Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!

Hodak Tak Bimbang Tewas Besar

Kemaskini pada 01/01/2013 / Oleh Webmaster


Bojan Hodak

“TIADA apa yang dibimbangi dengan kekalahan ini.” Itu komen Pengurus merangkap Ketua Jurulatih Kelantan, Bojan Hodak ketika diminta mengulas kekalahan 1-4 pasukannya kepada Sime Darby dalam perlawanan persahabatan di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang, kelmarin, lapor MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD.

Tampil dalam nada positif, Bojan berkata kekalahan tersebut sedikit pun tidak menjejaskan eksperimen yang dilakukan bagi membentuk barisan terkuat sebelum menghadapi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan Sumbangsih, Sabtu ini.

“Jika dengar keputusannya mungkin teruk, tapi tidak bagi saya. Kita tewas besar malam kelmarin, tetapi ini merupakan satu perlawanan persahabatan dalam persiapan menjelang musim baru.

“Kita ada empat atau lima peluang menjaringkan gol, namun gagal disempurnakan.

“Keita Mandjou dan Mohd Norfarhan (Muhammad) hanya berdepan dengan penjaga gol lawan, begitu juga Indra Putra (Mahayuddin) turut mempunyai peluang menghasilkan jaringan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Gol tunggal Kelantan dalam perlawanan tersebut dijaringkan penyerang yang baru didaftarkan beraksi dalam kancah Liga Malaysia musim ini, Keita Mandjou pada minit-minit akhir perlawanan.

Dalam perkembangan sama, Hodak nyata kecewa dengan sikap segelintir penyokong Kelantan yang tidak menunjukkan semangat kesukanan tinggi ketika menyaksikan perlawanan tersebut.

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.


Sokongan Kami Zaman Berzaman