Piala Emas Raja-Raja 2010.

Perbincangan mengenai perkembangan dan pertandingan bola sepak tempatan

Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby RedsFC » Mon Nov 01, 2010 6:04 am


Piala Emas Raja-Raja 2010 Edisi ke-70
KUMPULAN B: Stadium Sultan Muhammad ke-4 Kota Bharu
Kelantan • Johor • ATM • Pulau Pinang

Jadual Perlawanan

5 Nov 2010:
• Pulau Pinang mln Johor, 4.45 ptg
• Kelantan mln ATM, 8.45 mlm
6 Nov 2010:
• ATM mln Pulau Pinang, 4.45 ptg
• Johor mln Kelantan, 8.45 mlm
7 Nov 2010:
• Johor mln ATM, 4.45 ptg
• Kelantan mln Pulau Pinang, 8.45 mlm

SUKU AKHIR : 13 dan 20 Nov, 2010.
SEPARUH AKHIR: 27 Nov dan 4 Dis, 2010
PERLAWANAN AKHIR: 18 Disember, 2010.
User avatar
RedsFC
 
Posts: 126
Joined: Thu Jul 29, 2010 6:33 pm

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby RedsFC » Mon Nov 01, 2010 6:06 am

Kelantan Pilihan Juara Piala Emas

Selepas kejayaan menjulang Piala Malaysia 2010 buat kali pertama, arena bola sepak Kelantan sekali lagi akan digegarkan dengan saingan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70, bermula Jumaat ini.

Menjadi tuan rumah di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV kepada Johor, ATM dan Pulau Pinang, Kelantan menjadi pasukan pilihan untuk merangkul kejuaraan pada edisi tahun ini.

Dalam kancah Piala Emas Raja-Raja, tidak dinafikan sama sekali skuad Melayu Kelantan merupakan antara pasukan terbaik selepas memenangi kejuaraan sebanyak 12 kali sejak saingan mula diperkenalkan pada tahun 1926.

Untuk catitan, dalam sepuluh tahun terakhir, Kelantan menjuarai empat saingan bermula tahun 2001, 2003, 2004 dan 2008 manakala pada tahun 2005 dan 2007, Kelantan hanya mampu muncul naib juara.

Tahun lalu, Kelantan gagal mencipta kejuaraan apabila ditewaskan Kedah 5-4 di peringkat suku akhir dalam penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 secara agregat dalam perlawanan timbal balik.

Tersingkir seawal suku akhir memberikan kejutan buat pasukan berstatus gergasi Piala Emas Raja-Raja menyebabkan pihak persatuan mahukan pasukan pada tahun ini lebih mengancam dan mantap.

Menurut laporan dari padang latihan yang diperolehi RedsFC-News, skuad Piala Emas Kelantan bakal diperkuatkan dengan kehadiran beberapa tonggak berpengalaman seperti Hardi Ahmad, Tengku Hazman, Halim Napi, Ezrie Shafizie, serta tonggak pertahanan dari KL Plus, Mohamad Abdul Aziz Ismail.

Manakala skuad pada kali ini turut dilatih bekas pemain Kelantan dan Malaysia, Zahasmi Ismail.

Justeru itu, target awal buat pemain yang bakal mewakili Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan kali ini ialah menjuarai saingan Piala Emas Raja-Raja 2010.

RedsFC
http://redsfc-news.blogspot.com/
User avatar
RedsFC
 
Posts: 126
Joined: Thu Jul 29, 2010 6:33 pm

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby RedsFC » Thu Nov 04, 2010 6:37 am

Bakal Pemain
Piala Emas Raja-Raja Kelantan

Pemain Liga Super/Liga Perdana

Mohd Shahrizan Ismail
Sarudi Aziz
Tengku Hazman Raja Hasan
Che Hishamudin Hasan
Hardi Ahmad (kemungkinan)

Bekas Pemain Negeri

Ezrie Shafizie
Nik Ahmad Fadly Nik Leh
Rosairil Asrul
Mat Tasbih

Pemain Piala Presiden

Khairul Izuan
Mohd Shawalrudin
Nik Shahrul Azim
Faiz Suhaimi
Aris Zaidi
Mohd Nazrul

Melengkapkan senarai penuh ialah pemain yang dipilih dari Liga antara Kelab dan Daerah anjuran Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA)

pengurus Pasukan: Nudin Awang
Jurulatih: Zahasmi Ismail

**Tunggu Pengumuman Rasmi PBSMK**

http://redsfc-news.blogspot.com/
User avatar
RedsFC
 
Posts: 126
Joined: Thu Jul 29, 2010 6:33 pm

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby RedsFC » Thu Nov 04, 2010 6:44 am

Kelantan mahu rampas kejuaraan

SKUAD Piala Emas Raja-Raja Kelantan musim ini menampilkan empat pemain Liga Super bagi memperkuatkan cabaran mereka menghadapi Kejohanan Piala Emas Raja-Raja edisi ke-70 yang bermula esok.

