
LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti berminat untuk menjadi pengendali pasukan England pada masa depan.
Kontrak Ancelotti dengan juara Liga Perdana England itu akan tamat pada 2012 begitu juga rakan senegaranya dari Itali, Fabio Capello bakal melepaskan jawatannya sebagai jurulatih England selepas berakhir Kejuaraan Eropah.
Ketika ditanya mengenai hasratnya untuk mengambil alih tanggungjawab sebagai jurulatih England, Ancelotti, 51, berkata: ''Saya berminat untuk menggalas tugas tersebut pada masa depan, bagi mendapatkan pengalaman seperti ini. Saya tidak pernah menjadi jurulatih mana-mana pasukan kebangsaan.''
