SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


Ghaddar Janji Akan Pulang Ke Kota Bharu Hari Ini

Mohammad Ghaddar

PERBICARAAN membabitkan penyerang import sensasi Kelantan, Mohammad Ghaddar yang dituduh berkelakuan ganas dan tiada semangat kesukanan akan diteruskan walaupun dia masih belum bersama pasukannya menjalani latihan.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Taufik Abd Razak menjelaskan perbicaraan mengenai tuduhan ke atas pemain kebangsaan Lubnan itu akan tetap diteruskan kerana Ghaddar telah mengemukakan pembelaan semasa menghantar borang B iaitu pengakuan tidak bersalah atas pertuduhan.

“Kes ini akan dibicarakan berdasarkan Perkara 5.1.5 di bawah kesalahan 2.4 FAM Edisi 2011. Tidak jadi masalah untuk teruskan perbicaraan sama ada pemain ini ada atau tidak hari ini.

“Jawatankuasa akan mengambil kira pembelaan dikemukakan Ghaddar sebelum ini dan seandainya pembelaan itu kukuh dia akan dilepaskan. Begitu juga sebaliknya,” katanya.

Jelasnya, seandainya tiada sebarang keputusan dapat diputuskan atau perbicaraan terpaksa ditunda, jawatankuasa akan memastikan Ghaddar hadir perbicaraan kali ketiga.

“Sekiranya kes ini ditunda buat kali ketiga, jawatankuasa akan pastikan Ghaddar hadir perbicaraan itu,” katanya.

Taufik berkata demikian ketika diminta mengulas situasi pemain The Red Warriors (TRW) itu yang sehingga hari ini masih belum melaporkan diri bersama pasukan Kelantan.

Semalam akhbar ini melaporkan Ghaddar sepatutnya melaporkan diri dalam skuad kendalian Bojan Hodak pada 5 Ogos lalu, namun gagal melaporkan diri sehingga merencatkan persiapan awal pasukan Kelantan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia musim ini.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Kelantan, Azman Ibrahim berharap isu itu tidak disensasikan dan ia satu perkara biasa dihadapi mana-mana pasukan.

“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu status terkini beliau. Saya hanya diberitahu ejennya memaklumkan bahawa Ghaddar akan tiba di Kota Bharu Isnin depan (hari ini).

“Saya difahamkan Ghaddar baru kematian bapa saudaranya. Apa pun kita tetap menunggu penjelasan daripada beliau mengenai kelewatannya melaporkan diri menjalani latihan bersama Kelantan,” katanya.

c

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!