SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KELAB PENYOKONG SIBER BOLA SEPAK KELANTAN DARUL NAIM [0358-12-KEL]


KAFA Dakwa Amri, Bunyamin

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan mengambil tindakan terhadap dua pemain Selangor yang melakukan kekasaran melampau dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat lalu.

Dua pemain terbabit adalah Mohd Amri Yahyah dan Mohd Bunyamin Umar yang didakwa melakukan kekasaran terhadap penyerang import Kelantan, Mohd Ghaddar namun gagal dikesan oleh pegawai perlawanan yang bertugas pada malam berkenaan.

Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, pihaknya kini dalam proses mendapatkan semula rakaman video perlawanan daripada Astro bagi membuktikan secara tepat insiden sebenar yang berlaku pada malam perlawanan berkenaan selain menghantar surat aduan terhadap kelakuan dua pemain Selangor itu kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Azman yang juga pengurus pasukan berkata, selepas video dan surat aduan dihantar kepada FAM, pihaknya berharap badan induk bola sepak perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap dua pemain terbabit yang mempamerkan kekerasan melampau ketika perlawanan.

“Kita sedang berusaha mendapatkan video rakaman bagi membuktikan secara tepat mengenai masa kekasaran yang dilakukan malah surat aduan akan dihantar dalam masa terdekat supaya FAM boleh menyiasat insiden ini.

“Kita juga kesal kerana pegawai perlawanan pada malam itu tidak berjaya mengesan insiden ini malah Ghaddar juga boleh dikatakan menjadi mangsa buli dalam perlawanan Jumaat lalu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Ketika perlawanan itu, Mohd Amri didakwa menumbuk anggota badan Ghaddar manakala Mohd Bunyamin menumbuk muka bekas penyerang Lubnan itu.

Insiden berkenaan gagal dikesan pegawai perlawanan sekali gus menimbul kemarahan penyokong The Red Warriors yang berada di stadium.

Sementara itu, Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa melalui khidmat pesanan ringkasnya (SMS) berkata Azman akan membuat aduan rasmi.

Artikel Berkaitan:

PERINGATAN: Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] (www.Kelate.Net) tidak bertanggungjawab terhadap semua komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Itu adalah pandangan peribadi pemilik akaun itu sendiri dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Semua komentar terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia dan segala risiko akibat komentar yang ditulis menjadi tanggungjawab sepenuhnya pemilik akaun itu sendiri. Sila baca polisi Penafian.
Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim

Kelate.Net

Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim [0358-12-KEL] atau dikenali Kelate Dot Net (KDN) merupakan pelopor kelab penyokong siber bola sepak yang pertama wujud di negeri Cik Siti Wan Kembang sejak tahun 1999 lagi. Sokongan kami adalah zaman-berzaman, Gomo Kelate Gomo!