Kelate.Net akan dibubarkan?
Pasukan Bola Sepak Kelantan tak perlu kepada penyokong tegar?
Salam Ya-Ikhwan!
Tiba-tiba terasa nak tulis dua persoalan diatas, yang mungkin pernah terkeluar dibenak fikiran awok-awok kito.
Semakin besar satu-satu organisasi itu, semakin banyak cabaran dan semakin majulah harusnya organisasi itu. Tidak terkecuali dalam hal ini ialah kelab kesayangan ramai peminat bolasepak dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelab Penyokong SIber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net); dimana sukan bolasepak telah menyatukan banyak peringkat umur dan latar-belakang, termasuk juruterbang, jurukimpal, Doktor, peniaga, engineer, pakar motivasi, operator pengeluaran, Ustaz, ahli politik, pengawal keselamatan, petugas media magistrate, anggota tentera, polis dan bermacam-macam lagi.
Bila organisasi itu semakin besar, sudah tentu semakin banyak cabaran yg WAJIB ditempuhi; sedangkan organisasi kecil pun tak lekang dek cabaran.
Pemimpin dan AJK silih berganti. Tetapi, Kelate.Net tetap dihati kerana "Sense of Belonging" itu penting; secara sedar tak sedar "Sense of Belonging" boleh memperkuatkan lagi "Self Esteem" dalam diri setiap individu.
Masalah PASTI datang tanpa dapat kita elakkan; akan tetapi cara kita menyelesaikan masalah itulah yang akan dinilai ramai. Islam pun ada melarang kita dari lari 'dari masalah' dan tinggalkan medan perang!
Dan setiap pandangan serta idea-idea dari para penyokong tegar Kelate amatlah bernilai dan perlu diberi perhatian. Ini kerana, awok-awok penyokong tegarlah yg setia dan sanggup perabih duit untuk hadir memberi sokongan dimana-mana stadium sekalipun, bila The Red Warriors beraksi!
Jadi, sudah PASTI pasukan kesayangan kita The Red Warriors perlukan sokongan berterusan dan terus memberi sokongan dimana saja TRW beraksi.
PNY yakin bahawa Pasukan Bola Sepak Kelantan sentiasa perlu kepada sokongan berterusan dari penyokong tegar!
Dengan saf-saf baru dalam MT Kelate.Net, saya pasti idea-idea yg sebelum ini belum pernah diutarakan dan belum pernah dilaksanakan akan dibangkitkan; berserta pula dengan idea-idea bernas dari mantan Presiden dan para MT sebelum ini.....mudah-mudahan dengan izin NYA.....Kelate.Net akan terus menjadi tulang belakang pasukan kesayangan kita!
Facebook Kelate.Net sudah hampir mencecah jumlah 76 ribu (ketika 'posting' ini ditulis). Sebagai AJK Kelate.Net penggal 2011-2013, saya mengajak semua peminat bola sepak Kelate untuk menyertai Kelate.Net sebagai Ahli Berdaftar. BIla anda berada dalam keluarga Kelate.Net, anda akan rasa satu kepuasan dan ukhwah lain dari yang lain, disamping peluang untuk anda mengikuti kemeriahan rombongan-rombongan dan program-program Kelate.Net yang akan berlansung nanti.
Sekian, terima kasih!
PokNikYeh
AJK Kelate.Net
"SOKONGAN KAMI BUKAN BERMUSIM, SOKONGAN KAMI ZAMAN BERZAMAN!"