Pengurus Pasukan, Nudin Awang berkata, pihaknya telah memilih 24 pemain bagi membarisi skuad musim ini dalam usaha merampas semula kejuaraan tersebut selepas tersekat pada pusingan suku akhir tahun lalu.

Menurutnya, empat pemain tersebut ialah penjaga gol, Mohd. Shahrizan Ismail, pemain pertahanan, Sharudy Aziz dan Che Hisammudin Hassan daripada skuad Liga Super Kelantan serta seorang lagi pemain Liga Super Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan.

"Daripada senarai 24 pemain yang dipilih itu, kita turut memanggil lima pemain daripada skuad Piala Presiden musim ini manakala selebihnya adalah kalangan pemain dari kelab dan jajahan di negeri ini.

"Melihat kepada barisan pemain yang dimiliki oleh Kelantan musim ini, pihak pengurusan pasukan percaya kita mampu mencapai sasaran untuk kembali merampas piala seperti yang yang diimpikan oleh Persatuan Bola Sepak Melayu Kelantan (PBSMK)," katanya.

Menurut Nudin, skuad Kelantan kini giat menjalani latihan harian di Padang Mardi, Pasir Tumbuh di bawah kendalian jurulatih, Zahasmi Ismail sambil dibantu Afendi Yusof dan Hamid Ramli.

"Segala persiapan pasukan sudah memasuki fasa terakhir. Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemain.

"Walaupun tewas 0-1 dalam perlawanan persahabatan malam semalam, tetapi kita tetap berpuas hati dengan persembahan pemain. Cuma kita perlu memperkemaskan jentera serangan yang dilihat tumpul dalam perlawanan itu," katanya.

Ditanya mengenai tiga pasukan yang bakal memberi saingan kepada Kelantan nanti, Nudin menjelaskan, beliau melihat hanya pasukan ATM yang mampu memberi saingan sengit kepada pasukan Kelantan. Begitupun, kami tetap hormati Pulau Pinang dan Johor," katanya.

Info: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.a ... =su_05.htm
User avatar
RedsFC
 
Posts: 126
Joined: Thu Jul 29, 2010 6:33 pm

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby RedsFC » Sat Nov 06, 2010 5:11 pm

Preview Perlawanan: Ulasan perlawanan : Jadual Perlawanan : Kedudukan Kumpulan : Piala Emas Raja-Raja 2010 : http://redsfc-news.blogspot.com/
User avatar
RedsFC
 
Posts: 126
Joined: Thu Jul 29, 2010 6:33 pm

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby RedsFC » Sun Nov 14, 2010 4:28 am

Ulasan Perlawanan Piala Emas Raja-Raja 2010
Kelantan Bawa Bekalan Selesa.

Kelantan mencatatkan kemenangan menyakinkan dalam suku akhir pertama Piala Emas Raja-Raja 2010 apabila menundukkan Perlis 3-0 di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Gol kemenangan Kelantan disumbangkan Ahmad Ezrie Shafizie, Mohd Izuan Salahudin dan Aris Zaidi.

Kelantan bermula garang dengan melancarkan serangan bertali arus ke kubu Perlis dan hampir didepan melalui cubaan Mohd Izuan Salahudin pada minit ke-12

Dua minit kemudian, cubaan Aris Zaidi diselamatkan pertahanan Perlis diatas garisan gol manakala sepakan susulan Sarudi Aziz selepas itu sedikit melewati palang gol.

Kelantan sekali lagi kempunan setelah tandukan Izuan Salahudin ditampan Andrian Jurad diatas garisan gol hasil sepakan penjuru Rosairil Asrul.

Ahmad Ezrie Shafizie akhirnya mengembirakan hampir 4000 penyokong setia Kelantan apabila tandukan melantun pada minit ke-40 gagal diselamatkan penjaga gol Perlis. Muhamad Izwan Ahmad.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus mengasak untuk mendapatkan gol dan usaha mereka berhasil melalui jaringan Mohd Izuan Salahudin pada minit ke-54.

Gol berpunca dari gerakan Ramzul Zahini kepada Aris Zaidi didalam kotak penalti terus melorongkan kepada Izuan yang hanya menyepak masuk kedalam gawang sudah ternganga luas.

Perlis turut berpeluang menjaringkan gol namun percubaan Romdhizat Jamian dan Mohd Faiz Subri berjaya diselamatkan Mohd Shahrizan Ismail.

Kelantan sebaliknya berjaya menambah jaringan setelah Aris Zaidi menyepak masuk menewaskan Muhamad Izwan Ahmad buat kali ketiga hasil umpanan menarik Ramzul Zahini pada minit ke-84.

Ramzul turut berpeluang meletakkan nama selaku penjaring namun peluang situasi satu lawan satu gagal disempurnakan walau hanya perlu melakukan lambungan selepas penjaga gol pelawat sudah keluar dari posisi.

