
Stadium Sultan Mohd ke-IV, Kota Bharu, Kelantan
Selepas setahun lebih aku wat post di sini, akhirnya penantian untuk update berita memang mengujakan aku. KAFA dah mintak dana untuk buat stadium baru ala-ala kat Eropah. Hanay bola sepak je. Baca di sini.
Kalau jadi kenyataan, Kelantan akan jadi satu-satu pasukan bola sepak di negara ini yang ada stadium untuk bola sahaja. Kalau kat Asia Tenggara ni aku rasa Thailand dah ada dah. Pasukan apa aku lupa. Nanti aku bagitau. Malas nak google lagi.
Menurut Tan Sri Annuar Musa, Presiden KAFA, stadium tu mungkin akan dibina di Tunjung, Kota Bharu atau Machang. Tunjung tu bandar baru dekat dengan persimpangan KB-Pasir Mas. Dekat sikit dengan Kota Bharu. Sebelum ni Tok Guru Nik Aziz pun ada umum wat kompleks sukan termasuk stadium bolasepak yang baru.
Model stadium yang Kafa amik adalah Stadium Cardiff City, Stamford Bridge dan Stadium Emirates. Lau Cardiff City pun cun jugak. Mungkin boleh dapat dana dari bos dia orang Malaysia gak. Anak dia pun main kat Kelantan Presiden, Nicholas Chan.
Lagi stadium kapasiti stadium Emirates 60k. ramai sangat. Nanti takut tak penuh stadium. Kena realistik!
Inilah stadium yang mungkin dijadikan Stadium The Red Warrior!
Cardiff City Stadium
Cardiff City Stadium
Emirates Stadium
Stamford Bridge
Lagi satu pandangan aku adalah, kalau kita tengok balik stadium di UK atau eropah, semua binaan stadium diorang lebih dari stadium negara kita pun boleh jadi hebat. Diorang tak bazir duit, diorang upgrade stadium diorang.
Sebagai contoh, Stamford Bridge (1877), St. James Park (1880), Anfield (1884) dan Old Trafford (1910). Semua lebih 100 tahun tapi masih digunakan. Sebab apa? Diorang wat renovation upgrade stadium.
Kalaulah Stadium Sultan Mohd ke-IV dapat diupgrade kepada yang lebih baik alangkah baiknya. Sebab tahun lepas Kafa mintak dengan Perbadanan Stadium Kelantan untuk pajak, tapi diorang tak bagi. Menurut Tan Sri kalau pajak SSMIV, renovation hanay RM 6juta. Berbanding nak bina stadium baru.
Barulah jadi legend satu hari nanti. Apapun aku sokong mana-mana cadangan untuk bina stadium demi meningkatkan martabat bola sepak Kelantan khususnya dan Malaysia amnya.
p/s: sekarang ni dah makin ramai pemain Kelantan main untuk Malaysia. Kalau dulu 4,5 tahun lepas memang susah nak tengok pemain Kelantan main kebangsaan. Norshahrul Idlan Talaha, Khairul Fahmi Che Mat, Farisham Ismail, Shakir Shaari dan S.Chanturu. sorang lagi baru digugurkan adalah Rizal Fahmi Rosid. All the best!
oleh Wan Fahmi
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!