by gmplus » Mon Aug 09, 2010 12:25 pm
Marseille tewas pada aksi pembukaan
PARIS - Marseille melakar permulaan yang mengecewakan untuk mempertahankan gelaran Liga Perancis selepas tewas 1-2 kepada muka baru dalam Divisyen Satu, Caen, kelmarin.
Sementara Paris Saint-Germain menewakan Saint-Etienne 3-1 dalam satu lagi perlawanan.
Marseille jelas berdepan perlawanan sukar, kelmarin sebelum Caen membuka jaringan pada minit ke-52 selepas penjaga gol, Steve Mandanda terkial-kial menahan rembatan Nicolas Seube.
Bagaimanapun, kedudukan itu tidak lama apabila Mamadou Samassa menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-77 walaupun kelihatan ofsaid.
Gol kemenangan Cen muncul pada minit ke-87 menerusi tandukan penyerang, Youssef El Arabi.
''Kami memerlukan 38 kemenangan pada musim ini dan hari ini kami berjaya melakukan satu daripadanya. Marseille sebuah pasukan yang hebat tetapi mereka tidak bersedia dan kami mengambil kesempatan itu,'' kata pengurus Caen, Franck Dumas.