Tambahan masa yang diberikan turut gagal digunakan kedua-dua pasukan dan wisel panjang Ramli Mat Dahan memberikan Kelantan bekalan selesa sebelum suku akhir kedua di Kangar, 26 November ini.

http://redsfc-news.blogspot.com/
User avatar
RedsFC
 
Posts: 126
Joined: Thu Jul 29, 2010 6:33 pm

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby epick » Mon Nov 15, 2010 1:32 am

napok ezrie main sedak tp bakpo kelate xsey amik??ado masalah disiplin ko..Ramzul main pun sedak jgk..x sey guno lg ko tahun dpe..pemain muda kurey ckit..solah nga aris zaidi second half baru jd sikit..Serul kemah main..jadi molek..wakaka..Nafuzi Zain x main ko PERR??
User avatar
epick
 
Posts: 202
Joined: Sun Aug 08, 2010 1:16 am

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby apissjanggut » Mon Nov 15, 2010 2:52 am

ezrie g mno???
sedak jgk kawe tu tuh
gomo kelate gomo & you'll never walk alone
User avatar
apissjanggut
 
Posts: 205
Joined: Wed Jul 21, 2010 4:26 pm

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby RedsFC » Mon Nov 15, 2010 3:35 am

epick wrote:napok ezrie main sedak tp bakpo kelate xsey amik??ado masalah disiplin ko..Ramzul main pun sedak jgk..x sey guno lg ko tahun dpe..pemain muda kurey ckit..solah nga aris zaidi second half baru jd sikit..Serul kemah main..jadi molek..wakaka..Nafuzi Zain x main ko PERR??


Berdasarkan situasi kelate sari dua ni mungkin rojo ake jd pemain simpanan lebih kerap musim depe.. maksud kawe pemain dale list 18.. buke list 11 utama.. tp 18 shj..wakakakaka.. nafuzi tidok maim pialo emas.. harap maklum..
User avatar
RedsFC
 
Posts: 126
Joined: Thu Jul 29, 2010 6:33 pm

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby RedsFC » Mon Nov 15, 2010 3:37 am

apissjanggut wrote:ezrie g mno???
sedak jgk kawe tu tuh


ezrie selain pialo mas dio main Liga KAFA shj..
User avatar
RedsFC
 
Posts: 126
Joined: Thu Jul 29, 2010 6:33 pm

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby epick » Mon Nov 15, 2010 4:08 am

RedsFC wrote:
epick wrote:napok ezrie main sedak tp bakpo kelate xsey amik??ado masalah disiplin ko..Ramzul main pun sedak jgk..x sey guno lg ko tahun dpe..pemain muda kurey ckit..solah nga aris zaidi second half baru jd sikit..Serul kemah main..jadi molek..wakaka..Nafuzi Zain x main ko PERR??


Berdasarkan situasi kelate sari dua ni mungkin rojo ake jd pemain simpanan lebih kerap musim depe.. maksud kawe pemain dale list 18.. buke list 11 utama.. tp 18 shj..wakakakaka.. nafuzi tidok maim pialo emas.. harap maklum..

sbb jupo nafuzi zain tekpung luar..tahun depe striker ijak + matyo..rojo sub..kemal hai o tubik..kemah key tuh..wakaka..tngk main smaley rojo main sedak dh kalu v main sokmo sedak lg sero..
User avatar
epick
 
Posts: 202
Joined: Sun Aug 08, 2010 1:16 am

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby apissjanggut » Mon Nov 15, 2010 7:01 pm

ooo g tu plok,,,xpo lar
janji ezrie sedak
final Pialo mas ni main mno??
gomo kelate gomo & you'll never walk alone
User avatar
apissjanggut
 
Posts: 205
Joined: Wed Jul 21, 2010 4:26 pm

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby riez23 » Tue Nov 16, 2010 12:32 am

apissjanggut wrote:ooo g tu plok,,,xpo lar
janji ezrie sedak
final Pialo mas ni main mno??


skalo gak tggu final dulu..bru buleh tahu sapo tuan rumah utk final..
User avatar
riez23
 
Posts: 135
Joined: Fri Jul 23, 2010 1:39 pm
Location: Tumpat-Batu Caves-Skudai

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby epiebeck » Tue Nov 16, 2010 2:04 pm

InsyaAllah skali lg ada live dr Kangar
User avatar
epiebeck
 
Posts: 207
Joined: Wed Jul 21, 2010 4:42 pm

Re: Piala Emas Raja-Raja 2010.

Unread postby zamri75 » Tue Nov 16, 2010 8:24 pm

bilo plk ada game piala emas nih? ada live dale radio kelantan ko astro 801.
minta maaf tanyo..
User avatar
zamri75
 
Posts: 22
Joined: Sat Oct 09, 2010 12:51 pm

Next

Return to Cakap-Cakap Bola Tempatan

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest


cron