by Anokkije » Wed Jul 21, 2010 8:02 pm
21 Julai 2010 - United sedia penuhi desakan Werder Bremen
LONDON: Pengendali Manchester United, Alex Ferguson kembali memburu pemain yang menjadi perancang skuad Piala Dunia Jerman, Mesut Ozil.
Bos United itu sebelum ini gagal mendapatkan khidmat pemain muda itu ketika dia masih berada dalam skuad remaja namun terus memerhatikan pemain yang diberi gelaran ‘The Ghost’ itu.
Fergie kini bersedia untuk mendapatkan Ozil, 21, yang hanya memiliki kontrak semusim saja lagi bersama Werder Bremen, yang mahu wang perpindahan dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum pemain tengah itu bersedia untuk dilepaskan.
Pasukan dari Bundesliga itu menawarkan harga £20 juta (RM98 juta) untuk melepaskan Ozil namun kini terpaksa menurunkan tawaran mereka kepada hanya sekitar £8 juta (RM39.2 juta).
Bajet United untuk mendapatkan pemain ketika ini agak ketat namun jika perjanjian itu dapat dilaksanakan, Fergie akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan dana. – Agensi
* Gomo Kelate Gomo * Glory Glory United *