Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!

Janji Awang Import

Kemaskini pada 07/02/2013 / Oleh Webmaster


Salim Arrache berusaha keras mencari keserasian bermain dengan pemain tempatan.

Kota Bharu: Dua pemain import diuji Kelantan, Dickson Nwakaeme dan Salim Arrache mahu menambat hati penyokong dan jurulatih, Bojan Hodak dengan aksi lebih mantap pada perlawanan persahabatan menentang Felda United di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, jam 4.45 petang ini.

Nwakaema, 26, dari Nigeria berkata, aksinya selama 45 minit pada babak kedua perlawanan persahabatan menentang juara Liga Perdana Indonesia (IPL), Semen Padang FC, 2 Februari lalu belum cukup untuk mempamerkan belang sebenar.

“Saya hanya berpeluang beraksi untuk separuh masa dan tempoh itu tidak cukup membuktikan kemampuan sebenar. Saya harap pada perlawanan persahabatan kedua, saya berpeluang mempamerkan kemampuan sebenar .

“Cuaca di sini agak panas tapi ia bukan masalah buat saya kerana sudah biasa bermain dalam pelbagai cuaca,” katanya selepas sesi latihan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Bagi Salim pula, dia masih mencari keserasian bermain dengan pemain tempatan namun tidak menganggap masalah besar.

Pemain berusia 30 tahun yang beraksi di posisi sayap itu yakin perlawanan persahabatan dengan Felda United akan meningkatkan lagi persefahaman dengan rakan sepasukan.

“Kelantan mempunyai ramai pemain hebat namun saya masih mencari keserasian. Bagaimanapun, ia bukan masalah kerana saya yakin dapat menyesuaikan diri,” katanya.

Sementara itu, Hodak berkata, Nwakaeme dan Salim menunjukkan kesungguhan tinggi ketika seri 1-1 dengan Semen Padang dan dapat bermain dengan baik meskipun letih selepas menempuh perjalanan jauh “Mereka beraksi di luar jangkaan kerana masih letih akibat penerbangan jauh. Bagaimanapun, mereka masih dapat menunjukkan kebolehan.

“Apapun saya belum dapat membuat sebarang keputusan (untuk memilih mereka),” katanya.

Komentar

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.


Sokongan Kami Zaman Berzaman