi dan timbalan pengerusinya masih menyandang jawatan kanan dalam persatuan bola sepak kedua-dua negeri itu.

Angkara perang penyokong Wira Merah dengan Selangor yang masing-masing 'bersenjatakan botol air' dan bakar membakar mercun di Stadium Shah Alam, 12 Oktober lalu, ada kemungkinan salah satu pasukan terpaksa menanggung padahnya yang mampu memberikan kesan pada separuh akhir pertama, esok.

Kelantan dan juara bertahan, Negeri Sembilan kian hampir untuk mengulangi pertembungan perlawanan akhir musim lalu, namun Kedah dan Johor FC bakal menjadi halangan awal mereka di Alor Setar dan Paroi, Seremban, esok.

Sekalipun bukan bermaksud menjatuhkan hukuman sebelum jawatankuasa bersidang, Pengerusinya, Datuk Hamidin Mohd. Amin membayangkan antara enam hingga tujuh pilihan hukuman menanti mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam insiden suku akhir pertama itu.
Antaranya diarahkan bermain di stadium kosong tanpa penonton atau beralih ke gelanggang berkecuali bagi perlawanan berikutnya malah mungkin sekadar satu amaran keras hinggalah kepada didenda yang maksimumnya, RM100,000."Tidak semestinya tuan rumah yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam kejadian itu. Kami akan cuba meneliti terlebih dahulu keterangan mengenai apa sebenarnya yang berlaku daripada wakil kedua-dua pasukan dalam mesyuarat jawatankuasa itu.

"Penilaian jawatankuasa akan melibatkan sejauh mana prosedur keselamatan diambil, siapa atau pihak mana yang mencetuskan kekecohan dan di manakah yang paling besar kesan kerosakan harta bendanya, menurut keterangan wakil pengurusan Stadium Shah Alam," katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden FAM menjelaskan, turut akan diambil kira jawatankuasa itu dalam menentukan bentuk hukuman sewajarnya ialah laporan pihak keselamatan dan pengawas perlawanan yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu.

Bagaimanapun, Hamidin memberikan jaminan bahawa tiada unsur berat sebelah atau pertindihan kepentingan mampu mempengaruhi sebarang bentuk tindakan jawatankuasa terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam perlawanan itu.

"Saya (juga Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor - FAS) dan Timbalan Pengerusi jawatankuasa, Datuk Afandi Hamzah (juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan - KAFA) akan keluar apabila sampai masanya untuk jawatankuasa membuat keputusan.

"Kami akan menyerahkan sepenuhnya kuasa itu kepada Datuk Omar Othman (juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang - PBNP) dan terserah kepada budi bicaranya selaku pengerusi sementara," katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Media dan Hubungan Luar FAM.

SAYA AMAT KECEWA DENGAN TAJUK AKHBAR SEDEMIKIAN, PASTINYA HUKUMAN TIDAK AKAN MEMIHAK KELANTAN KERANA PENGARUH SELANGOR BEGITU KUAT DALAM PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA.
SAYA MENYERU SELURUH RAKYAT KELANTAN AGAR SAMA SAMA BERDOA KEPADA MEREKA MEREKA YANG BERKENAAN AGAR DIBUKAKAN HATI UNTUK MENERIMA KEBENARAN!
User avatar
kadirpokya
 
Posts: 12
Joined: Fri Jul 23, 2010 9:17 am

Re: INSIDEN SHAH ALAM-APA SEMUA NI?

Unread postby xpdckelate » Tue Oct 19, 2010 6:13 pm

Kerana penyokong, Selangor dan Kelantan didenda RM115,000
19/10/2010 4:37pm

Oleh ZAZALI JAMIAN

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Angkara sikap buruk penyokong pasukan Selangor dan Kelantan ketika perlawanan peringkat suku akhir di Stadium Shah Alam minggu lepas, kini dua pasukan tersebut terpaksa menanggung denda berjumlah RM115,000.

Itulah keputusan yang diperolehi melalui mesyuarat khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi dan jumlah tersebut meliputi denda RM50,000 setiap pasukan serta kos kerugian RM15,000 yang perlu dikongsi kedua-dua pasukan akibat tindakan penyokong mereka. - Utusan :evil:
Senyum Sokmo2 :)
User avatar
xpdckelate
 
Posts: 172
Joined: Fri Sep 17, 2010 9:19 pm
Location: Reds Land & High Town

Re: INSIDEN SHAH ALAM-APA SEMUA NI?

Unread postby strikez » Wed Oct 20, 2010 11:40 am

yo ko kerugian RM15 K. harap FAM siasat molek tuh. sap lalai...namo ke ado hok dok cerek pitih.. ambik kesempate pulok. sbb kawe tgk kerusi 4/6 butir jah hok keno lepar. xker harga kerusi sapa 2000 sbutir???? :evil:
...STRIKEZ COME BACK...FORUM UNTUK KEBAIKAN...FORUM UNTUK KEMAJUAN...SELAMAT BERFORUM...
User avatar
strikez
 
Posts: 101
Joined: Fri Oct 01, 2010 9:43 am
Location: Damansara

Re: INSIDEN SHAH ALAM-APA SEMUA NI?

Unread postby Matsejuk » Wed Oct 20, 2010 11:47 am

Insiden kalu melibatkan kelate meme berat slalu dio timbuk
Kelate.net-Bukan Sekadar Sokongan Biasa
User avatar
Matsejuk
 
Posts: 369
Joined: Wed Jul 21, 2010 4:07 pm
Location: Kota Bharu,Kelantan

Re: INSIDEN SHAH ALAM-APA SEMUA NI?

Unread postby kakairu » Thu Oct 21, 2010 12:54 pm

tuan rumah dgn pelawat nak sama banyak denda??pelik betul fam ni
User avatar
kakairu
 
Posts: 121
Joined: Fri Jul 23, 2010 4:13 pm


Return to Cakap-Cakap Bola Tempatan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


cron