by adolf » Thu Oct 07, 2010 5:05 pm
Fenomena Yang Luar Biasa!
Inilah perasaan atau fenomena minat luar biasa yang ada pada penyokong negeri Kelantan dan sukar disaksikan oleh peminat negeri lain yang kekadang memperlekehkan penyokong Kelantan ini tetapi dalam mereka memperlekehkan mereka perlu sedar bahawa hanya penyokong dari negeri Kelantan sahaja yang mampu meramaikan stadium dan kuat semangat kenegeriannya. Mereka pedulikan apa orang kata, yang penting apa yang diminati dan disayanginya memberi kepuasan kepada mereka. Peminat yang sering digambar ganas, daif dan kurang hiburan inilah sekarang berada setaraf sokongan mereka dengan pasukan ternama eropah seperti Manchester, Arsenal, Chelsea dan Liverpool.
Mengapa apabila penyokong kelab eropah ramai ke stadium, masyarakat yang sering menggambarkan rakyat Kelantan kurang hiburan ini tidak menyamakannya dengan peminat bolasepak eropah tadi? Adakah peminat bolasepak eropah kurang hiburan sehinggakan perlu ke stadium? jawapannya cukup jelas disini, mereka yang sering memperlekehkan kehadiran penyokong Kelantan ini sebenarnya tidak dapat menerima hakikat kejayaan menyeluruh pasukan bolasepak Kelantan. Walaupun masih tidak merangkul juara mana-mana piala tetapi kami tahu minat kami sama dengan penyokong Arsenal dan Liverpool yang sentiasa memberi sokongan padu walaupun pasukannya sudah lama tidak merangkul kejuaraan. Sokongan kami bukan ketika menang sahaja sokongan kami selagi darah anak Kelantan masih mengalir dalam tubuh kami.
Kemenangan semalam hanyalah permulaan sebuah episod kekecewaan yang dialami pemain sebelum ini. Dengan harapan kemenangan ini tidak akan membuatkan kita riak, takbur dan tergolong dalam golongan orang suka memperlekehkan pasukan orang lain juga. Kemenangan ini harus dijadikan semangat bagi pemain untuk tidak lagi alpa, cuai dan individualistik ketika bertarung di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan.
Perlawanan sabtu ini akan menjadi resipi utama kebangkitan Kelantan seterusnya mungkin akan bertemu dengan pasukan terkuat di Malaysia iaitu Selangor di suku akhir nanti. Pasukan Selangor sebenarnya hanya berkelebihan pada pengalaman dan kemampuannya memiliki pemain terhebat di Malaysia berbanding Kelantan yang baru 2 tahun berubah wajah dan kuasa daripada pasukan sering dilabelkan pasukan belasahan kepada pasukan yang mencabar.
Namun sebelum mengelamun dan mimpi peminat Kelantan lebih panjang, perlawanan sabtu ini memerlukan sokong padu anda semua, kalau penyokong di Kelantan sudah melaksanakan tugasnya semalam sekarang tibalah masanya seluruh penyokong Kelantan di luar stadium membuktikan kemampuan mereka membangkit gelombang sorakan luar biasa di stadium MBPJ nanti. Bolehkah anda semua membuktikannya? Kerah seluruh adik-beradik, sanak saudara dan sahabat handai ke stadium sabtu ini. Pastikan tiada ruang kosong untuk pasukan lawan selain duduk dikerumuni penyokong merah putih......AYUH SEMUA ANAK KELATE KITA GI STADIUM MBPJ KELANA JAYA SABTU NI...........GOMO KELATE GOMO....
Sokong Bia Bijok , Napok Bijok , Betindok Bijok , Main Bijok , Bijok Sokmo...... Gomo Kelate Gomo