Kelate.net

‘Jangan Banyak Polemik’

Kemaskini pada August 5, 2010 / Oleh Webmaster


ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!

AHLI JAWATANKUASA Eksekutif FAM 2010/2014 yang dipilih pada Kongres Tahunan FAM ke-47 Sabtu lalu. (Dari kiri) Abdullah Hishan, Subahan, Tengku Abdullah, Annuar, Hamidin dan Afandi.

“JANGAN terlalu banyak berpolemik, sekarang masa untuk bekerja.” Demikian tegas Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baru, Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Kosmo semalam melaporkan kenyataan Raja Ahmad yang menggesa Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM melepaskan jawatan pada peringkat negeri.

Ia bagi memastikan mereka dapat memberi tumpuan kepada pembangunan pada peringkat kebangsaan selain mengelak konflik kepentingan yang mungkin berlaku.

Bagaimanapun Annuar berkata, peraturan membenarkan sesiapa yang mempunyai jawa- tan dalam persatuan bola sepak negeri dibenarkan menganggotai Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2010/ 2014.

“Ia adalah sesuatu yang sudah termaktub dan tidak perlu dipersoalkan lagi.

“Memberi pandangan adalah suatu yang baik tetapi janganlah memberi pandangan yang pada akhirnya orang melihat ia adalah suatu yang bersifat peribadi.

“Saya secara jelas menyertai FAM kerana mahu bersama- sama mengangkat martabat bola sepak negara dan tiada agenda peribadi lain. Apa-apapun segalanya bergantung kepada niat,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Annuar menambah, individu yang terpilih menganggotai barisan kepimpinan FAM mempunyai tanggungjawab yang cukup jelas iaitu cabaran untuk memulihkan serta memajukan martabat bola sepak negara.

“Perkara paling utama, mereka yang telah diberi keperca- yaan ini haruslah fokus dalam melakukan kerja.

“Sebagai contoh, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah turut memegang jawatan dalam Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

“Apakah kita perlu meminta baginda untuk melepaskan jawatan tersebut semata-mata kerana berada dalam FAM?” ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang diminta mengulas isu yang sama, enggan membuat sebarang komen kerana menganggap ia merupakan luar daripada bidang kuasanya.

Dalam senarai ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi penggal 2010/2014, hanya Presiden, Sultan Ahmad Shah; Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan dua Naib Presiden, Datuk Subahan Kamal serta Datuk Afandi Hamzah tidak mempunyai sebarang portfolio pada peringkat persatuan bola sepak negeri.

-Kosmo-

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.

Sokongan Kami Zaman Berzaman