|
Ditulis oleh Tinta Merah
|
|
WEDNESDAY, 06 JANUARY 2010 12:23 |
|
Ujian Getir Buat Sathia, Irfan Bakti Perlawanan pembuka tirai sepak mula TM Liga Malaysia 2010 menemukan pasukan jiran tetangga musuh tradisi dalam bola sepak Malaysia – Terengganu menentang Kelantan. Ironiknya ‘East Coast Derby’ kali ini dihidangkan lebih awal buat penyokong fanatik kedua-dua pasukan . Undian Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada bulan Disember lalu menterjemahkan tidak lagi terjadi pada pertengahan saingan liga seperti mana musim lalu. Bagi pengendali Kelantan, B.Sathianathan ini merupakan ujian sulung yang cukup getir. Tampil selaku finalist Piala Malaysia musim lalu, diatas kertas pengendali The Red Warriors itu boleh berbangga sebagai pasukan pertama yang disiapsiagakan untuk menghadapi musim baru. |
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh Kelate.Net
|
|
MONDAY, 04 JANUARY 2010 14:02 |
|
Salam Sejahtera kepada semua ahli-ahli,
Sempena dengan kedatangan tahun baru 2010, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada seluruh ahli kelab ini.
Melangkah ke tahun baru ini, bermakna bermulalah Tahun Bola Sepak Kelantan 2010. Sasaran tiga piala kini bukan lagi cakap-cakap kedai kopi. Yang nyata ‘Kita akan ke Bukit Jalil lagi tahun ini’ itu keazaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) terhadap keyakinan para penyokong setia Merah Putih. |
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh RedsFC
|
|
MONDAY, 04 JANUARY 2010 13:58 |
|
Perlawanan pra musim terakhir menentang Staf USM Pulau Pinang di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, Kota Bharu malam tadi berjaya dimenangi tuan rumah dengan jaringan 4-0.
Dua gol jaringan Akmal Rizal dan masing-masing satu gol dari Hairudin Omar serta Che Hishamudin Hasan meletakkan Kelantan dalam keadaan berkedudukan selesa. |
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh betterman
|
|
MONDAY, 04 JANUARY 2010 13:52 |
|
Permainan rentak hambar diteruskan oleh anak buah B.Sathianathan, malam ini di Stadium Sultan Muhammed iv. Rungutan demi rungutan keluar dari mulut penyokong, tidak kesudahan. Penyokong yang hadir perlawanan persahabatan pra musim skuad Pahlawan Merah itu merasakan komitmen dan naluri tidak diletakkan sebagai kepentingan utama, yang mana ianya harapan terpenting bagi penyokong yang hadir. Akibatnya, dari perlawanan ke perlawanan, jumlah penyokong mula berkurangan. Tetapi harus diingat, banyak aspek yang mengganggu gugat persiapan skuad Cik Siti Wan Kembang ini. Saya akan highlight satu persatu aspek-aspek yang saya duga ianya menjejaskan rentak persiapan persahabatan pasukan kita. Akan tetapi saya akan bercerita mengenai kesebelasan utama, rotasi, taktikal dan formasi dahulu.
|
|
Baca lagi...
|
|
Ditulis oleh RedsFC
|
|
TUESDAY, 29 DECEMBER 2009 16:16 |
|
Setelah mencatatkan satu kemenangan dan satu seri dalam siri perlawanan persahabatan yang diatur KAFA sebelum ini, Kelantan sekali lagi akan diuji oleh sebuah kelab yang berpengkalan di Selangor, Felda United di Stadium Sultan Muhamad ke-IV, Kota Bharu, rabu depan.
Andai rekod pertemuan diambil kira, pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Kota Bharu, Kelantan menundukkan lawan dengan jaringan 4-1 dimana ketika itu Kelantan diperkuatkan dengan kehadiran pemain import yang juga penjaring prolifik dari Senegal, Mohamadou Mustopha. |
|
Baca lagi...
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Selepas > Akhir >>
|
|
Halaman 8 dari 108 |