Khairul Fahmi

Perbincangan mengenai prestasi pemain ini

Khairul Fahmi

Unread postby gmplus » Sat Jul 24, 2010 10:04 am

KUALA LUMPUR - Pada permulaan musim Liga Super, Khairul Fahmi Che Mat mungkin tidak sepopular dua lagi penjaga gol Kelantan, Halim Napi dan Syed Adney Syed Hussein.

Namun, sebaik sahaja tirai liga sudah hampir tiba ke babak penghujung, namanya kini menjadi sebutan di kalangan peminat bola sepak tempatan khususnya penyokong fanatik skuad Red Warriors selepas berjaya merampas kedudukan sebagai penjaga No. 1 Kelantan.

Dilahirkan pada 7 Januari 1989, Khairul yang baru berusia 21 tahun dilihat antara bakat muda yang akan menjadi taruhan utama skuad kebangsaan pada masa hadapan.

Mungkin jika rezekinya, Khairul dijangka berada di dalam kesebelasan utama pada Sukan Asia di Guangzhou kerana dua penjaga gol lain, Mohd. Sharbinee Allawee dan Mohd. Farizal Marlias sudah melepasi had umur 23 tahun.

Menurut anak jati Kota Bharu ini, dia menganggap 2010 seolah-olah tahun tuah baginya kerana dapat menjadi penjaga gol No. 1 Kelantan dan dipanggil menyertai pasukan Malaysia.

''Segalanya berjalan dengan cukup baik buat saya pada tahun ini, daripada sekadar diletakkan sebagai penjaga gol ketiga, saya kini adalah pilihan utama jurulatih Kelantan, B. Sathianathan.

''Selepas itu, dipanggil pula oleh K. Rajagobal menyertai skuad kebangsaan dan saya anggap ia seolah-olah mimpi menjadi kenyataan kerana segalanya bergerak terlalu pantas.

''Kini, impian saya adalah mahu menjadi penjaga gol satu negara pada masa hadapan,'' katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Bagaimanapun, dia menganggap perkara itu terletak dalam perancangan Rajagobal dan dia hanya memberikan yang terbaik dalam sesi latihan atau perlawanan jika diturunkan pada mana-mana perlawanan persahabatan.

''Prinsip saya, jika seseorang memberikan kepercayaan, saya akan membalasnya dengan menampilkan persembahan yang baik dan itu saya telah lakukan ketika bersama Kelantan.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa, Khairul pernah mendapat asuhan Rajagobal ketika beraksi bersama skuad Harimau Muda sebelum menyertai PKNS dan ke Kelantan pada penghujung tahun 2008.

Jauh di sudut hatinya, dia mengakui masih banyak perlu dipelajari dan tidak mahu berasa cepat lupa diri.

''Pengalaman saya bermain di peringkat tertinggi masih kurang dan jika mahu hendak berjaya, saya harus belajar dari satu peringkat ke satu peringkat,'' katanya.
User avatar
gmplus
 
Posts: 181
Joined: Wed Jul 21, 2010 5:42 pm
Location: g.muse,kelate

Re: Khairul Fahmi

Unread postby Anokkije » Mon Jul 26, 2010 4:23 pm

Full name :Khairul Fahmi bin Che Mat
Date of birth :7 January 1989 (21 tahun)
Place of birth :Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Height :1.72 m (5 ft 7 1⁄2 in)
Playing position:Goalkeeper
Number Jersey :19

2007 :Harimau Muda
2008-2009 :Kelantan FA President Cup
2009-2010 :Kelantan

2007 :Malaysia (CYC cup)
2010 :Malaysia (National Team)
* Gomo Kelate Gomo * Glory Glory United *
User avatar
Anokkije
 
Posts: 82
Joined: Wed Jul 21, 2010 7:28 pm
Location: Putrajaya

Re: Khairul Fahmi

Unread postby nak_ghocohs » Tue Jul 27, 2010 5:29 pm

bagi kawe mempunyai nanuri yg hebat semasa beraksi
hidup jange jahat
nak_ghocohs
 
Posts: 61
Joined: Tue Jul 27, 2010 4:23 pm

Re: Khairul Fahmi

Unread postby Epiq835 » Mon Aug 02, 2010 6:45 pm

keeper yg tidaklah mempunyai fizikal mantap tp m'punyai ketajaman dlm membaca dan menangkap bola..mat shah junior...
Epiq835
 
Posts: 4
Joined: Sat Jul 24, 2010 12:53 am

Re: Khairul Fahmi

Unread postby awe_pp » Wed Oct 13, 2010 1:22 pm

gila r apex ni br sbya dgn aku r....tp dia mmg seorg pemain yg hebat....harap para pemain harus waspada tunggu khadiran selangor pd mlm jmaat ni...sb aku tgk corak pmainan selangor ni mrk serang dari tepi menerusi amirulhadi n amri....kt hrs bhati2 dgn dua pemain ni sb pd plwanan smlm mrk bdua ni lbh byk d tngalkan bgtu sahaja di penjuru pdg dan ini akan membahayakan skuad kt jika jurulatih kita membiarkan bgitu sahaja mslah ni....... 8-)
Code: Select all
[list][list=][*][color=#FF0000][youtube][b][/b][/youtube][/color][/list][/list]
awe_pp
 
Posts: 1
Joined: Wed Oct 13, 2010 1:08 pm
Location: seluruh klate,putrajaya,kajang,klang,bangi,serdang,kL

Re: Khairul Fahmi

Unread postby MHrosdi » Sun Nov 14, 2010 2:47 pm

boleh kekal dlm skuad m'sia utk 3-4 tahun lagi...
Go More KeLate Go More
User avatar
MHrosdi
 
Posts: 95
Joined: Wed Jul 21, 2010 5:55 pm
Location: Cyberjaya


Return to Penjaga Gol

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 0 guests